You are on page 1of 3

SISTEM PEMARKAHAN DAN TEKNIK MENJAWAB SEJARAH STPM

Markah untuk satu soalan : 20 markah


Sem 1 : Jawab 4 daripada 6 soalan ( 2 jam)
Sem 2 : Jawab 3 daripada 6 soalan ( 1 jam setengah)
Sem 3 : Jawab 4 daripada 6 soalan ( 2 soalan Bah A dan 2 soalan bah B ) (2 jam)

Pecahan Idea Kandungan Idea Markah Catatan


(dalam satu perenggan) (setiap idea)

PENGETAHUAN (IDEA 4 Idea / 3 idea 8/6


UTAMA) (berada pada ayat pertama)

TAAKULAN/HURAIAN Huraian idea – 3 atau lebih 6 (markah akan Jika idea utama
IDEA ayat diberi untuk setiap adalah 3, maka
Contoh/bukti – 1 atau 2 fakta huraian yang huraian mestilah
ayat betul) lebih banyak
Kesimpulan idea – 1ayat

KOMUNIKASI Pengenalan 1
Penutup 1
Bahasa 1
Struktur ayat 1
Ejaan 1
Kelancaran ayat 1
(6)

Jum : 20 markah
Contoh jawapan :

Soalan : Huraikan ciri-ciri masyarakat feudal di England pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi [20m]

Pengenalan (3-4 ayat) :

Istilah masyarakat feudal adalah masyarakat yang berasaskan hierarki atau masyarakat bersusun
lapis. Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu-individu
tertentu yang bukan wakil daripada kerajaan pusat. Masyarakat feudal di England pada abad ke-16 dan
abad ke-17 Masihi mempunyai ciri-ciri tertentu.

Idea 1 :

Antara ciri-ciri masyarakat feudal di England pada abad ke-16 dan abad ke-17 ialah dari segi
struktur masyarakatnya yang bersusun lapis atau masyarakat yang berhierarki. Masyarakat yang
berhierarki ini mempunyai kedudukan yang paling tertinggi dan paling bawah mengikut hierarki masing-
masing. Masyarakat berhierarki ini terdiri dari dua golongan, iaitu golongan pemerintah dan golongan
diperintah. Setiap lapisan tersebut mempunyai peranan dan tugas masing-masing. Contohnya, golongan
pemerintah terdiri dari raja, vassal kelas pertama dan vassal kelas kedua dan Knight (pahlawan).
Golongan diperintah pula terdiri dari rakyat biasa iaitu petani (serf ) dan hamba. Jelaslah bahawa
golongan dan lapisan golongan masyarakat tersebut menunjukkan ciri-ciri masyarakat feudal di England
yang berstruktur.

Idea 2 :

Ciri yang seterusnya bagi masyarakat feudal di England pada abad tersebut ialah tinggal di dalam
manor. Manor atau domain dipunyai oleh raja. Manor adalah sebuah unit kehidupan sosial dan
ekonomi. Manor dikelilingi oleh kubu pertahanan untuk menjaga keselamatan raja, vassal,serf yang
tinggal di dalam manor tersebut. Manor terdiri daripada satu atau beberapa buah kampung. Terdapat
manor yang luas sehingga beribu-ribu ekar tanah yang dibahagi kepada padang rumput, hutan dan
ladang. Tanah dibahagi kepada beberapa jalur, 1/3 untuk tuan tanah, sedikit untuk gereja dan selainnya
untuk petani. Di dalam manor dibina pelbagai kemudahan untuk kehidupan penduduk di dalamnya.
Antaranya terdiri daripada rumah manor iaitu tuan tanah sama ada vassal atau Lord. Dibina juga rumah
dan pondok kediaman petani, gereja, pasar, jalan, jambatan, tempat pertanian dan penternakan.
Terbuktilah bahawa manor adalah sebuah unit kehidupan bagi masyarakat feudal di England pada masa
itu.

Idea 3 :

Ciri yang lain bagi masyarakat feudal di England ialah hubungan yang wujud di antara hierarki.
Hubungan ini wujud dalam bentuk dua hala atau timbal balik. Hubungan tersebut wujud di antara lord
(tuan tanah) dengan vassal, antara vassal kelas pertama dengan vassal kelas kedua dan hubungan antara
vassal dengan serf. Hubungan ini dibina melalui ikatan kesetiaan dan kewajipan atas khidmat bersama
yang diberikan sebagai balasan antara Lord, vassal dan serf. Persetiaan ini disaksikan oleh paderi dan
tuhan melalui pemberian ‘fief’ kepada vassal kelas pertama oleh Lord. Contoh pemberian ‘fief’ ini dalam
pelbagai bentuk sama ada tanah, pangkat dan barangan seperti pedang sebagai tanda pemberian dari
tuhan. Misalnya tuan tanah (Lord) memberi tanah atau perlindungan kepada penyewa tanah (vassal),
maka sebagai timbal balas vassal akan menawarkan khidmat tentera kepada tuan tanah. Justeru, di
dalam masyarakat feudal di England, Lord, vassal dan serf adalah saling memerlukan di antara satu sama
lain.

Idea 4 :

Setiap herarki mempunyai peranan masing-masing juga merupakan ciri-ciri masyarakat feudal di
England. Setiap lapisan di dalam struktur masyarakat feudal telah ditetapkan peranan dan tanggung
jawab masing-masing. Peranan adalah berdasarkan kepada taraf atau kedudukan mereka di dalam
hierarki. Peranan ini telah ditetapkan di dalam kod undang-undang oleh raja atau Lord di dalam manor
yg dimiliki mereka. Misalnya, raja yang menduduki hierarki tertinggi merupakan pemerintah berkuasa
mutlak dan menguasai seluruh tanah dalam kerajaannya. Golongan bangsawan membantu raja dalam
hal ehwal pentadbiran dan menguruskan ekonomi. Golongan pahlawan (knight) yang berada di bawah
golongan bangsawan memberikan perkhidmatan dalam ketenteraan kepada raja dan vassal. Golongan
petani yg tinggal di dalam manor akan mengusahakan tanah milik tuan tanah. Golongan yang paling
bawah iaitu golongan hamba tidak memiliki tanah dan terikat kepada tuan tanah. Oleh kerana peranan
telah ditetapkan mengikut hierarki dan kod undang-udang, maka mobiliti sosial jarang berlaku dalam
masyarakat feudal di England.

Kesimpulan/penutup (3-4 ayat) :

Kesimpulannya, masyarakat feudal di England pada abad ke-16 dan abad ke-17 mempunyai ciri-
ciri yang tersendiri. Walau bagaimanapun, perubahan pesat yang berlaku dalam bidang ekonomi, politik
dan sosial selepas itu telah menyebabkan sistem feudal di England mulai merosot. Perkembangan ini
menyebabkan kedudukan dan peranan masyarakat feudal mengalami perubahan.

You might also like