You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AGONG 2021

PERSATUAN PENGANUT DEWA THIRUPERUNTHIRU SUBRAMANIAR


MAMBANG DI AWAN

Tarikh : 21 Februari 2021


Hari : Ahad
Masa : 8.00 malam
Tempat : Kuil Dewa Thiruperunthiru Subramaniar, Mambang Di Awan
Kehadiran : ( Rujuk lampiran )

1.0 UCAPAN ALUAN

1.1 Setiausaha Persatuan Dewa Thiruperunthiru Subramaniar, Mambang Di Awan,


En.R. Balaratnam mengalu- alukan kedatangan para ahli persatuan ke mesyuarat
agong tahunan 2021.

1.2 Beliau menyeru para ahli persatuan sentiasa berganding bekerjasama antara satu
sama lain demi pembangunan kuil dan memberi idea-idea yang bernas untuk
meningkatkan kualiti pengurusan kuil ini.

Tindakan: Untuk Makluman

2.0 UCAPAN PENGERUSI

2.1 Pengerusi Persatuan Dewa Thiruperuthiru Subramaniar, Mambang Di Awan, En.


K. Kaliana Sundaram mengalu- alukan kedatangan para tetamu ke mesyuarat agong
tahunan 2021.

2.2 Beliau meminta semua ahli persatuan serta ahli- ahli jawatankuasa sentiasa
merujuk pihak pengurusan kuil untuk mencari jalan penyelesaian sekiranya terdapat
sebarang isu – isu berkaitan kuil ini serta bekerjasama sesama ahli untuk menjaga
nama baik kuil dan komuniti Masyarakat India Mambang Di Awan.

Tindakan : Pengurusan Kuil

3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN MESYUARAT AGONG


TAHUN 2020

3.1 En. R. Balaratnam, selaku setiausaha persatuan, membentang laporan mesyuarat


agong tahun 2020.
3.2 Laporan mesyuarat tahunan 2020 ini dicadang oleh Encik. Raman dan disokong
oleh Encik. Krishnan.

Tindakan : Untuk Makluman

4.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN BAGI


TAHUN BERAKHIR 2020

4.1 En. Sabaratnam selaku bendahari prsatuan, membentang laporan kewangan bagi
tahun berakhir 2020

4.2 Laporan kewangan ini dicadang oleh Encik.Kannan dan disokong oleh En. N.
Rajendran

Tindakan : Untuk Makluman

5.0 PERKARA- PERKARA BERBANGKIT

5.1 Tiada .

6.0 PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN KUIL 2021

6.1 En. P. Muniandy , penasihat Persatuan Penganut Dewa Subramaniar, Mambang


Di Awan diberi mandat untuk menguruskan proses pemilihan ahli jawatankuasa
pengurusan kuil bagi tahun 2021.

6.2 Senarai Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kuil Thiruperunthiru Subramaniar


Mambang Di Awan bagi tahun 2021 adalah seperti berikut:

PENGERUSI : EN. KALIANA SUNDRAM A/L KUPPUSAMY

TIMB. PENGERUSI : EN. MARIMUTHU A/L KUPPAN

SETIAUSAHA : EN. BALARATNAM A/L RAKAYEH

PEN. SETIAUSAHA : EN. MOHAN KUMAR A/L PERUMAL

BENDAHARI : EN. SABARATNAM A/L NAGALINGAM

A.J.K : EN. RAMA A/L THEVEE

: EN. SARAWANAN A/L KANDASAMY

: EN. GANESAN A/L MUNIANDY

: EN. RAJENTHARAN A/L NADISAN

: EN. RAMATHAS A/L GOVINDASAMY


: EN. JAGEN A/L DORAISAMY

7.0 HAL- HAL LAIN

7.1 En. Rama mencadangkan pemasangan papan tanda kuil di pintu masuk jalanraya
utama dan di depan kuil kerana kebanyakan orang luar tidak dapat mengenali kuil ini
yang berada jauh ke dalam dari jalanraya utama.

Tindakan: Pengurusan kuil

7.2 En. Mohan kumar memaklumkan bahawa segala upacara yang dijalankan di kuil
ini perlu dikenakan bayaran setimpan dan pihak pengurusan kuil perlu memberi resit
bayaran kepada individu yang menggunakan perkhidmatan pengurusan kuil untuk
menjalankan upacara.

Tindakan : Pengurusan kuil

7.3 En. Sabaratnam memberitahu bahawa patung kuda di atas ‘ratham (chariot)’, telah
merekah dan perlu digantikan dengan yang baru secepat mungkin.

Tindakan : Pengurusan kuil

7.4 En. Sabaratnam juga memaklumkan bahawa kadar sewa dewan kuil bagi upacara
‘parisham’ dan perkahwinan adalah sebanyak RM350. Kepada sesiapa yang ingin
melangsungkan ‘parisham’ atau perkahwinan di kuil ini perlu membayar wang
deposit sebanyak RM50.00 terlebih dahulu.

Tindakan : Untuk Makluman

7.5 En.Balaratnam memaklumkan bahawa pihak pengurusan kuil tidak mengenakan


sebarang bayaran bagi program- program sekolah yang diadakan di kuil ini. .

Tindakan : Untuk Makluman

7.6 Encik Ramathas, meminta pihak pengurusan kuil untuk menghalang sebarang
aktiviti ‘ lucky draw’ sempena perayaan Deepavali atau lain – lain di dalam kawasan
kuil. Cadangan beliau diterima sebulat suara oleh para ahli jawatankuasa.

Tindakan: Semua AJK

7.7 En. Kaliana Sundram menegaskan bahawa hanya upacara pemujaan khas sahaja
dibenarkan pada hari Deepavali.

Tindakan: Untuk Makluman


8.0 UCAPAN PENANGGUHAN

8.1 Setiausaha persatuan En. R. Balaratnam mengakhiri mesyuarat agong tahunan


2020 dengan ucapan terima kasih.

8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.50 malam.

Disediakan oleh

…………………………..

( R. BALARATNAM )
Setiausaha
Persatuan Penganut Dewa Thiruperunthiru Subramaniar
Mambang Di Awan

Disahkan oleh

………………………………..

( K. KALIANA SUNDRAM )
Pengerusi
Persatuan Penganut Dewa Thiruperunthiru Subramaniar
Mambang Di Awan

You might also like