You are on page 1of 5

DEFINISI

Strategi pengajaran berpusatkan murid berfokus kepada Kanak-kanak berkeperluan Khas adalah
merujuk satu cara penyampaian yang banyak melibatkan murid berkeperluan khas (MBK) dan guru
sebagai pembimbing atau fasilitator di bilik darjah. Dalam kajian Paimin & Ghazali telah mengatakan
bahawa kaedah pengajaran berpusatkan pelajar (Student Centered Learning - SCL) pula adalah
kaedah pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang murid untuk memperlihat,
berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran. Strategi pengajaran
berpusatkan murid yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran MBK adalah untuk
meningkatkan penglibatan murid dan menggalakkan murid menjadi aktif ketika belajar. Selain itu,
MBK diberi peluang untuk membuat penyampaian dan bercakap, ini bukan sahaja dapat
menambahkan keyakinan diri, malah juga dapat membantu murid berfikir aras tinggi seta
menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama dalam kalangan MBK di
bilik darjah. Guru hanya bertindak hanya sebagai fasilitator atau memantau manakala MBK murid
mengambil bahagian dengan mencari pengalaman, idea dan ilmu. Pembelajaran Abad Ke-21 kini
sudah menjadi fokus utama pada zaman ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan dalam semua
peringkat sekolah, misalnya dari segi bilik darjah, susunan meja serta kerusi murid yang lebih
berfokuskan kumpulan.
 
CARA PELAKSANAAN
Kaedah Didik hibur merupakan salah satu kaedah dalam strategi pengajaran berpusatkan murid di
mana ia diperkenalkan kepada murid sebagai kaedah alternatif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam mata pelajaran bagi membolehkan murid-murid termasuklah MBK belajar
dengan mudah dalam keadaan kondusif. Dalam konteks didik hibur bahasa badan merupakan
‘bahasa gerak badan’ yang digunakan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian ketika
menjalankan aktiviti. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak tahun 2011 lagi telah
mencadangkan penerapan kaedah didik hibur (fun learning) dalam Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) termasuklah KSSR Pendidikan Khas. Konsep didik hibur ini amat menekankan
pendekatan “belajar melalui bermain” (play and learning). Hal ini demikian kerana kanak-kanak
termasuklah MBK sebenarnya akan membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan pengalaman
secara semula jadi melalui proses bermain.
Dalam berita MyMetro yang bertajuk “Guru Kini Jadi Fasilitator” menerangkan bahawa “kaedah
pembelajaran itu menggunakan konsep yang berpusatkan murid dan pelaksanaannya membolehkan
mereka mengambil bahagian secara aktif ketika guru mengajar”, kata Pengarah Pendidikan Putrajaya
Roaini Jaafar. Selain itu, MBK juga mampu membangunkan kaedah kendiri dalam membentuk
hubungan dengan rakan-rakan, berpeluang untuk bersaing secara positif, membuat keputusan,
membayangkan, menganalisis, membuat penilaian dan membuat diskriminasi dalam aktiviti didik
hibur. Jadi, guru perlu menjalankan aktiviti didik hibur dengan berstruktur, fleksibel serta memenuhi
keperluan membina kognitif, psikomotor dan afektif MBK. Didik hibur dilaksanakan secara
penyerapan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran dengan berfokuskan
kepada aktiviti mengguna dan memahami penyerapan sesuatu keadaan.
 
Contoh:
Perkongsian cikgu Ayu telah merumuskan bahawa aspek didik hibur yang boleh diterapkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran adalah nyanyian, lakonan, bercerita dan berpuisi. Sesi
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aspek didik hibur ini akan menyeronokkan MBK
kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan
sebagainya.
Sebenarnya, kaedah didik hibur bukan sekadar boleh digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi satu mata pelajaran sahaja. Saya dan guru-guru Pendidikan khas telah
menjalankan aktiviti ‘Treasure Hunt’ yang melibatkan 6 stesen, iaitu Stesen Bahasa Malaysia, Stesen
Bahasa Inggeris, Stesen Matematik, Stesen Deria Rasa dan Bau serta Stesen Deria Sentuhan. MBK
di sekolah telah dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk menjadalankan aktiviti ini. Guru-guru telah
merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap kemampuan MBK, menyediakan bahan-bahan serta
menetapkan lokasi untuk dijadikan stesen memastikan dan soalan pembayang bersesuaian dengan
tahap MBK di sekolah. Bagi Stesen Bahasa Malaysia, MBK dikehendaki mencantumkan suku kata
KV menjadikan perkataan KVKV berdasarkan soalan bergambar yang disediakan oleh guru stesen
tersebut. MBK dalam kumpulan perlu saling bantu-membantu dan memberi pendapat untuk
menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru.
 

RUJUKAN:
Ayu, C. (n.d.). DIDIK HIBUR DALAM PENDIDIKAN PELBAGAI SUBJEK. Retrieved from Cikgu Ayu
Dot My Didik Dengan Rasa Bertuhan: https://www.cikguayu.my/didik-hibur/
Ismail, S. C. (2018, April 1). Unsur Didik Hibur Dalam Pdpc. Retrieved from Pendidikan Untuk Semua:
https://www.pendidik.com.my/2018/04/01/unsur-didik-hibur-dalam-pdpc/
MyMetro. (2017, Janury 24). Guru kini jadi fasilitator. Retrieved from MyMetro Rasai Berita Sebenar:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/01/200023/guru-kini-jadi-fasilitator
Paimin, H. B., & Ghazali, N. B. (n.d.). PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR
DI JABATAN PERDAGANGAN.

You might also like