You are on page 1of 3

NO MATRIK : A183673

Soalan 1
I. Kaedah “ ‫ “ تصرف اإلمام على الرعي ة من وط بالمص لحة‬yang bermaksud tindakan dan polisi
pemerintah mestilah mengambil kira maslahah rakyat. Dalam hal ini pembentukan
kerajaan perpaduan daripada DYMM YDP Agong untuk menyelesaikan situasi
parlimen tergantung dapat memberikan maslahat kepada rakyat, pembentukan
kerajaan perpaduan dilaksanakan kerana kemaslahatan rakyat merupakan keutamaan
bagi pemerintah. Sudah diketahui umum sekiranya parlimen sesebuah kerajaan
tergantung, akan timbul pelbagai implikasi-implikasi yang buruk terhadap negara
tersebut seperti ketidakstabilan ekonomi. Ketidakstabilan ekonomi ini juga akan
membawa kemudaratan kepada rakyat selain ianya dapat membawa kepada
penindasan rakyat terutamanya kepada rakyat yang kurang berkemampuan dari segi
kewangan. Hal ini kerana sekiranya ekonomi tidak stabil maka rakyat akan berdepan
dengan kenaikan harga barang yang akan membebankan rakyat. Jadi cadangan untuk
membentuk kerajaan perpaduan boleh dilaksanakan sebagai jalan penyelesaian
kepada situasi parlimen tergantung kerana dengan pembentukan kerajaan perpaduan
ini, kebajikan dan kemaslahatan rakyat terjamin.

II. Kaedah “ ‫ “ حكم الح اكم في مس ائل االجته اد يرف ع الخالف‬yang bermaksud keputusan hakim
dalam masalah ijtihad menyelesaikan khilaf. Kaedah ini sangat bertepatan dengan
cadangan menjadikan kerajaan sebuah kerajaan perpaduan untuk menyelesaikan
masalah parlimen tergantung. Berdasarkan kaedah ini DYMM Agong boleh
menyelesaikan masalah parlimen tergantung yang berlaku disebabkan parti-parti yang
bertanding tidak mencapai syarat yang cukup untuk membentuk sebuah kerajaan.
Berdasarkan kaedah ini kesemua parti yang bertanding perlu akur dengan keputusan
DYMM Agong untuk membentuk kerajaan perpaduan kerana DYMM Agong
merupakan ketua negara.

III. ‫الضرر يدفع بقدر اإلمكان‬

Kaedah ini bermaksud kemudaratan wajib dihindari setakat yang mampu sebelum
ianya berlaku. Kaedah ini juga boleh digunapakai untuk mendasari cadangan
membentuk kerajaan perpaduan oleh YDPA . Hal ini kerana, sekiranya parlimen
negara tergantung dalam satu tempoh yang lama, maka pelbagai kemudaratan akan
berlaku ke atas negara seperti proses kemajuan negara akan tergendala,
ketidakstabilan ekonomi negara bahkan mungkin mampu membawa kepada
kemudaratan yang lebih besar lagi seperti berlakunya pergolakan di dalam negara.
Jadi cadangan YDPA untuk menjadikan kerajaan perpaduan sebagai jalan
penyelesaian bagi menamatkan parlimen tergantung ini boleh digunapakai kerana
ianya dapat mengelakkan pelbagai kemudaratan daripada berlaku di negara kita.
IV. ‫درء المفاسد مقدم على جلب المصالح‬
Kaedah ini bermaksud menghilangkan kemudaratan perlu didahulukan berbanding
mendapatkan kemaslahatan dalam situasi konflik anata kemudaratan dan
kemaslahatan. Seperti apa yang telah dicadangkan agong iaitu untuk membentuk
kerajaan perpaduan, kaedah fiqh ini dapat digunapakai kerana menubuhkan kerajaan
perpaduan adalah lebih penting dan perlu diutamakan daripada membiarkan parlimen
negara tergantung. Dengan pembentukan kerajaan perpaduan juga dapat memupuk
dan mengekalkan sifat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia sendiri. Disebabkan
negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik, sekiranya YDPA tidak
membentuk kerajaan perpaduan, maka dirisaukan akan membawa kepada perpecahan
dan permusuhan di antara kaum-kaum yang terdapat di Malaysia . Perpecahan dan
permusuhan antara kau m inilah merupakan kemudaratan yang ingin dibendung dan
mesti dielakkan sebaik mungkin. Disebabkan pembentukan kerajaan perpaduan inilah
negara Malaysia masih kekal aman dan harmoni.

Soalan 2
I. Hukum berkenaan larangan memakan dan meminum benda yang bercampur dengan
perkara haram berdasarkan kaedah fiqh “apabila bercampur perkara halal dan haram
maka hukumnya adalah haram”. Hal ini kerana sudah menjadi pengetahuan umum
bahawa apabila bercampurnya dua perkara iaiu perkara halal dan haram disatukan
maka ianya lebih dominan kepada haram.

Namun, ada kaedah fiqh yang membenarkan dan mengharuskan perkara yang
diharamkan oleh syarak dengan syarat-syarat yang tertentu. Antara syarat-syarat yang
mesti dipenuhi untuk mengharuskan perkara yang diharamkan oleh syarak adalah
ianya mestilah berada dalam situasi keterpaksaan dan dalam keadaan keperluan yang
mendesak. Sebagai contoh, diharuskan untuk minum arak ketika tercekik kerana ianya
bertujuan untuk mengelakkan kemudaratan yang besar (iaitu kematian akibat
tercekik). Tetapi sekiranya ada pilihan lain yang tidak haram, maka haruslah
mendahulukan pilihan tersebut.

II. Isu berkenaan cukai yang dikenakan oleh sesebuah kerajaan kepada rakyatnya.
Berdasarkan kaedah fiqh “‫ ”تصرف اإلمام على الرعية منوط بالمصلحة‬yang bermaksud setiap
tindak tanduk dan polisi pemerintah perlu mengambil kira maslahat rakyat.
Pengenaan cukai kepada rakyat adalah dibolehkan sekiranya berada dalam keadaan
terpaksa seperti negara mengalami krisis kewangan atau negara tersebut tidak
mempunyai wang untuk membayar hutang negara. Tetapi cukai yang dikutip oleh
pihak kerajaan atas dasar darurah (krisis kewangan) tadi perlu diberhentikan
pengutipan cukai tersebut sekiranya krisis kewangan negara telah
diselesaikan.Perkara ini dapat dilihat berdasarkan kaedah fiqh “ ‫ما جاز‬
‫ ”لع ذر بط ل بزواله‬yang bermaksud sesuatu yang dibenarkan dalam keadaan darurah,
ianya tidak lagi dibenarkan sekiranya darurah tersebut telah hilang.

Namun ada kaedah fiqh yang menyatakan bahawa kerajaan sama sekali tidak
dibenarkan untuk membebankan rakyat dengan cukai meskipun jika negara tersebut
kekurangan wang. Kaedah tersebut adalah kaedah “‫ “ الض رر ال ي زال بالض رر‬iaitu
sesuatu kemudaratan itu perlu dihilangkan tetapi tidak boleh dihilangkan dengan
mewujudkan kemudaratan yang lain. Kemudaratan yang pertama iaitu negara tidak
mempunyai wang mestilah dihilangkan tetapi tanpa mewujudkan kemudaratan yang
lain iaitu membebankan rakyat dengan cukai yang dikenakan.

You might also like