You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1

SMK TUN HABAB

1.0 PENGENALAN
Murid-murid yang baru menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah akan merasakan
perbezaan ketara dari segi pengalaman dan pembelajaran mereka di sekolah rendah.
Perubahan ini perlu mereka lalui kerana mereka berada di persekitaran persekolahan
yang berbeza. Murid-murid ini akan merasakan perbezaan dari segi pergaulan dengan
rakan-rakan baru, guru-guru baru, pakaian seragam baru, suasana dan tempat baru,
dan yang paling ketara adalah pertambahan matapelajaran baru yang lebih banyak
berbanding di sekolah rendah. Justeru itu, bagi memudahkan murid-murid melalui
perubahan tersebut, program hari dan minggu orientasi telah dirangka untuk
membantu murid lebih mengenali persekitaran sekolah, menyesuaikan diri dengan
rakan-rakan baru, memahami mata pelajaran yang akan dipelajari, mengetahui
sumbangan yang boleh dipohon dan pelbagai maklumat lagi yang boleh diketahui
dengan pendekatan pelbagai aktiviti pelajar yang telah dirancang untuk mereka. Oleh
itu, diharapkan pendedahan yang diberi di dalam program ini dapat mendorong murid-
murid berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik, sahsiah, ko-
kurikulum dan disiplin.

2.0 OBJEKTIF
1. Memberi pendedahan kepada murid-murid baru tentang alam persekolahan
sekolah
menengah.
2. Mempastikan murid-murid baru dapat menyesuaikan diri dengan sistem
pembelajaran dan persekitaran sekolah menengah.
3. Melatih murid-murid untuk bermotivasi ke sekolah.

3.0 TARIKH

22 - 25 Mac 2022

SELASA - KHAMIS

4.0 TEMPAT

Google Meet daripada lokasi masing-masing.


5.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengetua
Encik Zakaria bin Abd Jalil

Penolong Kanan Petang


Puan Fairus binti Abd Ghani

Penyelaras
Puan Nurashikin binti Ishak

Fasilitator
Pelajar BKP dan SLB

6.0 TENTATIF

22 MAC 2022 (SELASA)

Masa Aktiviti Medium


8.00 pagi Pelajar berada dalam link Google Meet Google Meet
Taklimat ringkas Program Orientasi Tingkatan 1
SMK Tun Habab
8.30 pagi Ucapan Penolong Kanan Petang Google Meet
9.30 pagi Ucapan Pengetua SMK Tun Habab Google Meet
10.00 pagi Rehat
10.30 pagi Kenali Guru Anda (Semua guru yang mengajar Google Meet
Tingkatan 1)
11.00 pagi Taklimat Unit Bimbingan dan Kaunseling Google Meet
2.00 petang Kenali SMK Tun Habab Google Meet
3.00 petang Tugasan dalam kumpulan Whatsapp/
Telegram
24 MAC 2022 (KHAMIS
Masa Aktiviti Medium
8.00 pagi Taklimat ringkas Program Orientasi Tingkatan 1 Google Meet
SMK Tun Habab (Hari Kedua)
8.30 pagi Taklimat Disiplin (Encik Fauzi bin Shamsuddin) Google Meet
9.30 pagi Taklimat Ko Kurikulum (Encik Mohd Akmal bin Google Meet
Salleh)
10.00 pagi Rehat
11.00 pagi Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah Google Meet
Puan Aizah bt Mohamed
2.00 petang Pembentangan Kumpulan Google Meet
5.00 petang Pengumuman kumpulan terbaik, peserta terbaik. Google Meet
bersurai

7.0 PENUTUP

Program ini diharap dapat memberi maklumat dan pengalaman kepada murid-murid
baru di SMK Tun Habab. Khasnya semua murid tingkatan 1. Dalam setiap usaha
murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tertentu dan
memerlukan sokongan dari pelbagai pihak untuk menjayakannya. Strategi dan
perancangan yang kemas, membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan.

Disediakan oleh

Nurashikin bt Ishak
Penyelaras
Program Orientasi Tingkatan 1
SMK Tun Habab

Disemak oleh

Puan Fairus binti Abd Ghani


Penolong Kanan Petang
SMK Tun Habab

Diluluskan oleh

Encik Zakaria bin Abd Jalil


Pengetua
SMK Tun Habab

You might also like