You are on page 1of 2

BAB 3 : KETINGGIAN DAN KERATAN RENTAS DALAM PETA TOPOGRAFI

3.1 : Mengenal pasti Ketinggian Berdasarkan Simbol

1. Ketinggian sesuatu tempat dikukur dari laut menggunakan meter


2. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menentukan ketiggian iaitu:
 Kontur
 Tanda tinggi
 Tanda aras
 Warna
 Stesen triginometri

SIMBOL KETINGGIAN
Simbol Keterangan

 Kontur ialah garisan yang dilukis bagi menyambung


titik-titik yang sama ketinggian dari aras laut.
 Garisan kontur ialah garisan yang dilukis untuk
menyambungkan semua tempat yang mempunyai sama
ketinggian dari aras laut.
 Selang kontur ialah perbezaan ketinggian di antara dua
garisan kontur yang berturutan.
 Garisan kontur indeks ialah garisan yang dilukis lebih
tebal selepas empat garisan kontur biasa.

 Tanda aras atau batu aras berfungsi untuk menunjukkan


ketinggian sesuatu tempat sebenar di permukaan bumi.

 Tanda aras menunjukkan ketinggian seperti jalanraya,


jalan kereta api dan jambatan di dalam peta topografi.

 Titik ketinggian menunjukkan ketinggian sesuatu tempat


dari aras laut..
 Titik ketinggian sesuai untuk menunjukkan ketinggian
sesuatu kawasan yang tiada garisan kontur, puncak bukit
atau gunung.

 Warna digunakan untuk menunjukkan perbezaan


ketinggian di dalam peta topografi.
 Warna biru menunjukkan Kawasan berair seperti sungai,
tasik dan laut.
 Warna hijau untuk menunjukkan kawasan tanah pamah.
 Warna jingga menunjukkan Kawasan lebih tinggi seperti
bukit dan gunung yang menggunakan simbol garisan
kontur.

 Setiap Stesen Trigonometri berfungsi menunjukkan


jaringan kawalan ketinggian.
 Biasanya Stesen Trigonometri digunakan untuk
menunjukkan lokasi dan ketinggian puncak bukit dan
gunung.

You might also like