You are on page 1of 25

PERATURAN – PERATURAN AM

PERATURAN
YANG – PERATURAN
MENGUASAI AM
KEJOHANAN
YANGSEKOLAH
MAJLIS SUKAN MENGUASAI KEJOHANAN
– SEKOLAH MALAYSIA
MAJLIS SUKAN SEKOLAH
2007 – SEKOLAH MALAYSIA
2007

Semakan pertama : Urus Setia, Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan


Semakan pertama : Sukan
Urus MSSM,
Setia, Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan
MSSM,
Julai 2006
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan
Julai 2006

Semakan kedua : Mesyuarat Pemurnian Tugas dan Tanggung


Semakan kedua : Jawab PTPS
Mesyuarat MSSM Tugas dan Tanggung
Pemurnian
Di Telok Dalam
Jawab PTPS MSSM Resort, Pulau Pangkor
28
Di –Telok
30 Ogos 2006
Dalam Resort, Pulau Pangkor
28 – 30 Ogos 2006

Semakan ketiga : Mesyuarat Pengurusan Sukan Bersama Ketua Unit


Semakan ketiga : Sukan JPN
Mesyuarat 3/2006 Sukan Bersama Ketua Unit Sukan JPN
Pengurusan
Di HotelPrimeCity,
3/2006 Kluang, Johor
16 – 18 November 2006
Di HotelPrimeCity, Kluang, Johor
16 – 18 November 2006
PERATURAN-PERATURAN AM
YANG MENGUASAI KEJOHANAN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

Peraturan 1 : PENGELOLAAN

Seluruh pengelolaan Pertandingan Permainan MSSM diserahkan kepada Majlis Sukan Sekolah-
Sekolah Malaysia yang boleh juga menyerahkan kuasa pengelolaan pertandingan kepada mana-
mana Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Negeri atau satu Jawatankuasa Khas MSSM yang
dipilih oleh Jawatankuasa Kerja MSSM.

Peraturan 2 : UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Undang-undang permainan Antarabangsa yang berkuatkuasa semasa akan menjadi undang-


undang rasmi pertandingan bagi peringkat umur 18 tahun dan ke bawah kecuali ada undang-
undang khas yang yang menguasai pertandingan permainan MSSM.

Manakala bagi peringkat umur 12 tahun dan ke bawah undang-undang permainan yang
dicadangkan oleh Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan serta diluluskan oleh
Jawatankuasa Kerja MSSM akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan.

Peraturan 3 : KELAYAKAN

3.1 Peserta

3.1.1 Kelayakan Am.

3.1.1.1 Pelajar-pelajar yang bersekolah sepenuh masa di sekolah-sekolah


rendah
dan menengah serta sekolah swasta dan sekolah agensi kerajaan lain
adalah layak menyertai pertandingan permainan MSSM.

3.1.1.2 Penyertaan pelajar adalah tertakluk kepada had umur peserta (Peraturan
4).

3.1.1.3 Kejohanan peringkat MSSM hanya untuk warganegara Malaysia. Pelajar


yang BUKAN warganegara Malaysia digalakkan mengambil bahagian di
peringkat sekolah, daerah, dan negeri sahaja.

3.1.1.4 Penyertaan pelajar yang berumur lebih daripada 18 tahun dan tidak
melebihi 21 tahun adalah tertakluk kepada kategori jemputan (Peraturan
5.2).

3.1.1.5 Kelayakan mewakili negeri adalah mengikut daftar sekolah terkini


seseorang
pelajar melainkan pelajar sekolah sukan dan akademi permainan
kebangsaan yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.1.1 Pelajar Sekolah Harian.

3.1.2.1 Pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan rasmi


Kementerian Pelajaran Malaysia tidak layak menyertai semua
pertandingan MSSM.

3.1.2.2 Pelajar Tingkatan 6 Bawah hanya menjadi pelajar Tingkatan 6 Bawah


mengikut tarikh pendaftaran untuk pelajar Tingkatan 6 Bawah di sekolah
Kerajaan yang dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
3.1.2.3 Bukti pengesahan bagi penyertaan pelajar Tingkatan 6 Bawah sekolah
bantuan kerajaan adalah dengan mengemukakan salinan surat tawaran
rasmi kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah yang telah disahkan oleh
Pengetua/Penolong Kanan sekolah berkenaan.

3.1.2.4 Pelajar Tingkatan 6 Atas boleh bertanding dengan didaftarkan dalam


peringkat umur 18 tahun mengikut ketetapan yang telah dibuat mengikut
peraturan 5 .

3.1.2.5 Bukti pengesahan bagi penyertaan pelajar Tingkatan 6 Atas sekolah


bantuan kerajaan adalah dengan mengemukakan salinan surat tawaran
rasmi kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah serta salinan keputusan
peperiksaan akhir Tingkatan 6 Bawah yang disahkan oleh
Pengetua/Penolong Kanan sekolah berkenaan.

3.1.2.5 Walaubagaimanapun penyertaan pelajar yang berumurlebih daripada 18


tahun dan tidak melebihi 21 tahun bukanlah satu kemestian.

3.1.3 Pelajar Sekolah Swasta/Sekolah Agensi Kerajaan Lain

3.1.3.1 Sekolah swasta / Sekolah Agensi Kerajaan lain yang dibenarkan


bermaksud sekolah yang diluluskan pendaftarannya oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia dan bergabung serta membayar yuran penuh dengan
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Negeri. Adalah menjadi
tanggungjawab setiap Setiausaha Agung MSSM Negeri untuk
membekalkan satu senarai sekolah swasta yang bergabung dengan MSSM
Negeri masing-masing kepada Urus Setia MSSM pada atau sebelum 15
Februari setiap tahun pertandingan dan senarai tersebut perlu
dikemaskinikan dari semasa ke semasa.
3.1.3.2 Pelajar sekolah swasta perlu menunjukkan bukti ia sedang belajar sepenuh
masa di sekolah berkenaan supaya layak bertanding dalam kejohanan
MSSM.

3.1.3.3 Pelajar-pelajar sekolah swasta yang sedang menunggu keputusan


peperiksaan rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak layak
menyertai kejohanan peringkat MSSM.

3.1.3.4 Pelajar yang berdaftar dengan sekolah swasta selepas mendapat keputusan
peperiksaan rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia layak menyertai
pertandingan permainan MSSM dengan syarat pelajar ini berdaftar untuk
Tingkatan 6 dan hanya menjadi pelajar Tingkatan 6 Bawah mengikut
tarikh pendaftaran untuk pelajar Tingkatan 6 Bawah di sekolah Kerajaan

3.1.3.5 Pelajar Tingkatan 6 Atas sekolah swasta boleh bertanding dalam


kejohanan MSSM dengan mengemukakan salinan keputusan peperiksaan
akhir Tingkatan 6Bawah yang disahkan oleh pengetua sekolah berkenaan.

3.1.3.6 Pelajar Tingkatan 6 Atas sekolah swasta yang tidak mengikuti kelas
Tingkatan 6 Bawah sepenuh masa tidak dibenarkan mengambil bahagian
di semua peringkat pertandingan MSSM.
3.1.4 Pelajar Sekolah Sukan Malaysia dan Akademi Permainan Kebangsaan.

3.1.4.1 Pelajar-pelajar yang sedang belajar di Sekolah Sukan Malaysia dan di


Akademi Permainan Kebangsaan hendaklah mewakili negeri asal tempat
ia bersekolah ( sekolah terakhir ) di dalam pertandingan MSSM.

3.1.4.2 Jika khidmat pelajar berkenaan tidak diperlukan oleh negeri asalnya maka
ia dibenarkan mewakili negeri lain dengan syarat MSSM Negeri
berkenaan mendapatkan kebenaran bertulis daripada MSSM Negeri asal
pemain.
3.1.4.3 Pelajar yang memasuki semula sekolah harian dari Sekolah Sukan
Malaysia dan Akademi Permainan Kebangsaan hendaklah mewakil negeri
di mana sekolah terkini pelajar berkenaan sedang belajar. Rujuk Peraturan
3.1.1.5

3.1.4.4 Pemain yang mewakili MSSM Negeri lain tanpa mendapat kebenaran
daripada MSSM Negeri asalnya tidak dibenarkan bertanding di Kejohanan
MSSM dan tindakan disiplin hendaklah diambil terhadap MSSM Negeri
yang bersalah oleh Urus Setia MSSM.

3.1.4.5 Pengambilan pelajar Sekolah Sukan Malaysia mestilah mengikut prosedur


yang telah ditetapkan oleh Sekolah Sukan Malaysia dan menjadi
tanggungjwab pegawai MSSM Negeri mengambil dan menghantar balik
serta mengutamakan keselamatan dan kebajikan peserta.

3.1.5 Pelajar Pra Universiti di Sekolah Sukan Malaysia

3.1.5.1 Pelajar Pra Universiti di Sekolah Sukan Malaysia tidak boleh mewakili
MSSM Negeri dalam Kejohanan MSSM.

3.1.5.2 Pelajar tersebut boleh dipertimbangkan jika layak untuk mewakili Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dalam Kejohanan peringkat sekolah-
Sekolah Asean, Asia dan Antarabangsa yang disertai oleh MSSM.

3.2 Negeri-negeri

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Negeri adalah layak mengambil bahagian dalam
pertandingan permainan MSSM.Setiap negeri hanya berhak menghantar satu pasukan
sahaja mengikut kumpulan umur dalam sesuatu pertandingan permainan melainkan ada
sesuatu ketetapan khas.
Peraturan 4 : HAD UMUR PESERTA

4.1 Had umur peserta-peserta bagi pertandingan permainan MSSM adalah seperti berikut:

4.1.1 18 tahun dan ke bawah


4.1.2 15 tahun dan ke bawah
4.1.3 12 tahun dan ke bawah
4.1.4 Penyesuaian kepada kumpulan umur yang lain dibenarkan jika permainan
itu perlu mengikut Peraturan Pertandingan yang dikeluarkan oleh
Persatuan Sukan Antarabangsanya. MSSM juga boleh mengelola
pertandingan mengikut kriteria lain untuk sesuatu kejohanan
4.1.5 Pelajar yang berumur lebih daripada 18 tahun dan tidak melebihi 21 tahun layak
mengambil bahagian dalam kategori 18 tahun dan ke bawah mengikut peraturan
5.2

4.2 Kiraan umur adalah pada 1 Januari tahun pertandingan.

4.3 Bagi peserta yang terbukti lewat pendaftaran kelahiran pada peringkat umur yang
disertainya tidak layak menyertai pertandingan permainan MSSM.

4.4 Seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu kumpulan umur
sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam masa yang sama.

4.5 Selain daripada yang disebutkan diatas seseorang peserta tidak dibenarkan
menyertai pertandingan dalam kumpulan umur yang lebih tinggi daripada kumpulan
umurnya jika pertandingan dijalankan serentak.

4.6 Semua peserta kecuali peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia
menunjukkan kad pengenalan asal jika diminta oleh pihak pengelola pertandingan.
Seseorang peserta yang hilang kad pengenalan mesti mempunyai dokumen JPN
KP09/KPPK 09 dengan gambar ukuran pasport dari Jabatan Pendafataran Negara.
Manakala peserta yang sedang memohon mendapatkan kad pengenalan kali pertama
perlu menunjukkan dokumen JPN KP11/KPPK 11dengan gambar ukuran pasport dari
Jabatan Pendaftaran Negara.
4.7 Semua peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia menunjukkan
salinan sijil kelahiran yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan
sekolah peserta berkenaan.

4.8 Semua peserta hendaklah melengkapkan Borang Pendaftaran Individu (Borang R 01 / M


01) secara individu beserta gambar ukuran pasport dengan menyertakan salinan kad
pengenalan / sijil kelahiran yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan
Sekolah peserta berkenaan dengan pengesahan terakhir oleh Pengurus Pasukan serta
Setiausaha Agung MSSM Negeri masing-masing.

Peraturan 5 : PENDAFTARAN

5.1 Setiap MSSM Negeri hanya dibenarkan menghantar bilangan pegawai dan peserta
sebagaimana yang telah ditetapkan ( Rujuk Lampiran A )

5.2 Pelajar yang berumur lebih daripada 18 tahun dan tidak melebihi 21 tahun boleh menyertai
pertandingan di peringkat MSSM seperti berikut :
PECAHAN BILANGAN PEMAIN TINGKATAN ENAM ATAS (PEMAIN
JEMPUTAN)
YANG DIBENARKAN MENYERTAI KONTINGEN MSSM NEGERI
BIL SUKAN BILANGAN BILANGAN PEMAIN
PESERTA DALAM JEMPUTAN YANG
SATU PASUKAN DIBENARKAN
1 Akuatik - 6L dan 6P 1L dan 1P #
Renang
2 Badminton 6L dan 6P 1L dan 1P
3 Bola Baling 12L dan 12P 1L dan 1P
4 Bola Jaring 10P 1P
5 Bola Keranjang 12L dan 12P 1L dan 1P
6 Bola Sepak 18L 2L
7 Bola Tampar 12L dan 12P 1L dan 1P
8 Gimnastik 6L dan 6P 1L dan 1P#
9 Gimrama 9P 1P
10 Golf 3L dan 3P Tiada
11 Hoki 18L dan 18P 2L dan 2P
12 Kriket 15L 1L
13 Memanah 4Ldan 4P 1L dan 1P
14 Olahraga 2L dan 2P#
15 Perahu Layar Tiada
16 Ping Pong 5L dan 5P 1L dan 1P
17 Ragbi 25L 1L
18 Sepak Takraw 12L 1L
19 Skuasy 4L dan 4P 1L dan 1P
20 Sofbol 15L dan 15P 1L dan 1P
21 Tenis 5L dan 5P 1L dan 1P
22 Tenpin Bowling 4L dan 4P 1L dan 1P
23 Merentas Desa 8L dan 8P 1L dan 1P
24 Catur 4L dan 4P 1L dan 1P
# mengikut kawalan acara

*Bagi Olahraga (2 peserta lelaki dan 2 peserta perempuan ) dan Renang ( 1 peserta
lelaki
dan 1 peserta perempuan ) mengikut bilangan acara yang telah ditetapkan
bilangannya
dalam peraturan permainan tersebut boleh mewakili MSSM Negeri masing-masing.

5.3 Pasukan yang mempunyai peserta perempuan hendaklah diiringi oleh seorang atau lebih
pegawai wanita.

5.4 Pendaftaran pegawai dan peserta dalam borang pendaftaran yang tertentu hendaklah
disampaikan kepada pihak Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya 14 hari sebelum
tarikh pertandingan dimulakan. Sebarang pindaan di borang pendaftaran tersebut
hendaklah ditandatangani oleh Yang DiPertua / Setiausaha Agung Majlis Sukan Sekolah-
Sekolah Malaysia Negeri dengan cop rasmi.

5.5 Jawatankuasa Pengelola akan menyemak dan mengesahkan kelayakan peserta semasa
Mesyuarat Pengurus Pasukan berdasarkan butiran dalam Borang Pendaftaran Individu (R
01, M
01) serta dokumen sokongan tertentu yang lengkap (Lampiran B).

Peraturan 6 : PENGADIL / HAKIM

6.1 Setiap MSSM Negeri dikehendaki menghantar pengadil / hakim bertauliah yang terdiri
daripada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (kategori DG sahaja) sepertimana bilangan
yang ditetapkan. (Rujuk Lampiran A)

6.1.1 Sekirannya MSSM Negeri yang mengelolakan pertandingan MSSM memerlukan


khidmat Pengadil / Hakim selain daripada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran
(kategori DG sahaja), kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu
daripada Urus Setia MSSM .

6.2 Jawatankuasa Pengelola pertandingan akan menyediakan elaun bertugas dan kemudahan
yang bersesuaian kepada pengadil/hakim semasa berada di sebarang kejohanan kelolaan
MSSM.

6.3 Surat lantikan pengadil akan dikeluarkan oleh Urus Setia MSSM manakala tuntutan
perjalanan dan makan Pengadil/hakim ke tempat pertandingan akan ditanggung oleh
MSSM Negeri.

Peraturan 7 : PENGERUSI TEKNIK PERMAINAN MSS NEGERI

7.1 Semua MSSM Negeri dikehendaki menghantar Pengerusi Teknik dan Pembangunan
Sukan MSSM Negeri / Wakil masing-masing ke Mesyuarat Pengerusi Teknik Permainan
berkenaan yang diadakan sebelum Kejohanan Permainan MSSM walaupun tidak
menyertai kejohanan tersebut.

7.2 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan MSSM hendaklah menyediakan tempat mesyuarat


dan keperluan mesyuarat.

Peraturan 8 : PEGAWAI PASUKAN

8.1 Pegawai Pasukan hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai Perkhidmatan Pelajaran


(kategori DG sahaja) yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah. Jika sekiranya sesuatu
pasukan menggunakan khidmat pegawai yang bukan daripada pegawai perkhidmatan
pelajaran (kategori DG sahaja) khasnya jurulatih (pegawai luar), mereka boleh mengikuti
pasukan itu tetapi tidak boleh disenaraikan dalam borang pendaftaran pasukan. Pegawai
tersebut hanya bertaraf penonton atau pemerhati sahaja. Segala tunjuk ajar hendaklah
dibuat di luar permainan.
8.2 Semua pegawai pasukan (Ketua Rombongan, Pengurus Pasukan dan Penolong, Jurulatih
dan pegawai-pegawai lain) hendaklah sentiasa memelihara dan mematuhi etika sebagai
seorang pegawai perkhidmatan pelajaran bersesuaian dengan penjawat awam, berimej
bersih dan menunjukkan tindak-tanduk serta tauladan yang baik semasa menjalankan
tugas.

8.3 Semua Pengurus / Pegawai Pasukan MSSM Negeri hendaklah hadir dan memberikan
kerjasama kepada Jawatankuasa pengelola terutama dalam majlis rasmi kejohanan seperti
pembukaan rasmi, taklimat kejohanan, Jamuan rasmi, mesyuarat-mesyuarat dan majlis
penyampaian hadiah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.

8.4 Pengurus / Pegawai Pasukan MSSM Negeri adalah bertanggungjawab dengan tidak
meninggalkan kejohanan sebelum tamat, dan mengaturkan perjalanan pasukan pada
waktu siang sahaja serta menjaga keselamatan harta benda serta kerosakan semasa
menginap di tempat penginapan.

Peraturan 9 : TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA PENGELOLA

Selain daripada kerja-kerja tertentu mengikut Perlembagaan Majlis, tugas-tugas Jawatankuasa


Pengelola adalah seperti berikut :

9.1 Menentukan tempat, tarikh dan masa kejohanan/pesta setelah berbincang dengan
Setiausaha Agung MSSM. Seboleh-bolehnya kejohanan/pesta hendaklah diadakan dalam
masa cuti penggal persekolahan.

9.2 Melantik pegawai-pegawai bertauliah yang diperlukan.

9.3 Menyediakan peralatan dan persediaan yang diperlukan seperti padang, gelanggang,
tempat penginapan, kenderaan dalam bandar, makanan dan lain-lain yang berkaitan dan
memberitahu kepada semua negeri nama dan jenis alatan sekurang-kurangnya sebulan
sebelum pertandingan dimulakan.
9.4 Jawatankuasa pengelola tidak mengenakan sebarang deposit bayaran penginapan dan
segala kerosakan akan dituntut oleh pengelola kepada negeri yang disahkan atau terbukti
melakukan kerosakan tersebut.

9.5 Menjemput semua Setiausaha Agung / wakil MSSM Negeri hadir untuk menyaksikan
cabutan undi.

9.5 Menjemput Penyelaras Permainan JPJS dan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan
MSSM hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengelolaan dan Teknikal serta
mengendalikan proses cabutan undi.

9.6 Mengedarkan notis mesyuarat Jawatankuasa Pengelola dan salinan minit mesyuarat
kepada :-

9.6.1 Setiausaha Agung MSSM


9.6.2 Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan MSSM
9.6.3 Penyelaras Permainan MSSM yang berkenaan.
9.6.4 Pengerusi Teknik Permainan MSSM yang berkenaan.

9.7 Mengedarkan segala surat pekeliling dan keputusan rasmi kepada :-

9.7.1 Setiausaha Agung MSSM ( 3 salinan )


9.7.2 Setiausaha Agung MSSM Negeri ( 3 salinan )
9.7.3 Yang DiPertua MSSM negeri ( 1 salinan )
9.7.4 Pengerusi Jawatankuasa Teknik MSSM ( 1 salinan )
9.7.5 Penyelaras Permainan MSSM berkenaan ( 1 salinan )
9.7.6 Pengerusi Teknik Permainan berkenaan ( 1 salinan )
9.8 Segala Keputusan Rasmi kejohanan hendaklah dimaklumkan kepada urus setia MSSM
secara bertulis atau lisan melalui penyelaras permainan sebaik kejohanan tamat atau
sehari selepas pesta untuk makluman urusetia MSSM.

9.9 Laporan Pengelolaan beserta dengan akaun perbelanjaan hendaklah dihantar secara rasmi
menggunakan format tertentu dalam masa 1 bulan selepas tamat sesuatu kejohanan.

Peraturan 10 : SISTEM PERTANDINGAN

Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan/atau cara kalah mati seperti berikut:-

10.1 Cara Liga Empat Kumpulan ( A, B, C dan D )

10.1.1 Pusingan Pertama


10.1.1.1 Sekiranya 12 atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka
hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D.
Pertandingan akan dijalankan secara liga.

10.1.1.2 Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam


pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan
seperti berikut :
Johan - Kumpulan A
Naib Johan - Kumpulan B
Ketiga - Kumpulan C
Keempat - Kumpulan D

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan


tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan
berkenaan.
10.1.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil
bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah
dipertimbangkan kedudukannya.

10.1.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir)

10.1.2.1 Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan


masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan
dijalankan secara kalah mati.

10.1.2.2 Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut :

10.1.2.2.1. Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama Kumpulan


akan didahulukan untuk ditempatkan di Kedudukan
1,3,5 dan 7.

10.1.2.2.2. Undian bagi 2 pasukan pemenang kedua kumpulan


untuk ditempatkan di Kedudukan 2 atau 4, jika Pasukan
pemenang Pertama Kumpulannya telah diundi dan
ditempatkan di kedudukan 5 atau 7. Manakala 2
pasukan pemenang kedua yang lain akan diundi juga
untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8.

10.1.2.2.3. Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan


separuh akhir akan memasuki Perlawanan Akhir bagi
menentukan Johan dan Naib Johan, sementara pasukan-
pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan
tempat ketiga dan keempat.
1

10.2. Cara Liga Tiga Kumpulan

10.2.1. Pusingan Pertama

10.2.1.1 Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian, maka mereka


hendaklah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C.
Pertandingan akan dijalankan secara liga.

10.2.1.2 Johan, Naib Johan dan tempat ketiga dalam pertandingan tahun
lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:

Kumpulan A - Johan tahun lalu


Kumpulan B - Naib Johan tahun lalu
Kumpulan C - tempat ketiga tahun lalu
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan
tersebut melalui undian.

10.2.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil


bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah
dipertimbangkan kedudukannya.

10.2.2. Pusingan Kedua (Separuh Akhir)

10.2.2.1. Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan ditempatkan ke
dalam kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian.

10.2.2.2. Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.

10.2.2.3. Dari 3 Johan, satu akan ditempatkan ke kumpulan X dan 2


ditempatkan ke kumpulan Y.

10.2.2.4. Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain


dari Johan kumpulannya

10.2.3 Pusingan Akhir

10.2.3.1. Johan kumpulan X akan melawan Johan kumpulan Y untuk


menentukan Johan dan Naib Johan.

10.2.3.2. Naib Johan Kumpulan X akan melawan Naib Johan kumpulan Y


untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.

10.3. Cara Liga 2 kumpulan.

10.3.1 Pusingan Pertama


10.3.1.1 Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian, pasukan
hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B.

10.3.1.2. Johan dan tempat keempat dalam pertandingan tahun lalu akan
ditempatkan dalam kumpulan A dan naib Johan serta tempat ketiga
ditempatkan dalam kumpulan B

10.3.1.3. Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 2 kumpulan dengan


cabutan undi.

10.3.1.4. Sekiranya pasukan diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian


maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan
kedudukannya.

10.3.2. Pusingan kedua

10.3.2.1. Johan kumpulan A akan melawan Naib Johan kumpulan B dan


Johan kumpulan B akan melawan Naib Johan Kumpulan A.

10.3.2.2. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

10.3.3. Pusingan Akhr

10.3.3.1. Johan Kumpulan A atau naib Johan kumpulan B akan melawan


Johan Kumpulan B atau Naib Johan Kumpulan A untuk
menentukan Johan dan Naib Johan

10.3.3.2. Pasukan kalah didalam kedua-dua perlawanan di atas akan


menentukan tempat ketiga dan keempat.
10.4. Cara liga Satu Kumpulan

10.4.1 Sekiranya empat hingga lima pasukan mengambil bahagian, pertandingan akan
dijalankan secara liga satu pusingan . Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan
diisytiharkan sebagai JOHAN.

10.4.2 Sekiranya terdapat tiga atau kurang pasukan yang mengambil bahagian
pertandingan tidak akan dilangsungkan.

Peraturan 11 : MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

11.1. Pasukan/Peserta yang telah mengesahkan persetujuan mengambil bahagian dalam sesuatu
kejohanan tidak dibenarkan menarik diri. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada
pasukan tersebut sekiranya melanggar peraturan ini.

11.2. Sekiranya ada pasukan/peserta menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja
daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh
pasukan/peserta itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai
perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil ke atas pasukan yang
berkenaan.

Peraturan 12 : BANTAHAN

12.1. Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis.

12.2. Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta atau sesuatu
perlawanan yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan
bermula, maka peserta/pasukan tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan
(under protest) dan perkara tersebut hendaklah diselesaikan 1 jam selepas menerima
bantahan rasmi.
12.3. Bantahan berhubung dengan permainan dalam acara-acara yang sedang dijalankan
hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada

12.3.1 Lima belas (15) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara pusingan
awal

12.3.2 Tiga puluh (30) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara peringkat
akhir.

Walaubagaimanapun tempoh penyerahan dan penyelesaian tertakluk kepada peraturan


dan undang-undang permainan berkenaan.

12.3 Bantahan berhubung dengan permainan dalam acara-acara yang sedang


dijalankan
hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada

12.3.1 Lima belas (15) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara pusingan
awal

12.3.2 Tiga puluh (30) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara peringkat
akhir.

12.4. Semua bantahan acara individu hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan bagi
acara individu sebanyak RM 200.00 (Ringgit : Dua Ratus sahaja) dan acara berpasukan
RM 300.00 (Ringgit : Tiga Ratus sahaja). Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan
sekiranya bantahan tidak berasas.

12.5 Keputusan Jawatankuasa Bantahan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada
yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.
12.6 Keanggotaan Jawatankuasa Bantahan yang akan bersidang terdiri daripada:
12.6.1 Setiausaha Agung MSSM Negeri pengelola
12.6.2 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan
12.6.3 Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan MSSM
12.6.4 Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan MSSM Negeri pengelola
12.6.5 3 orang Pengurus Pasukan MSSM Negeri yang berdaftar dan tidak terlibat dengan
bantahan/kes tersebut.
Peraturan 13 : JURI RAYUAN

13.1. Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum)
melainkan bagi Olahraga dan Renang.

13.1.1. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / wakilnya


13.1.2. Penyelaras Permainan MSSM
13.1.4. 5 orang Pengurus Pasukan MSSM Negeri yang berdaftar yang tidak
terlibat dalam Jawatankuasa Bantahan
13.1.5 Setiausaha J/K Pengelola Kejohanan - Ex-Officio

13.2 Juri Rayuan bertanggungjawab untuk

13.2.1 Mengambil tindakan mengenai disiplin pelajar, guru dan pegawai-pegawai kejohanan
yang berkenaan bagi semua perkara kejohanan/pesta dijalankan seperti berikut:

13.2.1.1 Memberi amaran


13.2.1.2 Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu
13.2.1.3 Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan/pesta
13.2.1.4 Mengarahkan pemain dihantar pulang
13.2.1.5 Menghantar laporan kepada MSSM Negeri berkenaan supaya
mengambil tindakan tatatertib sejajar dengan tindakan disiplin
mengikut hukuman yang digunapakai oleh Persatuan Sukan
Kebangsaan.
13.2.2 Bertanggungjawab membuat pelaporan mengenai peristiwa yang telah berlaku
kepada urusetia MSSM secara lisan seberapa segera yang boleh dan secara
bertulis selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat kejohanan/pesta dengan membuat
cadangan yang sewajarnya untuk tindakan lanjut.

13.2.3 Pasukan, pegawai atau peserta yang digantung oleh sekolah, MSSD, MSSM
Negeri atau MSSM kerana dikenakan tindakan tatatertib hendaklah dilaporkan
kepada Persatuan Permainan yang berkenaan.

13.3 Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang
berkenaan termasuk Lembaga Tatatertib dan keputusannya adalah muktamad.

Peraturan 14 : LEMBAGA TATATERTIB

14.1. Lembaga ini terdiri daripada

14.1.1 Timbalan Ketua Pengarah (JPJS/Setiausaha Agung MSSM atau wakilnya


14.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Teknik & Pembangunan MSSM atau wakilnya.
14.1.3 Yang Di Pertua MSSM Negeri Pengelola atau wakilnya.
14.1.4 3 orang Setiausaha Agung MSSM Negeri yang tidak terlibat dengan kes tersebut.
14.1.5 Setiausaha J/Kuasa Pengelola – Ex-Officio.
14.2 Lembaga ini bertanggungjawab untuk mengambil maklum keputusan Juri Rayuan dan
membuat keputusan untuk mengenakan tindakan selanjutnya, jika perlu.

Peraturan 15 : MAJLIS RASMI SEMPENA KEJOHANAN

15.1. Semua pegawai dan peserta pasukan MSSM Negeri yang menyertai pertandingan
permainan MSSM hendaklah menentukan semua pesertanya menghadiri

15.1.1. Majlis Pembukaan Rasmi


15.1.2. Jamuan Rasmi sempena kejohanan
15.1.3 Taklimat dan mesyuarat-mesyuarat
15.1.4. Majlis Penutupan Rasmi dan Penyampaian hadiah.

15.2.1. Jika terdapat MSSM Negeri yang tidak mematuhi peraturan ini tanpa sebab munasabah,
tindakan tatatertib boleh diambil. Pengelola hendaklah memaklumkan kepada urusetia
MSSM serta Pengarah Peelajaran Negeri berkenaan supaya tindakan diambil terhadap
pengurusan pasukan.

Peraturan 16 : KESELAMATAN

16.1. Semua pegawai dan peserta MSSM Negeri yang menyertai kejohanan permainan MSSM
hendaklah dilindungi insurans.

16.2. Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kemalangan, kematian,


kecacatan anggota, kehilangan anggota badan/harta benda atau sebarang kecederaan lain
berlaku :

16.2 Jawatankuasa Pengelola sentiasa memberikan segala penerangan dan akan mengambil
langkah-langkah keselamatan dan pengawasan yang diperlukan sepanjang masa
kejohanan tesebut.

16.1.1. semasa perjalanan pergi dan balik


16.1.2. semasa kejohanan dijalankan
16.1.3. di dalam dan di luar kawasan venue
16.1.4. di tempat-tempat penginapan

Walaubagaimanapun pihak pengelola kejohanan akan berusaha untuk mengambil


langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai
terjamin setakat mana yang munasabah.
16.3. Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh diambil ke atas Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan MSSM berhubung dengan kejohanan yang diadakan.

Peraturan 17 :PENYALAHGUNAAN DADAH

17.1 Penggunaan dadah yang tidak dibenarkan seperti penyalahgunaan dadah Merbahaya
adalah diharamkan.

Peraturan 18 : KENYATAAN AKHBAR

18.1 Semua pegawai atau peserta yang menyertai kejohanan permainan MSSM dilarang
membuat sebarang kenyataan akhbar / media elektronik, cetak kecuali dengan kebenaran.
Kenyataan akhbar akan dibuat oleh Pegawai dari JPJS atau Pengerusi Jawatankuasa
Pengelola atau wakilnya.

18.2 Kenyataan akhbar yang dibuat oleh peserta hendaklah diiringi oleh pegawai pasukan.

Peraturan 19 : PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

19.1. Semua peraturan-peraturan yang dinyatakan di atas mesti dipatuhi. Jika ada dinyatakan
perkara-perkara lain dalam undang-undang permainan tersebut hendaklah juga dipatuhi.

19.2. Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan Peraturan Permainan
berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola kejohanan yang berkenaan dan
keputusannya adalah muktamad.

Lampiran Bersama Peraturan Am MSSM 2006


Lampiran A: Pecahan Bilangan Pegawai Kontinjen MSSM Negeri (Bilangan pengadil untuk
Acara
Merentas Desa dan Acara Lari Berganti-ganti). Rujuk lampiran berkenaan

Lampiran B: Dokumen Sokongan Yang Perlu Diserah Bersama Borang R 01 & M 01 ( Perkara
1.4). Rujuk lampiran berkenaan

Lampiran C: Kalendar Aktiviti MSSM 2006

Contoh Borang R 01 & M 01, R 02 & M 02

You might also like