You are on page 1of 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Lung Manis


Tel: 0138888786 (GB)
Beg Berkunci 02 Faks :
Pejabat Pos Wisma Persekutuan E-mail : sk.lung.manis.skn@gmail.com
Laman sesawang : sklungmanis.blogspot.my
90400 Sandakan

MESYUARAT PENGURUSAN HEM KALI KE 3 / 2018

Tarikh : 30 Jun 2018


Masa : 08.30 pg – 2.40 ptg
Hari : Sabtu
Tempat : SRK Sung Siew
Agenda : 1. Ucapan pengerusi
2. Pengurusan pentadbiran HEM SKLM.
3. Hal-hal lain.

KEHADIRAN

1. En. Kamarulariffin Bin Mohamed Zabil Guru Besar


2. Pn. Marna Siran Penolong Kanan 1
3. En. Baharudin Bin Abd. Rashid Penolong Kanan Hal EHwal Murid
4. Pn. Juraidah Bt Mohamad Penolong Kanan Kokum
5. Pn. Cecilia Ambrose Linsua Guru Prasekolah
6. En Awang Mohd. Zihad Bin Zainal Guru Akadenik
7. Pn. Siti Julizah Binti Salamun Guru Pemulihan
8. Pn. Siti Jamilah Binti Mohd. Safie Guru Pendidikan Islam
9. En. Abd Samad Bin Bokhari Guru Akademik
10. En. Jamrien Aming Juhaini Guru Akademik
11. Cik Mylsa Avinnie Musah Guru Akademik
12. Pn. Norisal Binti Ahmat AKP
13. Pn. Sharifah Binti Sahran AKP
14. En. Sharif Bin Mallang AKP
15. Pn. Indan @ Intan Binti Munabi AKP
16. En. Jowhar Bin Hamsah Guru Akademik
17. En. Chin Chen Yung Guru Akademik
18. En. Norharin Bin Abibon Guru Akademik
19. En. Zulkefli Bin Abdullah Guru Pendidikan Islam
20. En. Abd. Razak Bin Mohamad Guru Akademik
21. En. Chia Ming San Guru Akademik
22. Cik Nor Zahilah Binti Hamzah Guru Pendidikan Islam

TIDAK HADIR

1. Tn. Hj Sarifuddin Bin Burhanuddin Guru Akademik


2. Hjh Sapariah Bt Wasai Guru Akademik
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sekolah Kebangsaan Lung Manis
Tel: 0138888786 (GB)
Beg Berkunci 02 Faks :
Pejabat Pos Wisma Persekutuan E-mail : sk.lung.manis.skn@gmail.com
Laman sesawang : sklungmanis.blogspot.my
90400 Sandakan

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN OLEH PENGERUSI

1.1 Penolong Kanan HEM selaku pengerusi mesyuarat memberikan ucapan aluan-aluan ke atas
kehadiran semua guru yang dapat meluangkan masa untuk menjalankan mesyuarat ini.

1.2 Penolong Kanan HEM memaklumkan masih ada beberapa peloporan yang belum dihantar
kepada beliau dan unit-unit tersebut perlu menghantarnya selepas ini.

1.3 PK Hal Ehwal Murid memaklumkan terdapat 2 kekosongan dalam pengurusan unit HEM
memandangkan terdapat 2 orang guru yang telah berpindah dan lantikan akan dibuat dalam
mesyuarat ini. Guru SPBT akan dipegang oleh Ustazah Zahilah Binti Hamzah dan Guru Kantin akan
dipegang oleh Ustaz Zulkefli Bin Abdullah selaku guru RMT juga.
Tindakan : Makluman
2.0 PPDa
2.1 Pengajaran mengenai dadah akan dijalankan atau diselitkan dalam PdP mulai bulan Julai dalam
subjek pendidikan kesihatan. Oleh itu guru pendidikan kena mencari ruang untuk menyelitkan
pendidikan mengenai dadah dalam proses pengajaran mereka.

2.2 Pengajaran lebih kepada pengenalan kepada jenis-jenis dan bahaya dadah. Cikgu Jamrien Ameng
Juhaini sebagai penyelaras bagi pekara ini.
Tindakan : En.Jamrien Aming

3.0 SSDM (Sistem Sahsiah dan Disiplin Murid)


3.1 Semua guru dan pentadbir perlu ‘key in’ sahsiah murid setiap hari sekiranya murid membuat
sesuatu kebaikan atau sesuatu perkara positif yang dilakukan oleh mana-mana murid.

Tindakan : Semua Guru


4.0 SPBT
4.1 Tiada pelaporan yang dihantar setakat ini kerana guru penyelarasnya telah berpindah.

4.2 Pesanan buku teks yang baru sudah dibuat oleh guru penyelaras yang terdahulu.

4.3 Semua agihan buku teks pada tahun ini telah dibuat termasuk murid bukan warganegara namum
pada tahun depan pengagihan perlu mengutamakan murid warganegara.

Tindakan: Ustazah Zahilah Hamzah


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sekolah Kebangsaan Lung Manis
Tel: 0138888786 (GB)
Beg Berkunci 02 Faks :
Pejabat Pos Wisma Persekutuan E-mail : sk.lung.manis.skn@gmail.com
Laman sesawang : sklungmanis.blogspot.my
90400 Sandakan

5.0 APDM
5.1 Jumlah murid dalam APDM 172 (terkini) tidak termasuk Pra sekolah.

5.2 Seramai 12 orang terdaftar sebagai bukan warganegara.


Tindakan: Makluman

5.3 Guru kelas kena pastikan semua data dalam APDM lengkap dan betul.
Tindakan: Guru kelas

6.0 RMT

6.1 Seramai 85 orang murid menerima bantuan tetapi sekarang terdapat pertambahan menjadikan
bilangan penerima seramai 89 orang murid (tahun 2 – 6).
Tindakan: Makluman

7.0 KWAMP

7.1 Semua pembayaran telah diselasaikan.

7.2 Seorang murid penerima EMK sebanyak RM1800.00 iaitu adik Shafie.
Tindakan: Makluman

8.0 KESIHATAN

8.1 Hanya tinggal satu rawatan sahaja yang belum dijalankan.


Tindakan: Makluman

9.0 3K

9.1 Aktiviti fasa ke 2 belum dibuat iaitu latihan kebakaran dan akan dijalankan pada Karnival HEM
iaitu pada 28 Julai.
Tindakan: makluman

10.0 PENDAFTARAN MURID

10.1 Seramai 28 orang murid terdaftar untuk tahun satu setakat ini dan 6 orang untuk tahun 2020.

Tindakan: makluman
11.0 SUSU

11.1 Setakat ini tiada bekalan yang samapai ke sekolah.


Tindakan: makluman
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sekolah Kebangsaan Lung Manis
Tel: 0138888786 (GB)
Beg Berkunci 02 Faks :
Pejabat Pos Wisma Persekutuan E-mail : sk.lung.manis.skn@gmail.com
Laman sesawang : sklungmanis.blogspot.my
90400 Sandakan

12.0 KANTIN

12.1 Sehingga hari ini, hanya 2 kali sahaja penilaian kendiri kantin yang dihantar. Penilaian ini perlu
dihantar setiap hari kepada Penolong Kanan HEM.

12.2 Penilaian kendiri dibuat oleh pengusaha kantin namun penyelaras kantin perlu memastikan
perkara ini dilaksanakan.
Tindakan: Penyelaras kantin

13.0 GURU BERTUGAS MINGGUAN

13.1 Terdapat kumpulan yang tidak membuat laporan mingguan. Setiap kumpulan yang bertugas
perlu menjalankan tugas dengan penuh intigriti dan memastikan pembahagian tugas dalam
kumpulan.

13.2 Mulai minggu hadapan, buku pengesahan pergerakan pelajar akan diletakkan di dalam kelas.
Guru perlu buat catatan pergerakan murid dan menandatangani ruang yang disediakan apabila
masuk kelas.
Tindakan: Penyelaras Kelas

14.0 KECERIAN KELAS

14.1 Pelaporan oleh Cikgu Norharin Bin Abibon berterusan setakat ini.

14.2 Terdapat ruang info yang masih belum dikemaskini oleh guru subjek.

14.3 Guru-guru boleh meletakkan info pada persekitaran sekolah sebagai projek keceriaan sekolah.

Tindakan: Makluman

15.0 HAL-HAL LAIN

15.1 Masalah keselamatan disebabkan oleh kehadiran anjing liar yang banyak dalam persekitaran
sekolah dinyatakan oleh Cikgu Norharin Abibon. Minta bantuan PIBG sekolah dan lapor pada Majlis
Daerah sebagai penyelesaian buat masa ini.
Tindakan: Makluman

15.2 Terdapat masalah murid yang belum mendapat buku aktiviti terutamanya murid tahun 1
kerana tidak cukup bekalan dan masalah ini perlu dirujuk pada guru penyelaras buku teks yang lalu.

Tindakan: Guru SPBT

15.3 Pn. Marna Siran mencadangkan agar program motivasi murid tahun 6 diadakan dan dijalankan
sebelum peperiksaan UPSR.
Tindakan: Guru Bimbingan & Kaunseling
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sekolah Kebangsaan Lung Manis
Tel: 0138888786 (GB)
Beg Berkunci 02 Faks :
Pejabat Pos Wisma Persekutuan E-mail : sk.lung.manis.skn@gmail.com
Laman sesawang : sklungmanis.blogspot.my
90400 Sandakan

16.0 PENUTUP

10.1 Ucapan penutupan dan penangguhan mesyuarat oleh pengerusi En. Baharuddin Bin Abd.
Rashid.

10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 02.40 petang.

Disediakan Oleh: Disemak oleh:

………………………………………… ………………………………………………..
En. Jowhar Bin Hamsah En. Baharuddin B. Abd. Rashid
Setiausaha HEM Penolong Kanan HEM
SK. Lung Manis SK. Lung Manis
Tarikh:_______________ Tarikh:_________________

Disahkan oleh:

…………………………………………………………..
En. Kamarulariffin Bin Mohamed Zabil
Guru Besar
SK. Lung Manis
Tarikh:____________________

You might also like