You are on page 1of 34

PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

BAB 1: PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan merupakan satu penanda aras yang sering digunakan untuk mengukur tahap kemajuan sesebuah

negara. Kurikulum dan sistem pendidikan sering dipinda bagi memastikan daya saing sesebuah negara kekal

kompetitif dalam menghadapi fenomena globalisasi. Tekanan untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik

menyebabkan pelbagai pihak mengemukakan pandangan tentang kaedah terbaik yang diperlukan untuk

mendidik generasi muda kini. Tokoh-tokoh pendidikan seperti Illich (1970) dan Bennet (1972) telah

mempersoalkan keberkesanan pendidikan wajib melalui institusi persekolahan. Lantaran itu, timbul pelbagai

alternatif kepada sistem pendidikan formal yang sedia ada. Antaranya ialah ‘homeschooling’.

1.2 Latar Belakang

‘Home Schooling’ bukanlah satu konsep yang baharu kerana telah dilaksanakan di kebanyakan negara maju

sejak 1970-an lagi. Di Amerika Syarikat misalnya, 2.9 peratus kanak-kanak yang berusia di antara 5-17 tahun

mendapatkan pendidikan melalui ‘homeschooling’. Konsep ini merupakan satu alternatif kepada pendidikan

formal yang terdapat di kebanyakan negara. ‘Homeschooling’ merupakan pendidikan kepada anak-anak di

rumah sama ada oleh ibu bapa atau tutor yang berlaku diluar persekitaran sekolah. Di kebanyakan negara

‘homeschooling’ merupakan satu pilihan yang sah dari sudut undang-undang. Terdapat pelbagai alasan yang

dikemukakan oleh ibu bapa untuk mereka memilih ‘homeschooling’. Kebanyakan ibu bapa memilih

‘homeschooling’ kerana kurang berpuas hati dengan persekitaran sekolah, ingin memberikan didikan agama atau

moral dan perasaan tidak puas hati terhadap sistem persekolahan yang sedia ada. ‘Homescooling’ juga

merupakan satu opsyen untuk mereka yang tinggal di kawasan pedalaman atau terpencil, tinggal sementara di

luar negara, keluarga yang gemar mengembara, ataupun terlibat dalam bidang sukan.

1
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

Selain itu, ‘homeschooling’ juga boleh digunakan sebagai pendidikan sokongan untuk membantu pembelajaran

kanak-kanak. Sebagai contoh, murid yang berpencapaian rendah di sekolah boleh menerima manfaat

‘homeschooling’ sebagai kaedah pembelajaran dengan menggunakan internet atau ‘e-learning’.

‘Homeschooling’ boleh digabungkan dengan pendidikan biasa untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

‘Homeschooling’ juga boleh berlaku melalui pendidikan di rumah dengan pengawasan pihak sekolah. Hal ini

memerlukan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan juga ibu bapa.

Melalui ‘homeschooling’ juga murid memperoleh pengetahuan mengikut minat dengan ibu bapa terlibat secara

aktif dalam aktiviti pembelajaran dan memberi pengalaman berdasarkan akitviti harian di rumah. Ibu bapa

berfungsi untuk mengukuhkan pembelajaran melalui maklum balas positif, menjadi model, memberikan

kemahiran yang diperlukan dan pada masa yang sama murid harus berperanan untuk sentiasa bertanyan dan

belajar. Holt (1977) mengambarkan ‘homeschooling’ sebagai satu kaedah yang ibu bapa tidak mempunyai

autoriti secara terus terhadap pembelajaran anak-anak tetapi berinteraksi dengan anak meeka mengikut minat,

membiarkan mereka meneroka dan belajar mengikut kecenderungan mereka. Bagi Holt (1977) lagi, kanak-kanak

belajar melalui pengalaman hidup dan beliau juga menggalakkan ibu bapa menjalani kehidupan mereka bersama

anak-anak. ‘Homeschooling’ memberikan kuasa autonomus kepada individu untuk bertanggungjawab terhadap

persekitaran pembelajaran mereka sendiri, membantu membina kesedaran kendiri, mewujudkan visi, serta

kebebasan untuk berbincang. Dalam hal ini kanak-kanak bebas memilih aktiviti atau perkara yang diminati

(Coogan, 2010 ).

1.3 Pernyataan Masalah

Di Malaysia konsep ‘homeschooling’ ini mula diperkenalkan sekitar 20 tahun yang lalu. Walau bagaimanapun

Akta Pendidikan 1996 yang mewajibkan semua rakyatnya mendapatkan pendidikan formal selama 11 tahun

dilihat sebagai penghalang kepada perkembangan konsep ini. Namun terdapat sekitar 1000 keluarga yang

2
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

mengamalkan konsep ini. Walaupun komuniti ini dianggap minoriti dalam sistem pendidikan kita, tetapi mereka

telahpun mempunyai persatuan seperti Home School Legal Defense Association (HSLDA) Malaysia,

Homefrontier serta beberapa laman sesawang yang memperjuangkan konsep ini di Malaysia. Kumpulan ini

berpandangan pendidikan formal dianggap terlalu rigid dan tidak dapat mencungkil minat dan bakat murid yang

tersembunyi (Ray, 1992). Memandangkan terdapat kekangan dari segi aspek perundangan di Malaysia, maka

konsep ‘homeschooling’ di Malaysia boleh digunakan sebagai sokongan kepada sistem yang sedia ada. Apa yang

penting ialah untuk melaksanakan ‘homeschooling’, penerimaan guru dan ibu bapa adalah penting.

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan kepada pernyataan masalah yang dibincangkan, berikut adalah objektif kajian ini:

1. Mengenal pasti penerimaan ibu bapa terhadap ‘homeschooling’

2. Mengenal pasti penerimaan guru terhadap ‘homeschooling’

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian yang telah dikemukakan, berikut adalah persoalan kajian:

1. Adakah terdapat penerimaan ibu bapa terhadap ‘homeschooling’

2. Adakah terdapat penerimaan guru terhadap ‘homeschooling’

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti penerimaan ibu bapa terhadap ‘homeschooling’. Selain itu kajian ini

dilakukan untuk mengenalpasti penerimaan guru terhadap ‘homeschooling’. Maklumat yang diperolehi akan

membantu Kementerian Pelajaran merancang program yang sesuai untuk keperluan murid serta memenuhi

kehendak ibu bapa terhadap pendidikan alternatif.

3
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini hanya mengkaji penerimaan ibu bapa dan guru terhadap ‘homeschooling’. Kajian ini hanya

melibatkan pandangan ibu bapa dan guru di Pulau Pinang. Kajian ini dijalankan di Pulau Pinang memandangkan

negari ini merupakan antara negeri termaju dan terdapat keperluan di kalangan masyarakat untuk mendapatkan

pendidikan alternatif. Ketepatan kajian ini bergantung kepada pemahaman responden menjawab soal selidik

yang berkaitan dengan variabel yang dikaji. Hasil kajian ini tidak dapat dibuat generalisasi terhadap

‘homeschooling’ di seluruh Malaysia kerana kajian ini hanya dibuat di negeri Pulau Pinang sahaja.

1.8 Definisi Istilah

‘Homeschooling’ ditakrifkan oleh Lines (1993) sebagai pendidikan yang berlaku di rumah berbanding dengan

sekolah. Persekitaran dunia luar dianggap sebagai bilik darjah (Lyon, 1994). Pendidikan dalam homeschooling

berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Oleh itu ‘homeschooling’ merujuk kepada pendidikan yang

berlaku di luar sekolah. ‘

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran

Menurut Sharifah Alwiah (1983) pendekatan p&p merupakan suatu proses. Hal ini kerana,dalam aktiviti

pembelajaran, aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu dan pelbagai aktiviti

lain akan dilakukan. Tengku Aini dan Yusmini (2007), mentafsirkan pendekatan p&p sebagai langkah atau cara

yang perlu digunakan supaya murid dapat memahami maksud sebenar pengajaran yang ingin disampaikan

kepada mereka. Abdullah Sani et.al (2007) pula mentaksirkannya sebagai usaha merekabentuk dan menterjemah

wawasan ke dalam kurikulum dengan cara mengoptimumkan segala sumber yang ada melalui strategi rancangan

pendidikan, pemerolehan, serta pengalaman p&p bagi memastikan rancangan pendidikan dilaksanakan dengan

berkesan berdasarkan wawasan yang dibina. Justeru, pendekatan p&p merujuk kepada kaedah dan aktiviti yang

4
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

digunakan oleh ibu bapa dalam melaksanakan p&p yang dirancang bagi merealisasikan objektif kurikulum

dengan menggunakan sumber yang ada.

1.9 Rumusan

‘Homeschooling’ merupakan satu konsep yang perlu dipertimbangkan sebagai pilihan kepada ibu bapa untuk

mendidik anak-anak mereka. ‘Homeschooling’ membolehkan ibu bapa membentuk anak-anak mereka mengikut

minat dan bakat yang ada kepada anak-anak mereka mengikut tahap kemampuan yang ada pada anak-anak

mereka.

5
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

BAB 2: SOROTAN LITERATUR

2.0 PENGENALAN KONSEP “HOME SCHOOLING”

2.1 Definisi Homeschooling

Istilah ‘Homeschooling’ atau dikenali sebagai ‘sekolah di rumah’ adalah pendidikan yang berlaku di
rumah. Ia bukan satu replikasi sekolah dalam persekitaran rumah, tetapi gaya hidup holistik yang jalur
perangkap persekolahan institusi untuk memberi tumpuan kepada perkara-perkara asas. Pengamal
sekolah di rumah menganggap homeschooling ini sebagai asas pembentukan sahsiah, kecemerlangan
akademik, dan kecintaan anak-anak untuk belajar dalam keadaan yang selamat dan mengikut acuan
masing-masing (Isenberg, E. J. ,2007). Adakah ini bermakna pendidikan di sekolah tidak berjaya? Soalan
inilah yang perlu dikaji.

Homeschooling bukanlah satu perkara yang baru di negara seperti Canada danAmerika. Pada tahun 1989
dianggar sebanyak 400,000 hingga 1.5 juta pelajar di Amerika dan 20,000 pelajar di Canada melalui
Homeschooling (Arai, A. B. ,2000) Salah satu sebab mengapa perkara ini berlaku adalah kerana jumlah
pelajar yang tidak ke sekolah adalah ramai pada ketika itu. Justeru, pelajar diminta untuk belajar di rumah
sahaja.

Dari segi kurikulum, pengolahan bahan untuk homescholers ditulis dengan baik dan sangat
mementingkan kehendak ibu bapa. Christian homeschoolers mempunyai pilihan yang paling banyak dan
lebih diterima di seluruh negara. Homeschool di Malaysia masih di peringkat awal, dan boleh dikatakan
semua homeschoolers membeli kurikulum mereka di luar negara melalui pesanan mel atau internet
(Moore, R., & Moore, D.,1994)

Sebenarnya banyak isu dapat dikupas dalam homeschooling (Gray, P., & Riley, G. , 2013). Walaupun
pendidikan di rumah tidak begitu popular di Malaysia, namun masih terdapat ibubapa mengikuti trend ini
di Malaysia. Di Amerika Syarikat umpamanya, terdapat 2 juta yang bersekolah di rumah dan jumlah itu
meningkat setiap tahun. Di Malaysia tidak ada angka sebenar wujud. Namun demikian, ahli akademik
Prof Dr Ibrahim Ahmad Barjunid dari Jabatan Kemanusiaan, UNITAR sekali melaporkan bahawa
terdapat kira-kira 5,000 homeschoolers di Malaysia pada tahun 2013.Dalam konteks Malaysia budaya
homeschooling yang sebenar adalah adalah seperti tuition, menghadiri kelas muzik, berenang, melukis,

6
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

menari,mengaji, pendidikan fardhu ain, penceritaan mitos atau cerita dogeng oleh datuk nenek,dan juga
usrah atau menghadiri halaqah atau ‘get to gather’ di rumah.

2.2 Konsep Kurikulum Dalam Homeschooling: Pendidikan Formal dan Tidak

Formal

Kurikulum mencerminkan keterkaitan antara unsur-unsur pendidikan formal, nonformal,


dan informal dengan memperhatikan kondisi dan tuntutan lingkungan yang selalu
berkembang serta arah pengembangan manusia sejagat (Swanwick, T.,2005). Manakala, pendidikan tidak
formal pula ialah merujuk kepada pembelajaran secra tidak langsung atau boleh juga dikenali sebgai
pembelajarans epanjang hayat (Cohen E.H, 2004). Isu ini telah pun diperdebat pada tahuns sekitar 80an
(Mocker, D. W., & Spear, G. E., 1982).

Sebenarnya, pendidikan formal mempunyai garis panduan dari segi pengembangan kurikulum, yang
mana ia disusun antara lain agar dapat memberi kesempatan untuk :

(a) belajar untuk beriman dan bertakwa kepada Tuhan Yang Maha Esa,

(b) belajar untuk memahami dan menghayati,

(c) belajar untuk mampu melaksanakan dan berbuat secara efektif,

(d) belajar untuk hidup bersama dan berguna untuk orang lain, dan

(e) belajar untuk membangun dan menemukan jati diri melalui proses belajar yang aktif, kreatif,
efektif dan menyenangkan.

Kurikulum adalah rencana dan pengaturan mengenai tujuan, isi, dan bahan pelajaran serta cara yang
digunakan sebagai pedoman penyelenggaraan kegiatan pembelajaran untuk mencapai tujuan pendidikan
tertentu (Pendidikan, B. S. N., 2006). Muatan lokal (Local content) pula merupakan kegiatan kurikulum
untuk mengembangkan kompetensi yang disesuaikan dengan ciri khas dan potensi daerah, termasuk adat
dan norma masyarakat setempat. Oleh itu, homeschooling merupakan salah satu cara menyelesaikan
masalah sesetengah ibubapa yang mahupun ’kelainan’ dalam pendidikan (Van Galen, J., & Pitman, M. A.
, 1991).

7
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

Secara umumnya, penggunaan kurikulum homeschoolers di rumah adalah mengikut kaedah


pembelajaran yang sepadan dengan keyakinan peribadi mereka. Sebagai contoh, jika anda suka
Pendekatan Buku Teks, anda boleh memilih untuk Alfa dan Omega, Abeka, KELAS (Christian Liberty
Academy Satelit), Sekolah Esok, atau Bob Jones. Pendekatan ini adalah yang paling popular. Jika anda
lebih memilih Pendekatan Kajian Unit (yang mengintegrasikan beberapa subjek dalam modul bertema),
terdapat Latihan Lanjutan Bill Gothard Institut penerbitan, yang sering digambarkan sebagai "kurikulum
berpusatkan Kristus." juga boleh menjadi pilihan (Holmes, A. F. ,2001)

Buku-buku ini kurang popular di sini tetapi berkembang di Barat. Pendekatan klasik, seperti yang
digalakkan oleh penulis Dorothy Sayers, meliputi kajian Latin, Hebrew, klasik Yunani, retorik, dan
sebagainya. Veritas Press merupakan salah satu pendekatan Kristian klasik pengedar yang disahkan dan
disokong oleh KM Sproul dan Doug Wilson. Selain itu, Sonlight, sejenis kurikulum berasaskan sastera
mulanya direka untuk pendakwah yang kadang-kadang dipanggil Pendekatan Buku

Kurikulum pakej pelbagai sastera juga digunakan oleh homeschoolers di rumah; sesuai dengan umur
sebenar (fiksyen, bukan fiksyen, biografi, sejarah, dan lain-lain) untuk dipadankan dengan mata pelajaran
sekolah penting seperti Bahasa, Sejarah, Geografi dan Bible.

2.4 Homeschooling Formal dan Tidak Formal: Kurikulum di Rumah Mengikut Kaum dan
Cara.

2.4.1 Kaum

a. Kaum Melayu

Dari segi pembentukan kurikulum ialah jikalau dilihat dari segi sejarah, pendidikan awal di
rumah bermula sejak zaman sebelum Merdeka lagi. Kanak-kanak diberi pendidikan agama yang
asas, seperti belajar kelas fardhu ain, taranum Al-Quran atau tajwid, jawi dan juga perkara
berkaitan dengan amali sembahyang dan puasa. Bukan sahaja kanak-kanak mengikuti kelas-kelas
ini namun juga orang dewasa. Ini adalah hasil ekoran perpindahan mubaligh-mubaligh Arab ke
Tanah Melayu dan perkembangan Islam berlaku ekoran daripada kurikulum dari Semenanjung
Arab.

Perbandingan Kurikulum Rasulllah dan pendidikan informal


8
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

ibu bapa di rumah

 Akidah : rukun iman mengesakan Allah dan melarang mensyirikkannya


dengan berhala dan sebagainya. Beriman kepada rasul-rasul teramsuk Nabi
Muhammad s.a.w. Beriman kepada kitab-kitab termasuk Al-Quran wahyu
daripada Allah s.w.t. Beriman kepada hari akhirat,manusia akan dihidupkan
semula untuk mendapat pembalasan baik atau sebaliknya

 Syariah : Bersolat : hanya Allah sahaja yang disembah. Konsep wajib, sunat
,halal, haram, harus dalam melaksanakan tanggungawab

 Akhlak : Konsep amar maaruf spt hormat-menghormati, tolong menolong,


jujur,amanah, berkata benar. Konsep nahi mungkar iaitu larangan
berzina,berdusta dan membunuh anak perempuan
Kurikulum dan pelaksanaan Sejauh mana pengaplikasian
pendidikan di Madinah zaman pendidikan tidak formal di Malaysia
Rasullah S.A.W masa kini

 Cara nabi mendidik (tidak  Cara nabi mendidik (tidak


formal): formal)

Menunjukkan contoh teladan Kebanyakan ibubapa tidak mengamalkan


dan akhlak yang baik. Nabi nila-nilai murni dalam kehidupan
sendiri tidak pernah berdusta. seharian mereka. Kadang-kadang dengan
Menyampaikan dengan berbohong di hadapan anak mereka
hikmah berbincang lemah sendiri apabila jurujua datang ke rumah
lembut, sabar dan doa. untuk menjual barang-barang. Ini adalah
Menanamkan keimanan tidak selaras dengan prinsip kejujuran
dalam Islam.

 Peluasan ajaran Islam (tidak  Peluasan ajaran Islam(tidak


formal): Aqidah – diteruskan formal) :
menanam keimanan. Akhlak –
Konsep sembahyang masih belum
9
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

akhlak manusia diteruskan


diwajibkan di rumah. Konsep
dengan kemasyarakatan seperti
merotan anak jika tidak besolat
muamalah, kejiranan, 
juga dipandang ringan.
Kenegaraan 1 bulan –
kewajipan mendirikan solat
Jumaat, mengerjakan puasa,
haji, zakat, kekeluargaan di 
tambah dengan ibadat sunat

 Mempelajari bahasa asing  Mempelajari bahasa asing


(tidak formal) : Rasulullah (formal dan tidak formal)
s.a.w menghantar para sahabat
Tidak ramai ibu bapa menghantar
belajar bahasa asing untuk
anak-anak mereka untuk belajar
sebarkan  /pendidikan Islam
bahasa asing. Penguasaan Bahasa
cth: Muaz bin Jabal ke Yaman,
Inggeris di kalangan anak-anak
Abdullah bin Mas-ud ke
Melayu juga tidak berapa
Kufah, Abu Musa Al-Asyaari
dikuasai, malah ditentang oleh
ke Basrah.
sebahagian ibu bapa apabila
PPSMTI (Pengajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa
Inggeris) diperkenalkan.

 Pendidikan untuk semua  Pendidikan untuk


(tidak formal): Rasulullah semua(formal)
memberi peluang dan
membuka ruang kepada semua Konsep ini di Malaysia tiada
orang untuk belajar sejajar penentangan belaku.
dengan tuntutan dalam hadis
yang bermaksud “ menuntut

10
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

ilmu wajib bagi semua umat


Islam.” Terdapat satu hari khas
untuk mengajar kaum wanita.
Saidatina Aishah menjadi
rujukan para muslimat.

 Pendidikan membaca dan


menulis (tidak formal) :
Individu yang boleh membaca  Pendidikan membaca dan

dan menulis diarahkan menulis ( formal)

mencatat wahyu. Rasulullah


3M (Menulis, Mengira dan
mengarahkan orang yang boleh
Membaca) waktu KBSR dan
membaca dan menulis supaya
KBSM
mengajar orang lain. Contoh:
Tawanan perang Badar yang Sekarang pendekatan ialah
tahu membaca dan menulis LINUX (kebolehan berfikir,
dikehendaki mengajar kanak- menaakul dan menanalisa secara
kanak Islam sehingga pandai kreatif dan kritis)
untuk membebaskan diri
mereka.
 Pendidikan fizikal (tidak
formal):
 Pendidikan fizikal ( formal dan

Rasulullah menggalakkan tidak formal):

menunggang kuda, memanah,


Tidak ada setakat ini pelajaran
berenang.  “otak yang cergas
menunggang kuda. Akan tetapi
terletak di badan yang sihat”
terdapat program ‘summer camp’

 Menulis surat kepada berbayar, dan juga sekolah

Negara lain : Rasulullah telah terpilih seperti MRSM Kepala

mengarahkan sahabat menyeru Batas memberi pendidikan

11
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

Islam kpd Raja Habsyah, Raja


menunggang kuda secara formal.
Mesir dan Iraq. Raja Habsyah
menerimanya dengan baik
Akan tetapi, dari segi berenang
tetapi yang lain memberi
kaum Melayu di Bandar tidak
layanan yang buruk kepada
menganggap kemahiran berenang
utusan.
sesuatu yang penting. Slah satu
sebab ialah dari segi kekangan
kewangan.

Kesimpulan :

Kurikulum yang didedahkan oleh Rasulullah sama ada di Mekah atau pun Madinah bertujuan melahirkan
insan yang sempurna dari segi fizikal dan spiritual agar memperolehi kebahagian di dunia dan akhirat.
Kurikulum yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w. ini kemudiannya diwarisi oleh para sahabat termasuk
pengumpulan dan pembukuan al-Quran dan Hadis yang membawa kepada pengenalan ilmu tafsir,
usuludin, fiqah, dan ilmu-ilmu lain. Dari segi pelaksanaan dan pengaplikasian dalam masyarakat kita,
hanya kelas PAFA dan mengaji sahaja diikuti. Selebihnya, tidak diberi pehatian secara mendalam.

b. Kaum Cina dan India.

Budaya cina mengutamakan pendidikan sejak dari kecil. Dari segi sejarah peradaban dunia juga,
kepentingan pendidikan telahpun difokus dalam dinasti Han dan dinasti-dinasti selepas itu. Oleh
hal yang demikian, kepentingan pendidikan dipandang serius oleh masyarakat Cina.

Jikalau dlihat budaya sekolah Cina, hari cuti sekolah juga pelajar mereka akan dihantar ke
sekolah. Ini adalah kerana, kelas tambahan akan berjalan seperti biasa. Malah apabila ditanya, ibu
bapa pelajar-pelajar ini sanggup membayar guru sekolah sebanyak RM 600 seorang bagi jangka
masa dua minggu kelas tambahan. Adakah budaya ini dipraktikkan di kalanagn masyarakat
Melayu? Adakah wang menjadi kekangan pelajar Melayu untuk besaing dalam persekitaran yang
kompetitif ini? Soalan yang perlu difikirkan.

12
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

Kaum India pula sedang berswaing rapat dengan pelajar Cina dalam konteks Malaysia. Akan
tetapi, walaupun tidak mempunyai ‘akses’ yang sama seperti pelajar Cina dari segi kewangan,
namun pelajar India juga mampu bersaing dengan pelajar Cina di sekolah.

Dari segi pertuturan bahasa asing iaitu Bahasa Inggeris, bahasa ini banyak dipertutur di rumah
orang Cina dan India berbanding dengan rumah Melayu. Ini adalah kerana, secara umumnya ibu
bapa masyarakat Melayu juga tidak berapa fasih dalam bahasa ini. Jadi kekangan untuk bertutur
apatah lagi berkomunikasi menjadi satu halangan.

Dari segi kelas-kelas melukis, muzik, menari yang mana tidak diajar di sekolah secara khusus;
mempunyai jumlah pelajar kaum Cina dan India berbanding dengan kaum Melayu. Ini adalah
kerana, masyarakat Melayu tidak menjurus anak-anak meraka ke arah perkara-perkara yang
melanggar nilai etika serta norma seorang identiti Islam.

Walaubagaimanapun, ketiga-tiga kaum di atas mempunyai persamaan dari segi menghantar anak
ke tuition. Budaya ‘tuition’ dan ‘exam based’ ini diberi penekanan yang lebih di rumah
berbanding dengan nilai yang dipelajari hasil dari persekolahan. Malahan ramai pelajar dimarahi
dirumah, jika tidak mendapat ‘A’ dalam peperiksaan di sekolah tanpa menghirau, samada pelajar
ini telah memahami apa yang telah diajar oleh guru pada hari pesekolahan tersebut.

Ibu bapa bertanggungjawab untuk pendidikan kanak-kanak. Walaupun kedua-dua ibu bapa
memainkan peranan pelengkap, ibu biasanya guru adalah fasilitator sekolah rendah ayah pula
dikenali bertanggungjawab dalam soal memberi dorongan, disiplin, dan kestabilan
homeschooling. Biasanya ibu menghabiskan masa untuk belajar. Sebenarnya, homeschool
menguatkan keluarga, dan ibu bapa 'kuasa' untuk belajar dan berkembang bersama-sama dengan
anak-anak mereka (Bee, H. L., & Boyd, D. R. , 2010).Bergantung kepada bilangan kanak-kanak
di rumah dan umur mereka, ibu bapa mereka bentuk jadual yang mungkin merangkumi
pembelajaran formal dan tidak formal (Cogan, M. F.,2010). Terdapat pelbagai aspek kebaikan
homeschooling yang boleh dibicara dari segi sosial, moral, emosi dan jasmani, akan tetapi
terdapat juga kumpulan yang menentang perkembangan homeschooling di Malaysia disebabkan
kepentingan politik (Apple, M. W., 2000).

13
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

2.4.2 Cara.

Cara Aplikasi di Malaysia

 Tuition Rumah  Diberi kepada mereka yang akan


menduduki peperiksaan awam sahaja
selalumya.

 menghadiri kelas berenang, kelas  Bagi keluarga yang berkemampuan


melukis sahaja

 seni pertahankan diri seperti silat  Sangat popular di kampong seni


dan karate. mempertahankan diri seperti silat. Di
Bandar pula seni-seni seperti karate,
judo dan boxing.

 Kebanyakan remaja dan kanak-kanak


 menari dan muzik terpengaruh dan memuja rancangan
reality seperti Malaysian Idol, American
Idol dan juga Akademi Fantasia
menyebabkan trend masa kini untuk
melengkapkan diri dengan kemahiran
menyanyi. Manakala, budaya k-pop
yang menular masuk ke Negara kita
juga menyebabkan pelajar suka
mempelajari ‘steps’ dalam menari.

 Tidak dapat dinafikan pengunaan


 budaya jaringan social dan internet internet semakin menular di kalangan
remaja dan juga dewasa. Namun,
budaya
facebook,youtube,twitter,whatsap,
menyebabkan pelajar sentiasa mahu

14
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

mempelajari sesuatu yang baru, menarik


dan mengikut trend semasa.

 Ini adalah pengajaran asas zaman


 mengaji, pendidikan fardhu ain dan
berzaman yang menjadi rutin bagi
juga usrah atau menghadiri halaqah
mereka yang beragama Islam,
khususnya orang Melayu.

 penceritaan mitos atau cerita  Budaya ini telah berkurangan di


dogeng oleh datuk nenek, Malaysia disebabkan kebanyakan datuk
dan nenek tidak tinggal sebumbung
dengan anak-anak mereka lantas unsur
penceritaan mitos tidak dialami oleh
kanak-kanak sekarang.

 Apabila adanya majlis keramaian, atau


 ‘get to gather’ atau perkahwinan di
perkahwinan, unsur memberi ucapan
rumah.
atau ‘a toast’ telah mula menular
budaya tempatan. Oleh hal yang
demikian, pembelajaran tidak langsung
serta sepanjang hayat mengambil
tempat.

 Pendidikan informal semasa ada  Di rumah kematian, selalunya


majlis kematian pembacaan tahlil di rumah orang Islam
dan paryers recitation di rumah orang
kristian atau Budha mahupun India,
sebenarnya mendidik anak-anak di
rumah untuk menyedari hakikat

15
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

kehidupan.

 Seperti dalam budaya orang kristian,

 Pendidikan di meja makan adab makan adlah sangat pnting.


Contohnya terdpat juga gambar dinding
‘The Last Supper’ di bahagian dinding
untuk memperingati kita untuk
bersyukur ke atas makanan yang diberi
pada hari tersebut. Begitu juga orang
Islam yang membaca doa sebelum
makan.

 Selain itu kebanyakan masalah juga


dicerita dan diselesai bersama di atas
meja makan kerana ibu bapa hanya
dapat duduk sembang bersama anak
ketika waktu makan malam di meja
makan.

 Pendidikan menghormati  Budaya ‘argue’ and ‘reasoning out’


mendengar pendapat orang diamalkan di sesetengah rumah. Contoh
‘pembelaan diri’ dan justifikasi

mengapa perkara itu dilakukan,
dilakukan berbanding dengan ‘merotan’
tanpa mendengar pendapat anak-anak.
Perkara ini sebenarnya membina efikasi
diri anak-anak.

2.6 Isu-isu berkaitan dengan Homeschooling dalam konteks Malaysia


16
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

a. Peperiksaan awam dan ‘layanan’ diberi di rumah

Anak-anak yang akan menduduki peperiksaan akan diberi ‘perhatian’ dan ‘layanan’ lebih di
rumah berbanding dengan anak-anak yang tidak menduduki peperiksaan awam. Jadi, peruntukan
untuk mereka ini selalunya lebih berbanding dengan anak yang tidak menduduki peperiksaan.

b. Kemungkinan Identiti Malaysia atau semangat bangsa yang luntur di rumah

Anak-anak tidak lagi tidak lagi diceritakan tentang ‘sejarah’ merdeka dan kepayahan yang dialami
ketika penjajahan. Ini adlah kerana ibu bapa sendiri tidak melalui proses ini. Datuk dan nenek
yang mengalami zaman penjajahan tinggal di kampung. Institusi kekeluargaan yang nucleus
menyebabkan lunturnya semangat patriostisme dan cintakan Negara.

Tambahan pula, satu kritikan utama daripada kurikulum sekolah ini adalah bahawa ia adalah
terlalu sempit dan terhad kepada sesuatu bangsa sahaja. Sebagai contoh, terdapat penambahan
sejarah Islam sehingga mengetepikan sejarah tamadun dunia lain yang utama dalam Borang baru
Empat kurikulum sejarah, dengan 50% (5 daripada 10 bab) dikatakan menumpukan kepada
sejarah, pertumbuhan, dan amalan satu kaum sahaja di Malaysia (Chua, K. H. ,2007).

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

17
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

3.1. JENIS PENELITIAN


Pada prinsipnya penelitian kualitatif ini peneliti terjun langsung menjadi peserta aktif bersama maklumat
serta soalan temubual yang bersesuaian dengan topic.

3.2 LOKASI KAJIAN


Kajian ini dilakukan di sepuluh buah sekolah Pulau Pinang. Tiga responden dipilih secara rawak daripada
ibu bapa yang sedia ada.. Data- data dirancang dengan pendekatan wawancara mendalam, observasi dan
dokumentasi.

3.3. TEKNIK PENGUMPULAN DATA


Penelitian ini dilakukan dalam tiga tahap, yaitu: (1) Tahap Orientasi, (2) Tahap Eksplorasi, (3) Tahap
Penelitian Terfokus.

Tahap pertama peneliti mengumpulkan data yang didapat secara umum tentang fokus penelitian melalui
observasi kepada ibu bapa yang dipilih dari pelbagia latar belakang sebanyak 3 orang sahaja. Pada tahap
kedua peneliti lebih menfokuskan penelitian pada pengumpulan data lebih terarah, hal ini dilakukan
dengan wawancara melalui kepala ibu bapa pelajar yang boleh memberikan informasi yang diper lukan.

Pada tahap ketiga peneliti lebih memfokuskan lagi pada penggumpulan data melalui dok mentasi untuk
lebih memantapkan hasil penelitian kedua-dua data yang dikumpul diatas. Sehubungan dengan penelitian
ini, maka digunakan tek nik pengumpulan data berupa pengamatan (observasi), wawancara (interview),
dan teknik dokumentasi.

3.3.1 Observasi
Guba dan Lincoln (1981) dalam Moleong mengemukakan beberapa alasan penggunaan teknik observasi.
Pertama,teknik ini didasarkan atas pengalaman secara langsung,kedua, teknik pengamatan juga
memungkinkan melihat dan mengamati sendiri, kemudian mencatat perilaku dan kejadian sebagaimana
terjadi, ketiga, pengamatan memungkinkan mencatat peristiwa dalam situasi berkaitan dengan
pengetahuan proporsional maupun pengetahuanyang langsung diperoleh dari data,keempat, pengamatan
merupakan alternatif menghindari bias data, kelima, memungkinkan memahamisituasi-situasi yang rumit
(Moleong, 2001: 126).

18
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

3.3.2 Wawancara
Teknik pengumpulan data berikutnya yang digunakan adalah teknik wawancara.Dalam penelitian ini
sengaja menggunakan teknik wawancara mendalam dan terstruktur dengan menggunakan pedoman
wawancara yang merupakan suatu cara pengumpulan data secara langsung dengan informan, dengan
maksud mendapatkan gambaran lengkap tentang masalah yang diteliti. Dalam penelitian ini diperlukan
beberapa informasi yang dianggap memahami masalah yang diteliti. Oleh sebab itu penelitian perlu
dilakukan sebelum melakukan wawancara,

Masalah pencatatan data wawancara merupakan suatu aspek utama yang amat penting, karena jika tidak
dilakukan dengan semestinya, maka sebagian dari data akan hilang, dan usaha wawancara akan sia-sia.
Dalam penelitian digunakan cara pencatatan langsung dengan alat recording, dan pencatatan dari ingatan
secara terpadu. Oleh karena wawancara dipandang efektif, maka peneliti menggunakan wawancara
mendalam dengan cara formal dan informal. Pembicaraan informal kepada para guru dilakukan secara
spontanitas.

3.3.3. Teknik Dokumentasi


Peneliti mencari data sekunder dengan jalan mengadakan studi kepustakaan dan rekaman. Lincoln dan
Guba seperti yang diikuti oleh Sonhaji (1994:74) mengartikan rekaman sebagai setiap tulisan atau
pernyataan yang dipersiapkan oleh atau untuk individual atau organisasi dengan tujuan membuktikan
danya suatu peristiwa.Sedangkan dokumen digunakan untuk mengacu setiap tulisan atau rekaman, yaitu
tidak dipersiapkan secara kh usus untuk tujuan tertentu, seperti surat-surat, buku harian, catatan khusus,
catatan hasil rapat.Teknik dokumentasi ini dilakukan dengan cara studi kepustakaan dan rekaman dari
dokumen- dokumen yang dimiliki informan untuk melengkapi data tentang kurikulum formal atau tidak
formal.

BAB 4: DAPATAN KAJIAN

19
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

4.0 PENGENALAN

Bab ini membincangkan mengenai profil subjek kajian, dapatan kajian dibahagikan kepada dua bahagian

iaitu Bahagian A: Latar Belakang dan Bahagian B: Penglibatan Ibu Bapa/ Penjaga dengan Pembelajaran

Murid di Rumah.

4.1 TEMUBUAL RESPONDEN 1

Jantina Perempuan
Bangsa Melayu
Status Perkahwinan Berkahwin
Taraf Pendidikan Ijazah Muda
4.1.1
Bilangan anak 4 orang

Perbincangan di rumah

1. Adakah tuan/ puan berbincang dengan anak saya apa yang pelajari di kelas/ sekolah?

Saya berbincang tentang aktiviti –aktiviti sekolah dengan anak saya. Anak saya menceritakan maklumat dari
bahan bacaan yan telah dipelajari atau dibaca kepada saya terutamanya perempuan. Saya mempunyai 2
lelaki dan 2 perempuan. Saya berbincang dengan anak saya tentang kesalahan yang anak saya lakukan
dalam kerja-kerja sekolah ,lebih-lebih lagi semasa mereka sedang cuba menyiapkan tugasan atau latihan
ulang kaji.

2. Adakah tuan/puan membantu anak dalam kerja-kerja sekolah mereka. Bagaimana?

Saya membantu anak saya dalam kerja-kerja sekolah terutamanya pada waktu menjelang peperiksaan atau
ujian tetapi berlaku kekangan tertentu. Kesibukan bekerja atau kepenatan menyebabkan kadang kala saya
terlepas pandang. Tumpuan saya kepada 2 anak lelaki saya.Anak perempuan lebih berdikari dan sekiranya
ada apa-apa kemusyilakn, mereka akan bertanya kepada saya.

20
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

3. Adakah tuan/puan mengambil berat anak menjelang hari peperiksaan atau ujian?

Saya memberi bimbingan kepada anak saya yang menghadapi ujian atau peperiksaan dari aspek nasihat
atau peringatan.Saya akan pastikan latihan ulangkaji buku yang dibeli akan dibuat dan saya akan semak
latihan mereka.Saya cuba untuk membetulkan mana-mana kesalahan dalam latihan yang dibuat. Saya akan
pastikan mereka ini, ada peralatan tulis lengkap dan memastikan jadual peperiksaan ditampal untuk
perhatian saya juga. Saya akan pastikan mereka tidur lebih awal setiap malam pada hari peperiksaan.

4.1.2 Penjagaan di rumah.

1. Boleh tuan/ puan terangkan bagaimana cara tuan mendidik anak di rumah?

Saya akan memastikan anak saya menyiapkan kerja sekolah dengan bertanya kepada mereka lebih-lebih
lagi selepas mereka pulang dari sekolah semasa dalam perjalanan pulang pada hari saya mengambil
mereka. Saya menghadkan masa anak saya menonton televisyen pada hari persekolahan terutamanya
anak remaja lebih –lebih lagi pada waktu malam. Menonton berita adalah wajib kepada mereka .Saya
akan memastikan anak saya mempunyai tempat khas untuk membuat kerja sekolah iaitu dalam bilik
mereka terdapat meja, kerusi dan lampu belajar dalam setiap bilik mereka.Saya akan memantau dari
bilik-ke bilik untuk memastikan mereka melakukan tugasan. Saya juga menghantar sendiri dan
memastikan anak saya menghadiri kelas tambahan bagi subjek yang penting yang mereka lemah
penguasaannya.

Saya juga menyelia aktiviti yang anak saya anak saya pada masa lapang terutamanya penggunaan
penggunaan internet di rumah. Saya akan menghadkan masa bermain anak saya dengan rakan-
rakannya terutamanya apabila mereka bermain di luar kawasan rumah. Saya memastikan rumah
sentiasa senyap agar anak saya boleh belajar dan mengulangkaji pelajaran.Penggunaan walkman atau
radio atau mp3 tidak dibenarkan semasa waktu belajar. Saya juga memastikan anak saya mempunyai
jadual waktu belajar di rumah

4.1.3 Komunikasi di rumah.

1. Apakah yang sering tuan/puan beritahu atau ingatkan kepada anak-anak?

21
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

Saya memberitahu anak saya tentang kepentingan belajar untuk masa depan Saya mengingatkan anak
saya untuk tekun belajar. Saya menggalakkan anak saya untuk mengambil kelas tuisyen.Saya
Jantina Lelaki
Bangsa Cina
Status Perkahwinan Berkahwin
Taraf Pendidikan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
Bilangan anak 5 orang

menggalakkan anak saya membaca bahan bacaaan pembelajaran tambahan untuk menambahkan
pengetahuan mereka. Majalah akademik seperti Dewan Siswa, Dewan Masyarakat dan Kuntum
merupakan majalah langganan keluarga saya untuk anak-anak.

2. Apakah komitmen tuan/puan dalam membantu anak-anak mereka mencapai kejayaan?

Saya sentiasa memberikan galakan kepada anak saya agara mengulangkaji pelajaran.Saya memberitahu
keyakinan saya terhadap kebolehan anak saya. Saya menasihatkan anak saya supaya berusaha
mendapatkan markah terbaik dalam ujian atau peperiksaan.Saya memberitahu anak saya harapan saya
untuk mereka berjaya sehinga masuk ke university.Saya memberikan nasihat dan kesedaran untuk
belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan kepada anak saya.Saya meluahkan perasaan bangga
saya apabila prestasi pelajaran anak saya meningkat.Saya menggalakkan anak saya membuat latihan
yang banyak bagi setiap mata pelajaran.Saya memberitahu kepada anak saya bahawa saya ingin
melihatnya cemerlang dalam ujian / peperiksaan

4.2 TEMU BUAL : RESPONDEN 2

4.2.1 Perbincangan di rumah

1. Adakah tuan/ puan berbincang dengan anak saya apa yang pelajari di kelas/ sekolah?

Saya berbincang tentang aktiviti –aktiviti sekolah dengan anak saya terutamanya pembelajaran di dalam
kelas. Anak saya menceritakan maklumat dari bahan bacaan yan telah dipelajari atau dibaca kepada saya
lebih-lebih lagi sekiranya mereka tidak memahaminya. Saya juga t berbincang dengan anak saya tentang
kesalahan yang anak saya lakukan dalam kerjarut akan kerja sekolah.

2. Adakah tuan/puan membantu anak dalam kerja-kerja sekolah mereka. Bagaimana?

22
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

Saya semestinya akan membantu anak saya dalam kerja-kerja sekolah terutamanya subjek Bahasa Melayu.
Saya juga akan mendengar penulisan atau memeriksa kerja sekolah anak saya..

3. Adakah tuan/puan mengambil berat anak menjelang hari peperiksaan atau ujian?

Saya memberi bimbingan kepada anak saya yang menghadapi ujian atau peperiksaan. Saya juga berbincang
keputusan ujian atau peperiksaan anak saya.

4.2.2 Penjagaan di rumah.

1. Boleh tuan/ puan terangkan bagaimana cara tuan mendidik anak di rumah?

Saya akan memastikan anak saya menyiapkan kerja sekolah. Saya menghadkan masa anak saya
menonton televisyen pada hari persekolahan. Saya akan memastikan anak saya mempunyai tempat khas
untuk membuat kerja sekolah. Di rumah saya telah sediakan sebuah bilik khas mereka belajar. Saya
memastikan anak saya menghadiri kelas tambahan dengan menghantar sendiri dan akan mengambil
mereka setelah selesai kelas.

Saya menyelia aktiviti yang anak saya anak saya pada masa lapang. Saya menghadkan masa bermain
anak saya dengan rakan-rakannya. Saya memastikan rumah sentiasa senyap agar anak saya boleh
belajar dan mengulangkaji pelajaran.Saya memastikan anak saya mempunyai jadual waktu belajar di
rumah dan mengikutinnya dengan betul.

4.2.3 Komunikasi di rumah.

1. Apakah yang sering tuan/puan beritahu atau ingatkan kepada anak-anak?

Saya memberitahu anak saya tentang kepentingan belajar untuk masa depan terutamanya untuk
mewarisi perniagaan saya. Saya mengingatkan anak saya untuk tekun belajar dan berusaha.Saya
menggalakkan anak saya untuk mengambil kelas tuisyen.Saya menggalakkan anak saya membaca bahan
bacaan pembelajaran tambahan untuk menambahkan pengetahuan mereka dan memastikan pemahaman
subjek. Saya sentiasa memberikan galakan kepada anak saya agara mengulangkaji pelajaran. Saya
menasihatkan anak saya supaya berusaha mendapatkan markah terbaik dalam ujian atau peperiksaan.

23
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

Saya memberikan nasihat dan kesedaran untuk belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan kepada

Jantina Perempuan
Bangsa Melayu
Status Perkahwinan Bercerai
Taraf Pendidikan Ijazah Muda
Bilangan anak 3 orang

`anak saya. Saya menggalakkan anak saya membuat latihan yang banyak bagi setiap mata
pelajaran.Saya memberitahu kepada anak saya bahawa saya ingin melihatnya cemerlang dalam ujian /
peperiksaan

4.3 TEMU BUAL: RESPONDEN 3

4.3.1 Perbincangan di rumah


1. Adakah tuan/ puan berbincang dengan anak saya apa yang pelajari di kelas/ sekolah?

Saya sebagai ibu tunggal tiada pilihan dalam mengambil berat hal akademik anak –anak. Saya akan
berbincang tentang aktiviti –aktiviti sekolah dengan anak-anak saya kerana semua anak saya saya
berada dalam penjagaan saya. Anak-anak saya menceritakan maklumat dari bahan bacaan
terutamanya setiap kali mereka membeli majalah akademik atau buku-buku cerita yang telah dipelajari
atau dibaca kepada saya. Saya akan memberikan pandangan. Sesekali sayaakan berbincang dengan
anak saya tentang kesalahan yang anak saya lakukan dalam kerja-kerja sekolah dan membimbing
mereka untuk membetulkan kesalahan tersebut.

2. Adakah tuan/puan membantu anak dalam kerja-kerja sekolah mereka. Bagaimana?

Saya membantu anak saya dalam kerja-kerja sekolah dengan memeriksa buku-buku latihan setiap hari.
Saya bersedia untuk mendengar penulisan atau idea anak saya lebih-lebih lagi dalam karangan.

3. Adakah tuan/puan mengambil berat anak menjelang hari peperiksaan atau ujian? Saya memberi
bimbingan kepada anak saya yang menghadapi ujian atau peperiksaan. Saya turut berbincang
keputusan ujian atau peperiksaan anak saya lebih lebih lagi dalam bentuk amaran untuk mendapatkan
markah atau skor yang tinggi.

4.3.2 Penjagaan di rumah.

24
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

1. Boleh tuan/ puan terangkan bagaimana cara tuan mendidik anak di rumah?

Saya akan memastikan anak saya menyiapkan kerja sekolah. Saya menghadkan masa anak saya menonton
televisyen pada hari persekolahan. Saya akan memastikan anak saya mempunyai tempat khas untuk membuat
kerja sekolah. Saya memastikan anak saya menghadiri kelas tambahan. Saya menyelia aktiviti yang anak saya
anak saya pada masa lapang. Saya menghadkan masa bermain anak saya dengan rakan-rakannya. Saya
memastikan rumah sentiasa senyap agar anak saya boleh belajar dan mengulangkaji pelajaran.Saya
memastikan anak saya mempunyai jadual waktu belajar di rumaH.

4.3.2 Komunikasi di rumah.


1. Apakah yang sering tuan/puan beritahu atau ingatkan kepada anak-anak?

Saya memberitahu anak saya tentang kepentingan belajar untuk masa depan.Saya mengingatkan anak saya
untuk tekun belajar.Saya menggalakkan anak saya untuk mengambil kelas tuisyen.Saya menggalakkan anak
saya membaca bahan bacaaan pembelajaran tambahan untuk menambahkan pengetahuan mereka.Saya
sentiasa memberikan galakan kepada anak saya agara mengulangkaji pelajaran.Saya memberitahu
keyakinan saya terhadap kebolehan anak saya. Saya menasihatkan anak saya supaya berusaha mendapatkan
markah terbaik dalam ujian atau peperiksaan.Saya memberitahu anak saya harapan saya untuk melihatnya
menjejak kaki ke universiti.Saya berjanji untuk memberikan hadiah sekiranya anak saya lulus cemerlang
dalam peperiksaan.Saya memberikan nasihat dan kesedaran untuk belajar bersungguh-sungguh untuk masa
depan kepada anak saya.Saya meluahkan perasaan bangga saya apabila prestasi pelajaran anak saya
meningkat.Saya menggalakkan anak saya membuat latihan yang banyak bagi setiap mata pelajaran.Saya
memberitahu kepada anak saya bahawa saya ingin melihatnya cemerlang dalam ujian / peperiksaan.

4.4 DAPATAN HASIL PERBUALAN:

Hasil daripada perbincangan ini dapatlah dirumuskan, bahawa perbezaan sedikit dalam kalangan ibu bapa
disebabkan perkara-perkara berikut:

1. Ciri-ciri latar belakang seperti status sosio-ekonomi keluarga.

2. Status pendidikan ibu bapa.

3. Komitmen ibu bapa terhadap anak-anak.

25
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

Mengikut Shaverand & Walls (1998) dan Epstein (2001), penglibatan ibu bapa bukansahaja hanya di
sekolah malahan ibu bapa perlumelibatkan diri dalam pendidikan anak-anak dirumah. Bagaimanapun
menurut Lareau (2000),kekangan masa menyebabkan ibu bapa kurangpeka terhadap peranan mereka
dalam pendidikan anak-anak dan membiarkan anak-anak belajartanpa pemantauan. Keterlibatan ibu bapa
di rumah mahupun di sekolah secara berterusan didapati berkait rapat dengan pencapaian akademik
anakanak (Christenson, Rounds & Gorney 1992; Izzoet al. 1999; Keith & Lichtman 1994; Miedel&
Reynolds 1999; Shaverand & Walls 1998).

Fariza (1998) dalam kajiannya berkaitan dengan corak tingkah laku keibubapaan dan perkembangan
psikologi remaja mendapati bahawa sokongan ibu bapa mempunyai hubunganyang positif dengan
perkembangan psikologiremaja. Beliau mendapati 90 peratus responden yang terlibat dalam kajian
tersebut bersetujudan merasa gembira apabila ibu bapa sentiasa memberikan galakan di samping
menerima ideadan pandangan anak-anak ketika berbincangdalam sesuatu perkara. Selain daripada itu,
ibubapa yang peka akan perasaan dan memahami kehendak anak-anak remaja juga dilihat member kesan
psikologi kepada anak-anak untuk menjadi insan yang berjaya. Kajian Thorkildsen & Stein (1998)
mendapati bahawa ibu bapa yang meluangkan masa bersamaa anak-anak untuk membuat tugasan sekolah
akan lebih berjaya dan mempunyai keinginan untukmelakukan yang terbaik. Ibu bapa menjadi
pembimbing kepada anak-anak dalam pelajaran ketika di rumah. Namun, kebanyakan ibu bapa lebih
banyak memberi tumpuan mereka untuk terlibat dalam pendidikan anak-anak pada tahap prasekolah dan
ketika di sekolah rendah.

Keluarga merupakan persekitaran pertama anak-anak sejak dilahirkan. Bertepatan dengan teori
Bronfenbrenner (1979, 1986), persekitaran positif dalam keluarga membentuk perkembangan kanak-
kanak. Keperluan konteks keluargayang harmoni dapat memberi ruang kepada ibubapa untuk membentuk
anak-anak yang saling berinteraksi dan efektif. Dapatan menjelaskan bahawa penglibatan ibu bapa dalam
pendidikan anak-anak ketika di sekolah menengah dipengaruhi oleh konteks keluarga itu sendiri. Ibu
bapa yang sering menitikberatkan interaksi dan komunikasi dalam keluarga memperlihatkan hubungan
yang positif dengan penglibatan ibu bapa di rumah.Interaksi dua hala antara ibu bapa dan anak-
anakmempunyai pertalian yang jelas.

Ibu bapa yang mengamalkan tingkah laku keibubapaan yang positif seperti sentiasa mengingatkan anak-
anak tentangmatlamat belajar, memberi galakan, mendorong untuk meningkatkan prestasi, mengambil
berat, mengamalkan tabiat membaca didapati lebihterlibat dalam pendidikan anak-anak. Keperluan

26
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak anak ditafsirkan sebagai satu tanggungjawab yang menjadi
tuntutan dalam keluarga. Ibu bapa tidakhanya menjadi pendorong utama untuk anak-anak berjaya
malahan menjadi idola kepada anak-anak walaupun pada tahap sekolah menengah, anak-anaksudah
mampu berdikari.

Kesenggangan dalam konteks keluarga juga didapati menjadi penyebab kepada keterlibatan ibu bapa
dalam pendidikan anak-anak ketika di sekolah menengah. Masa sentiasa diluangkan kepada anak-anak
sama ada dalam bentukmembantu semasa belajar, meluangkan masa bertanyakan perihal pelajaran,
makan dan menonton bersama, berbual tentang keperluan anak-anak menunjukkan kecenderungan
kepada ibu bapauntuk melibatkan diri dalam pendidikan anak anak.Keperluan memperuntukkan masa
untuk anak-anak menunjukkan bahawa ibu bapa lebih banyak meluangkan masa melibatkan diri di rumah
berbanding di sekolah. Kekangan masa untuk menghadirkan diri ke sekolah memberi ruang untukibu
bapa berusaha melibatkan diri untuk bersama anak-anak di rumah.Ibubapa yang tidak mampu
menyediakan tempat tinggal yang kondusif. Apa yang mampu adalah menyediakan tempat kediaman
yang sesak dan bising seperti rumah pangsa dan kawasan setinggan di bandar dan pinggir bandar tidak
menyediakan suasana yangkondusif untuk pelajar mengulangkaji pelajaran, sebaliknya menjadi faktor
penolak pada pelajar untuk membuang masa dengan melepak.Sebaliknya, persekitaran keluarga yang
kondusif membolehkan anak-anak atau murid belajar dengan lebih baik dan mendapat pencapaian yang
lebih baik daripada persekitaran keluarga yang kurang selesa dalam persekitaran pembelajaran anak-
anak. Alvarez (1989) mengatakan,

“…children who come from families of educated parents and high family income

tend to have a more stimulating learning environment and thus would do better in

school than those otherwise…” (Alvarez 1989:63)

27
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

BAB 5 : KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Bak kata pepatah Melayu, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' kerana

anak-anak diibaratkan kain putih yang dicorakkan oleh ibu bapa mereka. Jadi terpulanglah kepada ibu

bapa untuk mencorakkan kehidupan anak-anak mereka menuju kepada kebaikan ataupun sebaliknya.

Menurut Halimah dan Kamariah (1993), ibu bapa merupakan orang yang memainkan perananpenting

dalam pembentukan peribadi anak-anak. Didikkan awal yang sempurna boleh menjaminkejayaan anak-

anak di masa hadapan agar tidak terjebak atau terjerumus kepada perkara-perkaraatau perbuatan-

perbuatan yang negatif.Menurut Hamachek (1995), pembentukkan perlakuan anak bermula dari rumah.

Suasana keluarga yang tidak harmoni, tanpa kasih sayang daripada ibu bapa akan mendorong

remajamencari mencari kebahagian dan keseronokkan di luar rumah bersama rakan. Dalam erti kata lain,

ibubapalah orang yang paling hampir dengan anak-anak. Seperti yang kita maklum, kemajuan dunia telah

membuatkan setiap individu berlumba-lumba untuk maju ke hadapan. Walau sesibuk manapun, ibu bapa

haruslah membahagikan dan meluangkan masa untuk anak-anak yang amat memerlukan bimbingan dan

kasih sayang. Ini disokong oleh Wong Khek Seng (1996), sikap ibu bapa yang kurang peduli

anakmenjadi unsur pendorong utama kewujudan segala masalah sosial di kalangan remaja dipastikan

terlebih dahulu keadaan sebenar. Jika telah terbukti kesalahan mereka barulahberbincang secara baik

sebab mengapa boleh terlibat dan bila ianya bermula. Kaplan (1975), Keluarga yang kurang harmonis

dan lemah interaksi sesama ibu bapa dananak turut menyumbang kepada masalah melepak. Ibu bapa

merupakan tempat anak-anak bergantung dan mengadu sekiranya timbul masalah di kalangan mereka.

Jika ibu bapa memberikan ransangan yang baik, anak-anak akan merasa dihargai dan disayangi,

sekurang-kurangnya akan mengeratkan lagi tali silaturahim sesama keluarga.

Menurut Azizi, et. al. (2005), sekiranya ibu bapa gagal memberi pengalaman sosialisasiyang berkesan,

maka akan menimbulkan pelbagai perlakuan dan aktiviti sosial yang tidak sihat.Selain itu ada juga

28
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

baiknya jika ibu bapa bersama anak-anak melakukan aktiviti bersama-samaseperti kegiatan riadah

sekeluarga yang mana aktiviti seumpama itu amat sesuai diterapkandalam mengeratkan lagi perhubungan

dan seisi keluarga dan mengisi masa lapang dengan berfaedah.Razali (1994), menegaskan tanggungjawab

ibu bapa dalam menentukan danmencorakkan perlakuan anak dengan asuhan positif adalah amat penting

dalam melahirkan keluarga yang harmoni.Ini disokong oleh Fazilah Kamsah (1997), ibu bapa berperanan

sebagai penjaga,pendidik, pengasuh, pemimpin, perawat, penasihat dan kauselor dari segi fizikal, mental

danrohani anak. Sebagai ibu bapa kita harus sentiasa peka terhadap apa jua perubahan sikap dantingkah

laku anak-anak. Kita harus bijak dalam menghadapi karenah anak-anak. Jadilah ibu bapayang tegas tetapi

bertolak ansur. Komunikasi termasuklah mendengar, memahami masalah danketakutan mereka,

membantu mereka memerlukan dan menjelaskan dengan tegas apa yang betuldan apa yang salah. Cara

komunikasi adalah perkara penting yang boleh mengeratkan hubungan sesama ibu bapa dan anak. Jika

tidak remaja ada masalah mereka akan lebih suka meluahkan kepada rakan atau memilih aktiviti melepak

sebagai salah satu cara untuk melarikan diri daripada realiti.

Asri (1997), ibu bapa adalah individu yang paling rapat dengan anak. Jika ibu bapa tidak menjadi role

model yang baik, maka gagal pendidikan formal di rumah. Sejak anak-anak dilahirkan, ibu bapalah orang

yang mula-mula akan mempengaruhi sikap mereka sama ada baik ataupun sebaliknya. Bagi anak-anak,

mereka akan terpengaruh oleh didikan dan asuhan ibu bapa mereka. Sikap dan tingkah laku ibu bapa

merupakan teladan yang perlu dipatuhi dan diikuti olehmereka. Oleh kerana itu, ibu bapa haruslah

menjadi contoh atau teladan yang baik pada anak-anak. Ini selaras dengan penyataan Mustafa (1997),

bahawa watak yang ditunjukkan oleh ibu bapa akan diwarisi oleh anak apabila mereka besar kelak.Ibu

bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberikan keperluan rohani anak-anak mereka.

Sesuai dengan kedudukan rumah sebagai institusi pendidikan pertama, ibubapalah yang

bertanggungjawab memberikan pendidikan agama, iman dan akhlak.Menurut Al-Ghazali dan Ibnu Sina

29
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

(dalam Mohamad Kamil, 1990), dalam Islam, ibu bapa perlu mendidik dan mengasuh anak dengan ilmu

keagamaan yang cukup agar mengelakkan dari kepincangan sosialisasi.Menurut Abdullah Al-Qari Hj.

Salleh (1998), ibu bapa berperanan untuk mencorakkandan menerapkan nilai keagamaan kepada anak

kerana hanya nilai-nilai Islam dapat membentuk sahsiah anak yang tinggi. Menurut Amran (1993), sikap

ibu bapa yang memandang ringan terhadap pendidikan agama menyebabkan pelajar pergi ke sekolah

agama semata-mata kerana kelaziman masyarakat tetapi bukan atas kesedaran ilmu agama sebagai satu

keperluan hidup. Ini telah mengakibat kanremaja yang tidak sempurna dari segi rohani yang senang

terjebak ke dalam aktiviti tidak berfaedah.

30
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

BIBLIOGRAFI

Abdullah Sani Yahya et.al (2007). Guru Sebagai Pemimpin. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Alhabshi, D. D. S. O., Razak, U. T. A., Hakim, H., Pengurus, P., & Koporat, H. E. (2001). Dasar dan

pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan. Kertas kerja Kongres Pendidikan Melayu. Dewan Merdeka, Pusat

Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, 1-2.

Apple, M. W. (2000). The cultural politics of home schooling. Peabody Journal of Education, 75(1-2),

256-271.

Arai, A. B. (2000). Reasons for home schooling in Canada. Canadian Journal of Education/Revue

canadienne de l'éducation, 204-217.

Bee, H. L., & Boyd, D. R. (2010). The developing child. Boston, MA: Allyn & Bacon.

Bierman, K. L. (2004). Peer rejection. New York: Guilford Press

Brian D. Ray, (1992). A Profile of Home Education Research, Home School Legal Defense Association,

Purcellville,

Bronfenbrenner, U. 1979. The ecology of human development: Experiments by nature and

design.Cambridge, MA: Harvard University Press

______________. 1986. Ecology of the family as a contextfor human development: Research

perspectives. Developmental Psychology 22: 723-742.

Chua, K. H. (2007). Pembangunan patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Sejarah tingkatan dua: perbandingan antara empat jenis sekolah (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi

Malaysia, Faculty of Education).

31
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

Cogan, M. F. (2010). Exploring academic outcomes of homeschooled students. Journal of College

Admission, 208, 18-25.

Cohen, E. H. (2004). Components and symbols of ethnic identity: A case study in informal education and

identity formation in diaspora. Applied Psychology, 53(1), 87-112.

Epstein, J. L. 2001. Building bridges of home, school,and community: The importance of design. Journal

of Education for Students Placed at Risk 6(1 & 2):161-168.

Fariza Md. Sham. 1998. Corak tingkah laku keibubapaan dan perkembangan psikologi remaja muslim.

Al-Mawzah 6: 57-68

Gaither, M. (2009). Homeschooling in the USA Past, present and future. Theory and Research in

Education, 7(3), 331-346.

Gray, P., & Riley, G. (2013). The Challenges and Benefits of Unschooling, According to 232 Families

Who Have Chosen that Route1. Journal of Unschooling and Alternative Learning, 7(14).

Harold Bennet (1972). No More Public School, Random House Trade.

Holmes, A. F. (2001). Building the Christian academy. Wm. B. Eerdmans Publishing.

Interpersonal Guru. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Isenberg, E. J. (2007). What have we learned about homeschooling?. Peabody Journal of Education,

82(2-3), 387-409.

Ivan Ilich (1970). Deschooling Society. New York: Harper & Row.

John Holt (1977), Growing without school. Boston.

John Lyon, (1994). Reclaiming the Schools: Reconciling Home and Education, The Family in America 8,

no. 6.

32
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

Jones, P. & Gloeckner, G. (2004). A Study of Admission Officers’ Perceptions of and Attitudes Toward

Homeschool Students, Journal Of College Admission, (185), 12-21.

Mocker, D. W., & Spear, G. E. (1982). Lifelong Learning: Formal, Nonformal, Informal, and Self-

Directed. Information Series No. 241.

Moore, R., & Moore, D. (1994). The Successful Homeschool Family Handbook: A Creative and Stress-

Free Approach to Homeschooling. Moore Foundation, PO Box 1, Camas, WA 98607..

Patricia M. Lines, (1993) Homeschooling: Private Choices and Public Obligations, U.S. Department of

Education, Office of Research.

Pendidikan, B. S. N. (2006). Panduan Penyusunan Kurikulum Tingkat Satuan Pendidikan Jenjang

Pendidikan Dasar dan Menengah.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1983). Ilmu Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann Asia.

Shaverand, A. V. & Walls, R. T. 1998. Effect of title1, parental involvement on student reading

andmathematics achievement. Journal of Research andDevelopment in Education 31(2): 91-97

Swanwick, T. (2005). Informal learning in postgraduate medical education: from cognitivism to

‘culturism’. Medical education, 39(8), 859-865.

Tengku Aini Tengku Kassim dan Yusmini Md Yusoff (2007). Kaedah Mengajar dan dan Kemahiran

Thorkildsen, R. & Stein, M. R. S. 1998. Is parentinvolvement related to student achievement?:Exploring

the evidence. Phi Delta Kappan 22: 17-20.

Van Galen, J., & Pitman, M. A. (1991). Home schooling: Political, historical, and pedagogical

perspectives (Vol. 2). Ablex Pub.

33
PLG 517 PENGAJIAN KURIKULUM Home Schooling

34

You might also like