You are on page 1of 6

FONETIK DAN

FONOLOGI
JENIS FONETIK

Jenis-jenis fonetik terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

● Fonetik akustik
● Fonetik artikulatori
● Fonetik auditori
Fonetik akustik

● Fonetik akustik ialah kajian terhadap bunyi bahasa.Ilmu ini mengkaji ciri-ciri fizikal bunyi
dan gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh penutur.
● Kamus Linguistik(1997) mentakrifkan fonetik akustik sebagai kajian tentang sifat fizikal
bunyi bahasa, seperti frekuensi, amplitud yang teralir antara mulut dan telinga.
● fonetik akustik ialah bidang yang memberikan tumpuan terhadap sifat akustik gelombang
suara, iaitu sifat fizikal bunyi yang menyampaikan ujaran.
Fonetik artikulatori

● Fonetik artikulasi memfokuskan kajian dan perbincangan bagaimana bunyi bahasa


dihasilkan dengan bantuan organ dalaman. Menerusi ilmu ini kita akan didedahkan dan
diperkenalkan kepada sistem penghasilan bunyi dan organ sebutan. Seperti paru-paru, pita
suara, lelangit lembut dan keras, bahagian lidah dan lain-lain lagi.
● Alat- alat yang digunakan untuk membentuk bunyi-bunyi dikenali sebagai artikulator. Bunyi
–bunyi ujuran boleh dibahagikan kepada konsonan dan vokal.
Fonetik auditori

● Clyton Valli (2000) menerangkan fonetik auditori sebagai kajian tentang persepsi bunyi
bahasa.
● Menurut Nor Hashimah (2007) pula, fonetik auditori adalah berkenaan dengan
pendengaran dan proses yang wujud apabila diterima bunyi dan cara bunyi tersebut
dirasai.
● Kesimpulannya, fonetik auditori yang merupakan cabang fonetik ialah bidang kajian
tentang persepsi bunyi tuturan, iaitu cara bunyi tersebut didengar.
GAMBAR
ARTIKULATORI

You might also like