You are on page 1of 2

PENGENALAN - AUDIT DALAMAN

(a) Definisi audit dalaman.


Audit Dalaman adalah suatu aktiviti bebas dan objektif yang memberi jaminan
dan rundingan untuk menambah nilai dan meningkatkan operasi organisasi. Ia
membantu organisasi mencapai tujuannya dengan membawa pendekatan disiplin
yang sistematik untuk menilai dan meningkatkan keberkesanan proses
pengurusan risiko, kawalan dan tadbir urus.

(b) Perbezaan antara konsep kebebasan dan keobjektifan.

Kebebasan Keobjektifan
Kebebasan dari keadaan yang Keobjektifan adalah sikap juruaudit
mengancam kemampuan aktiviti sendiri yang bersaksama dan tidak
audit dalaman untuk melaksanakan terpengaruhi dengan pihak luar dan
tanggungjawab audit dalaman secara sikap mental yang tidak berat sebelah
tidak berat sebelah. Untuk mencapai yang membolehkan juruaudit dalaman
tahap kebebasan yang diperlukan melaksanakan tugasan dengan penuh
untuk melaksanakan tanggungjawab yakin terhadap hasil kerja mereka dan
aktiviti audit dalaman dengan efektif, tanpa menjejaskan mutu kerja.
ketua audit eksekutif mempunyai
akses langsung dan tidak terhad
kepada segala maklumat

(c) 2 perbezaan juruaudit luar dan juruaudit dalaman.


Perbezaan Juruaudit Luar Juruaudit Dalam
Pelaporan Juruaudit luar melapor Juruaudit dalam akan
kepada anggota syarikat, melapor langsung kepada
pemegang saham, pelabur, pihak pengurusan, lembaga
pelanggan, atau pengawal pengarah, dan jawatankuasa
selia yang bukan merupakan audit.
sebahagian daripada
struktur tadbir urus dalaman
organisasi.
Status Juruaudit luar merupakan Juruaudit dalaman
pihak luar iaitu pihak ketiga merupakan pihak dalaman
yang berkontrak, badan iaitu pekerja organisasi.
pengawalseliaan atau badan
kerajaan.

(d) Nyatakan 6 jenis audit yang dilakukan oleh juruaudit dalaman.


1. Audit Kewangan
2. Audit Operasi
3. Audit Pengurusan
4. Audit Pematuhan
5. Audit IT
6. Audit Forensik

You might also like