You are on page 1of 2

MASTERI 4

BAB 6 : PERNIAGAAN ANTARABANGSA


BAB 7 : ETIKA PERNIAGAAN & TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Soalan 1

Syarikat UK Trading bercadang untuk meluaskan pasaran produk buah-buahan dalam tinnya ke negara
Timur Tengah seperti Jordan, Arab Saudi dan Turki pada tahun hadapan. Permintaan yang tinggi daripada
negara tersebut diperolehi selepas beberapa aktiviti jelajah negara oleh syarikat dengan kerjasama
MATRADE telah membuka pasaran yang lebih luas.

a) Jelaskan konsep perniagaan antarabangsa dibawah:


i) Globalisasi [2 markah]
ii) Lokalisasi [2 markah]

b) Jelaskan dua (2) cabaran yang perlu ditempuhi oleh syarikat ini dalam usaha mengukuhkan
diri dalam pasaran luar negara. 4 markah]
c) Huraikan tiga (3) peranan MATRADE dalam membantu syarikat ini mencari pasaran bagi
produknya. 6 markah]

d) Kerajaan juga bertanggungjawab membantu syarikat ini mengeksport produknya ke negara


luar melalui kempen.
Huraikan jenis kempen berikut:
i) Pengecualian Cukai [2 markah]
ii) Subsidi [2 markah]
iii) Pembiayaan eksport [2 markah]

Soalan 2

Syarikat perabot #123 Sdn. Bhd merupakan pengeluar perabot berasakan kayu getah yang berjaya di
Malaysia. #123 Sdn. Bhd merancang untuk meluaskan perniagaan ke peringkat antarabangsa
memandangkan produknya telah mendapat permintaan yang menggalakkan dari negara Asia. Oleh itu, #
123 Sdn. Bhd bercadang membuka kilang di Laos kerana mudah mendapatkan bekalan bahan mentah
yang banyak dan murah serta kos buruh yang yang rendah disana.

a) Jelaskan empat (4) cabaran yang mungkin dihadapi oleh # 123 Sdn. Bhd dalam usaha menembusi
pasaran baharu di benua Asia. [12 markah]
b) Terangkan bagaimana syarikat ini boleh menembusi perniagaan antarabangsa di Laos melalui
kontrak pelesenan. [4 markah]
c) Terangkan dua (2) kebaikan pelesenan kepadasSyarikat Perabot #123 dan dua (2) kebaikan
pelesenan kepada pihak penerima lesen berkenaan di Laos (8 markah)

1
Soalan 3
Dara Beauty merupakan syarikat yang mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan. Untuk meluaskan
empayar perniagaan, syarikat ini telah melancarkan kosmetik halal untuk kaum lelaki. Produk terbaharu ini
telah mendapat permintaan yang sangat menggalakkan sehingga turut menerima pesanan daripada
syarikat luar negara. Memandangkan perkembangan ini, Dara Beauty bercadang untuk meluaskan
pemasaran produk ke pasaran antarabangsa.
a) Selain daripada import dan eksport, jelaskan tiga (3) kaedah yang membolehkan Dara beauty
terlibat dengan perniagaan antarabangsa. (9 markah)
b) Terangkan tiga (3) bentuk perlindungan dagangan yang mungkin dihadapi oleh Dara Beauty dalam
meneroka pasaran antarabangsa. (9 markah)
Soalan 4

Hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas rasuah dan salah laku
memerlukan usaha secara berperingkat dan memerlukan penglibatan semua pihak.
a) Huraikan bagaimana pendidikan nilai murni dapat digunakan oleh kerajaan bagi merealisasikan
hasrat tersebut. [3 markah]
b) Berikan contoh tanggungjawab sosial ternadap pihak berkepentingan berikut:
i) Pengguna [1 markah]
ii) Pekerja [1 markah]
Soalan 5
Selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan sektor pertanian negara, Encik Khairul bercadang
untuk membuka syarikat pengeluaran baja pertanian.

a) Jelaskan dua (2) faktor yang boleh mendorong syarikat Encik Khairul melaksanakan tindakan
beretika. [2 markah]
b) Terangkan konsep sistem perundangan dalam pengurusan etika perniagaan. [2 markah]
c) Jelaskan dua (2) jenis tindakan sosial yang bertanggungjawab oleh syarikat beliau. [2 markah]

Soalan 6

Vision International Sdn. Bhd merupakan syarikat hartanah multinasional beroperasi di Ipoh dan ibu
pejabat di Amerika Syarikat. Pihak pengurusan syarikat sedang merancang pembangunan Hub Komersil
Menora yang terletak dua kilometre dari sebuah perkampungan yang dihuni oleh 270 orang asli di
pedalaman Perak. Cadangan projek ini telah mendapat bantahan daripada penduduk asli yang terlibat.
Mereka mengatakan bahawa projek komersil tersebut mendatangkan masalah seperti kemusnahan hutan,
pencemaran kualiti air sungai, peningkatan jenayah dan gejala sosial di kawasan mereka. Walau
bagaimanapun, pihak syarikat menyatakan projek hub komersial tersebut mampu memberi faedah kepada
penduduk dan wilayah setempat melalui kemasukan pelaburan baharu bernilai RM 1 bilion, menawarkan
peluang pekerjaan dan meningkatkan pertumbuhan sektor perniagaan tempatan.
a) kepentingan etika perniagaan kepada Vision International Sdn. Bhd. (4 markah)
b) Kenal pasti dan huraikan satu jenis tindakan beretika yang sesuai dengan projek Hub Komersil
Menora. (3 markah)
2

You might also like