You are on page 1of 2

1) Maqam al-Hijaz (‫احلجاز‬ ‫)مقام‬

Maqam ini adalah maqam asal kepada orang Arab. Ia dinisbahkan kepada bumi Hijaz (semenanjung

tanah Arab) kerana mereka banyak menggunakan nagham ini sama ada di dalam bacaan al-Quran,

azan ataupun nasyid-nasyid dan tawshih1. Maqam ini sangat istimewa kerana ia menyentuh rohani

dan menjana kekhusyukan di dalam pembacaan al-Quran. Ia dikatakan maqam kedua yang

menggambarkan kesedihan selepas maqam al-Saba.

Ia amat sesuai dengan ayat-ayat yang menggambarkan kesedihan dan menghikayatkan susana-

suasana yang menakutkan seperti susana hari akhirat, himpunan di padang mahsyar dan titian sirat (

‫ )صراط‬serta kedahsyatan neraka.

Ciri-ciri maqam al-Hijaz:

i. Mempunyai irama yang bercorak kesedihan, tadarru’, suatu sesalan, kelembutan hati, rindu dan

cinta.

ii. Banyak dimasukkan ke dalam maqam-maqam yang lain seperti al-Bayyati, al-Saba, al-

Nahawand dan al-Jiharkah berikutan persamaan yang tedapat pada unsur kesedihan.

iii. Mempunyai furuk yang banyak dan yang masyhur ialah:

a. Al-Hijaz Kar (‫كار‬ ‫)احلجاز‬

b. Al-Zanjaran (‫)الزجنران‬

c. Al-Hijaz Kar Kurd (‫كرد‬ ‫)احلجاز كار‬

1
Qasidah.
Sheikh Mahmud Khalil al-Husari banyak menggunakan maqam ini di dalam bacaan murattal dan

mujawwadnya.

You might also like