You are on page 1of 6

LAMPIRAN 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUNSHI ABDULLAH

CARTA ALIR PROSES KERJA PENGURUSAN CALON SPM 2020

1. SEBELUM PEPERIKSAAN
KES 1.1: CALON BERGEJALA AWAL POSITIF COVID-19

SIMPTOM GEJALA AWAL COVID-19


Demam (suhu badan melebihi 37.5ᵒC)
Batuk
Selesema
Sakit tekak
Sesak nafas
Sakit dada
Lain-lain

Tindakan : Semua calon SPM 2020 yang bergejala

Mendapatkan rawatan awal di klinik/hospital untuk


mendapatkan surat/dokumen pengesahan tahap
kesihatan diri bagi menduduki peperiksaan.

Tindakan : Semua calon SPM 2020 yang bergejala

Calon perlu menghubungi pihak sekolah.

Tindakan : Semua calon SPM 2020 yang bergejala

Pengesahan doktor MEMBENARKAN calon Pengesahan doktor TIDAK MEMBENARKAN


menduduki peperiksaan di sekolah. calon menduduki peperiksaan di sekolah.

Memaklumkan kepada Ketua Pengawas Calon perlu menjalani kuarantin dan hanya
Peperiksaan. akan menduduki kertas peperiksaan yang
berbaki selepas tamat tempoh kuarantin.
Tindakan : Setiausaha SPM
Sekiranya tempoh peperiksaan telah tamat,
calon dibenarkan menduduki kertas
peperiksaan yang dijadualkan semula.
Menduduki peperiksaan di Bilik Peperiksaan
Khas 1
Tindakan : Ketua Pengawas Peperiksaan
LAMPIRAN 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SMK MUNSHI ABDULLAH

CARTA ALIR PROSES KERJA PENGURUSAN CALON SPM 2020

1. SEBELUM PEPERIKSAAN
KES 1.2: CALON DISAHKAN POSITIF COVID-19

Calon perlu menghubungi pihak sekolah.

Tindakan : Calon positif Covid-19

Pihak sekolah memaklumkan kepada:


1)Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, JPN Melaka
2) Ketua Pengawas Peperiksaan

Tindakan : Setiausaha SPM

Calon hanya akan menduduki kertas peperiksaan yang


berbaki selepas sembuh.

Sekiranya tempoh peperiksaan telah tamat, calon


dibenarkan menduduki kertas peperiksaan yang
dijadualkan semula.

2
LAMPIRAN 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUNSHI ABDULLAH

CARTA ALIR PROSES KERJA PENGURUSAN CALON SPM 2020

2. SEMASA PEPERIKSAAN
KES 2.1: CALON YANG MENUNJUKKAN GEJALA AWAL POSITIF COVID-19

SIMPTOM GEJALA AWAL COVID-19


Demam (suhu badan melebihi 37.5ᵒC)
Batuk
Selesema
Sakit tekak
Sesak nafas
Sakit dada
Lain-lain

Tindakan : Semua calon SPM 2020 yang bergejala

Menghubungi PKD bagi mendapatkan nasihat dan tindakan


selanjutnya.

Tindakan : Ketua Pengawas Peperiksaan

Calon menduduki peperiksaan di Bilik Peperiksaan Khas.

Calon hendaklah dipastikan tidak ada kontak dengan mana-


mana calon/petugas/warga sekolah sehingga PKD tiba di
pusat peperiksaan.

Memastikan pergerakan calon di antara selang masa


peperiksaan, waktu makan dan rehat adalah tidak
bertembung dengan calon yang sihat.

Memastikan ruang solat berasingan dari calon yang sihat


disediakan.

Tindakan : Ketua Pengawas Peperiksaan

Pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu


bapa/penjaga.
3
Tindakan : Setiausaha SPM
LAMPIRAN 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUNSHI ABDULLAH

CARTA ALIR PROSES KERJA PENGURUSAN CALON SPM 2020

2. SEMASA PEPERIKSAAN
KES 2.2 : CALON SEDANG MENJAWAB KERTAS PEPERIKSAAN DIDAPATI POSITIF COVID-19

Jika PKD mengesahkan ada calon positif Covid-19:


PINDAH KE BILIK ISOLASI

Tindakan : Ketua Pengawas Peperiksaan

4 orang calon berhampiran dengan calon positif Calon lain yang berada dalam dewan/bilik yang
Covid-19 (berada dalam radius 1.5m) sama dengan calon positif Covid-19:
PINDAH KE BILIK PEPERIKSAAN KHAS PINDAH KE BILIK ALTERNATIF

Tindakan : Ketua Pengawas Peperiksaan Tindakan : Ketua Pengawas Peperiksaan

Semua calon SPM meneruskan peperiksaan.


Diberi gantian masa menjawab.

Tindakan : Ketua Pengawas Peperiksaan

Melaporkan kepada PKD dan akur arahan selanjutnya.

Tindakan : Ketua Pengawas Peperiksaan

Sanitasi dewan/bilik peperiksaan yang telah digunakan


oleh calon positif Covid-19.

Tindakan : Pengemas bilik

4
LAMPIRAN 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUNSHI ABDULLAH

PERGERAKAN CALON SPM 2020 SEPANJANG TEMPOH PEPERIKSAAN (22 FEBRUARI – 25 MAC 2021)

MULA DI PINTU PAGAR SEKOLAH


Semak suhu calon.
Memastikan semua calon mengisi Borang Deklarasi Saringan COVID-19
Menyerahkan borang tersebut kepada Ketua Pengawas sebelum jam 7.30 pagi
Guru bertugas harian memaklumkan NAMA CALON yang bergejala kepada KETUA
PENGAWAS DAN GURU BERTUGAS SPM.
Mengambil order makanan pelajar untuk makan tengahhari(bagi pelajar yang tidak balik)
dan menyerahkan senarai order pada pihak kantin.
Calon perlu terus bergerak masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

Tindakan : Guru bertugas harian

Keadaan murid: Keadaan murid :


Suhu normal : <37.5°C Suhu normal : <37.5°C
Tiada simptom gejala Covid-19 Ada mana-mana satu simptom gejala
Covid-19 tetapi telah mendapat
pengesahan doktor boleh
menduduki peperiksaan di sekolah.

DI DEWAN / BILIK PEPERIKSAAN / BILIK KUARANTIN / BILIK PEPERIKSAAN KHAS


Pastikan semua calon berada di dalam dewan / bilik peperiksaan / bilik kuarantin /
bilik peperiksaan khas.
Pastikan semua calon membawa:
Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan
Kad Pengenalan
*Jika tidak membawa kad pengenalan, isi slip pengesahan calon.
Menguruskan sesi bacaan doa
Menjadi SAKSI pembukaan set soalan apabila dipanggil oleh Ketua Pengawas.
Mengambil kehadiran calon.
Menghubungi calon yang hadir lewat ke sekolah.

Tindakan : Guru bertugas SPM (ikut mata pelajaran)


Kaunselor

Dewan/Bilik Peperiksaan : Untuk murid sihat PEPERIKSAAN BERLANGSUNG


Bilik Kuarantin : Untuk murid sakit bukan bergejala
Covid-19
Bilik Peperiksaan Khas : Untuk murid bergejala
Covid-19 PEPERIKSAAN TAMAT
Bilik Isolasi : Untuk murid positif Covid-19
5
LAMPIRAN 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUNSHI ABDULLAH

PERGERAKAN CALON SPM 2020 SEPANJANG TEMPOH PEPERIKSAAN (22 FEBRUARI – 25 MAC 2021)

SEMASA WAKTU REHAT ANTARA TEMPOH SELANG MASA PEPERIKSAAN

Guru kelas mengambil makanan daripada kantin dan mengagihkan kepada calon
berdasarkan tempahan yang dibuat sehari sebelum hari peperiksaan.
Guru bertugas harian memastikan calon makan dan minum di dalam dewan/bilik
peperiksaan/bilik kuarantin/bilik peperiksaan khas/bilik isolasi.
Guru bertugas memantau penjarakan sosial di tandas.

Tindakan : Guru kelas dan guru bertugas harian

SEMASA TEMPOH SELANG MASA YANG PANJANG

Contoh situasi:

1) Calon menduduki peperiksaan jam 8.00 - 10.00 pagi, kemudian kertas seterusnya pada jam 2.00 – 4.30
petang. Adakah calon dibenarkan pulang ke rumah?
- Ya.
- Calon dibenarkan pulang ke rumah. Hadir semula ke sekolah selewat-lewatnya 30 minit sebelum peperiksaan
bermula.
- Guru bertugas perlu mengambil saringan suhu semula kepada calon yang pulang ke rumah.

2) Jika tidak semua pelajar yang balik ke rumah, adakah calon boleh berada di dalam dewan/bilik peperiksaan?
- Calon yang tidak pulang ke rumah boleh berada di Bilik Alternatif, Dewan Wawasan dan Dewan Warisan bagi
pusat MA003 manakala pusat MA004 di Blok F dan dipantau oleh guru bertugas harian.

3) Adakah calon dibenarkan menggunakan surau sekolah?


- Ya, boleh.
- Pihak sekolah hendaklah menyediakan bilik/ruang untuk solat Zohor bagi semua calon. Calon dikehendaki
menunaikan solat Asar di rumah/asrama selepas tamat peperiksaan.
- Pihak sekolah/Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan penjarakan fizikal 2 meter dipatuhi di
surau/bilik/ruang solat.
- Pihak sekolah/Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah menggunakan kaedah penggiliran di surau/bilik/ruang
solat untuk mengelakkan kesesakan.
- Calon hendaklah membawa kelengkapan solat sendiri seperti sejadah, telekung, songkok, kopiah dan selipar
untuk kegunaan semasa di surau/bilik/ruang solat.

You might also like