You are on page 1of 1

LAPORAN JAWATANKUASA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT )

(MAC – JUN 2022)

BIL PERKARA

1. Baki sehingga 29 Jun 2022 ialah sebanyak RM3,697.00. Peruntukan RMT sebanyak RM21,083.00 sedang
dalam proses untuk diterima.

2 orang murid RMT telah berpindah ke SK Bukit Balai, Lenggong. Peruntukan RMT sedang dalam proses
untuk dipindahkan kerana pertukaran murid RMT di dalam negeri Perak.

2. Kelayakan murid penerima RMT adalah mengikut pendapatan Isi Rumah ibu bapa/ penjaga di bawah
Pendapatan Garis Kemiskinan Nasional (PGK) 2019 iaitu RM1,165.92 ke bawah atau perkapita RM313.38
ke bawah.

Jumlah terkini murid yang menerima RMT adalah seramai 101 orang. (55 orang murid sesi pagi & 46 orang
murid sesi petang).

3. Mesyuarat JK RMT kali pertama telah diadakan pada 29 November 2021. Mesyuarat JK RMT kali kedua
pula telah diadakan pada 1 April 2022.

4. Dokumen Perjanjian Pembekalan Makanan Bagi Rancangan Makanan Tambahan telah disediakan dan
dimatikan setem oleh pembekal RMT.

5. Terdapat perubahan menu RMT mulai 9 Mei 2022. Menu nasi paprik ditukar pada bihun sup (menu
berkuah) kerana murid-murid telah dibenarkan untuk makan di kantin sekolah.

Murid penerima RMT diminta untuk makan di meja yang telah ditetapkan. Setiap hari terdapat lebihan
makanan murid RMT yang tidak hadir ke sekolah. Makanan tersebut boleh diberikan kepada murid-murid
RMT yang lain.

Laporan disediakan oleh,

………………………………………….
(MUHD IZUAN BIN TAHRIM)
Ketua Penyelaras Unit RMT
29/06/2022

You might also like