You are on page 1of 17

Perkembangan Moral

Teori Kohlberg Tentang Kefahaman Moral atau

Pertimbangan Moral

Disediakan oleh: Nureen Ain Natasya binti Mohd Zaib


Moral dan Moraliti

Moral Moraliti
Moral berkaitan dengan prinsip ataupun Moraliti merupakan keupayaan untuk
peraturan tentang kelakuan yang betul belajar tentang perbezaan antara yang
atau perbezaan antara betul dan salah. betul dan yang salah serta memahami
Ia merujuk kepada menjadi lurus, jujur, bagaimana untuk membuat pilihan yang
baik, terhormat dan mempunyai betul.
integriti.
01
Teori Perkembangan Moral kohlberg
Pandangan Individu menyelesaikan konflik dan
memberikan justifikasi terhadap

Kohlberg tindakan penyelesaian yang diambil.


Kholberg juga menyatakan bahawa
cara individu memberikan justifikasi
terhadap tindakan yang diambil yang
akan menentukan kematangan moral
seseorang.
Kajian Kohlberg
Kohlberg telah menggunakan teknik
temubual klinikal di mana beliau telah
memberikan subjek cerita-cerita
pendek yang menunjukkan suatu
dilema atau konflik antara dua nilai
moral. Subjek disoal apakah yang
watak utama dalam cerita itu harus
buat dan kenapa. Kohlberg tidak terlalu
mementingkan respon yang diberikan
(samada untuk mencuri ataupun tidak)
sebaliknya beliau menumpukan kepada
sebab yang subjek berikan tentang
dilema tersebut.
Tahap perkembangan moral Kohlberg

Tahap PERINGKAT

Peringkat 1: Tahap hukuman-pematuhan


Tahap 1 : Prakonvensional
Peringkat 2: Tahap bursa saham

Peringkat 3: Tahap Harmoni Interpersonal


Tahap 2 : Moraliti Konvensional Peringkat 4: Tahap Undang-undang dan
Ketenteraman

Peringkat 5: Kontrak Sosial dan Hak Individu


Tahap 3 : Moraliti Pasca Konventional
Peringkat 6: Prinsip Sejagat
Tahap 1: Prakonvensional
Peringkat 1 : Tahap hukuman-pematuhan
Kanak-kanak mengandaikan bahawa pihak berkuasa meletakkan suatu set peraturan yang
telah ditetapkan yang dia mesti patuhi tanpa soalan.

Dalam dilema Heinz: Budak perkata “Heinz bersalah kerana mencuri dadah kerana ia telah
melanggar peraturan”. Apabila diminta huraian, budak akan bagitau dengan mengambil
kira kesan. Cth: “ia akan dihukum”

Menurut Kohlberg, kanak-kanak pada tahap ini belum lagi bercakap sebagai ahli
masyarakat. Sebaliknya, mereka melihat morality sebagai sesuatu perkara luar
daripada diri mereka sendiri, sepertimana orang besar katakana mereka mesti buat.
Peringkat 2 : Tahap Bursa
Pada tahap ini, kanak-kanak mempunyai rasa tentang Saham
tindakan yang betul. Ini merupakan satu idea yang berupa
pertukaran adil.

Dalam Dilema Heinz, subjek selalu berkata bahawa Heinz


betul kerana mencuri dadah tersebut kerana pakar dadah
tersebut tidak mahu membuat persetujuan yang adil; dia
"cuba menipu Heinz“

Responden pada tahap 2 dikatakan masih membuat


pertimbangan pada Tahap Pra-Konvensional kerana
mereka bercakap sebagai individu dan bukan sebagai
seorang ahli masyarakat. Mereka melihat individu
berbalas pertolongan, tetapi tidak terdapat pengenal
pastian nilai keluarga atau masyarakat (Vishalache, 2008).
02
NAME OF THE SECTION
You could enter a subtitle here if you need it
Tahap 2 : Moraliti Konventional
Tahap 3 : Tahap Harmoni Interpersonal (Hubungan Interpersonal Yang Baik)
Subjek pada tahap Harmoni Interpersonal selalunya sedang memasuki
belasan tahun (umur 13 tahun). Mereka percaya bahawa orang harus
memenuhi jangkaan keluarga dan komuniti dan berkelakuan "baik".
Kelakuan baik bermaksud mempunyai motif dan perasaan interpersonal
yang baik seperti cinta, empati, percaya, dan prihatin.

Dalam Dilema Heinz: Subjek selalunya berhujah bahawa tindakan Heinz


mencuri dadah itu memang betul kerana "Dia seorang yang baik kerana ingin
menyelamatkan isterinya," dan "Niat dia baik, iaitu untuk menyelamatkan
nyawa orang yang dia sayangi." Kalaupun Heinz tidak menyayangi isterinya,
subjek ini selalunya berkata, dia harus mencuri dadah itu kerana "Saya tak
fikir mana-mana suami akan membiarkan isterinya mati“

Dalam Dilema Heinz: Subjek pada tahap ini mengatakan bahawa motif Heinz
itu baik dan motif pakar dadah itu buruk. Subjek pada tahap 3 menekankan
bahawa pakar dadah itu "mementingkan diri", "tamak" dan "hanya
memikirkan diri sendiri, dan bukan nyawa orang lain". Kadang kala
responden menjadi begitu marah dengan pakar dadah itu sehinggakan
mereka berkata bahawa dia harus dimasukkan ke dalam penjara (Gibbs et
al., 1983, m/s. 26-29, 40-42).
Perigkat 4 : Undang-undang dan Ketenteraman (Menggenggara
Ketenteraman Sosial)
Pada tahap ini, subjek menjadi lebih mengambil tahu tentang masyarakat
umumnya. Penekanan adalah kepada mematuhi undang-undang, menghormati
pihak berkuasa, dan menjalankan tanggungjawab seseorang itu supaya
ketenteraman sosial dapat disenggara.

Dalam Dilema Heinz: Ramai subjek berkata bahawa motif Heinz baik, tetapi
mereka tidak dapat merestui pencurian tersebut. “Apakah yang akan terjadi
sekiranya kita semua mula melanggar undang-undang bilamana kita
rasa kita mempunyai sebab yang kukuh? ” . Akan terjadi huru-hara;
masyarakat tidak dapat berfungsi.

Subjek dalam tahap 4 membuat keputusan moral daripada sudut pandang


masyarakat umumnya.
Tahap 3 : Moraliti Pasca
Konventional
Peringkat 5 : Kontrak Sosial dan Hak Individu.
Individu memahami tentang keperluan untuk mematuhi peraturan dan undang-undang
untuk keharmonian masyarakat. Namun begitu, adakala individu tersebut akan membuat
atau memilih untuk tidak mempedulikan peraturan berkenaan sekiranya ia bertentangan
dengan prinsip nilai yang dipegang. Mereka menganggap undang-undang sebagai satu
yang fleksibel dan tidak tetap.

Dalam Dilema Heinz: Subjek berkata: “Walaupun terdapat undang- undang tentang
mencuri, undang-undang tersebut bukanlah digubal bagi melanggar hak seseorang untuk
hidup.... sekiranya Heinz dihukum kerana mencuri, undang-undang tersebut harus
diinterpretasi semula untuk mengambil kira situasi di mana ia melanggar hak semula jadi
seseorang untuk terus hidup”

Dalam erti kata lain, subjek telah jelas bahawa mereka secara umumnya tidak
menyokong perlanggaran undang-undang. Namun begitu, hak isterinya untuk hidup
merupakan suatu hak moral yang mesti dilindungi.

Subjek pada tahap ini berasa bahawa daripada sudut pandang moral, seseorang harus
menyelamatkan nyawa walaupun seorang yang tidak dikenali dan nilai nyawa itu
bermakna mana-mana nyawa. Hakim harus lebih menimbangkan sudut pandang
moral sambil mempertahankan undang-undang dalam menjatuhkan hukuman. Bagi
subjek ini, “moraliti" dan "hak" harus mendapat keutamaan berbanding undang- undang
tertentu. Inilah yang patut dihargai oleh mana-mana masyarakat.
Peringkat 6 :
Tahap Prinsip Sejagat merupakan tahap yang paling tinggi dan Prinsip sejagat
menumpukan kepada „keadilan‟. Prinsip keadilan memerlukan
kita untuk melayan tuntutan semua pihak dengan cara yang
tidak berat sebelah, dan menghormati martabat yang asas,
semua orang sebagai individu. Prinsip keadilan dengan itu
adalah sejagat; ia diaplikasikan kepada semua.

Misalnya, apa pula kalau pakar dadah itu berada dalam tempat
Heinz. Kemungkinan besar dia akan bersetuju bahawa nyawa
isterinya mesti diselamatkan dan diberikan penghormatan
sepenuhnya dan saksama.
Sekian, Terima kasih
geng.

You might also like