You are on page 1of 2

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt saya nur aina qaisara,akan membuat satu perbentangan berkaitan dengan
jirim.

Baiklah,Sebelum memulakan perbentangan saya ingin bertanya satu soalan, apakah itu jirim?

Baiklah..saya akan terangkan secara terperinci,

jirim merujuk kepada kewujudan tersendiri di luar kesedaran manusia.Dalam ilmu kimia,jirim ialah
istilah umum bagi sebatian yang mengandungi bahan tulen dan campuran.Jirim boleh wujud dalam
tiga keadaan yang berbeza,iaitu pepejal,cecair dan gas.Semua keadaan jirim mengandungi molekul
atau atom.

Perubahan keadaan jirim berlaku di bawah suhu dan tekanan yang berbeza.jirim boleh berubah dari
satu keadaan ke keaadan fizikal yang lain apabila tenaga haba diserap atau dibebaskan.

Terdapat banyak bahan yang mengalami perubahan keaadaan jirim dalam kehidupan harian kita
disebabkan oleh penyerapan dan pembebasan haba.

Tajuk perubahan keadaan jirim yang telah saya pilih ialah proses pemejalwapan.pemejalwapan ialah
suatu proses pepejal berubah secara langsung menjadi gas.proses gas berubah kepada pepejal juga
disebut sebagai pemejalwapan.

Antara contoh jirim yang menjalani proses pemejalwapan ialah ais kering.

Baiklah soalan seterusnya,kawan kawan tahu tak apa itu ais kering?

Jawapan:ais kering merupakan karbon dioksida dalam bentuk pepejal,berwarna putih separa lut
sinar dan bentuknya seperti ais.Ais kering disediakan secara penyejatan karbon dioksida cecair
dilakukan dengan cepat.Ais kering hanya berubah bentuk menjadi gas tanpa melalui fasa cecair
apabila dikenakan suhu dan tekanan biasa.Ais kering memejalwap menjadi asap putih pada suhu
bilik.Suhunya rendah dan sering digunakan sebagai bahan penyejuk,pemadam api dan hujan buatan.

Cuba kawan kawan teka apa akan terjadi jika ais kering ini dimasukkan ke dalam air?

Apabila ais kering menyentuh air,pemejalwapan dan pembebasan karbon dioksida semakin laju.

Antara contoh lainnya,

Ubat gegat.ubat gegat ialah proses pepejal kepdada gas.Ubat gegat digunakan untuk menghalau
gegat daripada merosakkan pakaian.Ia akan berubah menjadi gas dan semakin mengecil.
Selain itu,

orang salji juga proses pertukaran pepejal kepada gas.Ais tidak akan cair di bawah takat beku,namun
akan berubah menjadi gas.Oleh sebab itu,kita lihat orang salji semakin mengecil walaupun pada
musim sejuk.

Fros pula proses gas kepada pepejal.Suhu yang turun secara mendadak menyebabkan wap air di
udara berubah menjadi fros tanpa menjadi titisan air terlebih dahulu.manakala fros pada tingkap
terjadi kerana udara panas menyentuh tingkap kaca yang sejuk tidak akan berubah menjadi titisan
air,sebaliknya terus menjadi ais.Ia juga proses pertukaran gas kepada pepejal.

Seterunsya saya ada sediakan sedikit maklumat tambahan mengenai jirim.

Pepejal memiliki isipadu dan bentuk tertentu akan bertukar menjadi cecair atau gas bedasarkan
suhu dan tekanan tertentu.Proses pepejal,berubah menjadi cecair di panggil peleburan.Ais kering
berbentuk pepejal akan terus berubah menjadi gas tanpa perlu melalui bentuk cecair ini dipanggil
pemejalwapan.Ruang antara zarah pepejal lebih kecil,daya tarikan lebih kuat dan bentuk tidak
mudah berubah jika dikenakan daya luar.

Seterusnya udara merupakan campuran pelbagai jenis gas yang tidak kelihatan dan terdapat di
atmosfera.sesetengah gas memiliki kepejatan malar dan sesetengah gas mengikut perubahan waktu
dan ruang.Udara terdiri daripada 78% nitrogen,21% oksigen,0.94% gas nadir (iaitu
helium,neon,argon,krypton dan xenon)0.03% bahan lain (seperti wap air,bahan tidak tulen dan
sebagainya.)

Manakala, gas boleh mengalir,berubah bentuk,tersebar dan tidak ada batas isipadu.Isipadu gas lebih
banyak dipengaruhi oleh suhu dan tekanan dari luar.Isipadu,suhu dan tekanan gas telah membentuk
pelbagai hukum gas,terutamanya hukum Boyle,hokum Charles dan sebagainya.Zarah gas bergerak
secara rawak ke semua arah dan berlanggar antara satu sama lain dengan kerap kerana zarah-
zarahnya mempunyai tenaga kinetik yang tinggi.Terdapat pelbagai jenis gas,antaranya karbon
dioksida,oksigen,nitrogen,helium,xenon dan hidorgen.

You might also like