You are on page 1of 5

MENTERI KETIGA

Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak


berani berlawan ramai, ayuh bercakap benar!
Terima kasih tuan yang dipertua,
Deligasi kerajaan, kenalan baharu pihak pembangkang dan
sidang perwakilan dewan yang mulia. Selamat bersidang kepada
semuanya.
Tuan yang dipertua, bertindak selaku menteri ketiga, bakal saya
jalankan beberapa gerak kerja yang telah diamanahkan oleh
pihak perwakilan kerajaan.

Pertama, saya bidas hujah ketiga iaitu (pembangkang 2)


……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
………………………………………………………………

Tuan yang dipertua


Kedua, saya bidas hujah kedua iaitu (pembangkang 2)
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
………………………………………………………………

Tuan yang dipertua, pihak kami perwakilan kerajaan


membangkang semua hujah yang dibawakan oleh pihak
pembangkang.
Tuan yang dipertua,
sebentar tadi yang amat berhormat perdana menteri kami bangun
untuk membuat pendefinisian usul perwakilan kerajaan yang
cukup lengkap. Kami berpegang kepada DEMI
KESEJAHTERAAN RAKYAT, BKM WAJAR DIPERLUAS.
Tuan yang dipertua, DUA HUJAH TELAH KAMI LERAIKAN
kepada seisi dewan yang mulia pada hari ini.
Pertama, BANTUAN DIBERI, KESEJAHTERAAN HIDUP
TERJAMIN.
Apabila BKM diperluas, hal ini sudah pasti akan dapat
memperkukuhkan semula ekonomi sesebuah keluarga dari segi
pendapatan. Berikutan wabak Covid-19, sedikit sebanyak telah
menjejaskan sumber pendapatan dan kesejahteraan rakyat
Malaysia. Secara khususnya, rakyat Malaysia yang telah
mendepani kesan pandemik ini dengan penuh daya tahan, kini
mendapati diri mereka semakin terdedah kepada cabaran
kewangan dan ekonomi. Dengan adanya bantuan kewangan
daripada kerajaan, SERBA SEDIKIT rakyat dapat meneruskan
kehidupan dengan selesa tanpa tekanan.
Kedua, di bawah kata kunci, KUKUH EKONOMI KELUARGA,
KUKUHLAH EKONOMI NEGARA. Salah satu usaha kerajaan
dalam meningkatkan smeula ekonomi negara adalah dengan
memperkukuhkan ekonomi institusi kekeluargaan. Oleh yang
demikian, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini sedikit sebanyak
telah mengatasi masalah ini. Rakyat, terutama yang terjejas
pendapatan, diberi ruang mempunyai lebihan wang dalam tangan
untuk menggalakkan berbelanja. Apabila rakyat berbelanja,
permintaan akan bertambah. Secara tidak langsung,
perbelanjaan wang tersebut dapat dikitar untuk mencipta peluang
pekerjaan, membayat gaji, mengeluarkan produk baharu dan
sebagainya. Ini dapat membantu mengembangkan dan
menghidupkan semula ekonomi domestic negara dengan lebih
cepat.
Tuan yang dipertua, hujah ketiga pula dengan kata kunci BKM
DIPERLUAS, MENGELAK KEBERHUTANGAN YANG TINGGI.
Menurut Kerta Kerja Rancangan Malaysia Kesebelas, Kertas
Strategi 2: Meningkatkan Taraf Isi Rumah B40 ke Arah
Masyarakat Kelas Menengah, Tahap keberhutangan yang tinggi,
dalam kalangan isi rumah B40, boleh mempengaruhi kedudukan
kewangan mereka, kerana, kecenderungan mereka membuat
pinjaman peribadi, untuk menampung perbelanjaan harian. Pada
tahun 2014, tahap keberhutangan isi rumah berpendapatan
RM3,000 sebulan ke bawah, adalah tujuh kali pendapatan
tahunan mereka. Bagi isi rumah berpendapatan RM5,000 sebulan
ke bawah, tahap keberhutangan, adalah antara tiga ke empat kali
pendapatan tahunan.
Contohnya,
Kesan berhutang boleh menyebabkan berlakunya
KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN. Kedudukan
ekonomi yang kukuh merupakan salah satu tonggak utama
teguhnya institusi kekeluargaan. Jika sesebuah kekeluarga itu
mengalami masalah ekonomi sudah pasti ia akan mempengaruhi
keharmonian rumah tangga. Perbelanjaan rumah, perbelanjaan
anak-anak, pembayaran aset-aset seperti rumah dan kereta akan
terganggu dek kerana hutang yang menimbun. Suami dan isteri
akan sentiasa bertengkar mencari jalan kepada masalah yang
tiada kesudahannya. Akhirnya penceraian menjadi penyelesaian
namun hutang masih menghantui. Intitusi kekeluargaan tergadai,
anak-anak menjadi mangsa keadaan.

Maka, wajarlah kiranya, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini


diperluaskan supaya kesan keberhutangan dapat dikurangkan
serta dikawal. Sekiranya perkara ini tidak dibendung, maka,
kesan yang buruk seperti keruntuhan institusi sesebuah keluarga
akan berlaku. Sebelum menjadi parah, eloklah ianya dibanteras
lebih awal.

Secara tidak langsung, Kesan kepada penurunan pendapatan


dan pekerjaan, bukan sahaja meninggalkan kesan dalam aspek
ekonomi malah kesannya juga dapat dilihat apabila ia
mengundang pelbagai isu-isu kesihatan mental. Dengan ini kami
tetap ingin menegaskan bahawa DEMI KESEJAHTERAAN
RAKYAT, BKM WAJAR DIPERLUAS.
Tuan yang dipertua, sudah terang lagikan bersuluh, pembawaan
kami pihak kerajaan mengambil kira segenap aspek demi
kebaikan semua pihak.

Untuk itu, tuan yang dipertua, saya mohon usul ini diterima
sebulat suara dewan yang mulia.
Sekian terima kasih.

You might also like