You are on page 1of 3

mara memograf

Kepada : Encik Muhammad Amirul bin Mohd Azin.


Daripada : Pengetua MRSM Lenggong, Perak.
Salinan Kepada : Pengarah Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan MARA.
Rujuk Kami Tarikh Rujuk Tuan Tarikh
MRSMLG.500-6/2/4 3 Januari 2022
29 Jamadilawal 1443H

PELANTIKAN SEBAGAI PEGAWAI KENDERAAN JABATAN MRSM LENGGONG,


PERAK

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan dilantik sebagai Pegawai Kenderaan


MRSM Lenggong, Perak.

3. Sebagai Pegawai Kenderaan tuan adalah bertanggungjawab untuk memastikan


aspek pengurusan kenderaan maktab diuruskan mengikut tatacara yang telah
ditetapkan seperti berikut :

(a) Menguruskan perolehan, pengagihan, penjadualan, penyelenggaraan,


pemeriksaan, keselamatan dan pelupusan Kenderaan Jabatan selaras
dengan peraturan semasa;

(b) Memastikan fail sejarah kenderaan-kenderaan seliaan jabatan adalah


lengkap dan kemaskini;

(c) Memastikan Kenderaan Jabatan mempunyai sistem perekodan dan


pengurusan fleet kenderaan yang kemas dan teratur;

(d) Menyemak kos penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan. Sekiranya


kos tersebut meragukan, laporan hendaklah dibuat kepada Ketua Jabatan
untuk dirujuk kepada panel worksyop maktab atau kerajaan bagi
mendapatkan laporan teknikal dan syor mengenai masalah tersebut;

(e) Menerangkan tanggungjawab pemandu kepada semua pemandu di bawah


seliaannya;

(f) Memberi perhatian kepada aspek keselesaan, tatasusila dan kebajikan


pemandu;

(g) Menguruskan pemeriksaan kesihatan pemandu, sekiranya perlu;

(h) Memantau penggunaan Kad Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit dan
SmartTAG, Kad Inden bahan api dan pembayaran notis kesalahan lalu
lintas/saman dalam Buku Log. Setiap rekod penggunaan dan pembayaran
hendaklah lengkap dan kemaskini;

(i) Mengesahkan kenderaan dan kelengkapan berfungsi dengan baik semasa


pertukaran pemandu;
(j) Memaklumkan kepada pegawai yang melantik pemandu sendiri supaya
mengambil perlindungan insurans.

(k) Memastikan bahawa semua tindakan diambil apabila berlaku kemalangan


mengikut prosedur yang telah ditetapkan;

(l) Menguruskan Kenderaan Jabatan untuk pemeriksaan tahunan di


PUSPAKOM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan agensi-agensi lain
berkaitan untuk memastikan tahap keselamatan dan prestasi kenderaan.

4. Tuan juga berperanan sebagai wakil maktab di dalam hal-hal berkaitan


pengurusan aset dan bertanggungjawab untuk memberikan laporan serta maklumat
berkaitan pengurusan aset kepada Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan MARA.

5. Saya berharap dengan pelantikan ini, pengurusan aset (kenderaan) MRSM


Lenggong dapat diuruskan dengan baik dan lancar.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“LUAR BANDAR SEJAHTERA”

Saya yang menjalankan amanah,

RAHMATUL AIDA BINTI AB RAHMAN


Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA
Lenggong, Perak.

“Amanah Rakyat”

You might also like