You are on page 1of 4

PENGENALAN

Bismillahirrohmanirrohim……Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan serta adik-
adik pelajar semua kerana berkesempatan bersama-sama dalam ruangan live ini. untuk kita
mendengar sesi motivasi pada malam ini khasnya kepada semua pelajar SMK Pesisiran
Perdana bagi tahun 2021. namun demikian saya mengharapkan juga pelajar SPM sesi 2020
yang bakal menduduki peperiksaan SPM tak lama lagi untuk bersama menimba kekuatan
diri dalam perjuangan yang sedang dilalui ketika ini untuk join dalam siaran ini. baik
bersama saya pada malam ini ialah cik maizatul mardiana binti harun, merupakan pelajar
pascasiswazah Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling, Universiti Putra
Malaysia. Apa khabar cik mai disana?selamat bersiaran. Alhamdulillah…..lama sebenarnya
tak berjumpa dengan cik mai ni. last pada tahun 2010 masa konvokesyen. betul ye cik mai?
sekarang di fahamkan cik mai masih lagi di UPM. selain berkhidmat disana, cik mai juga
sedang melanjutkan pengajian. untuk makluman sidang penonton, cik mai ni merupakan
rakan seperjuangan saya semasa menuntut di UPM dalam opsyen Bimbingan dan
Kaunseling diperingkat ijazah sarjana muda. dan selepas itu masing-masing dah membawa
halatuju selepas tamat pengajian. dan rezeki cik mai, kerana masih diberi peluang untuk
meneruskan pengajian sampai ke tahap sekarang. baik…cik mai boleh ceritakan sedikit
perkembangan Sekarang ini untuk makluman yang menonton live ini.

Alhamdulillah…saya doakan cik mai terus Berjaya dalam kehidupan ini, dan tidak jemu
berkongsi pengalaman atau pengetahuan kepada pelajar khususnya diperingkat sekolah.
InsyaAllah..

saya juga mengalu alukan kehadiran penonton dalam ruangan live ini, untuk menyaksikan
perbincangan ini sehingga tamat. sebagai ilmu untuk meningkatkan motivasi diri. Sekiranya
ada soalan untuk diajukan kepada cik mai, bolehlah bertanya dalam ruangan LIVE CHAT.
Diakhir perkongsian nanti saya akan bacakan soalan tuan-tuan dan puan puan, adik adik
pelajar semua. InsyaAllah…

Baik cik mai….tanpa buang masa lagi, saya mempersilakan cik mai dengan perkongsian topik
yang menarik pada malam ini iaitu, SUCCES is a Jorney, not a Destination. atau dalam
Bahasa melayunya KEJAYAAN ADALAH SUATU PERJALANAN, BUKAN SUATU DESTINASI ..
Dipersilakan cik mai.

SELESAI PERKONGSIAN
Terima kasih CIK MAI atas perkongsian dan penerangan yang sangat jelas dan bermanfaat
kepada kita semua. seronok saya dengar gaya penerangan dari Cik mai ini. aura keyakinan
cik mai itu mengalir melalui penyampaian dan saya percaya, ia memberi kesan kepada
sidang penonton yang menyaksikan live ini. kerana perjalanan hidup cikmai terutamanya
yang tidak mudah putus asa dalam perjuangan untuk Berjaya dalam akademik patut
dicontohi khususnya kepada pelajar di peringkat sekolah untuk mulakan Langkah dari awal.
InsyaAllah….

baik cik mai. banyak soalan-soalan masuk dalam whatsaap saya. dan saya harap cik mai sudi
jugalah menjawab segala persoalan2 pelajar ini. Ada beberapa soalan untuk diajukan
kepada cik mai

Soalan pertama

Bagaimana cara, untuk saya tingkatkan motivasi dalam diri ketika belajar saat akhir
sebelum peperiksaan

Ulasan jawapan: buat selagi boleh. teruskan sahaja usaha. yg penting jangan berhenti
berusaha. kesannya…kita akan puas hati

Satu lagi soalan iaitu soalan yang kedua

saya mudah mengelamun apabila membaca. bagaimana cara untuk saya fokus dan elak
dari mnegelamun. – setkan masa. pendekkan masa supaya lebih berfokus. kena perbaiki
gaya atau teknik membaca…dan bacakan doa. niat kena betul.
kejayaan manusia bergantung kepada usaha atau kepandaian.

saya pelajar spm sesi 2020. saya masih banyak yang belum belajar. adakah saya masih ada
peluang untuk Berjaya. – jangan berputus asa selagi exam belum habis. usaha fokus
soalan spot dan dapatkan nota ringkas.

saya rasa masa tidur saya cukup. tapi sering mengantuk apabila saya belajar. adakah itu
salah satu symptom stress. dan bagaimana untuk saya kurangkan mengantuk dan
semangat untuk belajar. – sihat- tidur perlu berkualiti. jangan minum kopi..banyak
perkara yang perlu dijaga untuk tidur berkualiti.

TAMAT SOALAN

Jawapan yang sangat jelas dan padat. saya lihat di live chat sudah tiada lagi soalan.
Semoga jawapan dan penerangan itu dapat manfaat kepada tuan-tuan dan puan
puan.adik-adik pelajar semua. perkongsian yang sangat hebat pada malam ini.Itu sahaja
cik mai soalan yang diajukan. Sebelum menutup tirai mohon cik mai berikan sedikit
rumusan berkaitan topik pada malam ini sebagai pesanan kepada saya dan juga penonton
yang menyaksikan Lve ini. Dipersilakan…

kejayaan bukanlah doa dan usaha dari kita. malah bantuan dari orang lain

RUMUSAN AKHIR

Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kepada cik mai atas kesudian berkongsi sebagai
panel dalam ruangan ini. Semoga penonton yang menyaksikan live ini dapat manfaat hasil
daripada perkongsian ini. InsyaALLAH. Saya mengambil kesempatan ini juga mengucapkan
terima kasih dan tahniah kepada sidang penonton yang mengambil peluang untuk bersama-
sama menyaksikan perbincangan pada malam ini. Kita berjumpa lagi dengan perkongsian
yang lain melalui channel youtube kaunselor wan.
TERIMA KASIH Cik mai…SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI SUATU HARI NANTI. INSYALLAH..
SEMOGA TERUS CEMERLANG DALAM BIDANG cik mai dalam mendidik anak bangsa…. SAYA
SUDAHI DENGAN LAFAZ
WABILLAHITAUFIKWALHIDAYAHWASSALAMUALAKUMWARAHMATULLAHIWABARKATUH…..

Sekian…terima kasih….dan selamat malam

Jumpa lagi cik mai. InsyaAllah.

You might also like