You are on page 1of 1

SMK TONGOD PJPK TINGKATAN 3 SAA/JUN2021

UNIT 6 OLAHRAGA ASAS


TAJUK LEMPAR CAKERA (buku teks muka surat 96 – 100)
SASARAN SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3
TEMPOH PELAKSANAAN 2 MINGGU
OBJEKTIF • Menyatakan kemahiran asas lempar cakera
• Menjelaskan pengetahuan konsep pergerakan dan prinsip mekanik semasa melakukan
kemahiran lempar cakera.
• Menerangkan aspek keselamatan dalam permainan lempar cakera.

SOALAN OBJEKTIF [6 markah]

1. Berikut merupakan fasa-fasa dalam melempar cakera, kecuali


A. fasa putaran C. fasa lemparan
B. fasa kedudukan kuasa D. fasa pemulihan

2. Lempar cakera dilakukan dalam sebuah bulatan yang berukur lilit ________ meter.
A. 2.0 B. 2.5 C. 3.0 D. 3.5

3. Antara berikut, yang manakah bukan faktor yang membantu atlet mendapatkan lemparan yang lebih jauh?
A. sudut C. berat badan
B. ketinggian D. halaju pelepasan

4. Pada fasa manakah kedudukan dagu, lutut dan hujung jari berada pada garis lurus, iaitu kedudukan chin-knee-toe?
A. Fasa persediaan C. Fasa lemparan
B. Fasa berdiri tegak D. Fasa kedudukan kuasa

5. Apakah tujuan kedudukan kaki ditukar dengan segera selepas melempar dengan lakuan ikut lajak semasa fasa pemulihan?
A. Untuk meningkatkan kelajuan cakera. C. Untuk mengekalkan keseimbangan badan
B. Untuk menghasilkan daya yang lebih tinggi D. Untuk membawa pinggul kanan ke hadapan

6. Pernyataan yang manakah tidak menerangkan kedudukan semasa fasa persediaan?


A. Ekstensi tangan untuk menghasilkan daya yang lebih tinggi.
B. Berdiri dengan bahu kiri menghadap kawasan mendarat.
C. Kaki dibuka seluas bahu dengan tumit kaki kanan selari dengan hujung jari kaki kiri.
D. Cakera diayun ke belakang sehingga cakera berada seberapa jauh ke belakang yang boleh.

7. Antara yang berikut, manakah aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan semasa melakukan aktiviti lempar cakera?
I. Pastikan semua peralatan dalam keadaan baik.
II. Ganti gelang getah dengan cakera setelah murid mahir.
III. Murid yang menunggu giliran berada di kawasan kanan dan kiri murid yang melempar.
IV. Ambil semula alatan yang dilemparkan hanya selepas semua murid tamat lemparan dan bawa ke tempat lemparan
semula.
A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

SOALAN STRUKTUR

1. Rajah menunjukkan aktiviti mengayun cakera. Terangkan cara melakukan aktiviti berdasarkan rajah di bawah [3 markah]

You might also like