You are on page 1of 3

SIARAN MEDIA

J A B A T A N P E N E R A N G A N
M A L A Y S I A

PEN.SIBU/18/4/2 ISNIN, 18 April 2022

TUN TAIB DAN TOH PUAN RAGHAD MEMERIAHKAN SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN
PERINGKAT NEGERI SARAWAK

SIBU, 18 April – Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib
Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menghadiri Majlis Sambutan
Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak di Masjid An-Nur, Sibu pada malam ini.

Ketibaan Tun Taib dan Toh Puan telah disambut oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri
Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Hajah
Jumaani Tun Tuanku Haji Bujang.

Pada tahun ini, Sibu telah terpilih menjadi tuan rumah sambutan dengan tema ‘Manhaj Rabbani
Ummah Berkualiti’“setelah dua tahun tidak dapat dianjurkan kesan Pandemik Covid-19. Pada
kali ini, penganjuran dibenarkan setelah negara beralih ke fasa Endemik bermula 1 April 2022
dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Acara sambutan dimulakan dengan Majlis berbuka puasa dan selepas itu Tun Taib menunaikan
Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah bersama-sama umat Islam Sibu seterusnya
Tazkirah Nuzul al-Quran yang disampaikan oleh Profesor Madya Dato Mohd Izhar Ariff Bin Mohd
Kashim, Timbalan Dekan (Jaringan dan Alumni) Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Pada majlis perasmian sambutan, Premier Sarawak telah menekankan peri pentingnya umat
Islam terus menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan utama dalam menjalani kehidupan

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, NEGERI SARAWAK


Bahagian Media Dan Komunikasi Korporat, Jalan Diplomatik off Jalan Bako 93050 Kuching
Tel : (082) 319785 Fax : (082)319808 e-mail mkkswk2@gmail.com
seharian. Masih banyak intipati al Quran yang perlu dikaji antaranya perkara yang ditemui oleh
para saintis mengenai sains peredaran matahari dan bulan selain perbezaan cap jari di kalangan
manusia yang seterusnya telah digunakan untuk tujuan verifikasi dan sekuriti dalam pelbagai
aplikasi digital pada era digital ini.

Penurunan Al-Quran juga mengajar manusia supaya sentiasa berbuat baik sesama manusia dan
memperkasakan perpaduan. Sarawak seharusnya menggunakan teknologi untuk meletakkan
ekonomi ke tahap yang lebih tinggi berdasarkan bidang-bidang keilmuan masakini. Planet bumi
perlu dihindari daripada pemanasan global. Sarawak menggunakan peluang ini ke arah
ekonomi yang berteraskan bahan bakar yang kurang kandungan karbon seperti penggunaan
tenaga hidro dan hidrogen.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi yang juga
Menteri Bertanggungjawab Dalam Hal Ehwal Islam, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi; Timbalan
Menteri Pendidikan,Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dr Annuar Bin Haji Rapa’ee;Yang
DiPertua Majlis Islam Sarawak, Datu Haji Misnu Bin Haji Taha dan Pengarah Jabatan Agama
Islam Sarawak, Ustaz Haji Khalidi Bin Ibrahim.
-Tamat-

Disediakan oleh: Rosman Haji Zaini /Mohamad Norhasmin Bin Mohd Nor (JaPen Sibu)
Jurufoto: Roslee Hashim (BKVS/ JAPEN Sibu)

Gambar PENERANGAN menunjukkan:

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, NEGERI SARAWAK


Bahagian Media Dan Komunikasi Korporat, Jalan Diplomatik off Jalan Bako 93050 Kuching
Tel : (082) 319785 Fax : (082)319808 e-mail mkkswk2@gmail.com
Foto 1: Ketibaan Tun Taib dan Toh Puan Raghad di perkarangan Masjid An Nur Sibu
Foto 2: Majlis berbuka puasa TYT serta Premier Sarawak bersama umat Islam Sibu
Foto 3: Tazkirah Nuzul Al-Quran oleh Profesor Madya Dato Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim
Foto 4: Amanat oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Rahman Zohari Tun
Datuk Abang Openg

SIBU Disediakan pada jam 9.00 malam

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, NEGERI SARAWAK


Bahagian Media Dan Komunikasi Korporat, Jalan Diplomatik off Jalan Bako 93050 Kuching
Tel : (082) 319785 Fax : (082)319808 e-mail mkkswk2@gmail.com

You might also like