You are on page 1of 23

DIPLOMA DAKWAH ISLAMIYYAH

SESI NOVEMBER 2019 – FEBRUARI 2020

PENGANTAR FIQH IBADAT

DFI 1223

ISU-ISU DAN PERSOALAN BERKAITAN ZAKAT

NAMA PELAJAR (NO. MATRIKS) : AHMAD SYAHMI DANIAL BIN SALIHUDIN


(D119/250)

: SYAREZATUL BINTI IDRIS (D119/247)

: 2A
KELAS
: 30 DISEMBER 2019
TARIKH HANTAR
:
T.TANGAN PENSYARAH
: AHMAD NUR AMSYAR ZAINAL BIN ANGKU
NAMA PENSYARAH
ANAZMY
TARIKH DISEMAK :
INSTITUT PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH SABAH
BORANG MAKLUMBALAS KERTAS TUGASAN

NAMA PELAJAR : NO. MATRIK :

1. AHMAD SYAHMI DANIAL BIN SALIHUDIN


DI19/250
2. SYAREZATUL BINTI IDRIS
DI19/247

TAJUK TUGASAN :
ISU-ISU DAN PERSOALAN BERKAITAN ZAKAT
PENSYARAH : KURSUS : PENGANTAR
AHMAD NUR AMSYAR ZAINAL BIN ANGKU ANAZMY FIQH IBADAT
KOD : DFI1223
TARIKH HANTAR : 03 JANUARI 2019

PENGAKUAN PELAJAR
Kami mengaku tugasan ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya kami jelaskan sumbernya.

*Tandatangan : _____________________

ULASAN PENSYARAH

Ulasan : Pembahagian Markah Tugasan :

PENILAIAN MARKAH
Penulisan yang sistematik 10
Peranan bersilih ganti 10
Kenal pasti masalah 10
Membuat keputusan 10
Pembentukan konsep 10
Pelaksanaan 10
Penilaian dan pemilihan 10
Integrasi 10
Senarai rujukan 10
Daya usaha 10
100
JUMLAH
(20%)
Tandatangan : Tarikh :
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT


1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 ISU PEMBERIAN ZAKAT KEPADA 2


GOLONGAN LESBIAN GAY BISEXUAL
TRANSGENDER (LGBT)
3.0 ISU PENGAGIHAN ZAKAT KEPADA NON- 5
MUSLIM

4.0 ISU DAN MASALAH MENGAGIHKAN 8


ZAKAT SECARA PERSENDIRIAN

5.0 ISU ZAKAT FITRAH 11

6.0 ISU PEMBAYARAN ZAKAT SECARA 13


ONLINE

7.0 KESIMPULAN 16

8.0 RUJUKAN 17
1.0 PENDAHULUAN

Zakat menurut bahasa, bererti nama’ (kesuburan), taharah (kesucian), barakah


(keberkatan) dan juga bermaksud tazkiyah tathier (mensucikan). Zakat menurut istilah
pula ialah, mengeluarkan kadar harta yang tertentu kepada orang yang tertentu dengan
syarat-syarat tertentu.1 Manakala menurut Imam al-Nawawi, zakat mempunyai makna
kesuburan. Perkataan zakat digunakan untuk dua maksud iaitu, subur dan suci. Zakat
juga digunakan untuk sedekah yang wajib, sedekah yang sunat, nafkah, kemaafan dan
kebenaran. Daripada Abu Muhammad Ibn Qutaibah mengatakan bahawa, lafaz zakat
diambil daripada zakah yang bererti nama’ (kesuburan dan penambahan). Ini
bermaksud, harta yang dikeluarkan itu disebut zakat, kerana menjadi sebab bagi
kesuburan harta. Bagi Abu Hasan al-Wahidi pula, zakat mensucikan harta dan
memperbaikinya serta menyuburkannya. Menurut pendapat yang lebih arif, zakat
memberi maksud kesuburan dan penambahan serta pembaikan. Selain itu, maksud
zakat yang tepat dalam bahasa Indonesia ialah penyucian atau pembersihan.
Menunaikan zakat ialah mensucikan hati sendiri daripada penyakit bakhil, yang
sangat membahayakan kepada pertumbuhan jiwa dalam kalangan masyarakat. Dalam
al-Quran dan al-Sunnah, kerap kali ditulis perkataan sedekah yang bermaksud zakat,
seperti yang telah ditegaskan oleh al-Mawardi.2

1
Ustaz Sulaiman Endut, 1997, Asas-Asas Fardu Ain, M/s: 217
2
Tengku Muhammad Hasbi Ash Shiddiq, 1997, Pedoman Zakat, M/s: 1-2
2.0 ISU PEMBERIAN ZAKAT KEPADA GOLONGAN LESBIAN GAY BISEXUAL
TRANSGENDER (LGBT)

Perkataan al-Riqab merupakan asal daripada perkataan bahasa Arab yang


bermaksud hamba. Ini bermaksud golongan LGBT ini juga merupakan salah satu
antara lapan golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat. Pada masa kini,
perkataan al-Riqab telah digunakan sebagai bantuan pemberian bentuan untuk
membebaskan seseorang daripada belenggu kejahilan. Ini termasuk sepuluh golongan
ini iaitu pelacur, lesbian, maknyah (Transexual), gay, homoseksual, gigolo, biseksual,
pengkid, tomboy, dan bersedudukan dengan orang bukan Islam.3
Menurut al-Qurtubi, hamba yang dibebaskan daripada penjajahan adalah hamba
‘mukatab’ yang bermaksud hamba yang melakukan perjanjian dengan tuannya untuk
membayar secara beransur-ansur sebagai pembebasan daripada perhambaan. Oleh
kerana itu, bahgian zakat atau pembayar zakat boleh menggunakan zakat bagi assnaf
al-Riqab untuk membebaskan hamba ‘mukatab’ daripada perhambaan.4
Di dalam al-Quran, Allah s.w.t telah meletakkan kedudukan asnaf al-Riqab di
dalam senarai penerima zakat pada urutan kelima,5 yang mana turutan tersebut
bermula dengan asnaf fakir, miskin, amil, mualaf, fisabilillah, riqab (pembebasan
hamba abdi), gharimin (orang yang berhutang) dan ibnu sabil (musafir). Pengertian
setiap asnaf ini boleh dirujuk kepada fatwa negeri-negeri dan buku panduan yang
pernah dikeluarkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR )6 Sebagaimana
firman Allah s.w.t dalam surah al-Taubah ayat 60 yang bermaksud :

"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir,


dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf
yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan
dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan
Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan

3
http://epq.kdn.gov.my/shaq/vaqd2dj37gf8w ,Salman Sazali, Wajarkah Zakat Diberikan Kepada
Golongan LGBT ?, 6 September 2018, 12:09 am.17 Disember 2019
4
Nur Anisah Nordin, et.al. Pengagihan Zakat Kepada Al-Riqab : Analisis Kritis Terhadap Pandangan
Para Mufassir, M/s :331-332
5
Nur Anisah Nordin, et.al. Pengagihan dan Bantuan Zakat Al-Riqab di Majlis Agama Islam dan Adat
Melayu Terengganu (MAIDAM), 23&24 November 2019, M/s : 101-1
6
http://myusofbakar.blogspot.com/2016/09/boleh-ke-agih-sendiri.html?m=1, Amat Ucop ,Boleh Ke
Agih Sendiri ?, 07 September 2016, 10.25 am, 29 Disember 2019
hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
(al-Taubah, 9:60)
Dalam ayat ini, Allah s.w.t menjelaskan empat asnaf yang awal iaitu fakir,miskin,
amil, dan muallaf dengan digunakan perkataan 'li'. Manakala empat asnaf terbaki iaitu
riqab, gharimin, sabilillah dan ibnu sabil, digunakan perkataan 'fi'.
Perbezaan pengkategorian asnaf tersebut adalah merujuk kepada jenis maslahah
bagi setiap golongan. Menurut al-Tobari, asnaf riqab diberikan zakat untuk maslahah
khusus mereka. Mereka diberikan zakat jika mereka tidak mempunyai sumber
kewangan yang mencukupi untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi (Al-
Tobari, 1992). Sebaliknya menurut al-Zamakhsyari, al-Razi, dan Ahmad bin al-
Munir, riqab dalam kategori penerima zakat untuk maslahah umum, bukan khusus,
kerana zakat tidak diberikan kepada hamba tetapi kepada tuannya, begitu juga
penghutang, tidak diberikan zakat untuk dimiliki, tetapi diberikan kepada pemiutang
(Al-Zamakhsyari, 1990; Al-Razi, 1994). Manakala menurut Ibnu al-Qayyim, asnaf
riqab dikategorikan sebagai penerima zakat kerana hajatnya. Pemberian zakat adalah
mengikut kekuatan hajat tersebut, mendesak atau tidak, banyak atau sedikit. (Ibnu al-
Qayyim, 1979). Sebaliknya, menurut Muhammad 'Abduh dan Muhammad Rasyid
Reda (2002), riqab menerima zakat untuk memenuhi maslahah umum umat Islam.7
Kajian terdahulu menunjukan bahawa sebahagian ulama seperti Syeikh
Zainuddin ibn Abd Aziz Al-Malibari telah mendifinisikan al-riqab sebagai hamba
sahaya yang mempunyai perjanjian bertulis yang sah dengan pemiliknya bagi
menjelaskan sejumlah wang sebagai suatu tebusan terhadap dirinya untuk merdeka
dari tuannya. Namun seandainya jumlah bayaran yang sepatutnya ditunaikan masih
tidak boleh dibayar maka hamba tersebut masih tetap dikira sebagai milik kepada
tuannya (al-Malibari,1987). Pandangan ini telah diamalkan oleh para sahabat dan juga
para tabi’in. Antara para sahabat yang berpegang kepada pendapat ini ialah Abu Musa
al Ash’ari dan Ali bin Abi Talib. Manakala dari kalangan tabi’in ialah seperti Ibrahim
al-Nakha’i, Sa’id bin Jubayr, al- Zuhri, al-Layth bin Saad, Muhammad bin Sirin, al-
Thawri, Umar Abd al-Aziz dan Ali Musa al-Qummi (al- Nawawi,1983). Berdasarkan
dalil firman Allah s.w.t dalam surah al-Nur ayat 33 yang bermaksud :

7
Azman Ab Rahman, et.al. Pelaksanaan Pengagihan Zakat Kepada Asnaf Ar-Riqab di Malaysia / The
Implementation of Zakat Distribution to Ar-Riqab Category in Malaysia, M/s : 88
“Dan hamba-hamba yang kamu miliki yang menginginkan perjanjian, maka
hendaklah kamu membuat perjanjian dengan mereka, jika kamu mengetahui ada
kebaikan pada mereka. Dan berikanlah kepada mereka sebahagian dari harta Allah
yang dikurnikan-Nya kepada mu”
(al-Nur, 24:33)
Para ulama mutaakhirin telah menggunakan kaedah al-qiyas yang terdapat di
dalam ilmu usul fiqh bagi menetapkan hukum yang berkaitan pengagihan zakat asnaf
riqab (Abd Wahab Khalaf, 2009). Ini adalah kerana hamba mukatib yang telah
ditakrifkan oleh para fuqaha’ terdahulu sudah tidak wujud lagi pada zaman ini.
Namun ciri-ciri perhambaan sebagaimana yang ada pada diri hamba mukatib itu tetap
masih ada sehingga ke hari ini. Sepertimana yang dijelaskan oleh Yusuf al-Qardhawi
(2010) di dalam kitabnya Fiqhu Zakat bahawa riqab adalah merangkumi pembebasan
terhadap segala bentuk perhambaan secara individu mahupun bangsa. Malahan beliau
telah meluaskan lagi skop asnaf riqab kepada tawanan perang yang memerlukan
sejumlah dana untuk dibebaskan berdasarkan i’llah kelayakan menerima zakat bagi
riqab adalah perhambaan.8

8
Mohd Rilizam Bin Rosli, et.al. Pengurusan Agihan Zakat Asnaf Riqab Berdasarkan Realiti Semasa,
4 &5 December 2017, M/s : 319
3.0 ISU PENGAGIHAN ZAKAT KEPADA NON-MUSLIM
Terdapat banyak pendapat mengenai pengagihan zakat kepada non-muslim ini.
Antara pendapat yang paling terkenal adalah daripada pendapat Imam as-Syafi’e.
Beliau berpendapat bahawa tidak boleh memberikan bantuan zakat kepada bukan
muslim (Zimmi). Pendapat ini juga dikeluarkan oleh Ulama’ fuqaha’ yang lain. Pada
bulan September 2018, Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) telah
mengeluarkan hukum mengenai orang yang bukan Islam menggunakan peralatan
yang disumbangkan oleh LZNK. Mereka menyatakan bahawa “Peralatan perubatan
yang dibeli menggunakan wang zakat daripada peruntukan asnaf fakir dan miskin
hanya boleh digunakan oleh pesakit Islam yang fakir dan miskin sahaja selaras
dengan pendapat muktamad Mazhab as-Syafi’e yang tidak membenarkan agihan
zakat kepada bukan Islam.” Namun, atas maslahah memelihara diri (nyawa) pesakit,
maka penggunaan peralatan perubatan yang disumbangkan oleh LZNK kepada
Hospital adalah diharuskan dengan syarat mengutamakan pesakit muslim yang
fakir/miskin yang memerlukan peralatan tersebut pada masa yang sama. Ia juga perlu
menggunakan peruntukan tiga golongan asnaf sahaja iaitu, Muallaf Qulubuhum,
Gharimin, Fi Sabilillah. 9
Zakat fitrah dan zakat harta  hanya boleh diagihkan kepada kaum Muslimin
sahaja. Ia tidak boleh dibahagikan kepada bukan Muslim (kafir). (Abdul Qadim
Zallum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 94; Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al-
Islami wa Adillatuhu, 2/883).10

Terdapat dalam surah al-Taubah ayat 60 yang bermaksud :

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir,


dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf
yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan
dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan
Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan
hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."

9
Zakaria Bin Othman, Penilaian Terhadap Pengagihan Zakat Kepada Golongan LGBT dan Kafir
(Mustad’afin). Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), Mesyuarat Bil.
79 bertarikh 6&8 September 2007. M/s: 9-11
10
https://mykhilafah.com/beberapa-persoalan-tentang-zakat-harta-dan-zakat-fitrah/, Beberapa
Persoalan Tentang Zakat Harta Dan Zakat Fitrah, 4 November 2015, 01.51 pm, 27 Disember 2019
(al-Taubah, 9:60)
Ayat ini datang perkataan ‘sesungguhnya’ di mana ia memberi maksud ‘hanya
sahaja yang disebut’ dan tidak boleh kepada golongan yang lain. Menurut Abu
Hanifah, bahagian mereka (bukan Islam) telah terputus selepas Islam dijayakan oleh
Allah s.w.t. Abu Hanifah mengemukakan alasan, iaitu seorang musyrik pernah datang
kepada Umar r.a. untuk meminta harta, namun beliau tidak memberinya. Dalil lain
yang telah dikemukakan oleh Abu Hanifah lagi ialah tidak ada satu riwayat pun
daipada Uthman r.a. mahupun Ali r.a. bahawwa mereka memberi habuan kepada
sesiapa sahaja daripada golongan tersebut (bukan Islam).11

Dalil untuk tidak boleh diberikan zakat kepada mereka adalah berdasarkan hadis
yang disampaikan oleh Nabi  saw kepada Muaz bin Jabal ra yang ketika itu
diutuskannya ke Yaman: “…Maka sampaikanlah kepada mereka (di Yaman) bahawa
Allah telah mewajibkan kepada mereka zakat atas harta-harta mereka yang diambil
daripada orang-orang kaya mereka (di kalangan kaum Muslimin)  dan diagihkan
kepada orang-orang fakir mereka (di kalangan kaum Muslimin).” (HR Bukhari, no.
1308; Muslim, no. 27; Abu Dawud, no. 1351; At-Tirmidzi, no. 567; An-Nasa`i, no.
2392; Ibnu Majah, no. 1773; Ahmad, no. 1967).

Namun begitu, bagi golongan bukan Muslim yang fakir atau miskin ini adalah
dibolehkan untuk diberikan kepada mereka harta selain daripada zakat seperti
sedekah, bayaran kafarah, nazar dan lain-lain. Demikian pendapat Imam Abu
Hanifah, Muhammad bin Al-Hasan dan Zufar. (Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al-
Islami wa Adillatuhu, 2/883). 12
Perkara ini adalah berdasarkan kepada keumuman
lafaz “al-fuqara`” (orang-orang fakir) yang terdapat nas-nas al-Quran, sepertimana
dalam firman Allah s.w.t al-Baqarah ayat 271 yang bermaksud :

“Jika kamu menampakkan sedekah (mu), maka itu adalah baik sekali. Dan
jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka
menyembunyikan (sedekah) itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan
daripada kamu sebahagian daripada kesalahan-kesalahanmu. Dan Allah Maha
Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” 

11
S.S Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, 2017, Irsyad al-Fatwa. Jilid 3, M/s :149-150
12
https://mykhilafah.com/beberapa-persoalan-tentang-zakat-harta-dan-zakat-fitrah/, Beberapa
Persoalan Tentang Zakat Harta Dan Zakat Fitrah, 4 November 2015, 01.51 pm, 27 Disember 2019
(al-Baqarah, 2:271)

Dalam ayat tersebut, Allah tidak menyebutkan bahawa orang-orang fakir itu
mestilah terdiri daripada orang-orang Islam sahaja. Sebaliknya disebutkan secara
umum yang mana ia merangkumi Muslim dan juga bukan Muslim. Ini berbeza
dengan perintah bagi zakat di mana ia perlu diagihkan kepada orang-orang fakir di
kalangan mereka, di mana ‘di kalangan mereka’ itu adalah dirujuk secara khusus
kepada di kalangan kaum Muslimin sesama mereka.13

Selain daripada itu, pemerintah diharuskan memberi zakat kepada orang bukan
Islam berdasarkan siasah dan keperluan secara hikmah bagi tujuan dakwah.14

4.0 ISU DAN MASALAH MENGAGIHKAN ZAKAT SECARA PERSENDIRIAN

13
https://mykhilafah.com/beberapa-persoalan-tentang-zakat-harta-dan-zakat-fitrah/, Beberapa
Persoalan Tentang Zakat Harta Dan Zakat Fitrah, 4 November 2015, 01.51 pm, 27 Disember 2019
14
Zakaria Bin Othman, Penilaian Terhadap Pengagihan Zakat Kepada Golongan LGBT dan Kafir
(Mustad’afin). Fatwa Negeri Kedah, Mesyuarat bertarikh 23 September 2018. M/s: 8
Zakat merupakan satu kewajipan yang jelas dalam Islam. Ia bukanlah suatu
kewajipan yang terbeban kepada seorang individu sahaja tetapi merupakan satu sistem
dalam masyarakat Islam yang dipantau pelaksanaannya oleh pihak pemerintah dan
diurus secara sistematik oleh pihak yang dipertanggungjawabkan sama ada dari segi
kutipan mahupun agihan. Para fuqaha’ bersepakat bahawa pemerintah mempunyai
kuasa untuk memungut dan mengagihkan zakat ternakan, tanaman, dan buah-buahan
(zakat harta zahir). Sekiranya pemerintah meminta zakat-zakat tersebut ditunaikan,
maka wajib bagi rakyat membayar kepadanya. Saidina Abu Bakar r.a. pernah
memerangi golongan yang ingkar membayar zakat-zakat tersebut dengan persetujuan
sahabat-sahabat yang lain. Perkara tersebut (hak pemerintah untuk memungut harta
zakat zahir) kemudiannya menjadi ijmak dalam kalangan orang Islam (kecuali satu
pendapat daripada Hanabilah yang mengatakan bahawa zakat harta zahir wajib
dibayar tetapi tidak wajib membayar kepada pemerintah).
Kebanyakan fuqaha’ semasa berpandangan bahawa pihak pemerintahlah yang
sepatutnya mengendalikan urusan zakat. Ia perlu dilengkapi dengan prasarana yang
mencukupi sama ada dari segi perundangan, pentadbiran dan sumber kewangan.
Kebanyakan daripada mereka juga berpandangan bahwa hukum fiqh yang dikaji oleh
fuqaha’ terdahulu yang memutuskan kerajaan tidak boleh mengambil zakat harta batin
adalah tidak sesuai lagi dengan suasana pada masa sekarang. Ini kerana, harta yang
dianggap zahir pada masa dahulu mungkin menjadi harta batin pada suasana zaman
sekarang, begitu juga sebaliknya. Oleh itu, menurut mereka cara mengatasinya ialah
dengan menyerahkan urusan zakat kepada pemerintah. Pemerintah dengan
perundangan yang lengkap boleh mengambil semua jenis zakat tanpa berkecuali.
Antara fuqaha’ yang mendokong pendapat ini ialah Syeikh Wahab Khallaf, Syeikh
Abdul Rahman Hassan dan Syeikh Muhammad Abu Zahrah, kemudian diikuti oleh
Yusuf al-Qaradhawi dan beberapa orang lagi yang menulis tentang perkara ini.15
Tambahan lagi, urusan berkenaan dengan agama Islam terletak dalam bidang
kuasa negeri dan bukannya persekutuan. Hal ni termasuklah zakat yang diletakkan di
bawah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Secara umumnya, Majlis (bagi pihak
sultan/YDP Agong) berkuasa memungut zakat daripada setiap orang Islam yang layak
dan membuat peraturan-peraturan yang berkaitan dengannya. Sebagai contoh, kita
15
http://e-muamalat.islam.gov.my/images/pdf-muamalat/1_Fatwa_Pertama.pdf . Fatwa Pertama ;
Hukum Mengagihkan Zakat Secara Persendirian dan Qada’ Zakat, M/s: 3-5
boleh rujuk dalam Seksyen 86, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)
2003 :

“Majlis hendaklah berkuasa memungut zakat dan fitrah daripada setiap


orang Islam yang kena dibayar di dalam Negeri Selangor mengikut Hukum Syarak
bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Sultan.”

Kita juga boleh rujuk dalam Seksyen 74, Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Melaka) 2002 :

“Majlis berkuasa memungut zakat dan fitrah yang kena dibayar oleh tiap-tiap
orang Islam di dalam negeri Melaka mengikut Hukum Syarak bagi pihak Yang di-
Pertuan Agong.”

Disebabkan masalah ni menjadi perdebatan ramai pihak, justeru pada tahun


2006, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-76 dah menetapkan
hukum membayar zakat secara bersendirian, tanpa melalui institusi zakat. Muzakarah
tu memutuskan hukumnya – masih sah kalau zakat tu diserahkan kepada asnaf yang
layak, tapi dalam masa sama tetap berdosa. Hal ini kerana Muzakarah Jawatan Kuasa
Fatwa Kebangsaan kali ke-76 pernah mengeluarkan pernyataan bahawa perbuatan
melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah
berdosa. Ini kerana dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau ulil
amri dalam perkara kebaikan adalah wajib.16

Namun begitu, walaupun Majlis Fatwa mengatakan hukumnya sah, tapi di sisi


undang-undang ia masih dilihat sebagai satu kesalahan di majoriti negeri-negeri di
Malaysia. Jika dilihat dalam Seksyen 21, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995,
ia menyatakan:

Mana-mana orang yang wajib membayar zakat atau fitrah tetapi – 

(b) enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah itu
melalui amil yang dilantik, atau mana-mana pihak lain yang diberikuasa, oleh Majlis
untuk memungut zakat atau fitrah, 
16
https://asklegal.my/p/boleh-ke-kita-bayar-zakat-terus-kepada-asnaf-dan-tak-lalui-institusi-zakat,
Azar Ishak, Boleh Ke Kita Bayar Zakat Terus Kepada Asnaf dan Tak Kepada Pusat Zakat?, 03 Jun 2019,
10.00 am, 29 Disember 2019
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga
tahun atau kedua-duanya.

Walaupun begitu, sehingga ke hari ni, kita masih belum dengar kes-kes yang
melibatkan kesalahan bayar zakat terus kepada asnaf didakwa di mahkamah. Antara
puncanya mungkin kerana beberapa negeri di Malaysia dah menerima keputusan
Majlis Fatwa Kebangsaan (contohnya Selangor) bahawa membayar zakat secara
bersendirian adalah sah, tetapi berdosa.

Tapi dalam keadaan tertentu, ada juga orang-orang tertentu yang dibenarkan
mengagihkan zakatnya sendiri tanpa melalui pusat zakat. Contohnya adalah di
Wilayah Persekutuan. Ini disebabkan oleh, Pusat Pungutan Zakat Wilayah
Persekutuan menawarkan skim khas berupa wakalah (beri semula bayaran zakat
kepada pengeluar zakat) untuk membayar sendiri kepada asnaf. Tapi syaratnya, nilai
zakat yang ditunaikan tu mestilah besar.17

Dari segi fatwa pihak Mufti  pernah mengeluarkan fatwa bahawa bayaran
zakat secara terus kepada penerima hukumnya harus. Walau bagaimanapun ia boleh
menjadi berdosa kerana mengingkari arahan 'Ulil Amri' (pemerintah) sedangkan
mematuhi arahan pemerintah dalam soal ketaatan adalah wajib di sisi Islam (rujuk
keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bab Hukum Mengagihkan Zakat Secara
Persendirian tahun 2006).18

5.0 ISU ZAKAT FITRAH


Zakat fitrah merupakan zakat badaniah yang telah disyariatkan pada tahun
kedua Hijrah dan ianya menjadi suatu kewajipan bagi setiap Muslim untuk
melaksanakannya sebelum solat sunat Aidilfitri sebagai tanda kesyukuran kepada

17
https://asklegal.my/p/boleh-ke-kita-bayar-zakat-terus-kepada-asnaf-dan-tak-lalui-institusi-zakat,
Azar Ishak, Boleh Ke Kita Bayar Zakat Terus Kepada Asnaf dan Tak Kepada Pusat Zakat?, 03 Jun 2019,
10.00 am, 29 Disember 2019
18
http://myusofbakar.blogspot.com/2016/09/boleh-ke-agih-sendiri.html?m=1, Amat Ucop ,Boleh Ke
Agih Sendiri ?, 07 September 2016, 10.25 am, 29 Disember 2019
Allah s.w.t dalam menyelesaikan ibadah puasa. Zakat fitrah dilaksanakan oleh umat
Islam sebagai suatu penyempurnaan rukun Islam iaitu puasa pada bulan Ramadhan
dan dibayar mengikut kadar yang telah ditentukan (Syarifuddin, 2013).
Zakat fitrah ditentukan mengikut beras yang dimakan oleh rakyat Malaysia.
Beras pula akan ditentukan mengikut jenis beras yang dimakan oleh majoriti rakyat
sebagai kayu pengukur kepada semua orang. Kadar yang dikeluarkan ialah 2.7
kilogram atau 1 sa’ sepertimana yang telah disebutkan oleh baginda Nabi saw. Kadar
ini tidak akan mengalami perubahan dengan perubahan masa dan keadaan, bahkan ia
dijadikan sebagai kayu ukur dalam penentuan kadar yang perlu dikeluarkan tetapi
nilaiannya terhenti pada perkiraan semasa ( Ummi Farahin Yasin et.al 2013). Sa’ itu
adalah ukuran takaran (al-kail), bukan ukuran berat (al-wazan) atau isipadu. 1sa’
gandum (al-qamhu) beratnya adalah 2176 gram. (Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi
Daulah Al-Khilafah, hal. 60).19
Berdasarkan hadith Nabi s.a.w., (Ahmad Hadi Yasin, 2011) menyatakan
pengeluaran zakat kepada yang hak akan membersihkan dosa-dosa kecil seseorang
Muslim dalam menjalankan ibadah puasa dan kembali pada keadaan fitrah yang suci
seumpama ketika mereka dilahirkan dari rahim ibu mereka sendiri.20
Konsep zakat juga adalah satu proses penting dalam menyucikan jiwa dan
harta manusia daripada sifat-sifat mazmumah dan mendekatkan diri kepada sifat-sifat
mahmudah.21 Firman Allah s.w.t dalam surah al-Taubah ayat 103 yang bermaksud :
“Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya
dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari
akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu
menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi
Maha Mengetahui.”
(Surah al-Taubah 9:103)
Menurut al-Zuhayli (2002), ahli fuqaha’ bersetuju dan sepakat bahawa pelaksanaan
zakat merupakan suatu tanggungjawab dan amanah yang wajib dilaksanakan oleh ke
atas mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. 22 Antara dalil

19
https://mykhilafah.com/beberapa-persoalan-tentang-zakat-harta-dan-zakat-fitrah/, Beberapa
Persoalan Tentang Zakat Harta Dan Zakat Fitrah, 4 November 2015, 01.51 pm, 27 Disember 2019
20
Abdul Hadi Awang,et.al. Penetapan Kadar Zakat Fitrah di Malaysia : Isu dan Cabaran. M/s 1
21
Mohd Adib Abd Muin, etl. Pelaksanaan Konsep Zakat Dalam Keusahawanan Sosial Islam : Isu dan
Cabaran, 6&7 Oktober 2015, M/s : 3-4
22
Mohd Adib Abd Muin, et.al. Pelaksanaan Konsep Zakat Dalam Keusahawanan Sosial Islam : Isu
dan Cabaran, 6&7 Oktober 2015, M/s : 3-4
pensyariatan zakat telah dinyatakan dalam kitab suci al-Qur’an melalui firman Allah
s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 267 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian


dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami
keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk
daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan. pemberian zakat), padahal
kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan
kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah,
sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji”.
(Surah al-Baqarah, 2:267).

6.0 ISU PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)


Aplikasi pembayaran fitrah online ini adalah bertujuan bagi mengelakkan
seseorang bertangguh dan terlupa untuk menunaikan kewajipan ini dan rata-rata
mereka sibuk dengan urusan masing-masing sehinggakan mereka terlupa dengan
urusan akhirat.
Perkara ini juga dapat memudahkan seseorang yang berada di luar negara
menunaikan zakat fitrah tersebut. Tetapi ada segelintir masyarakat yang merungut dan
mempertikaikan pembayaran zakat fitrah secara online. Hal ini kerana pendapat
mereka mengatakan tiada akad berlaku ketika menunaikan fitrah online tersebut dan
merasa ketidaksempurnaan pembayaran zakat. Ijab dan qabul adalah isu yang hangat
diperkatakan oleh masyarakat kini. Maksud ijab dan qabul adalah suatu perbuatan
untuk menunjukkan suatu keredaan dalam berakad antara dua orang atau lebih.
Berdasarkan pengertian tersebut, dapat difahami bahawa yang dimaksudkan dengan
ijab dan qabul adalah suatu yang sengaja dilakukan oleh kedua belah pihak
berdasarkan persetujuan masing-masing dan menunjukan kehendak kedua belah
pihak.
Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Abdul Halim Ismail berkata, zakat
seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara iaitu niat menunaikan zakat
dan pemindahan harta atau wang zakat tersebut. Beliau berkata, masyarakat tidak
perlu risau untuk beribadah di atas talian (online), ini kerana telah dinyatakan lafaz
niat untuk dibaca seterusnya reda dengan pemindahan harta yakni wang tersebut
disalurkan kepada pengurusan zakat.
Menurut Keputusan Jawatankuasa Fatwa yang bertarikh 9 Jun 2011 telah
memutuskan, ‘Pembayaran zakat fitrah melalui khidmat Sistem Pesanan Ringkas
(SMS) adalah harus dengan syarat pihak yang menyediakan perkhidmatan tersebut
hendaklah dilantik oleh Majlis Agama Islam Melaka (Majlis) sebagai agen yang
hanya akan membuat pungutan zakat fitrah melalui kaedah SMS di Negeri Melaka
bagi suatu tempoh yang dibenarkan oleh Majlis Agama Islam Melaka’.23
Perkara ini diperkuatkan lagi dengan Keputusan Fatwa Negeri Selangor yang
bertarikh 24 Disember 2010 telah menetapkan bahawa, ‘Hukum pembayaran zakat
fitrah melalui pembayaran elektronik berdasarkan kaedah pembayaran melalui SMS
sama ada secara prabayar atau pascabayar adalah harus, dan ia sama seperti hukum
menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui internet, mesin ATM dan e-
Debit. 24 Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat
185 yang bermaksud:

23
https://www.sinarharian.com.my/article/33702/BISNES/Tiada-akad-sah-ke-bayar-zakat, Harith
Hassan , Tiada Akad Sah ke Bayar Zakat ? 23 Jun 2019, 9.30 am, 29 Disember 2019,
24
https://www.sinarharian.com.my/article/33702/BISNES/Tiada-akad-sah-ke-bayar-zakat, Harith
Hassan , Tiada Akad Sah ke Bayar Zakat ? 23 Jun 2019, 9.30 am, 29 Disember 2019,
“..... Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan, dan ianya tidak
mengkehendaki kamu menanggung kesukaran....”
(al-Baqarah, 2:185)
Ketua Divisyen Kutipan Lembaga Zakat Selangor (LZS), Mohd Sabirin Mohd
Sarbini berkata, pengguna boleh membuat semua urusan berkaitan zakat seperti
taksiran, bayaran dan semakan penyata dengan hanya melayari laman sesawang.
Menurutnya, kemudahan itu telah lama disediakan, namun peratusan
penggunaannya masih rendah kerana pengeluar zakat lebih selesa berurusan di
kaunter dan menggunakan kaedah manual. Beliau berkata, hukum menunaikan zakat
secara atas talian adalah harus dan sah kerana syarat sah menunaikan zakat adalah niat
serta pindahan harta bagi tujuan zakat.
Beliau berkata lagi, urusan zakat atas talian itu merangkumi semua aspek
dengan pengguna boleh membuat taksi-ran melalui kiraan menggunakan kalkulator
zakat yang disediakan di laman sesawang LZS, disusuli pautan ezakatpay untuk
membuat pembayaran, seterusnya membuat semakan atau cetakan penyata di eZakat
Online (eZO).25
Fuqaha’ mazhab Shafi’iyah dan Hanafiyah hanya mengharuskan pemilik harta
untuk mengagihkan zakat daripada harta batin, manakala bagi harta zahir ia mesti
diserahkan kepada pemerintah Islam untuk mengagihkannya. Bagi Imam As-Syafi’e
menurut pendapat lamanya (qaul qadim), zakat daripada harta zahir wajib diserahkan
kepada pemerintah yang adil, namun dalam pendapat barunya (qaul jadid), Imam As-
Syafi’e mengharuskan untuk diagihkan sendiri oleh pemilik harta (al-Nawawi, 1970).
Menurut fuqaha’ mazhab Malikiyah wajib keseluruhan zakat diserahkan kepada
pemerintah. Hak untuk memungut dan mengagihkan harta zakat adalah hak bagi
pemerintah yang adil serta diyakini akan mengagihkannya kepada yang berhak dan
tidak menyelewengkan harta zakat. Berkata Imam al-Qurtubi: “Sekiranya Imam atau
pemerintah berlaku adil dan tidak menyeleweng dalam pungutan dan pengagihan
zakat, maka tidak harus bagi pemilik harta untuk menguruskan sendiri pengagihan
zakatnya sama ada bagi zakat matawang atau zakat harta-harta yang lain” (al-
Qaradhawi, 2000).26

25
https://www.sinarharian.com.my/article/56425/EDISI/Selangor-KL/Perkhidmatan-atas-talian-

mudahkan-orang-ramai-bayar-zaka t, Norafiza Jafar, Perkhidmatan Atas Talian Mudahkan Orang


Ramai Bayar Zakat, 9 November 2019, 29 Disember 2019
Walaupun begitu, hasil daripada kajian yang dijalankan dalam ‘Seminar Isi-
isu Kontemporari Zakat di Malaysia’ dapat disimpulkan bahawa penggunaan laman
web zakat Lembaga Zakat Selangor (LZS) sedikit sebanyak memberi kesan kepada
pembayaran zakat secara online. Ia juga menunjukkan terdapat hubungan antara
penggunaan laman web zakat LZS dan tahap penerimaan pengguna terhadap
pembayaran zakat secara online. Namun, pandangan pengguna terhadap penerimaan
pembayaran zakat secara online lebih mempunyai kaitan dalam pembayaran zakat
secara online. Terdapat perbezaan faktor umur, pendidikan tertinggi dan tahap
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (Information and Communications
Technology, ICT) ketika menggunakan laman web zakat LZS dan perkara ini sama
juga halnya dengan penerimaan pembayaran zakat secara online walaupun terdapat
sesetengah pihak yang menyatakan bahawa perkara tersebut tidak sah kerana
ketiadaan akad dalam proses pembayaran zakat tersebut.27

7.0 KESIMPULAN

Beberapa persoalan yang telah dikemukakan yang berkaitan dengan zakat. Pada
persoalan kali ini tentang isu pemberian zakat kepada golongan LGBT. Agensi Zakat
telah menggolongkan LGBT ini dalam 8 golongan yang perlu diberikan zakat. Oleh

26
Mohamad Zaki Razaly, et.al. Isu Kutipan Zakat Perniagaan di Negeri Johor : Kajian di Majlis
Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), M/s 47
27
Khadijah Muda, et.al. Penggunaan Laman Web Zakat Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan
Hubungannya Dengan Pembayaran Zakat Secara Online. M/s: 42
yang demikian, pihak zakat telah memberikan kepada golongan LGBT kerana ingin
memberi bantuan untuk membebaskan seseorang daripada kejahilan. Selain itu, Zakat
ini juga merupakan salah satu daripada lima rukun wajib yang perlu kita tunaikan.
Selain daripada itu, agensi zakat telah menambahbaikan lagi kecepan urusan zakat
dan lebih tersusun melalui online.

8.0 RUJUKAN

BUKU

1. Ustaz Sulaiman Endut, Asas-Asas Fardu Ain , 1997, M/s : 217, Taman Sri
Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan
2. Tengku Muhammad Hasbi Ash Shiddiq, Pedoman Zakat, 1997, M/s: 1-2, , Lot
No.9 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur
3. S.S Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Irsyad al-Fatwa. Jilid 3, 2017,
M/s :149-150, Jalan Kuchai Lama, 58100 Kuala Lumpur

TESIS
1. Nur Anisah Nordin, Wan Mohd. Khairul Firdaus Wan Khairuldin,
Pengagihan Zakat Kepada Al-Riqab : Analisis Kritis Terhadap Pandangan
Para Mufassir, International Seminar on al-Quran in Contemporary Society
2018, 15&16 September 2018, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI),
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) , M/s :331-332

2. Nur Anisah Nordin, Wan Mohd. Khairul Firdaus Wan Kahiruldin,


Pengagihan dan Bantuan Zakat Al-Riqab di Majlis Agama Islam dan Adat
Melayu Terengganu (MAIDAM), 23&24 November 2019, M/s : 101-1

3. Mohd Adib Abd Muin, Muhammad Nasri Md Hussain, Muhammad Ahmad,


Mahyuddin Abu Bakar, Shuhairimi Abdullah,Pelaksanaan Konsep Zakat
Dalam Keusahawanan Sosial Islam : Isu dan Cabaran, Seminar Zakat
Peringkat Kebangsaan 2015, 6&8 Oktober , Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya

4. Abdul Hadi Awang , Nor ‘Adha Abdul Hamid, NurKaliza Khalid, Nazifah
Mustaffha, Marliana Abdullah, Muhammad Firdaus Mohammad Sabri,
Penetapan Kadar Zakat Fitrah di Malaysia : Isu dan Cabaran, Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), M/s: 1

5. Khadijah Binti Muda, Dr. Mohd. Daud Bin Awang, Dr. Husniyah Abdul
Rahim @ Abdul Wahab & Dayang Shobihah Abang Abal. Penggunaan
Laman Web Zakat Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Hubungannya Dengan
Pembayaran Zakat Secara Online. Universiti Putra Malaysia, Serdang,
Malaysia, M/s: 42
6. Azman Ab Rahman, Arieff Salleh Bin Rosman, Muhamad Firdaus Ab
Rahman. Pelaksanaan Pengagihan Zakat Kepada Asnaf Ar-Riqab di
Malaysia/ The Implementation of Zakat Distribution to Ar-Riqab Category in
Malaysia, M/s: 88
7. Mohd Anuar Ramli & Mohammad Naqib Hamdan. Isu Kutipan Zakat Tanpa
Kebenaran : Kajian Dari Perspektif Perundangan Syariah, Universiti Malaya,
M/s: 3-4
8. Mohd Rilizam Bin Rosli, Hussin Bin Salamon & Azman Bin Ab Rahman.
Pengurusan Agihan Zakat Asnaf Riqab Berdasarkan Realiti Semasa. Fakulti
Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia. e- Proceeding of The 4th
International Conference on Masjid, Zakat and Waqf Management 2017. 4th &
5th December 2017, Bangi, Selangor, Malaysia, M/s: 319

9. Mohamad Zaki Razaly. Isu Kutipan Zakat Perniagaan di Negeri Johor :


Kajian di Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), M/s 47

LINK INTERNET
1. Fatwa Pertama : Hukum Mengagihkan Zakat Secara Persendirian dan Qada’
Zakat, M/s: 3-5, 7.00 am, 30 Disember 2019, From :http://e-
muamalat.islam.gov.my/images/pdf-muamalat/1_Fatwa_Pertama.pdf.
2. Azar Ishak. Boleh Ke Kita Bayar Zakat Terus Kepada Asnaf dan Tak Kepada
Pusat Zakat? 03 Jun 2019, 10.00 am, 29 Disember 2019, From:
https://asklegal.my/p/boleh-ke-kita-bayar-zakat-terus-kepada-asnaf-dan-tak-
lalui-institusi-zakat
3. Norafiza Jafar. 9 November 2019. Perkhidmatan Atas Talian Mudahkan
Orang Ramai Bayar Zakat, 29 Disember 2019, From:
https://www.sinarharian.com.my/article/56425/EDISI/Selangor-KL/Perkhidmat
an-atas-talian-mudahkan-orang-ramai-bayar-zakat
4. Harith Hassan. 23 Jun 2019. Tiada Akad Sah ke Bayar Zakat ? 9.30 am, 29
Disember 2019, From:
https://www.sinarharian.com.my/article/33702/BISNES/Tiada-akad-sah-ke-
bayar-zakat,
5. Anon. 4 November 2015. Beberapa Persoalan Tentang Zakat Harta Dan
Zakat Fitrah01.51 pm, 27 Disember 2019, From:
https://mykhilafah.com/beberapa-persoalan-tentang-zakat-harta-dan-zakat-
fitrah/,
6. Amat Ucop. 07 September 2016. Boleh Ke Agih Sendiri ?, 10.25 am, 29
Disember 2019, From: http://myusofbakar.blogspot.com/2016/09/boleh-ke-
agih-sendiri.html?m=1
7. Salman Sazali. 6 September 2018. Wajarkah Zakat Diberikan Kepada
Golongan LGBT? 12:09 am.17 Disember 2019, From :
http://epq.kdn.gov.my/shaq/vaqd2dj37gf8w

LAIN-LAIN
1. Zakaria Bin Othman. Penilaian Terhadap Agihan Zakat Kepada Golongan
LGBT & Kafir (Mustad’afin). Lembaga Zakat Negeri Kedah,

You might also like