You are on page 1of 2

Bismillahirrahmanirrahim, 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Pagi,

Terima kasih saudari pengerusi majlis,

Yang Dihormati

Puan Normala Binti Salimin ( Timbalan Pengarah 1 Politeknik Melaka),

Puan Zeyana Binti Abdullah ( Ketua Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar),

Puan Dr. Noor Watee Binti Rahman ( Pegawai Psikologi Politeknik Melaka),

Yang Diraikan

Barisan Majlis Tertinggi Pembimbing Rakan Siswa dan Ahli kepimpinan Pembimbing Rakan Siswa Sesi 1
2022/2023 yang dirahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah,

Segala pujian bagi Allah, Dengan izinnya kita dapat bersama-sama pada pagi ini bagi menjayakan majlis
‘Annual Grand Meeting’ Pembimbing Rakan Siswa Sesi I: 2022/2023 yang pertama kali diadakan secara
bersemuka tatkala berhadapan dengan situasi Covid-19 sebelum ini .

Terima kasih diucapkan kepada hadirin sekalian kerana sudi hadir bagi memeriahkan lagi majlis pada
hari ini, Izinkan saya membuka ucapan saya dengan mengucapkan jutaan terima kasih kepada penasihat
PRS dan merupakan Pegawai Psikologi Politeknik Melaka iaitu Puan Dr. Noor Watee kerana telah
memberikan kepercayaan dan peluang kepada Barisan Majlis Tertinggi dan Ahli kepimpinan PRS Kuntuk
berada didalam keluarga besar PRS.Terutamanya, Kami majlis tertinggi sentiasa diberikan nasihat serta
bimbingan oleh Penasihat PRS sejak dari awal kami berkhidmat sehinggalah ke hari ini. Tidak lupa
kepada Barisan Majlis Tertinggi PRS yang sentiasa menjadi tonggak utama bagi merealisasikan program-
program yang telah dirancang walaupun pelbagai cabaran dan halangan yang tiba. Saya faham bukan
mudah untuk kepimpinan PRS untuk melaksanakan program fizikal ataupun hybrid, tetapi dengan
adanya semangat, ketekunan dan komunikasi antara satu sama lain sepanjang semester ini bagi
menjayakan program harus saya berikan pujian diatas komitmen dan tenaga keja yang disumbangkan
oleh semua ahli prs.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Ahli Pembimbing Rakan Siswa dan para pelajar PMK yang tak
pernah jemu memberi sokongan dengan menyertai program yang telah kami anjurkan di sepanjang
semester ini tsecara fizikal mahupun secara atas talian. Saya percaya tanpa sokongan anda kepada kami
amatlah sukar untuk kami kekal semangat untuk mejayakan program-program yang lain . Dikesempatan
ini juga saya ingin memohon di atas kekurangan saya sepanjang perkhidmatan saya samada sebagai
Presiden PRSPMK bagi sesi ini, ajk program mahupun mewakili PRS kepada organisasi yang lain dibawah
Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada bakal Barisan Majlis
Tertinggi PRSPMK bagi semester hadapan yang akan diumumkan sebentar sahaja lagi . Percayalah
bahawa Pembimbing Rakan Siswa merupakan organisasi yang bukan hanya menekan kepada
pelaksanaan program semata-mata akan tetapi membentuk sebuah keluarga besar yang menjadi
sebahagian daripada Identiti PRs. Sekali lagi ingin saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Barisan
Majlis Tertinggi dan Ahli Kepimpinan Pembimbing Rakan Siswa kerana telah berjaya dan selesai
menjalankan perkhidmatan anda pada Sesi I: 2022/2023, semoga keakraban dan ukhwah yang telah kita
bina dapat dikekalkan sehingga ke akhirnya. Terima kasih juga kepada Pengarah Program dan Timabaln
Pengarah Program serta pengerusi majlis kerana memberi saya kesempatan dan ruang untuk saya
memberikan ucapan pada majlis ini.

Sekian Wabillahi taufik walhidayah, Assalammualaikum warrahmatullahi wabaroktuh dan Terima kasih.

You might also like