You are on page 1of 9

MINIT MESYUARAT MAJLIS SUKAN SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA (MSSWPP)
BIL. 1/2022

Tarikh : 1 Jun 2022


Hari : Rabu
Jam : 9.00 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat : Bilik Bunga Raya, Jabatan Pendidikan WP Putrajaya
Pautan : meet.google.com/jem-nrjm-itf

KEHADIRAN :

1. Puan Hajah Farizah binti Haji Ahmad Pengerusi


2. Puan Nor Fariza binti Mohd Idris
3. Datin Hajah Haliza binti Hussin
4. Puan Hanita binti Kamal Arif
5. Puan Rohana binti Abd Manaf
6. Puan Norihan binti Ismail
7. Puan Samsiah binti Yusof
8. Puan Zamzuriah binti Md Desa
9. Encik Mohammed Junaid bin Mohd Azam
10. Puan Thalsiah binti Mohd Salleh@Hassan
11. Puan Salleha binti Salleh
12. Puan Adeebah binti Ali
13. Puan Rogayah binti Talib
14. Puan Noor Amar binti Jais
15. Encik Kamaluddin bin Mohd Kassim
16. Encik Hassim bin Markom
17. Puan Shuhelwah binti Arshad
18. Puan Nordiana binti Khalid
19. Encik Asmadira bin Hashim
20. Encik Abdul Rahim bin Mohd Zaini
21. Encik Norizan bin Naaim
22. Encik Jamaluddin bin Yusoff
23. Puan Tuan Norazizah binti Tuan Husain
24. Encik Ruslan bin Abd Rahman
25. Encik Mohd Azrani bin Asran
26. Encik Muhammad Zaidi bin Zahar
27. Puan Siti Aidah binti Mohd Kassim
28. Puan Rohana binti Jusoh
29. Puan Noorbaity binti Hussin
30. Encik Muhammad Hafizulnizam bin Jamaluddin
31. Encik Mohd Amin bin Hamzah
32. Encik Mahidin bin Awang Itam
33. Encik Hafrulidzwan bin Mohd Isa
34. Encik Ismail bin Ghazali
35. Encik Salihah binti Yusoff

Urusetia :
36. Encik Rozaidi bin Haji Idris
37. Dr. Abdullah Khalid bin Salaudin
38. Encik Tun Mohamed Shahriman bin Mohammad Suhaimi

1
1.0 Ucapan Pengerusi

Puan Pengerusi menyampaikan perkara berikut:

1.1 Mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua


ahli majlis ke Mesyuarat Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan
Putrajaya (MSSWPP) Bil.1/2022.
Makluman

1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih dan tahniah atas kejayaan
melaksanakan program sukan sesi akademik 2021/2022.
Makluman

1.3 Program Sekolahku SEJAHTERA satu program sedia ada yang perlu
dimantapkan oleh semua pihak. Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan Putrajaya (JPWPP) akan memantau penerapan elemen
Sekolahku SEJAHTERA dalam sukan, kokurikulum dan kesenian
mengikut kesesuaian di peringkat sekolah
Tindakan
PGB

1.4 Sekolah perlu memastikan program yang dirancang ada kesinambungan


bermula dari pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas dan
disambut dengan program di luar kelas sama ada program sukan,
kokurikulum dan kesenian. Hasrat YB Menteri Kanan Pendidikan dalam
Program Sekolahku SEJAHTERA adalah matlamat jangka panjangnya
dapat mewujudkan suasana sekolah selamat, aman, selesa,
menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai
kesejahteraan masyarakat.
Makluman

1.5 Antara pelaksanaannya ialah setiap guru secara giliran menghuraikan


14 elemen 2 atau 3 minit setiap kali guru masuk ke kelas yang berkaitan
secara berterusan dalam tempoh mulai Jun hingga September 2022.
Elemen SEJAHTERA perlu sentiasa diterap, dihayati serta diamalkan
sehingga menjadi budaya sekolah. Dengan ini, kita akan dapat
melahirkan generasi masa depan yang berkeperibadian unggul dan
mampu bersaing di peringkat dunia.
Tindakan
PGB

1.6 Hasil yang diharapkan para atlet MSSWP dan Majlis Sukan Sekolah
Malaysia (MSSM) mempunyai nilai jati diri yang tinggi dan
berketerampilan.
Makluman

1.7 Pemilihan tiga jenis sukan permainan yang menjadi fokus utama ialah
sukan memanah, catur dan merentas desa.
Makluman

2
1.8 Sukan permainan berkenaan memberi impak tinggi dengan kos yang
rendah serta kesesuaian infastruktur Wilayah Persekutuan Putrajaya
yang menyediakan laluan untuk berjoging.
Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

Mesyuarat MSSWP Putrajaya Bil.1, 2021 bertarikh 10 Februari 2021 disahkan


oleh ahli mesyuarat tanpa sebarang pindaan.

3.0 Pembentangan Maklum Balas Mesyuarat

3.1 Maklum balas kepada Minit Mesyuarat MSSWP Putrajaya Bil. 1/2021
telah dibentangkan dan diterima oleh semua ahli mesyuarat.
Makluman

4.0 Pelantikan Setiausaha Agung MSSWP Putrajaya 2022

Melalui undian Encik Rozaidi bin Haji Idris dipilih untuk mengisi kekosongan
jawatan Setiausaha Agung MSSWP Putrajaya 2022.

5.0 Pembentangan

5.1 Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan (MSSWP) Putrajaya dan


Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)

Mesyuarat mengambil maklum bahawa:

5.1.1 Takwim MSSWP Putrajaya

i. Takwim MSSWP Putrajaya belum muktamad kerana Takwim


MSSM belum diputus oleh BSKK KPM.
Makluman

iii. Cadangan tarikh pelaksanaan sukan permainan MSSWP


Putrajaya adalah seperti berikut:
a. Merentas Desa MSSWP Putrajaya pada 25 Jun 2022.
b. 21 jenis sukan permainan yang lain dilaksanakan secara
serentak selepas minggu pertama bulan Ogos 2022.
c. Kejohanan Olahraga MSSWP Putrajaya Bulan Ogos.
Makluman

iv. Sebarang perubahan tarikh dan tempat pertandingan akan


dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Makluman

3
5.1.2 Takwim MSSM Tahun 2022

i. Merentas Desa pada tarikh 4 hingga 6 Ogos 2022.


ii. 22 sukan yang lain akan diadakan secara serentak mulai 4
hingga 9 September 2022.
iii. Pertandingan Olahraga MSSM akan diadakan pada tarikh 19
hingga 23 September 2022
iv. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.
Makluman

5.2 Pelantikan Sekolah Pengelola MSSWP Putrajaya dan MSSM

Mesyuarat mengambil maklum bahawa:

5.2.1 Sekolah-sekolah pengelola MSSWP Putrajaya adalah seperti


berikut:

Bil. Sekolah Permainan


Ragbi
1 Sekolah Sultan Alam Shah (SAS)
Bola Keranjang
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
2 Catur
Putrajaya (SMKA)
Gimnastik
Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Artistik &
3
Presint 18(1) Berirama dan
Badminton
Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya
4 Golf
Presint 17(1)
Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya
5 Bola Tampar
Presint 16(1)
Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya
6 Ping Pong
Presint 14(1)
Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya
7 Pelayaran
Presint 11(1)
Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya
8 Bola Sepak
Presint 9(1)
Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya
9 Olahraga
Presint 9(2)
Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya
10 Kriket
Presint 5(1)
11 Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(2) Tenpin Boling
12 Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(2) Merentas Desa
13 Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1) Memanah
14 Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) Bola Baling
15 Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(2) Skuasy
16 Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3) Softball
17 Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(1) Tenis
18 Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) Akuatik
19 Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(2) Bola Jaring
20 Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1) Sepak Takraw
21 Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1) Hoki

4
Makluman

5.2.2 Sekolah pengelola MSSM adalah seperti berikut:

Bil. Sekolah Permainan


1 Sekolah Sultan Alam Shah Bola Keranjang

Makluman

5.2.3 Isu dan masalah

Mesyuarat mengambil maklum bahawa:

i. Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1)


merupakan sekolah pengelola untuk pertandingan Bola Sepak
MSSWP Putrajaya. Pengetua memohon JPWPP memberi
perhatian kepada kerosakan padang bola sepak.
Tindakan
JPWP Putrajaya dan Pengetua SMKPP 11(1)

ii. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint


9(2) mencadangkan penyelarasan sekolah-sekolah pengelola
secara giliran.
Makluman

iii. Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) boleh secara


langsung terlibat dalam pengurusan pengelolaan MSSWP
Putrajaya dan MSSM atau dicalonkan sebagai PTPS.
Makluman

5.3 Pelantikan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan (PTPS) sesi


2022 -2023

Mesyuarat mengambil maklum bahawa:

5.3.1 Borang Pencalonan PTPS telah diedarkan pada 25 Januari 2022.


Tarikh tutup pada 20 Februari 2022. 27 buah sekolah telah
menyerah kembali Borang Pencalonan kepada Unit Sukan,
Sektor Pembangunan Murid.
Makluman

5.3.2 Jawatankuasa Pemilihan terdiri daripada Pengarah, semua


Timbalan Pengarah dan Ketua Penolong Pengarah Sektor yang
dipengerusikan oleh Pengarah. Pelantikan PTPS telah
diputuskan dalam mesyuarat AJK pada tarikh 15 April 2022.
Makluman

5.3.3 Pemilihan PTPS adalah berdasarkan kepakaran dan pengalaman


dalam bidang masing-masing. PTPS pelapis juga diperlukan
untuk mengatasi isu PTPS sedia ada bertukar ke negeri lain.
Makluman

5
5.3.4 Cadangan nama dan sekolah PTPS 2022-2023 seperti jadual
berikut:

Bil
Sukan Nama PTPS Sekolah
.
1. Akuatik Farah Nabila binti Mohd Asri SKPP 9(2)
2 Badminton Wan Muhammad Arif bin Wan Idris SMKPP 11(1)
3 Bola Baling Sofian bin Yusof SKPP 11(1)
4 Bola Jaring Faridah binti Ab Malek SKPP 8(2)
Bola Sekolah Sultan
5 Nurul Sazwani binti Idris
Keranjang Alam Shah
6 Bola Sepak Mohd Farhan bin Kamaruzzaman SMKPP 9(1)
7 Bola Tampar Nisuhaina binti Abdullah Sani SMKPP 16(1)
8 Boling Tenpin Sazril bin Murshid SKPP 18(2)
9 Catur Rahimah binti Abu Kadir SKPP 16(2)
Gimnastik
10 Artistik & Suria binti Huszaini SMKPP 18(1)
Berirama
11 Golf Mohd Fadhil bin Bagumbayan SKPP 8(2)
12 Hoki Mohd Rozaimi bin Che Rozan SPP 11(3)
13 Kriket Mohd Farha bin Zahari SMKPP 5(1)
14 Memanah Mohd Mahfuz bin Mohd Isa SKPP 14(1)
15 Olahraga Mohd Syazwan bin Kamaruzaman SMKPP 11(1)
16 Pelayaran Azurashidi bin Yusuf SMKPP 11(1)
SMK Agama
17 Ping Pong Abdul Muhaimin bin Mohd Khalil
Putrajaya
Sekolah Sultan
18 Ragbi Qufaisal bin Mohd Ramli
Alam Shah
19 Sepak Takraw Muhammad Afikie bin Azmi SMKPP 16(1)
Wan Aqmal Amer bin Wan Abdul
20 Skuasy SKPP 11(2)
Rahman
21 Sofbol Mohd Faizal bin Abdul Halim SKPP 11(3)
22 Tenis Ahmad Fahmi bin Zulkifli SKPP 14(1)
Merentas
23 Hilda Ilyab binti Hilmi SKPP 14(1)
Desa

Makluman

5.3.5 PTPS akan dibincangkan semula kerana terdapat 2 orang PTPS


memohon mengundur diri atas sebab peribadi dan pertindanan
bidang tugas.
Tindakan
Unit Sukan JPWPP dan Jawatan Kuasa Pemilihan PTPS 2022-2023

5.3.6 Pengetua SMKPP 9(2) memohon dan mengusulkan Sektor


Pembangunan Murid JPWP Putrajaya merancang dan
melaksanakan program sukan secara berperingkat sama ada
jangka pendek atau jangka panjang untuk guru-guru dan murid.
Tindakan
Unit Sukan, Sektor Pembangunan Murid JPWP Putrajaya

5.3.7 Pusat Latihan Daerah (PLD) Tahun 2022 seperti ketetapan


berikut:

6
a. SMKPP 9(1) Sepak Takraw
b. SMKPP 8(1) Olahraga Dan Balapan
c. SMKPP 11(1) Badminton
e. SMKPP 14(1) Memanah
f. SMKPP 16(1) Hoki
g. SMKPP 18(1) Bola Sepak
Makluman

5.3.8 PLD akan dibincangkan semula dalam mesyuarat bersama


BSKK. Pengerusi memutuskan ketetapan PLD adalah mengikut:
a. Jurulatih dan PTPS di sekolah yang sama, sekolah berkenaan
sebagai PLD.
b. Jika salah satu, keutamaan kepada sekolah jurulatih.
c. Kemudian sekolah PTPS.
Makluman

5.3.9 Sekolah yang dipilih sebagai PLD dan sekolah yang menerima
aset dari JPWP Putrajaya dikehendaki mengemaskini stok
perolehan mengguna sistem i-KePS secara dalam talian.
Pegawai dari JPWPP yang berkenaan akan membantu pihak
sekolah. Aset-aset ini adalah berasingan dengan aset yang dibeli
melalui Bantuan Geran Per Kapita (PCG) sekolah.
Tindakan
Semua sekolah terlibat dan JPWP Putrajaya

5.3.10 Akaun Amanah MSSWP Putrajaya kini kembali aktif di bawah


pengurusan BSKK. Tujuan utama tabung Akaun Amanah ini
adalah untuk menampung keperluan pembangunan bakat murid
dalam sukan, kokurikulum dan kesenian. Ianya juga
dipanjangkan lagi kepada peningkatan pembangunan
guru/jurulatih dalam bidang berkenaan.
Makluman

5.3.11 Sekolah yang ingin memohon bantuan kewangan untuk tujuan


peningkatan profesionalisme kepada guru atau murid boleh
memohon dengan menghantar Kertas Kerja Program
Pembangunan Sukan/Kokurikulum/Kesenian Guru/Murid kepada
Sektor Pembangunan Murid JPWPP sebelum dihantar kepada
BSKK untuk kelulusan.
Tindakan
Sekolah, Sektor Pembangunan Murid JPWPP, BSKK

5.3.12 Sasaran fokus utama JPWP Putrajaya kepada pembangunan tiga


sukan utama iaitu sukan memanah, catur dan merentas desa.
Makluman

5.4 Pengurusan Kewangan MSSWP Putrajaya dan MSSM Tahun 2022

Mesyuarat mengambil maklum bahawa:

5.4.1 Peruntukan kewangan yang diturunkan oleh BSKK KPM setakat

7
31 Mei 2022 keseluruhannya adalah sebanyak RM336 407.00
yang merangkumi peruntukan berikut:
a. Bantuan Persekolahan Yuran MSSM 2022;
b. Pengurusan Sukan Rendah;
c. Pengurusan Sukan Tinggi;
d. Pengelolaan Sukan MSSM 2022 (Bola Keranjang);
e. Program Kecergasan 1M1S Peringkat Negeri dan
Kebangsaan;
f. Bayaran Insentif Jurulatih Separuh Masa; dan
g. Pengurusan Pertandingan e-Activ, Jom Aerobic 1M1S
KPM MILO Peringkat Kebangsaan 2022.
Makluman

5.5 Biasiswa Sukan Tahun 2022

Mesyuarat mengambil maklum bahawa:

5.5.1 Sebanyak 123 permohonan diterima daripada 11 buah sekolah


menengah di Putrajaya.

5.5.2 Semua permohonan telah dihantar ke BSKK, KPM untuk


diproses.

5.5.3 Keputusan dijangka akan diumumkan oleh BSKK pada bulan Jun
2022.
Makluman

6.0 Hal-hal Lain

Mesyuarat mengambil maklum bahawa:

6.1 Pengerusi memaklumkan penekanan nilai adab kebersihan kepada


semua murid dengan membudayakan Program Sekolah Tanpa Tong
Sampah secara berperingkat. Program ini juga adalah impian YB
Menteri Kanan Pendidikan.
Tindakan
Semua sekolah menengah dan rendah JPWP Putrajaya

6.2 Pengerusi memaklumkan Key Performance Indicator (KPI) akademik


iaitu pencapaian minimum untuk Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi
semua mata pelajaran sekolah rendah dan sekolah menengah.
Makluman

6.3 Pengerusi memaklumkan BSKK mahu Badan Unit Beruniform Tunas


Kadet Remaja Sekolah (TKRS) / Kadet Remaja Sekolah (KRS) kembali
semarak kerana TKRS/KRS adalah buah tangan KPM.
Makluman

6.4 Pengerusi memaklumkan untuk mencanai idea fokus kepada kesenian


berasaskan buluh iaitu permainan angklung yang dibuat oleh murid-

8
murid sendiri. Perbadanan Putrajaya bersedia untuk menyumbang
batang-batang buluh untuk tujuan berkenaan. Perbincangan berkaitan
hal ini akan di bawa ke Mesyuarat Pengurusan Tertinggi JPWPP.
Tindakan
Majlis Mesyuarat Pengurusan Tertinggi JPWP Putrajaya

6.5 Pengetua SMKPP 11(1) memohon surat panggilan dari JPWP Putrajaya
adalah jelas butiran ketetapan dan surat panggilan berkenaan
dimasukkan ke e-mail rasmi sekolah terlebih dahulu.
Tindakan
Unit Sukan, Sektor Pembangunan Murid, JPWP Putrajaya

6.6 Pengerusi memaklumkan kehadiran pegawai JPWPP sebagai Pegawai


Pemantau MSSWPP dan MSSM adalah mengikut keperluan.
Makluman

7.0 Penutup

Pengerusi memaklumkan mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi


untuk memberi laluan kepada Mesyuarat Majlis Sukan dan Kebudayaan
Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (MSKPPM) 2022.

Disediakan oleh:

(ROZAIDI BIN HAJI IDRIS)


Setiausaha Agung
Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Putrajaya 2022
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya

Disemak oleh:

(NOR FARIZA BINTI MOHD IDRIS)


Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Bakat Murid
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya

Disahkan oleh:

(HAJAH FARIZAH BINTI HJ AHMAD)


Pengarah
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya

You might also like