You are on page 1of 10

PENGENALAN ...................................................................................................................

LATAR BELAKANG PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA ................................. 2

OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA .................................................. 3

PENGISIAN PROGRAM DAN AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA ........................ 3

KESIMPULAN .................................................................................................................... 4

PERATURAN‐ PERATURAN KELAB RUKUN NEGARA ............................................ 5

JAWATANKUASA .............................................................................................................. 9

Krnskkb'13 1
KELAB RUKUN NEGARA

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BANDAR

PENGENALAN

Kelab Rukun Negara (KRN) adalah merupakan salah satu aktiviti kokurikulum yang

dilaksanakan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) serta di sekolah-sekolah rendah dan

menengah di seluruh negara. Seiring dengan namanya, maka aktiviti yang dijalankan

menerusi kelab ini adalah berlandaskan kepada kelima-lima prinsip Rukun Negara yang

bermatlamat agar ianya dihayati dan difahami malah dapat dibudayakan dlam kehidupan

seharian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia khususnya di kalangan warga muda.

LATAR BELAKANG PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

Penubuhan kelab rukun negara telah diilhamkan oleh YAB Dato Seri Abdullah bin Haji

Ahmad Badawi semasa merasmikan sambutan hgari perpaduan peringkat kebangsaan

2000 di Melaka ( ketika itu beliau adalah selaku Timbalan Perdana Menteri). Beliau telah

menyarakan agar KRN ditubuhkan di sekolah-sekolah dan IPT supaya menerubi kelab ini

pelajar-pelajar / murid akan dididahkan mengenai latar belakang dan falsafah Rukun

Negara agar ianya benar-benar dapat diketahui, difhami, dihayati serta dibudayakan dlam

hidup seharian.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, maka Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi

Nasioanl, Jabatan Perdana Menteri (JPNIN,JPM) telah dipertanggungjawabkan oleh

kerajaan untuk mewujudkan kerjasama denan Kementerian Pelajaran Malaysia dan

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Krnskkb'13 2
OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

i. Memperkenalkan latar belakang dan prinsip-prisip Rukun Negara

ii. Memberi pengertian dan kefahaman tengan kelima-lima prinsip Rukun Negara.

iii. Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran kerohanian dakan kepentingan Rukun

Negara serta sebagai asas norma kehidupan

iv. Menjadikan prinsip-prinsup Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup yang

berterusan bagi melahirkan warga MAlysia yang mempunyai jati diri yang unggul,

setia, bersatu padu , berwawasan, bermaruah, berrsikap terbuka dan beretika sejajar

dengan Misi Naional.

PENGISIAN PROGRAM DAN AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA

KRN yang diwujudkan di IPT dan sekolah-sekolah melaksanakan aktiviti yang

berteraskan kepada pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengalaman (4p) Rukun

Negara di kalangan pelajar dan murid. Selain itu, kelab ini juga dijadikan sebagai sala

satu strategi utuma ke arah pengukuhan semangat perpadauan dan integrasi nasioanl di

kalangan pelajar / murid pelbagai kaum.

Aktiviti-aktiviti KRN dirangka dan dilaksanakan berlandaskan kepada kelima-lima

prinsip Rukun Negara. Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan menerusi kelab ini

ialah :

1. Lafaz ikrar Rukun Negara dalam perhimpunan dan majlis-majlis rasmi.

2. Pameran Rukun Negara

3. Forum dan ceramah mengenai kelima-lima pronsip Rukun Negara / Kenegaraan.

Krnskkb'13 3
4. Karnival Patriotik

5. Bulan Penghayatan Rukun Negara

6. Pengkisahan sejarah negara oleh tokoh-toloh negara

7. Pertandinga Menulis Esei / Puisi tentang Rukun Negara, patriotisme dan perpaduan

nasioanal.

8. Perkhemahan Kelab Rukun Negara

9. Pertandingan Pidato Rukun Negara

10. Kempen Kibarkan Jalur Gemilang

11. Lawatan ke rumah-rumah ibadat, Parlimen Dewan Undanan Negari dan lawatan

kenegaraan.

KESIMPULAN
Bagi mencapai matlamat untuk membina satu bangsa Malaysia yang bersatu padu selaras

dengan wawasan negara, maka penubuhan KRN akan menjadi pemangkin kepada proses

untuk mencapai perpaduan yang unggul di negara ini. Dari semasa ke semasa peranan

KRN akan diperkukuhkan lagi supaya pencapaian matlamat tersebut dapat direalisasikan.

Justeru, sokongan padu dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak adalah faktor

terpenting bagi memastikan kelab ini dapat berperanan penting seiring penubuhannya.

Krnskkb'13 4
PERATURAN‐ PERATURAN KELAB RUKUN NEGARA
1. PENDAHULUAN

1.1 Penubuhan Kelab Rukun Negara adalah diwajibkan kepada semua sekolah rendah

dan menengah.

1.2 Pelaksanaan kelab ini di sekolah rendah dan menengah akan dikendalikan oleh murid

dengan bimbingan guru kelab/pihaksekolah.

1.3 Kelab yang ditubuhkan di sekolah akan dipantau oleh satu jawatankuasa yang

dibentuk di peringkat kebangsaan dan negeri. Selain memantau, jawatankuasa ini

juga bertanggungjawab kepada perancangan aktiviti, garis panduan, peraturan dan

segala perkara yang berkaitan dengan Kelab Rukun Negara.

2. PROSEDUR PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

2.1 Pengetua/Guru Besar hendaklah melantik Jawatankuasa Penaja di peringkat sekolah

masing‐ masing.

2.2 Jawatankuasa Penaja tersebut hendaklah mengemukakan satu permohonan penubuhan

Kelab Rukun Negara di sekolah masingmasing.

2.3 Setelah menerima kelulusan daripada pendaftar, Pengetua/Guru Besar, Jawatankuasa

ini perlu memanggil satu mesyuarat agung untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara

dan memilih ahli‐ ahli jawatankuasa.

2.4 Jawatankuasa Penaja hendaklah dibubarkan setelah terbentuknya Jawatankuasa Kelab

Rukun Negara sekolah melalui mesyuaratagung.

2.5 Jawatankuasa hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada Pengetua/Guru Besar

dalam tempoh 14 hari laporan‐ laporan seperti berikut:‐

i) Perlembagaan kelab;

Krnskkb'13 5
ii) Senarai Ahli Jawatankuasa dan minit mesyuarat agung;

iii) Senarai aktiviti utama kelab; dan

iv) Laporan Kewangan.

2.6 Jawatankuasa Kelab Rukun Negara perlu mengadakan mesyuarat sekurang‐

kurangnya 3 kali setahun.

3. PERATURAN

Peraturan 1: Nama Pertubuhan

1.1 Kelab Rukun Negara ini boleh ditubuhkan sebagaimana yang terkandung dalam

Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah 1997.

1.2 Nama pertubuhan ini ialah ‘Kelab Rukun Negara’ dan diikuti dengan nama sekolah

masing‐ masing.

1.3 Alamat pertubuhan adalah alamat sekolah di mana kelab tersebut ditubuhkan.

Peraturan 2 : Objebtif

2.1 Objektif Kelab Rukun Negara ditubuhkan untuk:

2.1.1 Memperkenalkan Rukun Negara kepada murid supaya mereka dapat

mengetahui dan memahami falsafah serta prinsip‐ prinsip Rukun Negara;

2.1.2 Menyemai prinsip‐ prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara di kalangan

murid;

2.1.3 Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman murid tentang kepentingan

Rukun Negara kepada negara;

2.1.4 Mendidik murid supaya memahami, menghayati dan mengamalkan Rukun

Krnskkb'13 6
Negara;

2.1.5 Menyemai dan mempertingkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan murid

berasaskan sikap saling percayamempercayai,hormat‐ menghormati, toleransi

dan kerjasama antara kaum;

2.1.6 Mempertingkatkan penghayatan agama yang dianuti;

2.1.7 Mempertingkatkan kefahaman dan menghormati budaya,adat resam dan

pantang larang kaum‐ kaum di Malaysia.

Peraturan 3 : Keahlian

3.1 Semua murid sekolah rendah dan menengah adalah digalakkan menjadi ahli Kelab

Rukun Negara. Justeru, mereka hendaklah terlibat secara aktif dengan

aktiviti‐ aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab ini.

3.2 Keahlian Kelab Rukun Negara mestilah terdiri daripada pelbagai kaum dan tidak

boleh dipelopori oleh satu kaum sahaja kecuali bagi sekolah‐ sekolah yang muridnya

terdiri daripada satu kaum sahaja.

3.3 Ahli kelab adalah tertakluk kepada peraturan kelab dan berjanji mentaati

perkara‐ perkara berikut:‐

3.3.1 Saling hormat‐ menghormati di antara satu kaum dengan kaum yang lain sama

ada dalam kelab mahupun di manamana sahaja dan dalam apa jua keadaan.

3.3.2 Setiap ahli dikehendaki melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan

oleh kelab;

3.3.3 Setiap ahli dilarang mempengaruhi ahli atau orang lain membuat propaganda

yang boleh memecah‐ belahkan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai

Krnskkb'13 7
kaum;

3.3.4 Setiap ahli dilarang mengamalkan diskriminasi antara kaum dan seterusnya

memantau agar amalan tersebut tidak diamalkan.

3.3.5 Setiap ahli dilarang menyentuh atau membicarakan secara terbuka perkara yang

sensitif bagi sesuatu kaum;

3.3.6 Berusaha ke arah memelihara semangat perpaduan sehingga

menjadi satu budaya di kalangan rakyat Malaysia.

Peraturan 4 : Aktiviti

4.1 Kelab Rukun Negara yang ditubuhkan harus melaksanakan aktiviti‐ aktiviti

berdasarkan kepada lima prinsip Rukun Negara seperti berikut:‐

4.1.1 Kepercayaan Kepada Tuhan

‐ Program/aktiviti yang berbentuk keagamaan;

4.1.2 Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

- Program/aktiviti yang berbentuk patriotisme;

4.1.3 Keluhuran Perlembagaan

- Program/aktiviti yang berdasarkan perlembagaan;

4.1.4 Kedaulatan Undang‐ Undang

‐ Program/aktiviti yang berkaitan dengan undangundang;

4.1.5 Kesopanan Dan Kesusilaan

‐ Program /aktiviti yang berbentuk pemahaman mengenai tatasusila dan

kebudayaan sesuatu kaum.

Krnskkb'13 8
JAWATANKUASA
KELAB RUKUN NEGARA
SK KAMPONG BANDAR

PENAUNG : ENCIK MUHAMMAD FADZLI BIN SHAARI @ YUSOFF


PENASIHAT : PUAN HAFISHAH BINTI ABDUL HADI
PENYELARAS : ENCIK MUHD BASYIR BIN MANSOR
PENGERUSI : MUHAMMAD ALIMI BIN AHMAD ZUHDI
TIM.PENGERUSI : NOR ATHIAH BINTI SARIPAN
SETIAUSAHA : SITI NURFATEHAH BINTI JAAFAR
PEN.SETIAUSAHA : NURUL AFIQAH AUNI BT MD DAUD
BENDAHARI : AULIA NABILA BT JASNI

AHLI JAWATANKUASA:
1. NOR AZWANI AINSYAH BT MUHD RADI
2. MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN MOHD SURAYA
3. MUHAMMAD AKIF BIN ABDUL SALAM
4. NUR ALIA SYAMIMI BIN MOHD JAFRI
5. MUHAMMAD SADAM BIN ARIF FADHILAH
6. JAMILAH BINTI ZAKIUDDIN
7. AIDA NABILA BT AZMAN
8. MUHAMMAD AKMAL BIN BIDIN
9. MUHAMMAD HAMIZAN BIN AZMAN
10. NAZATUL AIN BIN GHAZALI

JURU AUDIT DALAM :


1. PUAN SHARIFAH BT ABD KADIR
2. NUR ADILLA BT MOHD OTHMAN

Krnskkb'13 9
Krnskkb'13 10

You might also like