You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,


JALAN MAKTAB, DURIAN DAUN, 75400 MELAKA

LAPORAN

NAMA/TAJUK :

PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA DENGAN YAB DATO’ SERI MOHD NAJIB BIN
TUN HJ ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA

MASA :
2.00 PETANG

TARIKH :
11 FEBRUARI 2018
(AHAD)

TEMPAT :
BANGHURIS HOMESTAY, SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN

PENGANJUR :
BAHAGIAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI JABATAN KETUA MENTERI MELAKA
1.0 PENGENALAN

Program Ramsh Mesra bersama Perdana Menteri in merupakan satu program


untuk menghimpunkan golongan belia bersama pemimpin negara. Program ini
menghimpunkan 12 ribu golonganbelia. Tujuannya adalah untuk mendekati
golongan muda belia ini dan mendengar suara dan pandangan mereka. Beberapa
amanat juga turut disampaikan oleh Perdana Menteri kepada anak-anak muda.
Antara yang ditekankan dalam program ini ialah golongan belia haruslah
menyematkan prinsip Belia 4B dalam jiwa masing-masing. 4B merujuk Bersatu,
Belajar, Bekerja dan Berkhidmat.

2.0 MAKLUMAT UMUM

Program Ramah Mesra Bersama Dengan Yab Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Hj
Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia telah dilaksanakan dengan jayanya
mengikut butiran berikut :

Tarikh : 11 Februari 2018


Kumpulan sasaran :Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Ketua-Ketua Unit
PPISMP dam PISMP
Tempat : Banghuris Homestay, Sepang, Selangor Darul Ehsan
Penyelaras : Us. Mohd Fuad bin Salleh (Pensyarah Penasihat JPP)

3.0 PENGISIAN PROGRAM

Program ini berlangsung selama 2 jam di perkarangan Banghuris Homestay di


Sepang, Selangor. Seramai 38 orang guru pelatih yang terdiri daripada ahli
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan ketua-ketua unit telah terlibat dalam program
ini. Program ini dimulakan dengan menyambut ketibaan Perdana Menteri Malaysia
dan nyanyian lagu Negaraku dan lagu 4B dan diikuti bacaan doa. Program
diteruskan dengan ucapan aluan oleh Ybhg Tuan Mejar (K) Mohd Nizam bin Hj
Omar yang merupakan Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia. Beliau menjelaskan
apakah maksud di sebalik 4B tersebut. 4B merujuk bersatu, belajar, bekerja dan
berkhidmat.

Seterusnya uacapan Yb Tan Sri Hj Noh bin Hj Omar, Menteri Kesejahteraan


Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kemudian diikuti tayangan montaj 4B
Malaysia. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Yab Dato’ Sri Mohd
Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Dalam ucapan, beliau
menyeru agar golongan belia sentiasa mengamalkan prinsip 4B ini iaitu Bersatu,
Belajar, Bekerja dan Berkhidmat.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian bantuan pentadbiran 4B,


penyampaian hadiah dan cenderamat kepada johon keseluruhan sukan muhibah
dan pelancaran jentera pilihan raya. Program diakhiri dengan penyampaian
cenderamata.
4.0 BAHAN LAMPIRAN
1.1 GAMBAR
1.2 SENARAI KEHADIRAN PESERTA

Disediakan oleh:

___________
Naib Yang Di-Pertua 2
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

GAMBAR

You might also like