You are on page 1of 12

SULIT* 2

Bahagian A [20 markah]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1. Faktor pengeluaran yang terhad dalam sesebuah ekonomi akan menyebabkan ……..

A firma memperoleh keuntungan yang besar


B pengeluaran barang awam diberi keutamaan
C wujud ketidakseimbangan agihan pendapatan
D suatu barang dikurangkan untuk menambahkan barang lain.

2. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah


ekonomi.

Barang awan

0 Barang Ketenteraan

Pernyataan yang manakah benar tentang gambar rajah di atas?

A Kos lepas ialah sifar apabila kita meningkatkan pengeluaran barang ketenteraan
B Kos lepas adalah malar apabila kita meningkatkan pengeluaran barang ketenteraan
C Kos lepas bertambah besar apabila kita meningkatkan pengeluaran barang
ketenteraan D Kos lepas bertambah kecil apabila kita meningkatkan pengeluaran
barang ketenteraan.

3. Interaksi antara pengguna dengan pengeluar yang digunakan untuk menyelesaikan


masalah asas ekonomi menggambarkan ciri dalam

A sistem ekonomi pasaran bebas


B sistem ekonomi perancangan pusat
C pasaran persaingan sempurna
D pasaran persaingan tidak sempurna

4. Antara yang berikut, yang manakah tidak mempengaruhi permintaan?

A Saiz penduduk
B Dasar kerajaan
C Kestabilan politik
D Cita rasa pengeluar

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 3

5. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) bagi tayar

Harga (RM)
D

P1 B

P0 A
D

0 Q1 Q0 Kuantiti tayar (unit)

Pergerakan titik dari A ke B di sepanjang keluk permintaan menunjukkan…

A peningkatan harga barang penggenap


B peningkatan harga barang pengganti
C perkembangan permintaan
D pengucupan permintaan

6. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran bagi barang A.

Harga (RM)
S

20

10

S
0 500 600 Kuantiti (unit)

Apakah fungsi penawaran barang A ?

A Qs = 400 + 10P
B Qs = 400 - 10P
C Qs = 500 + 10P
D Qs = 500 - 10P

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 4

7. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan DD dan keluk penawaran SS bagi
suatu barang. Keseimbangan asal ialah pada E0.

Harga (RM)
D1 S0
P3 D 0

P2 S1
P0 E0

P1 S0
D1
S1 D0
0 Q0 Q1 Q2 Q3 Kuantiti (unit)

Kemajuan teknologi dan pengurangan cukai pendapatan individu akan menyebabkan …

A harga tetap di P0 dan kuantiti bertambah ke Q3


B harga turun ke P1 dan kuantiti bertambah ke Q2
C harga naik ke P2 dan kuantiti bertambah ke Q1
D harga naik ke P3 dan kuantiti tetap di Q0

8. Syarikat Le Mans menjual suatu barang pada harga RM1.20 per unit dan mendapat hasil
sebanyak RM450.00 sehari. Jika syarikat ini menurunkan harga barang tersebut kepada
RM1.00 per unit, jumlah hasilnya ialah RM400.00 sehari. Permintaan bagi barang itu adalah

A anjal
B tak anjal
C anjal satu
D anjal sempurna

9. Andaikan kuantiti diminta terhadap suatu barang ialah 250 unit. Keanjalan permintaan
pendapatan barang ini ialah -2. Jika pendapatan meningkat 5%, berapakah kuantiti diminta
yang baru?

A 225
B 240
C 267.5
D 275

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 5

10. Berikut ialah persamaan penawaran (Qs) dan persamaan permintaan (Qd) bagi barang A.

P = 20 + 3Q
P = 140 - Q
Jika kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM20.00 per unit keluaran akan menyebabkan

A kuantiti jatuh sebanyak 3 unit


B kuantiti jatuh sebanyak 5 unit
C harga meningkat sebanyak RM5
D harga meningkat sebanyak RM10

11. Sebuah firma dapat mengeluarkan 400 unit output dengan menggunakan 2 unit buruh. Jika
firma dapat mengeluarkan tambahan 20 unit output dengan menambahkan lagi penggunaan 2
unit buruh, berapakah keluaran sut bagi tambahan buruh tersebut?

A 2 unit
B 5 unit
C 10 unit
D 20 unit

12. Yang manakah antara berikut bukan merujuk kepada kenaikan kecekapan firma akibat
perkembangan dalam firma tersebut?

A Teknikal
B Integrasi
C Kewangan
D Pengkhususan

13. Firma yang mahu memaksimumkan untung akan memaksimumkan perbezaan antara

A jumlah hasil dengan jumlah kos


B jumlah hasil dengan kos sut
C hasil sut dengan kos purata
D hasil sut dengan kos sut

14. Yang berikut adalah maklumat tentang jumlah keluaran, harga dan kos sebuah firma pasaran
persaingan sempurna pada tingkat keseimbangan.

Jumlah keluaran 100 unit


Kos purata RM50.00
Kos berubah purata RM30.00
Harga RM40.00

Berdasar maklumat di atas, apakah tindakan yang patut dilakukan oleh firma tersebut?

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 6

A meneruskan pengeluaran walaupun mengalami kerugian


B memberhentikan pengeluaran kerana mengalami kerugian
C meneruskan pengeluaran kerana memperoleh untung normal
D memberhentikan pengeluaran kerana kos purata melebihi harga

15. Firma pasaran persaingan sempurna mencapai kecekapan pengeluaran apabila tingkat
keluaran berada pada harga yang

A melebihi kos sut


B kurang daripada kos sut
C melebihi kos purata minimum
D sama dengan kos purata minimum

16. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos sut (MC), keluk permintaan (DD) dan keluk
hasil sut (MR) bagi sebuah firma monopoli.

Harga (RM)
MC

P3
P2
P1

MR
0 Q3 Q2 Q1 Kuantiti (unit)

Harga dan kuantiti yang memaksimumkan keuntungan ialah

A P1 dan Q1
B P1 dan Q3
C P2 dan Q2
D P3 dan Q3

17. Sebuah firma mempunyai keluk permintaan yang menurun dari kiri ke kanan. Jika
kemasukan ke dalam pasaran adalah bebas, maka firma itu

A akan mengalami kerugian dan terpaksa menghentikan pengeluarannya


B akan menikmati untung lebih normal dalam jangka panjang C hanya akan
mendapat untung normal dalam jangka panjang
D sentiasa mendapat untung normal dalam jangka pendek

18. Keluk permintaan firma monopoli berbentuk tak anjal, manakala keluk permintaan firma
dalam pasaran persaingan sempurna berbentuk anjal sempurna. Perbezaan ini disebabkan
oleh

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 7

A terdapat firma tunggal di pasaran monopoli manakala bilangan firma dalam pasaran
persaingan sempurna relatifnya banyak
B firma monopoli mempunyai kuasa menentukan harga manakala pasaran persaingan
sempurna merupakan pengambil harga di pasaran
C terdapat sekatan kemasukan firma baru dalam pasaran persaingan sempurna tetapi
dalam pasaran monopoli kebebasan keluar masuk agak mudah
D keluaran pasaran monopoli tidak mempunyai pengganti yang hamper manakala
keluaran pasaran persaingan sempurna mempunyai pengganti yang hampir
19. Permintaan terhadap faktor-faktor pengeluaran semakin anjal apabila

A kegunaan faktor tersebut terhad


B pengganti terhadap faktor tersebut kurang
C faktor tersebut mudah diganti dengan faktor lain
D permintaan terhadap barang yang dikeluarkan tak anjal

20. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan jumlah keluaran bagi
sebuah firma pasaran persaingan sempurna.

Kuantiti buruh Jumlah keluaran


(orang) (unit)
1 20
2 38
3 54
4 67
5 77
6 83

Jika harga keluaran di pasaran ialah RM5.00 per unit dan upah ialah RM50.00 per orang
buruh, pengeluar akan menggunakan buruh sebanyak

A 3 orang
B 4 orang
C 5 orang
D 6 orang

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 8

Bahagian B [40
markah] Jawab empat soalan sahaja.

21. Mengapa sistem ekonomi pasaran bebas berbeza berbanding dengan sistem ekonomi
perancangan pusat. Huraikan [10]

22. (a) Dengan memberikan contoh, bezakan maksud antara barang pengganti dengan barang
penggenap? [2]

(b) Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan bagi M dan keluk permintaan
bagi N.

Harga
Harga D1
D2 D1 P2

P1 P1
D1 D2
D1

0
Q2 Q1 Kuantiti 0 Q1 Q2 Kuantiti

Permintaan Barang M Permintaan Barang N

Terangkan hubungan antara barang M dengan barang N jika diandaikan harga asal adalah
pada P1. [8]

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 9

23. (a) Apakah maksud kos pengeluaran jangka pendek? [2]

(b) Rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata bagi sebuah firma.

Kos Purata (RM)

P1 SAC 1 SAC 2
SAC 3
P2
P3
P4

0 Q 1 Q2 Q3 Kuantiti output (unit)

Andaikan firma tersebut hanya mempunyai tiga saiz loji yang diwakili oleh keluk SAC1,
SAC2 dan SAC3.
Apakah saiz loji yang akan dipilih jika firma ingin mengeluarkan

(i) Q1 unit output


(ii) Q2 unit output
(iii) Melebihi Q3 unit output

Berikan alasan bagi jawapan anda. [10]

24. Huraikan kesan terhadap keluk kos purata jangka panjang sebuah kilang elektronik apabila
perkara-perkara berikut berlaku:

(a) Kilang terletak di kawasan perindustrian [5]


(b) Kekurangan pekerja yang terlatih dalam proses pengeluaran [5]

25. Dengan menggunakan gambarajah, jelaskan mengapa firma dalam Pasaran Persaingan
Sempurna walaupun mengalami kerugian tetapi masih meneruskan operasi dalam jangka
pendek [10]

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 10

26. Dengan bantuan gambarajah, terangkan bagaimana campurtangan kerajaan dapat mengawal
Pasaran Monopoli melalui penetapan harga berikut

(i) Harga optimum sosial ( P=MC) [5]


(ii) Harga Pulangan Adil (P = AC) [5]

Bahagian C [20 markah] Jawab


dua soalan sahaja.

27. Jadual di bawah menunjukkan kombinasi pengeluaran barang X dan barang Y bagi sebuah
negara sebelum dan selepas perubahan teknologi.

Sebelum perubahan teknologi Selepas perubahan teknologi


Kombinasi Barang X (unit) Barang Y (unit) Kombinasi
Barang X (unit)

A 0 300 A 0

B 40 280 B' 60

C 80 240 C' 120

D 120 200 D' 180

E 160 140 E' 240

F 200 80 F' 300

G 240 0 G' 360

(a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan kos lepas ? [1]

(ii) Nyatakan jenis kos lepas yang digambarkan oleh keluk kemungkinan pengeluaran
negara ini ? [1]

(b) Hitung kos lepas untuk mengeluarkan 140 unit barang Y

(i) sebelum perubahan teknologi [1]


(ii) selepas perubahan teknologi. [1]

(c) Hitung peratusan perubahan kos lepas dalam (b).


[2]

(d) Selepas berlaku perubahan teknologi, jelaskan keadaan apabila negara ini
mengeluarkan

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 11

(i) 180 unit barang X dan 150 unit barang Y [2] (ii)
300 unit barang X dan 100 unit barang Y. [2]

28. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta bagi barang X pada pelbagai tingkat harga.

Harga Kuantiti diminta


(RM) (unit)
4 160
5 150
6 140
7 130
8 120
9 110

Diberi persamaan penawaran bagi barang X ialah Qs = 95 + 5P di mana :


Qs = Kuantiti ditawar (unit)
P = Harga (RM)

(a) Hitung :

(i) harga dan kuantiti keseimbangan. [2]


(ii) jumlah hasil pengeluar ke atas barang X pada tingkat harga keseimbangan.
[1]

(b) Hitung nilai keanjalan penawaran harga bagi barang X apabila harga turun daripada
RM 6.00 kepada RM 5.00. [2]

(c) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM 3.00 seunit,

(i) berikan persamaan penawaran baharu. [1]


(ii) hitung harga dan kuantiti keseimbangan baharu. [2]
(iii) hitung beban cukai yang ditanggung penggguna dan pengeluar. [2]

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 12

29 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk-keluk bagi kos sut (MC), kos purata (AC), kos
berubah purata (AVC), hasil sut (MR), dan hasil purata (AR) bagi firma pasaran persaingan
sempurna.

Harga (RM)

MC AC

AVC

35

30 AR=MR

15

12

0 20 23 25 26 30 Kuantiti
) (unit

(a) Berdasarkan gambar rajah di atas , berapakah output dan harga keseimbangan firma ini ?
[2]
(b) Pada tingkat output keseimbangan, hitung :

(i) jumlah kos tetap (TFC) dan jumlah kos berubah (TVC) [2]
(ii) jumlah hasil (TR) dan jumlah kos (TC) [2]
(iii) jumlah keuntungan atau kerugian [1]

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 13

(c) Adakah firma ini masih boleh meneruskan operasinya? Mengapa? [2]

(d) Berapakah harga keluaran yang perlu dijual supaya firma mendapat untung normal ?
[1]

KERTAS SOALAN TAMAT

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

You might also like