You are on page 1of 16

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK

SMK TTDI JAYA TAHUN 2022

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2022 telah dilaksanakan dengan


jayanya pada 23 Julai 2022 yang lalu dengan kerjasama PIBG. Program tahunan
ini bertujuan memberi penghargaan kepada guru-guru dan meraikan pencapaian
cemerlang para pelajar dalam bidang kurikulum sepanjang tahun 2021. Program
ini diharapkan dapat menyuntik semangat dan motivasi warga sekolah untuk
terus melonjakkan prestasi sekolah khususnya dalam pentaksiran sekolah dan
peperiksaan awam.

Persiapan majlis ini telah dibuat pada awal tahun lagi terutamanya
pengumpulan data murid cemerlang dalam Peperiksaan dalaman semua
tingkatan 2021. Surat jemputan kepada ibu bapa dan penerima anugerah mula
diedarkan oleh jawatankuasa jemputan pada awal Julai . Mesyuarat AJK
Pelaksana turut diadakan pada 24 Jun dan 15 hb Julai untuk agihan tugas. Bagi
memastikan majlis ini berjalan seperti yang dirancang, raptai telah diadakan iaitu
pada 20 hb Julai, 2022. Raptai ini dapat memberi gambaran kepada penerima
anugerah tentang perjalanan majlis yang sebenar. Raptai yang diadakan ini
secara tidak langsung memberi ruang kepada pihak pentadbir untuk membuat
teguran dan juga penambahbaikan bagi memastikan kelancaran majlis.

Hari bersejarah ini menyaksikan 74 orang murid yang mencapai keputusan


cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2021 diberi penghargaan oleh pihak
sekolah. Bukan itu sahaja, murid-murid PPKI yang berpotensi turut diraikan.
Seramai 6 orang murid PPKI yang cemerlang 2021 dan 53 orang murid
cemerlang SPM 2021 turut diraikan. Dalam majlis ini, Noor Aisyah bt Noor
Hasmaddi telah dinobatkan sebagai Murid Terbaik SPM 2021 aliran Sains dengan
memperolehi 7A (A+, 2A ) dengan GP 0.22. Daniel Chong Mun You diiktiraf
sebagai murid terbaik aliran sastera ikhtisas SPM 2021 dengan memperolehi
3(A+) 5(A) dengan GP 0.63 . Tiga murid yang telah mendapat anugerah
Pengetua iaitu Shafik Najmi bin Shahajiddin sebagai Ketua pelajar , Ayu Farha
Qistina bt Abd Hamid sebagai Timbalan 1 MPP dan Muhammad Danish Haikal bin
Mohd Fadel sebagai Timbalan 2 MPP tahun 2021. Tokoh pelajar telah disandang
oleh Muhammad Danish Haikal bin Mohd Fadel dari tingkatan 5 Gamma..

Guru-guru yang telah melonjakkan prestasi panitia masing-masing juga turut


diberi penghargaan. Anugerah Panitia bagi peningkatan kualiti gred purata dan
peratus SPM 2021 telah diperolehi oleh Panitia Bahasa Melayu , Panitia Bahasa
Inggeris , Panitia Sejarah dan Panitia Kimia. Bagi anugerah peningkatan kualiti
gred purata dan kekal kelulusan 100% SPM 2021 telah disandang oleh Panitia
Sain Komputer , Panitia Fizik , Panitia Bahasa Cina dan Panitia Kesusasteraan
Tamil . Manakala anugerah Panitia kekal kelulusan 100% SPM 2021 telah

1
diperolehi oleh Panitia Pendidikan Seni Visual , Panitia Grafik Komunikasi Teknikal
dan Panitia Bahasa Tamil. Panitia Matematik Tambahan telah diiktiraf sebagai
panitia peningkatan kualiti gred purata SPM 2021 . Selain dari 3 panitia yang
telah menerima anugerah peningkatan peratus SPM 2021 ialah Panitia Tasawwur
Islam , Panitia Perniagaan dan Panitia Sains . Panitia Biologi telah diiktiraf
sebagai Panitia peningkatan kualiti gred purata dan peningkatan kelulusan 100%
SPM 2021 dan seterusnya dinobatkan sebagai Panitia cemerlang SPM 2021 .
Semoga penghargaan yang diberi ini akan terus menyuntik dan membakar
semangat warga SMK TTDI Jaya untuk terus gigih berusaha meraih kejayaan
dalam pelbagai bidang dan seterusnya melonjakkan prestasi sekolah.

Perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2022 ini telah


disempurnakan oleh Yang Berbahagia En. Ahmad Nizam bin Mohd Sabri , Yang
Dipertua PIBG SMK TTDI Jaya Sesi 2021/2022. Pihak sekolah amat berbesar hati
atas kesudian Yang Berbahagia En Ahmad Nizam bin Mohd Sabri meluangkan
masa bagi merasmikan program kali ini. Sekalung penghargaan dan ucapan
terima kasih juga kepada semua Ibubapa yang hadir .

Ketibaan tetamu kehormat iaitu Yang Berbahagia En Ahmad Nizam bin Mohd
Sabri , Yang Dipertua PIBG SMK TTDI Jaya Sesi 2021/2022 disambut oleh Puan
Hjh Sarzini bt Aziz, Penolong Kanan SMK TTDI Jaya, barisan pentadbir dan
penyelaras program iaitu Puan Muniswari A/P Aramugam . Setelah
menandatangani buku pelawat dan sesi bergambar, tetamu kehormat dan
jemputan dihiburkan oleh persembahan silat bawah pimpinan Pn. Roziah bt
Yahaya sebagai simbolik menyambut ketibaan tetamu kehormat. Seterusnya,
tetamu kehormat dan tetamu khas dibawa ke Dewan Seri Budi .

Ketibaan tetamu kehormat dan tetamu khas ke Dewan Seri Budi telah
disambut oleh guru-guru, ibu bapa dan penerima anugerah. Majlis bermula
dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan diikuti bacaan doa.
Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan Penolong Kanan Pentadbiran SMK
TTDI Jaya dan diikuti ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia En Ahmad Nizam
bin Mohd Sabri, Yang Dipertua PIBG SMK TTDI Jaya.

Majlis penyampaian anugerah panitia dimulakan setelah persembahan murid


dan majlis ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia En Ahmad Nizam bin Mohd
Sabri, Yang Dipertua PIBG SMK TTDI Jaya. Majlis diteruskan dengan
penyampaian anugerah murid iaitu murid terbaik mata pelajaran PPKI , Murid
berpotensi PPKI , murid terbaik peningkatan prestasi, murid cemerlang
Akademik mengikut tingkatan dan murid terbaik mata pelajaran berdasarkan
Peperiksaan Akhir Tahun 2021 oleh Yang Berusaha Pn Halizah bt Baharom PK
Kokurikulum . Seterusnya para hadirin dihiburkan pula dengan persembahan
murid . Majlis penyampaian anugerah untuk murid cemerlang SPM 2021 telah

2
disempurnakan oleh Yang berusaha iaitu Pn Radziah bt Abdullah, Penolong
Kanan HEM. Kemuncak acara ialah penyampaian anugerah Murid Terbaik SPM
2021, Anugerah Khas Pengetua dan Tokoh Murid . Majlis penyampaian
anugerah ini berakhir pada jam 11.00 pagi.

Sebagai rumusannya, Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2022 ini telah


dilaksanakan dengan jayanya. Semua AJK yang terbabit telah bekerja keras bagi
memastikan program ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Komitmen
yang tinggi daripada semua penerima anugerah juga menjadikan majlis
penyampaian anugerah berjalan lancar. Selain memberi penghargaan kepada
guru dan pelajar, para hadirin turut dihiburkan oleh murid-murid yang berbakat.
Ibarat serampang dua mata, bakat dan potensi para pelajar turut digilap di
samping memupuk keyakinan dan keberanian dalam diri pelajar.

Akhir kata, diharapkan program ini mampu menyuntik dan membakar


semangat pelajar-pelajar SMK TTDI Jaya untuk terus menempa kejayaan yang
cemerlang dalam pelbagai bidang dan sekali gus memberi galakan dan motivasi
kepada rakan-rakan pelajar yang lain untuk berusaha lebih gigih demi mencapai
kecemerlangan dalam segala aspek kehidupan. Semoga program ini dapat
dilaksanakan pada tahun hadapan dengan penambahbaikan demi kecemerlangan
warga SMK TTDI Jaya “FROM AMATEURS TO LEAGUE OF LEGENDS”

3
POST MORTEM HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2022

Untuk penambahbaikan dan kelancaran program pada masa akan datang, ketua
setiap jawatankuasa diminta memberi komen atau ulasan serta cadangan
penambahbaikan secara ringkas. Cadangan-cadangan yang dikemukakan ini diharap
dapat diteliti dan diambil tindakan sewajarnya oleh pihak pentadbir bagi memastikan
kelancaran dan keberkesanan program pada masa akan datang. Berikut adalah
maklum balas daripada AJK yang berkenaan:

BIL JAWATANKUASA ULASAN & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. Jemputan * Bajet mencukupi


( Pn Norhasnah bt
Mohd Yusof) Kelemahan:
 Tiada.

Kekuatan:
* Tiada

Cadangan Penambahbaikan:
 Tiada

Bilangan AJK:
*Mencukupi

2. Sambutan Ibu Bapa * Tiada bajet


(Pn Wan Nawal bt Wan
Mohamad Zain) Kelemahan:
*-

Kekuatan:
* AJK sangat komited dan menepati masa

Cadangan Penambahbaikan:
*-
Cadangan AJK:
*mencukupi

4
3. Pendaftaran * Tiada bajet.
(Pn. Hairani bt Md
Sahak) Kelemahan:
* Tiada

Kekuatan:
* semua AJK sangat memberikan kerjasama
yang baiik

Cadangan Penambahbaikan:
* Tiada

Bilangan AJK:
* cukup

4. Buku Program * Bajet yang disediakan tidak mencukupi. Perlu


(Pn. Wan Faizah bt Wan RM350
Md Nor)
Kelemahan:
* maklumat masih lagi dikemaskini hingga hari
Rabu 20/7/2022. Agak lambat buku program
diproses.

Kekuatan:
* Ahli yang berdedikasi. Semuanya dapat
diselesaikan dalam masa yang ditetapkan

Cadangan Penambahbaikan:
*-

Bilangan AJK:
*memerlukan 4 orang

5. Persiapan Tempat di * Tiada bajet.


Foyer A – Sebelum
Majlis Kelemahan:
(Mohd Ihsan Afees b - Tiada
Radzi )
Kekuatan:
 Kerjasama yang diberikan oleh ahli / AJK
persiapan tempat sangat baik.
 Semua susun atur / perjalanan lancar dan
sempurna.

5
Cadangan Penambahbaikan:
 Pihak sekolah perlu membeli kipas bersaiz
besar sebanyak 2 unit dan wayar panjang
khusus untuk kegunaan program-program
besar yang dianjurkan di sekolah.

Cadangan Bajet :
Tiada

Bilangan AJK:
*Cukup

6. Persediaan Tempat di * Tiada bajet.


Foyer A – Selepas Majlis
(Pn. Rabiha bt Mat) Kelemahan:
 Tiada

Kekuatan:
 Semua AJK memberikan kerjasama yang
baik dalam melaksanakan tugasan termasuk
murid-murid yang turut membantu AJK
dalam mengemas foyer A.

Cadangan Penambahbaikan:
 -

Bilangan AJK:
* memerlukan 3 orang

7. Persiapan dewan * Tiada bajet.


sebelum program.
(Wan Mohd Zawawi b Kelemahan:
Wan Hassan) -
Kekuatan:
 AJK turut dibantu oleh pekerja pembersihan
dan beberapa orang murid untuk membantu
menyusun kerusi.

 Urusan persiapan dewan lebih mudah dan


lancar kerana kerusi telah sedia ada di
dalam dewan.

6
Cadangan Penambahbaikan:
 -

Bilangan AJK:
*Cukup

8. Siar raya. * Tiada budget


(En Muhamad
Hafizuddin b Mahmood) Kelemahan:

 Mohon beritahu awal sekiranya perlukan


peralatan

Kekuatan:
 Siaraya berjalan lancar / tiada gangguan
senasa majlis

Cadangan Penambahbaikan:
 Beritahu awal AJK siaraya sekiranya perlu
peralatan

Bilangan AJK:
* cadangan AJK 4 orang

9. Penyelaras Peserta * Tiada bajet


(Pn Erwani bt Suaib)
Kelemahan:
 Tempat peserta berbaris sebelum masuk
dewan yang sempit, Dewan kecil untuk
semua peserta menunggu /duduk

Kekuatan:
 Cukup AJK membantu mengurus peserta

Cadangan Penambahbaikan:
 Rasanya tiada penyelesaian melainkan ada
dewan lain yang lebih besar dan selesa

Bilangan AJK:
 Cukup

7
10. Hadiah * Bajet RM800
(Pn. Hjh Nor Azlina bt
Mat Nor) Kelemahan:
 Tiada

Kekuatan:
 Ada AJK yang berpengalaman
 AJK guru baru memberi kerjasama
 Bilangan AJK yang mencukupi

Cadangan Penambahbaikan:
 Mohon bahagian AJK Semakan nama
serahkan senarai nama lebihawal kepada
AJK sijil supaya AJK hadiah dapat susun sijil
lebih cepat

Bilangan AJK:
 Memerlukan 8-10 orang

11. Jamuan Guru dan * Bajet –Cukup


Pelajar
(Pn. N Aishah bt Tukirin) Kelemahan:
*Tiada

Kekuatan:
* semua AJK makanan memberikan kerjasama

Cadangan Penambahbaikan:
* menambah sedikit peruntukan makanan
untuk guru dan petugas supaya makanan yang
lengkap nutrisi disediakan

Bilangan AJK:
*Cukup

12. Persembahan * Tiada budget.


(Pn. Roziah bt Yahaya)
Kelemahan:
* Tiada

Kekuatan:
* Tiada.

8
Cadangan Penambahbaikan:
*-

Bilangan AJK:
* mencukupi

13. Kebersihan dan * Tiada bajet.


Keceriaan
(Hjh Norhayati bt Mohd Kelemahan:
Yusof )  Tiada.

Kekuatan:
 Semua AJK dan pekerja am memberikan
kerjasama yang baik sama ada sebelum,
semasa mahupun selepas majlis.

Cadangan Penambahbaikan:
 Tiada

Bilangan AJK:
* cukup

14. Dokumentasi * Cadangan budget : RM100


(Pn. Maznah bt Hj
Mustajab) Kelemahan:
 Tiada

Kekuatan:
 Guru memberi kerjasama apabila bahan
diperlukan

Cadangan Penambahbaikan:
 Bagi pihak dokumentasi, kami memerlukan
budget untuk membeli kertas dan ink
computer untuk penyediaan laporan

Bilangan AJK:
 Mencukupi

15. Sambutan VIP * Cadangan Bajet: Tiada


(Pn. Noorazlina bt Mohd
Ali)

9
Kelemahan:
-
Kekuatan:
-
Cadangan Penambahbaikan:
-
Bilangan AJK:
 Mencukupi
16. Semakan Nama * Tiada bajet
Penerima Anugerah
(Pn. Nurhanis bt Md Kelemahan:
Yunus)  Tiada
Kekuatan:
 -
Cadangan Penambahbaikan:
 Senarai nama penerima anugerah perlu
lengkap sebelum serahan ( tiada
penambahan disaat akhir )

Bilangan AJK:
 Mencukupi
17. Jurufoto * Cadangan Bajet: -
(Pn. Jamilah bt
Mahmud) Kelemahan:
Tiada

Kekuatan:
 Semua AJK dan pelajar bertugas
menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Cadangan Penambahbaikan:
Tiada

Bilangan AJK:
 Mencukupi

18. Jamuan VIP * Cadangan Bajet: RM 10


(Pn. Salasiah bt Said)
Kelemahan:
 Program masa cuti pelajar tidak dapat
membantu.
 Kekurangan AJK untuk persiapan sebelum
dan selepas jamuan.Persiapan pinggan
mangkok, piring, cawan dll

10
 Selepas majlis perlu cuci semua alatan.
 Jamuan selepas majlis, jika boleh jamuan
sebelum supaya AJK ada masa untuk
mencuci alatan.

Kekuatan:
 Bajet mencukupi
 Tempat selesa dan sesuai untuk jamuan VIP

Cadangan Penambahbaikan:
 Sekolah perlu beli peralatan menghidang
yang baru dan lengkap.

Bilangan AJK:
 4 orang

19. Sijil Penghargaan * Cadangan Bajet: RM 10


(Pn. Nurazlina bt Abdul
Aziz) Kelemahan:
 -

Kekuatan:
 -

Cadangan Penambahbaikan:
 -

Bilangan AJK:
 cukup

20. Hiasan Pentas * Bajet: Rm200.90


(Pn. Ruzailiza bt
Tomiran) Kelemahan:
 Tiada

Kekuatan:
 Semua AJk sangat memberikan kerjasama
memberikan idea dan tenaga melunaskan
tanggungjawab yang diberi ,mendapat
sokongan sepenuhnya daripada FM

11
Cadangan Penambahbaikan:
 Memberi peluang dan ruang AJK dibawah
menjadi ketua sebagai pelapis dan
pengalaman dimasa akan datang
 Cadangan bajet RM300-RM500

Bilangan AJK:
 Cukup- cadangan 4-5 orang
21. Keselamatan Lalu lintas * Cadangan Bajet: -
(Pn. Norshadah bt
Amirruddin) Kelemahan:
 Penglibatan murid ( Ahli Kor Kadet Polis )
yang kurang kerana ramai terlibat dengan
urusan luar (sabtu ) bersama kelurga

Kekuatan:
 Ahli yang bekerjasama

Cadangan Penambahbaikan:
 Diteruskan pada masa akan datang.

Bilangan AJK:
 -
22. Teaser dan Banner / * Cadangan Bajet:
Banting
(Pn. Marzilla bt Kelemahan:
Mahmood)  Tiada

Kekuatan:
 Kerjasama yang baik daripada AJK

Cadangan Penambahbaikan:
 Tiada

Bilangan AJK:
 Cukup

23 Pendaftaran * Bajet : tiada


(Pn Hairani bt Md Sahak
Kelemahan:
 Tiada

12
Kekuatan:
 Kerjasama yang baik daripada AJK

Cadangan Penambahbaikan:
 Tiada

Bilangan AJK:
 Cadangan AJK : 6 orang
24 Teks Ucapan * Bajet : tiada
(Pn Tuan Noor Azizon bt
Tuan Lah) Kelemahan:
 Tiada

Kekuatan:
 Tiada

Cadangan Penambahbaikan:
 Tiada

Bilangan AJK:
 Cukup

23 Juruacara * Bajet : tiada


(Pn Zuraida bt Hassan)
Kelemahan:
 Tiada

Kekuatan:
 Kerjasama yang baik daripada semua pihak

Cadangan Penambahbaikan:
 Tiada

Bilangan AJK:
 Cukup

13
14
15
16

You might also like