You are on page 1of 3

RANGKA KARANGAN BAHAGIAN A

Dewasa ini, isu..................................(TAJUK / TEMA) sering dipaparkan di dada akhbar dan


di kaca televisyen. Hal ini dikatakan demikian kerana .................(TAJUK / TEMA)
menyumbangkan [kebaikan / keburukan (pilih salah satu)] yang amat besar kepada .................. [
kita/ masyarakat/ negara (pilih salah satu)]. Sehubungan dengan itu, terdapat pelbagai
........................................... (KEHENDAK SOALAN / FOKUS SOALAN dan TEMA).

.........................[KEHENDAK SOALAN / FOKUS SOALAN] yang paling utama ialah


.............................[ISI 1]. Hal ini tercetus apabila ............. . Sebagai contoh,...................... .
Kesannya, ..................... . Oleh itu, jelaslah bahawa ..................... [tulis semula ISI 1] ialah
................... [tulis semula KEHENDAK SOALAN / FOKUS SOALAN dan TEMA].

Di samping itu, .........................[KEHENDAK SOALAN / FOKUS SOALAN] yang tidak boleh


dipandang enteng ialah ........................[ISI 2]. Hal ini menggambarkan bahawa ............ Sebagai
contoh, ..................... . Kesannya,..................... . Oleh itu, jelaslah bahawa .....................[tulis semua
ISI 2] ialah ...................[KEHENDAK SOALAN / FOKUS SOALAN dan TEMA]

Sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat pelbagai ................. (KEHENDAK SOALAN /
FOKUS SOALAN dan TEMA). Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah berganding bahu
bagai aur dengan tebing bagi melaksanakan usaha untuk ....(TAJUK / TEMA) . Pada waktu yang
sama, kita mestilah sedar akan hakikat bahawa setiap kejayaan mesti diiringi usaha kerana jika
tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Cikgu Md Amirruddin | SMK Taman Maluri


RANGKA KARANGAN BAHAGIAN B (CARA/ LANGKAH/ USAHA/ PELBAGAI PIHAK)

PENDAHULUAN

Mutakhir , isu..................................(TAJUK / TEMA) sering dipaparkan di dada akhbar dan


di kaca televisyen. Hal ini demikian kerana .................(TAJUK / TEMA) menyumbangkan
[ kebaikan / keburukan] yang amat besar kepada .................. [ keluarga/ kita/ masyarakat/ negara].
Sehubungan dengan itu, terdapat pelbagai .................................................( KEHENDAK SOALAN
/ FOKUS SOALAN).

ISI (pilih tiga atau empat isi yang terbaik) :

1. mengajar anak-anak

Usaha yang paling pragmatik ialah ibu bapa mestilah mengajar anak-anak. Hal ini mesti
dilakukan sejak anak kecil kerana melentur buluh daripada rebungnya. Sebagai contoh, mengajar
anak-anak tentang cara untuk [tuliskan tajuk] seperti .... Kesannya, anak-anak akan
mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Oleh itu, jelaslah bahawa mengajar anak-anak ialah
...................[kehendak soalan / fokus soalan dan tajuk / tema].

2. menjadi suri teladan kepada anak-anak

Inisiatif lain yang tidak boleh dipandang enteng ialah ibu bapa mestilah menjadi suri teladan
kepada anak-anak tentang .................[tuliskan tajuk]. Hal ini dikatakan demikian kerana bagaimana
acuan begitulah kuihnya. Sebagai contoh, ibu bapa mestilah menunjukkan sikap yang baik tentang
hal ini di depan anak-anak seperti .... Kesannya, anak-anak akan mengikut sikap yang baik itu. Oleh
itu, jelaslah bahawa menjadi suri teladan kepada anak-anak ialah ............... [kehendak soalan /
fokus soalan dan tajuk / tema].

3. memberikan penghargaan kepada anak-anak

Usaha murni lain yang dikenal pasti ialah ibu bapa mestilah memberikan penghargaan
kepada anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa memberikan pujian, hadiah atau terima kasih apabila
anak-anak menunjukkan sikap yang positif tentang hal ini. Kesannya, anak-anak akan berasa
gembira untuk mengulanginya. Oleh itu , jelaslah bahawa memberikan penghargaan ialah
.............[kehendak soalan / fokus soalan dan tajuk / tema].

4.menghukum anak-anak

Menghukum anak-anak juga ialah ........... [kehendak soalan / fokus soalan dan tajuk / tema].
Hal ini dikatakan demikian kerana sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-
tinggalkan. Sebagai contoh, ibu bapa boleh merotan atau mengambil semula barang yang diberi
jika anak tidak mematuhi nasihat tentang hal ini. Kesannya, anak-anak tidak berani mengulangi
kesalahan itu lagi. Oleh itu , jelaslah bahawa menghukum anak-anak ialah .............[kehendak
soalan / fokus soalan dan tajuk / tema].

Cikgu Md Amirruddin | SMK Taman Maluri


5. mengawasi anak-anak

Selanjutnya, ibu bapa mestilah mengawasi anak-anak kerana mencegah lebih baik daripada
mengubati. Sebagai contoh, ibu bapa mestilah mengawasi individu yang menjadi kawan anak kita,
lokasi anak dan aktiviti yang dibuat di luar rumah. Kesannya, anak-anak tidak berani melakukan
perkara yang menconteng arang ke muka ibu bapa. Oleh itu, jelaslah bahawa mengawasi anak-
anak ialah .......... [kehendak soalan / fokus soalan dan tajuk / tema].

6. memberikan perhatian dan kasih sayang

Ibu bapa mestilah memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak seperti
menatang minyak yang penuh. Ibu bapa mestilah meluangkan masa bersama anak-anak dan rajin
bertanya tentang masalah anak-anak. Ibu bapa juga mestilah selalu mengucapkan ayah sayang
kamu, ibu sayang kamu kepada anak-anak. Kesannya, anak-anak berasa disayangi dan tidak
sanggup melakukan perbuatan yang melukakan hati ibu bapa mereka. Oleh itu, jelaslah bahawa
memberikan perhatian dan kasih sayang ialah ............. [kehendak soalan / fokus soalan dan tajuk
/ tema].

7.memberikan nasihat dan teguran kepada anak-anak

Ibu bapa juga mestilah memberikan nasihat kepada anak-anak tentang ........... [kehendak
soalan / fokus soalan dan tajuk / tema] . Hal ini mestilah dilakukan selalu oleh ibu bapa tanpa ada
rasa bosan. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menasihati mereka supaya sentiasa melakukan
perbuatan yang positif. Lama-kelamaan anak-anak akan sedar juga bahawa nasihat itu adalah
untuk kebaikannya. Oleh itu, jelaslah bahawa menasihati anak-anak ialah... [kehendak soalan /
fokus soalan dan tajuk / tema].

8. mengadakan kempen

Tidak dinafikan bahawa melalui peranan kerajaan juga ialah ............. [kehendak soalan /
fokus soalan dan tajuk / tema] . Kerajaan mestilah mengadakan kempen tentang kebaikan
..........[tajuk / tema]. Kempen ini mestilah diadakan sepanjang tahun dan janganlah hangat-hangat
tahi ayam. Kesannya, kesedaran masyarakat tentang hal ini akan meningkat. Oleh itu, jelaslah
bahawa mengadakan kempen ialah merupakan salah satu [kehendak soalan / fokus soalan dan
tajuk / tema].

9. melalui peranan media massa

Cara yang seterusnya termasuklah melalui peranan media massa. Sebagai contoh, pihak
media elektronik mestilah menyiarkan rancangan televisyen seperti drama, filem atau rencana
tentang [tajuk / tema]. Pihak media cetak pula mestilah menulis lebih banyak artikel tentang isu ini
di dalam surat khabar, majalah dan internet. Kesannya, masyarakat mendapat banyak ilmu. Oleh
itu, jelaslah bahawa melalui peranan media massa dapat ........................... [kehendak soalan / fokus
soalan dan tajuk / tema].

PENUTUP

Sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat pelbagai .................(KEHENDAK SOALAN /


FOKUS SOALAN). Sehubungan dengan itu, ibu bapa / semua pihak mestilah berganding bahu
bagai aur dengan tebing bagi melaksanakannya. Pada waktu yang sama, kita mestilah sedar akan
hakikat bahawa setiap kejayaan mesti diiringi usaha kerana jika tidak dipecahkan ruyung manakan
dapat sagunya.

Cikgu Md Amirruddin | SMK Taman Maluri

You might also like