You are on page 1of 16

1

Krisis Air Di Selangor

Alwai Bin Hamat (GB 02844)


Mohd Hosni Bin Ismail (GB 02872)
Mohammad Ihsan Bin Subhi (GB 02867)
Mohd Tajuddin Bin Hasbullah (GB 02877)
Ahmad Farihin Bin Mohamad Yusoff (GB 02842)
Mohd Shahrol Rizwan Bin Mohd Yusoff (GB 02876)

ABSTRAK
Air merupakan sumber asas bagi setiap kehidupan di atas muka bumi ini. Ketiadaan sumber
air yang bersih boleh mengakibatkan berlakunya pelbagai krisis yang kronik untuk jangka
masa pendek lebih-lebih lagi untuk jangka masa panjang. Justeru itu, kajian ini lebih tertumpu
kepada isu ketiadaan air yang dikatakan sering dihadapi oleh penduduk di Negeri Selangor.
Bagi merungkaikan permasalahan ini, kajian menggunakan kaedah rujukan secara atas talian
seperti blog, laman sosial, akhbar dan bahan-bahan ilmiah di perpustakaan. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa krisis air di Selangor berpunca daripada beberapa faktor, antaranya
ialah kelemahan pengurusan syarikat bekalan air dan kerajaan itu sendiri. Implikasi terhadap
permasalahan ini akan memberi kesulitan kepada pengguna dan menimbulkan masalah yang
rumit. Keadaan ini telah mengubah aktiviti harian sebahagian besar pengguna yang terlibat.

Kata kunci: Krisis, Air, Di Selangor.

PENGENALAN

Sumber air adalah satu elemen yang sangat penting dalam kehidupan manusia, tanpa sumber
air yang mencukupi adalah mustahil bagi manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Namun begitu, dewasa ini bekalan sumber air bersih semakin berkurangan sedangkan
permintaan terhadapnya semakin meningkat selari dengan peningkatan jumlah populasi
penduduk Negara kini. Penekanan dalam sektor industri juga menyebabkan berlakunya
pertambahan permintaan air paip. Mungkin timbul persoalan dalam kalangan kita mengapa
situasi sedemikian boleh berlaku sedangkan kita mempunyai sumber air yang banyak di
sekeliling kita. Lantaran daripada faktor-faktor yang telah dibincangkan dan dikupaskan.
2

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah rujukan, dimana sumber rujukan diambil dari bahan bacaan
di perpustakaan dan disokong rujukan dari media elektronik seperti akhbar dalam talian, tv
online, blog dan youtube untuk melengkapkan bahan kajian mengenai krisis air di Selangor.

PUNCA KRISIS AIR DI SELANGOR.

PERMINTAAN BEKALAN AIR DI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN


KUALA LUMPUR YANG TINGGI

Sehingga akhir tahun 1997, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) berupaya
mengeluarkan sejumlah 2553 juta liter sehari air bersih untuk digunakan pengguna-pengguna
di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Manakala permintaan untuk
tempoh yang sama berjumlah sebanyak 2454 juta liter sehari. Dengan ini bermakna kapasiti
rizab pengeluaran hanyalah pada 3.9 % sahaja. Hampir 90 % dari jumlah pengeluaran ini
diagihkan kepada pengguna-pengguna di kawasan Lembah Klang.

Walaubagaimanapun, unjuran keperluan air untuk Negeri Selangor dan Wilayah


Persekutuan Kuala Lumpur bagi tahun 1998 ialah 2658 juta liter sehari. Peningkatan ini
merupakan 8.3 % berbanding dengan permintaan pada tahun 1997. Dengan demikian terdapat
kekurangan bekalan air sebanyak 105 juta liter sehari pada tahun 1998.

KEKURANGAN HUJAN DAN MUSIM KEMARAU

Skim Sungai Langat dan Skim Sungai Semenyih merupakan river-regulated scheme.
Keupayaan pengeluaran loji-loji rawatan air ini bergantung kepada kuantiti aliran air sungai
yang terdapat di dalam kawasan tadahan. Dalam keadaan biasa kadar aliran sungai di muka
sauk adalah mencukupi untuk menampung pengeluar an yang diperlukan. Sungai-sungai
utama di dalam kedua-dua kawasan tadahan berkenaan ialah Sungai Langat dan Sungai
Semenyih disamping anak-anak sungai lain yang menyumbang kepada kuantiti yang
diperlukan.
3

Dalam keadaan biasa dimana kuantiti aliran air sungai mencukupi, tiada pelepasan air
dari empangan pada ketika ini yang berfungsi sebagai takungan dan simpanan air. Air yang
ditakung hanya akan dilepaskan jika berlaku kekurangn aliran air sungai di muka sauk loji
berkenaan. Stok simpanan air mentah di empangan serta kuantiti aliran air di sungai
bergantung kepada kuantiti taburan hujan di kawasan tadahan. Dalam musim hujan kawasan-
kawasan ini menerima taburan hujan yang tinggi dan kuantiti aliran air sungai sudah
mencukupi bagi menampung keperluan untuk pengeluaran. Musim kemarau serta ketiadaan
hujan yang berpanjangan di kawasan tadahan telah menyebabkan pelepasan air dari
empangan. Kuantiti pelepasan berbeza dari masa ke semasa bergantung kepada keadaan aliran
air sungai. Adakala kuantiti pelepasan dari empangan melebihi kuantiti yang mampu
diperolehi dari sungai. Akibat dari keadaan ini, kuantiti air di empangan semakin berkurangan
yang justeru menyebabkan masalah krisis ini berlaku.

KESAN KRISIS AIR DI SELANGOR.

Malaysia bertuah kerana mempunyai sumber air yang banyak. Kedudukannya di


garisan khatulistiwa memberikannya hujan sepanjang tahun berjumlah lebih dari 2,000 mm
setahun sementara di kawasan pantai timur pula purata sebanyak 5,000 mm. Sumber air
tersebut adalah satu eleman yang sangat penting dalam kehidupan manusia, tanpa sumber air
yang mencukupi adalah mustahil bagi manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Penegasan berhubung kepentingan sumber air telah banyak dinukilkan di dalam al-Quran.
Antaranya, sebagaimana yang telah disentuh di dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan Dia
menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu pelbagai
jenis buah-buahan yang menjadi rezeki untukmu. Dia juga telah menundukkan bahtera
bagimu supaya bahtera itu belayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah pula
menundukkan sungai-sungai bagimu" (Surah Ibrahim, ayat 32).

Namun begitu, dewasa ini bekalan sumber air bersih semakin berkurangan sedangkan
permintaan terhadapnya semakin meningkat selari dengan peningkatan jumlah populasi
penduduk negara kini. Penekanan dalam sektor industri juga menyebabkan berlakunya
pertambahan permintaan air paip. Mungkin timbul persoalan dalam kalangan kita mengapa
situasi sedemikian boleh berlaku sedangkan kita mempunyai sumber air yang banyak di
sekeliling kita.
4

Lantaran daripada faktor-faktor yang telah dibincangkan dan dikupaskan sebelum ini,
maka jelaslah bahawa perkara inilah yang membawa kepada berlakunya krisis air. Hal ini
sekaligus telah mempengaruhi dan memberi kesan yang sangat besar bukan sahaja kepada
manusia, malahan alam sekitar, sumber tanah, flora dan fauna, institusi-institusi penyelidikan,
ekonomi negara serta ekosistem negara.

Seperti yang kita sedia maklum, isu krisis air ini bukanlah satu isu baru di negara kita,
ianya pernah berlaku semasa dulu seperti berlakunya krisis air Lembah Klang pada tahun
1998 dan 2009 apabila tiga empangan air mengalami tahap penurunan air yang serius
disebabkan fenomena El Nino, cuma kini isu ini timbul kembali kerana perbuatan manusia
dan faktor lain yang menyumbang. Antara kesan krisis air ini dapat kita lihat melalui ;

KESAN KEKURANGAN AIR BERSIH

Implikasi utama krisis air ini pertamanya, menyebabkan sumber air semulajadi
tercemar dan bekalan air bersih menjadi semakin berkurang. Lebih memburukkan lagi krisis
sumber air bersih ialah apabila simpanan air bawah tanah juga semakin berkurangan.
Sedangkan air bawah tanah merupakan antara sumber bekalan air bersih yang cukup penting
dan perlu dipelihara. Hal ini dapat kita lihat melalui pencemaran Sungai Semenyih yang
menyebabkan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih sehingga menjejaskan bekalan
air kepada lebih sejuta penduduk di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang.

Kita akan menghadapi kekurangan bekalan air daripada krisis ini dan berlakunya
catuan air yang membuatkan penduduk tidak mendapat bekalan air. Hal ini akan
menyusahkan penduduk untuk menggunakan air bagi keperluan seharian mereka.

Dari sektor pembangunan pula, projek-projek akan tergendala kerana kekurangan


sumber yang utama untuk menjalankan projek pembangunan tersebut. Selain itu, proses
memulihkan dan mengembalikan kualiti air memerlukan kos belanja yang tinggi.

KESAN KE ATAS SUMBER TANAH DAN EKONOMI

Krisis air ini akan menyebabkan tanah menjadi kontang dan berlakunya hakisan tanah.
Sedangkan air bawah tanah merupakan antara sumber bekalan air bersih yang cukup penting
dan perlu dipelihara. Pembangunan pesat yang berlaku secara tidak terancang juga akan
5

menyebabkan air hujan tidak serap ke dalam tanah. Sebaliknya ia terus mengalir ke sungai-
sungai. Hal ini akan menjejaskan kualiti tanah dan sekaligus akan turut menjejaskan aktiviti
pertanian. Apabila aktiviti pertanian terjejas, maka ia secara langsung akan memberi kesan ke
atas bekalan makanan daripada hasil pertanian yang seterusnya juga turut memberi kesan
yang besar ke atas kadar pertumbuhan sosio-ekonomi negara. Kesannya membawa kerugian
besar dalam industri dan meningkatkan kos tanggungan kerajaan.

Bagi yang terlibat dengan aktiviti perniagaan khususnya dalam sektor perniagaan
makanan akan memberikan kesulitan kepada peniaga-peniaga untuk menguruskan perniagaan
mereka. Ini disebabkan sumber air merupakan elemen yang sangat penting untuk digunakan
dalam proses menyediakan makanan dan minuman. Perkara ini boleh menyebabkan
pendapatan akan tergugat dan seterusnya akan memberikan sedikit tekanan dalam
menguruskan perbelanjaan seharian.

KEPUPUSAN TERHADAP KEPELBAGAIAN FLORA DAN FAUNA

Air juga amat penting bagi flora dan fauna, hal ini kerana ianya merupakan sumber
utama bagi hidupan ini untuk meneruskan kehidupan dan mengekalkan spesies masing-
masing. Oleh itu, jika berlakunya krisis kekurangan air, ini mengakibatkan flora dan fauna ini
akan mati dan berlaku kepupusan terhadap spesies ini. Hal ini dapat kita lihat pada kes
sebelum pembinaan empangan Sungai Selangor yang menggangu gugat hidupan flora dan
fauna, memandangkan kaitan yang sangat kuat antara kualiti air Sungai Selangor dengan
habitat paya bakau yang berkembang, kehidupan serangga kelip-kelip dan pengusaha
pelancongan kelip-kelip di Kampung Kuantan dan Kampung Belimbing.

Sekiranya berlaku krisis pengurangan air terhadap flora dan fauna, ia juga boleh
menyebabkan manusia kekurangan bekalan makanan. Kehidupan manusia sentiasa
bergantung kepada bekalan makanan yang boleh dihasilkan daripada kehidupan haiwan dan
tumbuh-tumbuhan itu sendiri. Di samping itu, ia memberi kesan dan akibat kepada
ketidakseimbangan ke atas ekosistem yang turut mengancam kehidupan manusia itu sendiri.
6

MASALAH KESIHATAN UMUM KEPADA MANUSIA

Manusia sangat memerlukan air untuk terus hidup seperti hidupan lain. Justeru,
sekiranya krisis air ini berlaku, manusia adalah hidupan yang paling terjejas kerana segala hal
dalam kehidupan manusia itu bergantung kepada air. Jika sumber ini terjejas dan berterusan,
manusia akan ditimpa penyakit dan menjejaskan kesihatan masyarakat. Ia juga akan turut
menjejaskan sistem ekonomi manusia itu sendiri kerana apabila manusia itu tidak sihat, secara
automatiknya manusia tidak akan berupaya untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
Masalah kekurangan bekalan air juga sering dikaitkan dengan masalah kebersihan da
kesihatan umum. Tandas-tandas dan tempat-tempat awam terpaksa ditutup untuk
mengelakkan kekotoran dan pencemaran yang tidak terkawal. Keadaan ini akan menimbulkan
kesulitan kepada orang awam yang mengunjungi temapt-tempat tersebut.

Bekalan air yang tidak mencukupi boleh menjejaskan kesihatan manusia menjadi
lemah dan tidak bertenaga. Selain itu, manusia boleh menghidapi pelbagai penyakit seperti
deman, cirit-birit disebabkan minum air yang tidak bersih. Hal ini kerana manusia mengalami
dehidrasi yakni kekurangan air dalam badan, dan kadang-kala boleh menyebabkan berlakunya
penyakit seperti taun kerana terpaksa meminum air yang tercemar.
Penyakit yang dibawa oleh air dan ketiadaan sanitari adalah salah satu punca yang
boleh dikaitkan dengan kematian. Untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun, penyakit
yang dibawa oleh air adalah penyebab utama kematian. Sekiranya krisis air ini berterusan, ia
boleh menyebabkan nyawa manusia terancam dan boleh menyebabkan nyawa menjadi
taruhan.

KESULITAN DAN KEMUDARATAN KEPADA MANUSIA

Krisis air yang berlaku juga telah menimbulkan berbagai kesulitan kepada pengguna.
Ketiadaan air pada ketika diperlukan telah menimbulkan masalah yang rumit kepada
pengguna air. Keaadan ini telah mengubah aktiviti harian sebahagian besar pengguna yang
terlibat.

Dalam tempoh krisis air, air dibekalkan secara terhad dan pada waktun tertentu sahaja.
Terdapat pengguna-pengguna di penghujung system dan tempat-tempat tinggi tidak menerima
bekalan disebabkan oleh bekalan dan tekanan yang tidak mencukupi. Perkara-perkara ini
tidak dapat dielakkan pada tempoh krisis. Untuk pengguna-pengguna ini, air dibekalkan
7

melalui lori-lori tangki air. Air terpaksa dikumpulkan ke dalam takungan seperti baldi atau
pun tong-tong plastic dari lori-loro tangki. Takungan kemudiannya diangkut pula ke rumah
oleh pengguna sendiri. Tugas berat ini menimbulkan masalah besar kepada pengguna dan
bertambahlah rumit apabila pengguna-pengguna tinggal di rumah-rumah pangsa dan terpaksa
menaiki tangga yang tinggi.

Masalah ini bertambah runcing bagi suami isteri serta isi keluarga bekerja. Golongan
ini tidak berpeluang untuk mengambil air semasa lori tangki membuat penghantaran pada
waktu siang dan terpaksa berjaga hingga jauh malam menunggu penghantaran kali kedua.
Secara langsung krisis air telah menimbulkan masalah social dan kesihatan pengguna.
Kekurangan tidur, sakit belakang adalah rungutan yang sering ditimbulkan oleh pengguna.
Kekurangan air juga telah menimbulkan masalah untuk menjaga kebersihan dan kesihatan di
rumah. Tandas-tandas tidak dicuci dengan bersih dan menimbulkan keadaan yang tidak
selesa. Keadaan ini mendedahkan pengguna kepada penyakit.

Terdapat pengguna yang terpaksa bersusah payah menumpang di rumah kawan, sanak
saudara untuk urusan rumahtangga harian seperti mencuci pakaian dan mandi manda.
Sebahagian besar pengguna terpaksa pengguna terpaksa membeli makanan dari kedai kerana
kesulitan untuk menyediakan makanan sendiri di rumah.

Masalah-masalah ini menimbulkan beban dan tekanan kepada pengguna dan


menjejaskan kehidupan harian mereka. Fikiran dan konsentrasi pengguna terganggu oleh
perasaan tidak tenteram kerana ternanti-nanti untuk mendapatkan bekalan air. Secara tidak
langsung produktiviti pengguna menurun kerana sering kelewatan ke tempat kerja di sbelah
pagi kerana menunggu bekalan air dan di sebelah petang akan keluar lebih awal untuk
mengambil air dari lori tangki atau tangki statik.

KESAN TERHADAP KAWASAN TADAHAN AIR

Kemampuan sesuatu kawasan tadahan sebagai pembekal air adalah dikawal oleh
keseimbangan alam semulajadinya. Ini termasuklah beberapa aspek penting seperti litupan
tumbuh-tumbuhan hijau dan kapasiti proses ekosistem yang seimbang. Sekiranya
keseimbangan ini terganggu, maka berlaku beberapa perubahan yang akan menjejaskan
kemampuan sesuatu tadahan dalam menghasilkan kawasan tadahan air.
8

Kawasan tadahan yang terdapat di Malaysia semakin hari menunjukkan situasi yang
tidak sihat disebabkan limpahan pembangunan yang telah menyebabkan kawasan tadahan
mengalami tekanan untuk menghasilkan sumber air. Keadaan ini berlaku hampir kesemua
negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya negeri Selangor sendiri yang memperlihatkan
kawasan tadahan empangan Langat ditutup. Kemerosotan alam sekitar adalah dijangka lebih
serius di kawasan lembah yang terdapat aktiviti industri dan eksploitasi sumber balak di
kawsan hutan di mana terdapatnya kawsan tadahan.

Contohnya dalam kes catuan air di Selangor dan Lembah Klang baru-baru ini, ia
berpunca daripada kekurangan sumber air untuk diproses di loji milik Syarikat Bekalan Air
Selangor Sdn Bhd (SYABAS) sama ada dari sumber empangan atau sungai akibat kemarau
dan penerokaan kawasan tadahan air.

KESAN SAMPINGAN TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA

Masalah ketiadaan bekalan air yang stabil selalu dikaitkan dengan pengusaha-
pengusaha dan penyediaan makanan. Masalah ini melibatkan makanan yang disediakan di
gerai-gerai di tepi jalan, pasar-pasar malam mahu pun restoran-restoran. Kesangsian terhadap
kualiti kebersihan yang diamalkan oleh pengusaha-pengusaha sering ditimbulkan oleh
pengguna dan juga Jabatan Kesihatan. Faktor kebersihan ini memaksa pengusaha-pengusaha
mengeluarkan modal untuk menyewa kenderaan bagi mengangkut air ke premis-premis
berkenaan untuk menjamin kenbersihan makanan yang disediakan.

Masalah kebersihan juga dibangkitkan oleh sekolah-sekolah dan asrama-asrama yang


mempunyai murid dan penghuni yang ramai. Institusi-institusi ini tidak mempunyai simpanan
mencukupi untuk kegunaan seharian pelajar dan penghuninya. Tandas-tandas di institusi ini
tidak dapat dicuci sebaiknya sehingga menimbulkan bau dan pencemaran yang tidak
menyenangkan. Pihak berkuasa khautir keadaan kebersihan yang tidak terkawal ini akan
memudahkan penyakit-penyakit seperti taun merebak dikalangan pelajar dan penghuni
asrama.

Walaubagaimanapun hospital-hospital dan institusi-institusi penting lain dipastikan mendapat


bekalan air yang berterusan. Ini adalah untuk menjamin kelancaran perkhoidmatan hospital-
hospital dan institusi-institusi berkenaan tidak terjejas.
9

PELAN TINDAKAN

CATUAN
Kegawatan air berpunca dari pengeluaran dua sumber bekalan air bersih utama yang
terjejas dengan serius. Sumber-sumber itu ialah LRA Sg Langat dan LRA Sg Semenyih.
Kuantiti air mentah yang terdapat di muka sauk kedua-dua loji tidak mencukupi untuk dirawat
dan memenuhi permintaan. Pengeluaran dari kedua-dua loji ini terpaksa dihadkan dan bekalan
terpaksa dicatu untuk mengagihkan air bersih yang sudah sedia kurang dengan cara yang lebih
teratur. Catuan membolehkan sebahagian besar dari pengguna mendapat bekalan air pada
masa dan tempoh tertentu.

Beberapa altrnatif telah dipertimbangkan untuk menentukan cara penggiliran bekalan


atau catuan. Setiap alternatif dikaji dari segi kemampuan pengeluaran, pengagihan dan tenaga
kerja untuk memastikan operasi yang efektif dan hasil yang terbaik. Kaedah-kaedah alternatif
yang diambil kira adalah di antaranya ;
- Bekalan diberikan setiap hari untuk tempoh lapan jam secara berselang.
- Bekalan diberikan untuk dua hari sekali selama 12 jam secara berselang hari.
- Bekalan diberikan untuk tiga hari sekali untuk tempoh 16 jam setiap giliran.

Setiap pusingan bagi alternatif-alternatif di atas dibahagikan kepada empat bahagian.


Aktiviti-aktiviti di dalam pusingan di atas dijelaskan seperti berikut;
i) Mengecaj sistem dan mengepam air ke tangki imbangan atau tangki
perkhidmatan bagi bekalan kepada Zon A.
ii) Membekalkan air ke Zon A.
iii) Mengecaj sistem dan mengepam air ke tangki imbangan atau tangki
perkhidmatan bagi bekalan kepada Zon B.
iv) Membekalkan air ke Zon B.

SISTEM AGIHAN

Sebahagian dari bentuk muka bumi di kawasan Gombak, Hulu Langat, Kuala Lumpur
dan Petaling adalah kawasan yang berbukit bukau. Tekanan bekalan air secara graviti tidak
mampu untuk mengalir dengan sendiri ke sebahagian kawasan-kawasan ini kecuali dengan
menggunakan sistem pam angkat tinggi yang dipasang pada rangkaian sistem tersebut. Dalam
10

keadaan biasa, pam-pam ini dijalankan dan dihentikan secara otomatik. Kaedah ini
menggunakan penggera untuk mengawal perjalanan serta pemberhentian pam dan seterusnya
mengawal paras air di kolam-kolam sedutan dan perkhidmatan.

Dalam masa krisis, keadaan ini berbeza sekali. Kadar aliran air masuk ke kolam
sedutan tidak menentu dari segi kuantiti dan tempoh masa alirannya. Kadang-kadang aliran
masuknya banyak dan ada kalanya tiada air masuk ke kolam sedutan. Kuantiti aliran air
masuk yang lebih pada peringkat awal giliran, membolehkan tangki sedutan dipenuhkan
dengan lebih cepat dan pam angkat tinggi dijalankan lebih awal. Manakala ada ketika
alirannya terlalu berkurangan sehingga gagal memenuhi tangki sedutan, pam angkat tinggi
tidak dapat dijalankan kecuali kawalan injap dilakukan untuk mengawal aliran air ke kolam
sedutan tersebut. Keadaan ini berubah dari hari ke hari bergantung kepada keupayaan
pengeluaran pada hari sebelumnya dan juga pada hari berkenaan.

Keadaan tidak menentu ini menggagalkan fungsi sistem otomatik sediada. Di


sebaliknya semua fungsi di rumah pam berkenaan perlu diteliti dan dikawal secara manual.
Kawalan serta operasi secara manual dilakukan oleh operator pam untuk setiap rumah pam.
Secara langsung keadaan ini menambah keperluan operator pam untuk mengendalikan,
memeriksa dan memastikan semua pam beroperasi pada masa yang diperlukan.

Beberapa kawasan di daerah Kuala Lumpur memerlukan dua peringkat pam angkat
tinggi. Kawasan ini menjadi lebih kritikal dalam proses menjalankan catuan. Bekalan hanya
dapat disampaikan apabila tangki sedutan peringkat pertama mendapat bekalan secukupya
untuk dipam ke tangkisedutan peringkat kedua. Kedua-dua peringkat pam angkat tinggi perlu
beroperasi dalam tempoh 12 jam bekalan diberikan untuk kawasan berkenaan.

Untuk membekalkan air ke kawasan-kawasan ini adalah rumit. Kejayaan untuk


membekalkan air melalui saluran paip dalam tempoh catuan bergantung kepada kuantiti yang
mampu dibekalkan ke kawasan tersebut. Kawasan sedemikian merupakan kawasan kritikal
dan sering menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan air mengikut jadual catuan.

Sebahagian besar dari kawasan-kawasan lain di empat daerah tersebut mendapat


bekalan air secara graviti. Kawasan-kawasan ini secara amnya tidak menghadapi masalah
11

mendapatkan bekalan dalam masa krisis. Demikian juga 3 buah daerah lain iaitu Klang,
Sepang dan Kuala Langat yang mendapat sekalan secara graviti.

BEKALAN AIR MELALUI LORI TANGKI

Pengeluaran yang tidak konsisten menyukarkan pengagihan air secara berkesan


melalui saliran paip. Kawasan-kawasan yang berada di penghujung sistem dan kawasan tinggi
gagal mendapat bekalan air mengikut jadual atau mendapat bekalan dalam tempoh yang
singkat sahaja. Masalah ini diatasi dengan menyediakan perkhidmatan membekalkan air
melalui lori-lori tangki air. Di kawasan tertentu tangki-tangki air statik disediakan untuk
membantu pengguna-pengguna yang menghadapi masalah.

Lori-lori tangki air SYABAS diarahkan untuk menghantar dan mengisi air ke dalam
tangki statik. Tangki-tangki air statik ini diletakkan di kawasan kawasan perumahan yang
padat penduduknya seperti rumah pangsa, sekolah-sekolah, rumah-rumah kebajikan masjid
serta surau-surau. Di samping itu SYABAS menghantar lori-lori tangki air untuk permintaan
kecemasan seperti kematian dan majlis-majlis keramaian.Gabungan lori-lori tangki air
SYABAS dan juga agensi-agensi lain masih tidak dapat memenuhi keperluan untuk
menghantar air kepada pengguna yang terlibat.Lori-lori swasta disewanuntuk menampung
dan memenuhi keperluan. Lori-lori tangki air yang dipilih ialah dari syarikat pengangkutan
yang mengendalikan pengangkutan minyak sawit atau bahan-bahan bukan toksik.Lori-lori ini
terlebih dahulu diperiksa kelengkapanya dan sisa muatan dalam tangki dibersihkan.Lori-lori
tangki air muatan besar di antara 3000 hingga 600 gelen disewa dari pihak swasta .Lori-lori
ini digunakan untuk mengangkut air ke taman-taman perumahan yang mempunyai laluan
yang luas dan mudah dilalui oleh kenderaan besar lagi berat ini. Di samping itu juga lori-lori
ini mengangkut air ke tangki-tangki sedutan di rumah pangsa dan kondominium.

SUMBER SUMBER AIR ALTERNATIF

AIR TASIK
Di antara punca-punca air tasik yang dikenalpasti ialah kolam takungan sementara di
muka sauk LRA Sg. Semenyih. Kolam ini dijadikan kolam takungan sementara untuk air
mentah lebihan setelah pengambilan dari muka sauk LRA Sg Semenyih. Lebihan air di hilir
muka sauk LRA Sg Semenyih disedut ke dalam kolam tersebut. Air kolam ini dilepaskan
12

apabila aliran air mentah di sungai tidak mencukupi untuk menampung pengeluaran minimim
untuk bekalan semasa catuan.Lima buah bekas lombong dengan keluasan 60 ekar di Kg Sg.
Kembong di Bangi Lama, ltiga buah bekas lombong dengan keluasan 10 ekar berhampiran
Pusat Jagaan Lanjut Semenyih. Sebuah bekas lombong dengan keluasan 6 ekar di kawasan
Malayan Topmaking (M) Bhd.Bekas-bekas lombong dan kolam ini terletak di lembangan Sg.
Semenyih. Punca-punca ini boleh disambungkan di antara satu sama lain serta boleh dialirkan
secara graviti ke sungai sungai berhampiran. Air dari punca-punca tersebut boleh menampung
keperluan pengeluaran untuk LRA Sg. Semenyih.

PEMINDAHAN AIR DARI TASIK KUIS KE SG SEMENYIH, HULU LANGAT

Langkah pertama dilakukan untuk menambah kuantiti air mentah di sungai ialah
dengan memindahkan air Tasik KUIS ke Sungai Semenyih. Air ini dipindahkan dengan
menggunakan 4 buah pam air berenjin (engine driven pump) untuk mengangkat air melintasi
ban antara tasin dan Sungai Semenyih. Usaha ini menambah sebanyak 18.16 JLH kuantiti air
mentah untuk dirawat di LRA Sg. Semenyih. Pam-pam ini dijalankan untuk memindahkan air
apabila kuantiti di Sg. Semenyih tidak mencukupi untuk pengeluaran catuan.

AIR TANAH

Selain dari punca air sedia ada dari sungai, empangan dan tasik, usaha untuk mencari
punca air alternatif dari bumi juga boleh dilakukan. Dua buah kawasan di daerah Kuala
Langat dikenalpasti sebagai sumber air tanah iaitu Olak Lempit dan Ladang Brookland.
Telaga air tanah di Olak Lempit terletak di kawasan persendirian di Kuala Langat. Telaga ini
mula beroperasi pada 12 Mei 1998 berupaya mengeluarkan sebanyak 13.62 JLH air mentah.
Stesen air tanah ini di lengkapi dengan dua unit telaga tiub , tangki endapan dan pembauran
kimia, tangki sedutan, sistem pam air tanah dan air bersih. Klorin didoskan kepada air bersih
sebelum dipamkan terus ke dalam saluran paip. Kawalan dan pemeriksaan mutu air dilakukan
secara berjadual oleh Jabatan Kesihatan Selangor. Sumber air bawah tanah di Brookland
Estate pula mampu mengeluarkan 9.08 JLH. Kerja-kerja pemasangan kelengkapan proses
rawatan dan pemasangan saluran paip air disiapkan pada Disember 1998.
13

KESIMPULAN

FAKTOR KEJAYAAN

Krisis bekalan air adalah sesuatu yang di luar dugaan dan tidak diingini. Kegawatan
air ini telah mencabar ketabahan, ketahanan mental dan fisikal setiap individu yang terlibat,
bukan sahaja staf-staf JBAS malahan pengguna-pengguna yang terlibat secara langsung.
Melaksanakan catuan bekalan air untuk satu tempoh yang panjang merupakan satu cabaran
yang getir untuk pengurusan bekalan air. Keputusan untuk melaksanakan catuan telah
menggabungkan dua aspek penting iaitu pengetahuan teknikal dan pengurusan serta
komitmen hingga ke tahap ekstrem dalam mengendalikan sistem bekalan air. Kejayaan untuk
menangani krisis bekalan air dan mengurangkan beban dan impak kepada pengguna
bergantung kepada perkara-perkara berikut:
1. Keupayaan mengetahui sistem pengagihan dan memahami sifat hidrolik sistem
berkenaan dengan tepat.
2. Penyebaran maklumat yang tepat kepada segenap lapisan pengguna.
3. Keupayaan mengadakan lojistik dan sumber tenaga yang secukupnya.
4. Komitmen yang tinggi semua staf-staf JBAS.
5. Penglibatan dan kerjasama semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan.
6. Kerjasama pemimpin-pemimpin masyarakat termasuk badan-badan bukan
kerajaan.
7. Sistem pemantauan yang sistematik dan berkesan.
8. Kerjasama dan persefahaman pengguna
9. Usaha yang gigih dan diikuti oleh doa yang ikhlas.

Keberkesanan pengurusan krisis bekalan air adalah sukar untuk dinilai. Walau
bagaimana pun perlaksanaan pelan-pelan kontigensi telah berjaya mengurangkan beban yang
dihadapi oleh pengguna. Pemantauan dan penilaian yang dilakukan mendapati kejayaan
tindakan pengurusan krisis bekalan air dalam memberikan perkhidmatan dan mengagihkan
bekalan dalam keadaan terhad adlah memberansangkan. Pengagihan bekalan mencapai ke
tahap di antara 80-100% dari keseluruhan pengguna dan kawasan yang terlibat dengan catuan.
14

SARANAN

Setiap organisasi sepenting bekalan air perlu mempunyai persediaan bagi menghadapi
sebarang kemungkinan berulangnya krisis seumpama ini. Kajian dan pemantauan perlu dibuat
ke atas semua parameter yang mungkin menyebabkan berlakunya krisis. Melalui pemantauan
yang rapi membolehkan perancangan yang lebih teratur dilaksanakan melalui petunjuk dan
amaran awal yang dikesan. Kaedah menentukan tahap gangguan dan amaran awal secara
berperingkat perlu diwujudkan. Petunjuk-petunjuk ini akan memberi ukuran untuk persediaan
yang perlu dilakukan dalam menghadapi sesuatu krisis. Persediaan rapi dan melalui fakta-
fakta sokongan yang perlu akan memberikan keyakinan untuk memakluman situasi bekalan
kepada Kerajaan Negeri dan pengguna-pengguna yang akan terlibat.

Pelan kontigensi hendaklah disediakan dan dikemaskini secara berkala. Pelan tindakan
yang kemas amatlah berguna semasa berlakunya krisis. Maklumat-maklumat yang terkandung
dalam pelan tersebut mestilah terkini dan disahkan dari masa ke semasa. Senario pelbagai
krisis hendaklah disediakan dan setiap tindakan perlu diselaraskan melalui pelan kontigensi.
Melalui latihan-latihan amal bukan sahaja dapat membantu semasa krisis tetapi dapat
meningkatkan pemahaman terhadap sistem dan tindak balas sesuatu keputusan yang dibuat.

Air dari tasik, air bumi dan sungai merupakan sumber yang boleh meringankan beban
yang dihadapi. Satu pengkalan data mengenai sumber-sumber ini perlu diwujudkan dan
disimpan untuk rujukan. Pengkalan data ini juga perlu mengandungi statistik mengenai
kuantiti air yang boleh diambil dan kualiti air untuk menentukan jenis rawatan yang perlu
dilakukan. Sesuatu sumber alternatif yang dikenalpasti mestilah dikawal dan diawasi supaya
air yang terkandung tidak tercemar.

Sumber utama bekalan air adalah dari sungai-sungai. Lebih dari 98% dari sumber air
datangnya dari air permukaan yang dikawal melalui empangan-empangan. Sungai-sungai ini
mengumpul air dari kawasan-kawasan tadahan dalam pelbagai bentuk. Sebahagian dari
kawasan tadahan merupakan kawasan yang telah dibangunkan serta terdapat berbagai bentuk
aktiviti-aktiviti ekonomi. Manakala sebahagian kawasan tadahan merupakan sumber ideal
untuk pembekal air.
15

Kesedaran perlu dilahirkan untuk memastikan kawasan-kawasan tadahan dikawal,


diawasi, dan sebarang aktiviti yang boleh mencemar dan menjejaskan tampongan dihalang.
Pembuangan sisa-sisa industri mestilah terkawal dan menepati standard yang ditentukan.
Keadaan yang terkawal dapat menjamin sumber air mentah yang berkekalan.

Kualiti air yang dibekalkan hendaklah sentiasa diberi perhatian yang serius. Tiada
kompromi yang dibenarkan ke atas standard kualiti yang ditentukan. Pencemaran ke atas air
yang dibekalkan akan memudaratkan pengguna dan memudahkan penyakit-penyakit
berjangkit merebak dan sukar untuk dikawal.
16

RUJUKAN

Dokumentasi Pengurusan Krisis Bekalan Air Di Selangor Dan W.P Kuala Lumpur
https://www.syabas.com.my/press-release
http://www.astroawani.com/topic/krisis-air-selangor
https://www.utusan.com.my/berita/nasional/krisis-air-selangor-melarat-ke-ibu-negara
https://www.youtube.com/watch?v=f1fZHNJuq5k
https://ms.wikipedia.org/wiki/Projek_Langat_2

You might also like