You are on page 1of 1

Kesan apabila peraturan dan undang-undang dipatuhi oleh rakyat ialah rakyat mesti

menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira

sesiapa dan di mana seseorang itu berada. Hal ini kerana kewujudan undang-undang ialah

mengekalkan keamanan negara dan menjamin keselamatan Negara daripada diancam oleh

anasir-anasir yang negatif seperti ancaman komunis pada suatu ketika dahulu. Contohnya,

seseorang itu perlu mematuhi Akta Cukai Pendapatan kerana pemungutan cukai

membolehkan kerajaan memperoleh sumber kewangan yang cukup untuk melaksanakan

dasar-dasar pembangunan demi kemakmuran rakyat dan kestabilan Negara.

Selain itu, kewujudan undang-undang akan kurang kes jenayah berlaku di Malaysia, hal ini

demikian, kebaikan yang diperoleh apabila remaja mematuhi undang-undang serta tidak

terlibat dalam kes juvana dari aspek diri, keluarga dan negara, dalam aspek diri ialah remaja

akan lebih bertanggungjawab dan bermoral serta dapat melahirkan bakal pemimpin Negara

berkaliber pada masa hadapan. Pada pandangan yang lain dari aspek keluarga ialah nama

baik keluarga terpelihara dan menjadi contoh dan ikutan oleh keluarga lain. Akhirnya dari

aspek negara adalah pembangunan Negara semakin pesat dan yang penting ialah negara aman

dan harmoni.

Kesimpulannya, dalam negara yang demokrasi ini mesti mempunyai undang-undang jika

semua rakyat mematuhi peraturan dan undang-undang negara rakyat akan hidup bersatupadu

dan saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum serta membentuk hidup

bertoleransi dalam masyarakat berbilang kaum. Akhir sekali, kedudukan negara tidak akan

dipandang rendah kepada negara lain

You might also like