You are on page 1of 2

DAPATAN / LAPORAN AKTIVITI TAHUN 6

1. Sumbangan Untuk Aktiviti Tahun 6 2020

a. Selaras dengan pembatalan UPSR 2020 duit sumbangan pada asalnya berjumlah RM240 telah
dikurangkan kepada RM85 iaitu bagi aktiviti pembayaran buku kelas tambahan (RM70) yang
telah dibeli dan digunapakai oleh murid dan untuk Majlis graduasi (RM15).. Perincian asal
adalah seperti berikut :

BI PERKARA BAYARAN
L
1 Buku kelas tambahan RM70 – ( / )
2. Makanan hari UPSR/Sarapan pagi RM15
3 Sijil-Sijil RM15
4 Program motivasi dan teknik menjawab RM60
5 Perkampungan Ilmu RM35
6. Graduasi RM 15 – ( / )
7. Fotostat bahan/soalan latih tubi RM10
8. Aktiviti selepas UPSR RM20
9. JUMLAH RM240

b. Walau bagaimanapun majlis graduasi juga tidak dapat dijalankan kerana sekolah telah
dicutikan oleh pihak KPM. Oleh itu murid hanya perlu membayar sumbangan sebanyak RM70
sahaja, Semua urusan pembayaran balik sumbangan yang terlebih bayar oleh murid telah
dikreditkan ke dalam akaun ibu bapa oleh guru kelas.

c. Masih ada lebih kurang 40 orang murid masih belum menjelaskan sumbangan wajib RM70
darpada keseluruhan murid seramai 211 orang.

2. Kelas bimbingan Sabtu dan petang

a. Kelas bimbingan petang iaitu setiap Selasa dan Khamis hanya sempat dijalankan sebanyak 9
kali sahaja dan kelas bimbingan Sabtu pula dapat dijalankan sebanyak 6 kali sahaja. Semua
urusan pembayaran untuk gutu yang mengajar kelas tersebut juga telah selesai.

3. Urusan permohonan ke SPB, MRSM, SMKA, KAA dan SABK

a. Urusan ke SBP, SMKA dan MRSM telah diuruskan oleh ibu bapa. Manakala untuk
kemasukan ke KAA dan SABK diuruskan oleh guru kelas. Seramai lebih kurang 30 orang murid
memohon ke kelas KAA dan SABK. Semua urusan prmohonan telah selesai dan telah disahkan
oleh Guru Besar.
4. Urusan sijil berhenti dan sijil kokurikulum dan sijil Pengawas, PRS dan PSS

a. Semua guru kelas telah mendapatkan maklumat daripada murid untuk disi dalam sijil tamat
sekolah 2020. Sijil-sijil juga telah disediakan dan hanya menunggu bilangan hari persekolahan
sepanjang 2020 untuk dicatat dalam sijil tersebut. Ketua unit kokurikulum juga perlu
menyediakan sijil kepada murid tahun 6 bagi murid yang memegang jawatan. Semua sijil ini
akan dimasukan ke dalam fail murid.

5. Pelaporan Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD)

a. Tapak PBD telah diberikan kepada guru subjek oleh guru kelas dan semua guru terlibat
sedang mengisi pencapaian murid . Pelaporan ini akan disrahkan kepada penyelaras untuk
diserahkan kepada Pn Malini sebelum tarikh tutup 23 November 2020.

You might also like