You are on page 1of 4

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

JMS 211 Sejarah Politik Malaysia Tradisional


Sidang Akademik 2021/2022

Panduan Tugasan Individu

1. Tugasan JMS211 terdiri daripada dua bahagian; tugasan bertulis dan sipnosis artikel.
Jawab kedua-dua soalan. Tarikh hantar kedua-dua tugasan: 31 Mei 2022.

2. Format: Tugasan bertulis adalah dalam lingkungan 1000-1200 patah perkataan (4-5
muka surat). Tugasan sipnosis artikel adalah dalam lingkungan 500 patah perkataan (2
muka surat). Tugasan perlulah ditaip dengan menggunakan Times New Roman (saiz 12)
dan langkau 2 baris.

3. Rujukan: Tugasan 1 perlu dihasilkan dengan menggunakan sekurang-kurangnya 4


rujukan. Semua sumber yang digunakan perlu diiktiraf dalam nota kaki dan bibliografi
dengan menggunakan gaya Chicago. Sila rujuk panduan catatan nota kaki dan
bibliografi dalam dokumen berasingan yang dimuatnaikkan dalam portal.

4. Plagiat: Tugasan tanpa nota kaki atau bibliografi dianggap sebagai PLAGIAT dan akan
diberikan F. Tugasan yang dicetak rompak daripada mana-mana sumber akan diberikan
F.

5. Penghantaran ONLINE: Rujuk kepada portal untuk panduan penghantaran ONLINE.


Salinan tugasan TIDAK perlu dihantar kepada pejabat PPPJJ.

1
Tugasan 1 (Tugasan bertulis)
Huraikan bagaimana campur tangan British di Negeri-negeri Melayu Utara telah menamatkan
pengaruh Siam pada 1909. Huraian perlu merangkumi faktor-faktor dan implikasi Persetiaan
Burney 1826 dan Perjanjian Bangkok 1909 antara pihak British dan pihak Siam.
(15 markah)
* wajib ada nota kaki untuk setiap perenggan dan senarai rujukan
* dalam 1000-1200 patah perkataan

Tugasan 2 (Sipnosis artikel)


Berdasarkan artikel bertajuk “British: telunjuk lurus kelingking berkait dalam Perang Kedah-
Siam 1821-1842,” pamerkan “tanggungjawab moral” kerajaan British terhadap Sultan Kedah
dalam peristiwa perang antara Kedah dan Siam. Sipnosis perlu dibuat dalam bentuk rumusan
dengan fokus kepada bagaimana British mengabaikan tanggungjawab moral terhadap Kedah
selepas British memulakan hubungan persabahatan dengan Kedah melalui pendudukan Pulau
Pinang.
(15 markah)

* tidak perlu ada nota kaki dan tidak perlu senarai rujukan
* dalam 500 patah perkataan
* Artikel: Sa’ari, Hasim, and Rohani Abd Ghani. “British: telunjuk lurus kelingking berkait
dalam Perang Kedah-Siam 1821-1842.” Jurnal IPDA 26, no. 1 (2020): 48-63.

2
Panduan Rujukan
Tugasan 1 perlu dihasilkan dengan merujuk kepada 4 rujukan sumber kedua termasuk buku
dan artikel jurnal. Bacaan bacaan di bawah adalah sebagai rujukan dan peserta boleh merujuk
mana-mana sumber ilmiah di luar senarai berkenaan.

1. Artikel jurnal boleh diakses online melalui google scholar. Sila taipkan kaca kunci
dalam BM atau BI. https://scholar.google.com/
2. Buku rujukan alternatif boleh diakses online melalui google book.
https://books.google.com/

Rujukan Utama

Ahmat, Sharom. “Kedah-Siam relations, 1821-1905.” The Journal of the Siam Society, 59
(1971): 97-117.

Chandran, J. “Perjanjian 1909 antara Inggeris dengan Siam serta Latar Belakangnya.” Jebat:
Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 72 (1971): 4-13.

Ghazali, Abdullah Zakaria. “Bunga Emas: Satu Tinjauan Dalam Hubungan Terengganu--
Siam.”Malaysia In History, 21 no. 1 (1978): 32-37.

Ghazali, Abdullah Zakaria. “Negeri Melayu dan Thailand 1781-1945: Hubungan dan
Pentadbiran.” Malaysia Dari Segi Sejarah, 24 (1996): 88-115.

Mahmud, Nik Anuar Nik. “Sejarah Penggarisan dan Pemantapan Sempadan Negeri-Negeri
Melayu Utara Dengan Siam 1907-1912.” Malaysia Dari Segi Sejarah, 22 (1994): 107-
136.

Othman, Mohd. Isa. Sejarah Politik Malaysia Traditional. Pulau Pinang: PPPJJ USM, 2010.

Rasidi, Shuwaibah, dan Shakila Yacob. “British Dalam Persempadanan Hulu Perak-Reman:
Satu Kronologi Dari Tahun 1882 hingga 1909.” Jurnal Sejarah 29, no. 1 (2020): 74-95.

Saari, Hasim, Rohani Abd Ghani, dan Ahamad Jama’Amin Yang. “Tragedi dalam Perang
Kedah-Siam, 1821-1842: Suatu Sorotan Sejarah-Tragedy of Kedah-Siam War, 1821-
1842: A Historical Review.” Malaysia and International History Review 1 (2020): 64-79.

Tan Ding Eing. Sejarah Malaysia dan Singapura. Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1979.

3
Bacaan umum untuk semua topik JMS 211

Andaya, B. W. & Andaya, L.Y. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan, 1983.

Cowan, C.D.. Tanah Melayu Kurun Ke 18. Kuala Lumpur: DBP, 1970.

Emerson, Rupert. Malaysia: Satu Pengkajian Pemerintahan Secara Langsung dan Tidak
Langsung. Kuala Lumpur: DBP, 1974.

Othman, Mohd. Isa. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur, Utusan Pub., 2002.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi

Pengurus kursus
Dr. Low Choo Chin
Email: lowc@usm.my
Tel : 04-6533609
Pejabat: No. 117, Bangunan PJJ

You might also like