You are on page 1of 14

BAB 4

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.1 PENGENALAN

Dalam bab ini akan membincangkan hubungan antara iklim sekolah dengan
tekanan kerjadalam kalangan guru sekolah rendah di Subang Jaya. Penyelidik akan
menggambarkan keputusan kajian yang diperolehi setelah proses pengumpulan data dan
penganalisisan data berdasarkan objektif kajian dan soalan kajian yang dibentuk.
Terdapat EMPAT soalan kajian iaitu:

1) Apakah jenis iklim sekolah di 3 buah sekolah rendah terletak di Subang Jaya
Selangor?
2) Apakah jenis stres dalam kalangan guru di 3 buah sekolah rendah terletak di
Subang Jaya Selangor?
3) Adakah terdapat perbezaan tahap stres guru berdasarkan jantina dalam kalangan
guru di 3 buah sekolah rendah terletak di Subang Jaya Selangor?
4) Adakah hubungan di antara tahap iklim sekolah dengan stres
dalam kalangan guru di 3 buah sekolah rendah terletak di Subang Jaya Selangor?

4.2 DAPATAN KAJIAN OBJEKTIF 1:


Mengenal pasti iklim sekolah di 3 buah sekolah rendah terletak di Subang Jaya
Selangor.

Dapatan bagi objektif kajian pertama diperoleh melalui kaedah pemerhatian


dan analisis dokumen iaitu RPH. Berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan
pengkaji telah menandakan borang pemerhatian pada jadual 4.2.1 bagi menentukan
iklim sekolah.
Jadual 4.2.1: Senarai semak: Jenis iklim sekolah di 3 buah sekolah rendah terletak di Subang
Jaya Selangor.

Sekolah Sekolah 1 Sekolah 2 Sekolah 3

Responden Responden Responde Responden Responden Responde Responden


Ciri-ciri iklim 1 n2 3 4 n5 6
Keadaan sekolah tenteram.
Guru-guru merasa selamat
berada di sekolah.
Guru-guru berasa yakin
untuk bekerja di sekolah.
Guru-guru tidak rasa
tertekan di sekolah.
Pentadbir bersikap
bertimbang rasa.
Pentadbir bersikap mesra
dengan guru-guru.

Berdasarkan analisis yang dilaksanakan, pengkaji telah mendapati bahawa tahap iklim
sekolah di ketiga-tiga buah sekolah rendah yang dikaji berada pada tahap yang sederhana.
Kebanyakkan responden iaitu responden 1,2,3,4 dan 6 menyatakan mereka merasa selamat
semasa berada dalam kawasan sekolah. Hal ini disokong dengan penyataan yang diberikan
oleh Datuk Radzi Jidin selaku menteri pendidikan dalam majlis anugerah hari guru 2022
peringkat kebangsaan dimana kementerian pendidikan sentiasa memberi perhatian kepada
perkara yang melibatkan guru, tugas dan kebajikan mereka (mStar,2022).

Seterusnya, sebanyak 2 responden iaitu responden 1 dan responden 2 menyatakan


keadaan sekolah tenteram untuk menjalankan tugas hakikinya. Terdapat 3 responden iaitu 2,3
dan 4 turut menyatakan guru-guru tidak terasa tertekan untuk bekerja di sekolah. Menurut
xxx, hieraki Moslow juga menjelaskan keperluan dan keslamatan menjadi tunjang utama
dalam kehidupan manusia. Ia akan mendorong sesorang juga menjalankan kerja di sesuatu
organisasi dengan aman dan tenteram. Tambahan lagi, Program keselamatan dan kesihatan
pekerjaan (OSH) di sekolah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia juga
satu usaha untuk memberi kesedaran dan meningkatkan keselamatan di tempat kerja bagi
semua kakitangan sekolah (BH Online, 2020)

Sebanyak 4 orang responden iaitu responden 1,2,5 dan 6 menyatakan mereka


berasa yakin berkerja di sekolah. Menurut sss, Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak
berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan
kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya. Sekiranya
guru-guru memiliki keyakinan diri tinggi maka mereka mempunyai kebolehan mengatasi
segalah halangan dan cabaran yang dihadapi dalam kerjayanya untuk mencapai kejayaan
dan kesempurnaan dalam kerjayanya.

Selain itu, sikap kepimpinan pentadbir juga menjadi punca seseorang guru
mengalami tekanan dalam kerja. Terdapat 2 orang responden iaitu responden 4 dan 6
menyatakan pentadbir-pentadbir bersikap bertimbang rasa terhadap guru-gurunya manakala
responden-responden lain mempunyai pendapat yang bertentangannya. Selain itu,
responden 1 dan 5 juga menyatakan pentadbir-pentadbir bersikap mesra dengan guru-guru.
Hal ini menjelaskan bahawa sistem pentadbiran oleh pentadbir-pentadbir sekolah turut
menjadi punca bagi guru-guru mengalami tekanan kerja. Menurut Suhaimi Kamaruddin
(2020), sistem pengurusan yang lebih memerlukan output kerja berbanding dengan
kebajikan guru turut memberi tekanan kepada guru-guru. Hal ini kerana, sistem pengurusan
yang kurang sistematik, mengadakan program-program Ladap pada hari Sabtu turut
menganggu masa rehat guru-guru.

4.2.2 Analisis Dokumen (RPH RESPONDEN)


SJKT TUN SAMBANTHAN SJKC TUN TAN CHENG LOCK SK ONN JAFAAR
Seterusnya, pengkaji menganalisis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi
mengetahui persiapan yang perlu dilakukan oleh guru-guru sebelum, semasa dan selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga RPH yang dianalisis dalam bahagian ini. RPH
yang dianalisis diletakkan pada bahagian lampiran.

RPH pertama (Lampiran 1) yang dianalisis ialah RPH pengajaran Bahasa Inggeris.
Analisis RPH menunjukkan bahawa guru telah menyediakan alat bantu mengajar yang
pelbagai seperti soalan kuiz, peta minda I-think dan lembaran kerja. Hal ini menunjukkan
bahawa guru terpaksa meluangkan masa untuk menyediakan pelbagai bahan pengajaran bagi
membolehkan mereka mempelbagaikan kaedah pengajaran serta menarik minat murid.
Selepas sesi pengajaran juga, guru terpaksa menanda tugasan murid. Tema yang dikenalpasti
dari RPH pertama ini menunjukkan pelbagai bahan bantu pengajaran.

Seterusnya, RPH kedua (Lampiran 2) juga berdasarkan pengajaran mata pelajaran


Bahasa Inggeris. Apabila menganalisis RPH ini, pengkaji turut mendapati bahawa guru telah
menggunakan pelbagai bahan bantu pengajaran seperti gambar, slaid powerpoint, permainan
papan dan lembaran kerja. Guru juga telah menyediakan bahan engajaran untuk diajar
menggunakan Google Meet bagi pelajar yang melalui pembelajaran dari rumah. Hal ini
menunjukkan bahawa guru-guru terpaksa menyediakan dua bentuk bahan pembelajaran
terutamanya apabila terpaksa melakukan pengajaran dari sekolah dan juga dari rumah. Dalam
RPH ini juga, guru telah menggunakan lembaran kerja bagi menilai pemahaman murid. Oleh
itu, guru juga terpaksa meluangkan masa untuk menyemak dan menanda jawapan murid
selepas waktu pembelajaran. Maka, dari analisis yang dilakukan terhadap RPH kedua, tema
yang dikenal pasti ialah pelbagai bahan bantu pengajaran serta pengajaran dari sekolah dan
dari rumah.

Rancangan pengajaran harian ketiga (Lampiran 3) ialah berasaskan pendidikan


jasmani. Analisis bagi RPH ketiga menunjukkan bahawa guru tidak menggunakan alat bantu
pengajaran yang banyak seperti dalam RPH pertama dan kedua. Dalam RPH ini guru hanya
menggunakan peta i-gthink dan mengutarakan soalan secara verbal. Walau bagaimanapun,
guru harus membuat persediaan awal bagi menjalankan sesi soal jawab secara sepontan serta
perlu menunjukkan cara bermain softball yang betul. Hal ini juga memenatkan guru dan akan
menyebabkan guru berasa stress kerana terpaksa berjemur di bawah panas untuk masa yang
lama.
Tema yang dikenal pasti berdasarkan analisis dokumen

Dokumen Tema yang dikenal pasti Kesan


RPH 1 Menyediakan pelbagai bahan Guru terpaksa meluangkan masa
bantu mengajar. yang lama sebelum dan selepas
Menanda lembaran kerja selepas pdp.
pdp.
RPH 2 Menyediakan pelbagai bahan Guru terpaksa meluangkan masa
bantu mengajar. yang lama sebelum dan selepas
Menanda lembaran kerja selepas pdp.
pdp.
RPH 3 Membuat persediaan awal bagi Guru terpaksa meluangkan masa
menjalankan sesi soal jawab. yang lama sebelum pdp.
Turut serta dalam permainan Berasa penat berjemur di bawah
softball dan memberi tunjuk ajar panas.
kepada murid.
4.3 OBJEKTIF KAJIAN 2
Mengenal pasti jenis stres dalam kalangan guru di 3 buah sekolah rendah terletak di
Subang Jaya Selangor. Temu bual separa berstruktur dijalankan untuk mendapatkan
jawapan bagi objektif kajian dua.

Soalan:
Apakah jenis stres dalam kalangan guru di 3 buah sekolah rendah terletak di Subang Jaya
Selangor.

Sampel Dapatan Transkrip Temu bual Tema


S1 Kadang kala saya berasa stress juga sebab kerja Kerja perkeranian
semakin bertambah. Banyak tugas fail yang perlu
dikendalikan selain kerja mengajar.
S2 Saya berasa stress tapi bukan banyak sangat. Saya Penggunaan TMK
stress kerana sekarang banyak kerja yang perlu terlalu lama
dilaksanakan menggunakan computer dan
internet. Saya tidak mahir sangat guna computer
dan aplikasi lain.
S3 Saya berasa sangat tertekan dan stress. Kerja di Penyediaan bahan
sekolah semakin banyak dan kami tidak diberi bantu mengajar
masa yang banyak. Kami terpaksa mencari
sumber pengajaran yang pelbagai bagi memenuhi
kehendak pendidikan semasa.
S4 Di sekolah saya, setiap hari kami ada kerja yang Penyediaan bahan
baru. Kami sukar mendapatkan sumber pengajaran bantu mengajar
kerana silibus yang sentiasa berubah dan kaedah
pengajaran yang berubah.
S5 Kerja di sekolah saya tidak terlalu stress. Saya Kerja-kerja
berasa selesa dan gembira berada di sekolah saya. perkeranian
S6 Saya berasa stress tetapi sangat jarang. Saya Pengurusan disiplin
berasa stress hanya dalam isu menguruskan murid
murid-murid.

4.4 OBJEKTIF KAJIAN 3


Mengenal pasti perbezaan tahap stres guru berdasarkan jantina dalam kalangan guru di 3
buah sekolah rendah terletak di Subang Jaya Selangor. Temu bual separa berstruktur
dijalankan untuk mendapatkan jawapan bagi objektif kajian ketiga.

Soalan:
Adakah terdapat perbezaan tahap stres guru berdasarkan jantina dalam kalangan guru di 3
buah sekolah rendah terletak di Subang Jaya Selangor?

Sampel Dapatan Transkrip Temu bual TEMA


S1 Guru perempuan mengalami lebih stress berbanding Tanggungjawab
guru lelaki kerana turut mememikirkan rumah tangga
tanggungjawab rumah tangah.
S2 Guru perempuan lebih stress sebab memikirkan Perempuan
lebih banyak perkara berbanding guru lelaki. Guru pemikiran secara
perempuan lebih emosional. emosional.
S3 Selalunya, guru lelaki kurang stress berbanding Perempuan
guru perempuan. Guru lelaki tidak akan overthink overthink
seseuatu perkara.
S4 Guru perempuan lebih mengalami tekanan dan Perempuan
stress sebab mereka mengambil sesuatu perkara pemikiran secara
secara emosional. emosional.
S5 Guru lelaki kurang mengalami stress kerana kurang Lelaki kurang
overthink terhadap sesuatu perkara. overthink
S6 Saya berasa bahawa guru perempuan mengalami kerja hardworking
stress berbanding guru-guru lelaki kerana ingin berbanding
sesuatu perkara secara hardworking dan secara smartworking.
bukan smartwork.

4.5 OBJEKTIF KAJIAN 4


Mengenalpasti hubungan di antara tahap iklim sekolah dengan stres
dalam kalangan guru di 3 buah sekolah rendah terletak di Subang Jaya Selangor. Temu
bual separa berstruktur dijalankan untuk mendapatkan jawapan bagi objektif kajian
keempat.

Soalan:
Pada pandangan cikgu, adakah iklim sekolah akan menyebabkan guru mengalami stress?

Sampel Dapatan Transkrip Temu bual Tema


S1 Ye, iklim sekolah yang kurang selesa menyebabkan Iklim sekolah
guru-guru berasa stress. negatif
S2 Saya rasa, iklim sekolah yang negatif dan tidak Iklim sekolah
selesa kepada guru-guru tentu akan menyebabkan negatif.
guru-guru stress.
S3 Betul, kalau iklim sekolah kurang memuaskan, tentu Iklim sekolah
guru-guru akan berasa stress. negatif.
S4 Iklim sekolah yang kurang memuaskan dan negatif Iklim sekolah
boleh menyebabkan guru-guru berasa stress. negative.
S5 Saya sangat setuju. Iklim sekolah yang kurang baik Iklim sekolah
akan menyebabkan guru-guru berasa stress. negatif.
S6 Guru-guru sekolah akan berasa stress jika iklim Iklim sekolah
sekolah memberi tekanan kepada guru-guru. negatif.

4.6 PERBINCANGAN

Dapatan ini jelas menggambarkan kekangan masa yang dihadapi oleh para
guru untuk menghabiskan tugasan sekolah dan keadaan ini telah menyebabkan
peningkatan stres. Dapatan ini menunjukkan bahawa guru-guru mengalami kesukaran
untuk mendapatkan bahan bantuan mengajar. Sementara itu, guru-guru juga
mengalami kesukaran kerana silibus pembelajaran sentiassa berubah dan guru-guru
terpaksa mengubah kaedah mengajar mengikut kehendak semasa. Tajulashikin
Jumahat (2013) dalam kajiannya juga menyatakan bahawa guru-guru berasa tertekan
apabila sukatan pelajaran diubah kerana mereka perlu menyesuaikan diri dengan
sukatan baru dan menyediakan nota serta latihan baru sebelum mengajar murid-murid
mereka. Seterusnya, guru-guru juga mengalami kesukaran kerana penggunaan
komputer dan internet dalam pendidikan semakin meningkat. Guru-guru yang kurang
mahir dalam penggunaan aplikasi internet mengalami lebih banyak stress. Dapatan ini
selaras dengan dapatan kajian Ilias dan Jasmi (2011) yang menyatakan terdapat guru-
guru fobia menggunakan komputer dalam pengajaran dan mengalami stress apabila
mereka dipaksa.

Dari segi jantina pula, terdapat perbezaan yang ketara antara responden lelaki
dan perempuan. Dapatan ini mempunyai kaitan dengan bilangan responden
perempuan yang tinggi berbanding dengan responden lelaki iaitu seramai 4 orang
responden perempuan daripada sejumlah 6 orang responden yang terlibat. Secara
amnya, kaum perempuan mempunyai sifat fizikal dan mental yang lemah untuk
menghadapi sebarang jenis stres. Maka dengan itu, dapatan yang diperoleh jelas
menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi analisis perbezaan jantina dengan stres
guru. Secara keseluruhannya, guru-guru lelaki kurang mengalami stress berbanding
guru-guru perempuan. Dapatan ini juga dapat disokong menggunakan dapatan Syed
Kamaruzaman et al., (2017) yang menyatakan bahawa sesuatu beban kerja atau
masalah yang berlaku di tempat kerja memberi tekanan emosi lebih kepada guru
perempuan berbanding kepada guru lelaki.

Iklim di tiga (3) buah sekolah wawasan di Subang Jaya Selangor yang dikaji
menunjukkan hubungan yang signifikan dengan stres guru bagi dimensi bertimbang
rasa, penekanan pengeluaran dan kemesraan. Hal ini demikian kerana sekolah-sekolah
yang dikaji terletak di kawasan bandar. Perkembangan pendidikan yang maju
memerlukan guru-guru untuk berusaha dengan lebih untuk menyediakan sumber
bacaan dan latihan yang setaraf dengan keperluan murid. Hal ini menyebabkan guru-
guru mengalami stres yang tinggi disebabkan oleh bebanan kerja yang semakin
meningkat. Oleh sebab itu, iklim sekolah secara keseluruhannya berada pada tahap
yang sederhana dan stres hampir tinggi.

Dalam pada masa yang sama, dimensi iklim sekolah seperti keterasingan
tugas, halangan, semangat, menyisihkan diri dan kepercayaan pula menunjukkan
hubungan yang signifikan dengan stres guru. Keadaan ini disebabkan oleh faktor-
faktor persekitaran seperti keselamatan, keceriaan, kebersihan dan keselesaan sekolah
yang mempengaruhi guru-guru. Maka jelaslah bahawa faktor-faktor tersebut
memberikan kesan kepada peningkatan stres guru.

Kajian menghuraikan implikasi yang boleh dilihat dari sudut teoritikal serta
praktikal. Jika dilihat dari sudut teoritikal terlebih dahulu, boleh kita katakan bahawa
fenomena stres ini sangat sinonim dengan profesion perguruan. Hasil dapatan kajian
jelas menunjukkan bahawa para guru berhadapan dengan stress tanpa mengira latar
belakang pendidikan, umur, bebanan tugas mahupun pengalaman bekerja.

Melihat dari sudut praktikal pula, iklim sekolah yang merupakan elemen
penting yang memberikan kesan kepada tahap stres guru juga perlu dibahaskan di
sini. Mohd Faizul Mohd Noor, Mohd Saifulkhair Omar dan Fauzi Hussin (2016)
menyatakan bahawa iklim sekolah yang positif amat penting bagi memastikan guru
tidak berasa stress dalam melaksanakan pekerjaan mereka. Hasil dapatan analisis jelas
menunjukkan bahawa guru-guru sering kali dibebani dengan tugasan-tugasan lain
yang berada di luar skop perguruan. Beban yang dipikul ini ditambahkan lagi dengan
masalah disiplin dalam kalangan pelajar yang mungkin boleh dikaitkan dengan
kaedah pengajaran dalam kelas yang membosankan serta kekurangan bahan bantuan
mengajar untuk menarik minat mereka.

Keadaan ini bukan sahaja menghalang para guru untuk menjadi lebih
produktif dalam tugas perguruan, malah menyebabkan stres sehingga memberi kesan
kepada guru lain. Sebagai contoh, apabila guru terlalu stres, berkemungkinan besar
guru tersebut akan mengambil cuti dan tidak mengajar. Keadaan ini secara tidak
langsung mengakibatkan stres kepada guru lain yang terpaksa menggunakan masa
mereka untuk menggantikan guru tersebut. Perkara-perkara seperti ini sekali gus
melemahkan semangat guru-guru untuk melaksanakan tugasan hakiki mereka.

Sehubungan dengan itu, kajian ini melihat ruang kemesraan dan kepercayaan
yang wujud dalam diri setiap guru sebagai satu wadahbagi mengatasi fenomena stres
yang dialami oleh mereka. Hal ini demikian kerana sikap toleransi, kepercayaan serta
mengambil berat antara satu sama lain sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan
di tempat kerja. Namun begitu, sikap guru besar yang terlalu mengawal ketat para
guru di samping sikap guru yang suka mengasingkan diri telah mewujudkan jurang
komunikasi yang telah memberikan impak negatif sekali gus menambahkan lagi stres
dalam kalangan warga pendidik ini.

Lanjutan daripada itu, para guru juga berasa kurang dihargai walaupun telah
bertungkus lumus untuk melahirkan murid-murid yang cemerlang dari segi akademik
dan kokurikulum. Pada hemat pengkaji, keadaan yang berlanjutan seperti ini boleh
memudaratkan kesihatan mental para guru sekali gus mempengaruhi prestasi murid-
murid secara negatif. Seterusnya, pengkaji turut mengaitkan isu yang dikaji dengan
beberapa model yang relevan. Model Tekanan Kerja Guru, Kyriacou dan Sutcliffe
(1978) menyatakan bahawa konsep stres kerja guru sebagai satu sindrom gerak balas
terhadap kesan negatif seperti kemarahan atau kemurungan guru yang biasanya
disertai oleh potensi perubahan ‘pathogenic psychological’ dan ‘biochemical’ yang
berpunca daripada aspek pekerja guru dan perantara yang dipersepsikan sebagai
mendatangkan ancaman terhadap harga diri atau kesempurnaan diri guru dan gaya
tindak untuk mengawal atau menangani ancaman akan digiatkan untuk mengurangkan
sesuatu ancaman yang dipersepsikan (Mokhtar,1998). Dalam aspek kajian ini, jika
iklim sekolah iaitu tempat kerja guru menjadi tempat yang negatif dan menyebabkan
kemarahan atau kemurungan kepada guru, ia akan menyebabkan tekanan dan stress
kepada mereka.

Selain itu, Model stress Atkinson (1988) mendefinisikan stress sebagai


permintaan berlebihan yang melampaui kebolehan seseorang individu. Permintaan
daripada pelbagai sumber, kerja yang banyak dan ketidakcukupan masa akan
mendatangkan stres. Stres dikategorikan kepada dua iaitu luaran dan tekanan
dalaman. Tekanan luaran iaitu persekitaran fizikal (seperti piawai yang terlalu tinggi)
dan emosi (seperti tidak mahu meminta bantuan). Dalam konteks kajian ini, kerja
yang berlebihan dan melampaui kemampuan guru, Tarikh luput yang terlalu dekat
serta tekanan dan harapan yang terlalu tinggi daripada guru besar menyebabkan guru-
guru berasa stress.

Kedua-dua teori ini jelas menunjukkan bahawa persekitaran kerja mampu


menyebabkan seseorang pekerja berasa tertekan dan mengalami stress. Oleh yang demikian,
teori ini dapat menjelaskan faktor iklim sekolah dalam menyebabkan stress dalam kalangan
guru-guru dengan tepat.
BAB 5
IMPLIKASI DAN CADANGAN

Kajian ini amat penting kepada bidang pendidikan terutamanya guru-guru. Kajian ini akan
memberi kesedaran kepada pihak pengurusan sekolah kepentingan mewujudkan iklim
sekolah yang efektif dan berkesan bagi memastikan guru-guru tidak berasa stress dan
tertekan.
13.0 Rumusan

Stres merupakan suatu bentuk reaksi normal yang dialami oleh semua individu dan
diibaratkan sebagaikan pedang dua mata yang mampu meninggalkan sama ada kesan yang
positif mahupun negatif, bergantung kepada tindakan seseorang individu itu untuk
menanganinya.

Hasil kajian mendapati bahawa sebilangan besar daripada responden mengalami


tekanan pada tahap yang sederhana manakala sebilangan kecil sahaja yang mengalami stres
pada tahap yang tinggi. Perkara yang ditakuti ialah sekiranya isu ini dibiarkan berterusan
tanpa ada usaha-usaha pencegahan yang segera, lalu menyebabkan semakin ramai guru yang
akan mengalami stres pada tahap yang tinggi pada masa akan datang.

You might also like