You are on page 1of 6

PANDUAN MENGGUNAKAN PORTAL PERMOHONAN

PENDAFTARAN CALON PERSENDIRIAN SPM (CALON BAHARU)

Pengguna perlu memastikan penggunaan portal ini hanya bertujuan untuk mendaftarkan
diri sebagai calon persendirian SPM (calon baharu) yang berkaitan dengan SPM sahaja.

Portal ini tertakluk kepada Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pergi ke laman sppat.moe.gov.my kemudian klik “Sistem pendaftaran peperiksaan untuk Calon
Persendirian (SPM)”. Klik “Daftar Calon Baharu” untuk mendaftarkan diri sebagai calon baharu SPM.

Masukkan nombor kad pengenalan anda. Kemudian, klik Mohon


3

Sahkan maklumat yang diisi. Pastikan nombor kad pengenalan merupakan milik anda, kemudian klik
Teruskan.

Isikan maklumat peribadi seperti yang dikehendaki. Kemudian, klik Teruskan.


5

Pilih mata pelajaran yang anda ingin didaftarkan. Jumlah bayaran akan dipapar sejurus calon memilih
mata pelajaran. Kemudian, klik Teruskan.
6

Tentukan mata pelajaran elektif sebagai mata pelajaran tambahan sekiranya anda memilih lebih
daripada 10 mata pelajaran. Pemilihan mata pelajaran tambahan tidak boleh kurang dan tidak boleh
lebih daripada bilangan yang telah ditetapkan. Kemudian, klik teruskan.

Pilih pusat peperiksaan anda. Pusat peperiksaan adalah mengikut negeri dan daerah. Kekosongan
pusat peperiksaan berdasarkan bilangan kuota.
8

Semak maklumat pendaftaran anda. Pastikan semua maklumat sahih dan tandakan pada ruangan
akur janji sebelum menghantarnya.
9

Selepas maklumat pendaftaran berjaya dihantar, pastikan bayaran yuran peperiksaan dibuat secara
perbankan elektronik. Permohonan yang telah dibayar sahaja akan diproses.

You might also like