You are on page 1of 2

MASTERI BAB 6

Soalan 1
Dara Beauty merupakan syarikat yang mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan. Untuk meluaskan
empayar perniagaan, syarikat ini telah melancarkan kosmetik halal untuk kaum lelaki. Produk terbaharu ini
telah mendapat permintaan yang sangat menggalakkan sehingga turut menerima pesanan daripada
syarikat luar negara. Memandangkan perkembangan ini, Dara Beauty bercadang untuk meluaskan
pemasaran produk ke pasaran antarabangsa.
a) Selain daripada import dan eksport, jelaskan tiga (3) kaedah yang membolehkan Dara beauty
terlibat dengan perniagaan antarabangsa. (9 markah)
b) Terangkan tiga (3) bentuk perlindungan dagangan yang mungkin dihadapi oleh Dara Beauty dalam
meneroka pasaran antarabangsa. (9 markah)
Soalan 2

Hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas rasuah dan salah laku
memerlukan usaha secara berperingkat dan memerlukan penglibatan semua pihak.
a) Huraikan bagaimana pendidikan nilai murni dapat digunakan oleh kerajaan bagi merealisasikan
hasrat tersebut. [3 markah]
b) Berikan contoh tanggungjawab sosial ternadap pihak berkepentingan berikut:
i) Pengguna [1 markah]
ii) Pekerja [1 markah]
Soalan 3
Selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan sektor pertanian negara, Encik Khairul bercadang
untuk membuka syarikat pengeluaran baja pertanian.

a) Jelaskan dua (2) faktor yang boleh mendorong syarikat Encik Khairul melaksanakan tindakan
beretika. [2 markah]
b) Terangkan konsep sistem perundangan dalam pengurusan etika perniagaan. [2 markah]
c) Jelaskan dua (2) jenis tindakan sosial yang bertanggungjawab oleh syarikat beliau. [2 markah]

Soalan 4

Vision International Sdn. Bhd merupakan syarikat hartanah multinasional beroperasi di Ipoh dan ibu
pejabat di Amerika Syarikat. Pihak pengurusan syarikat sedang merancang pembangunan Hub Komersil
Menora yang terletak dua kilometre dari sebuah perkampungan yang dihuni oleh 270 orang asli di
pedalaman Perak. Cadangan projek ini telah mendapat bantahan daripada penduduk asli yang terlibat.
Mereka mengatakan bahawa projek komersil tersebut mendatangkan masalah seperti kemusnahan hutan,
pencemaran kualiti air sungai, peningkatan jenayah dan gejala sosial di kawasan mereka. Walau
bagaimanapun, pihak syarikat menyatakan projek hub komersial tersebut mampu memberi faedah kepada
penduduk dan wilayah setempat melalui kemasukan pelaburan baharu bernilai RM 1 bilion, menawarkan
peluang pekerjaan dan meningkatkan pertumbuhan sektor perniagaan tempatan.
a) kepentingan etika perniagaan kepada Vision International Sdn. Bhd. (4 markah)
1
b) Kenal pasti dan huraikan satu jenis tindakan beretika yang sesuai dengan projek Hub Komersil
Menora. (3 markah)

You might also like