You are on page 1of 23

BAB 7 – Taburan Penduduk

Bab 7-Taburan Penduduk


Taburan
Penduduk
Malaysia
adalah tidak
Taburan penduduk adalah pola sekata.
sebaran penduduk di dalam
sesuatu kawasan atau sesebuah
negara. Taburan penduduk
merupakan sebaran penduduk Tahukah anda?
di sesuatu tempat. - Penduduk Malaysia
berjumlah kira-kira
31.7 juta orang pada
tahun 2016.
Bab 7-Taburan Penduduk
Kawasan Penduduk Padat

Kawasan Penduduk Sederhana

Kawasan Penduduk Jarang

Bab 7-Taburan Penduduk


KAWASAN PENDUDUK KAWASAN PENDUDUK KAWASAN PENDUDUK
PADAT SEDERHANA JARANG
1. Mempunyai lebih 1. Mempunyai 50 hingga 1. Mempunyai kurang
daripada 200 orang 200 orang daripada 50 orang
sekilometer persegi. sekilometer persegi. sekilometer persegi.
2. Pusat pentadbiran 2. Kawasan tersebut 2. Kawasan pedalaman
dan perusahaan termasuklah kawasan dan lokasi
utama. pertanian dan berpaya,hutan tebal
3. Mudah dan senang perikanan utama. dan bergunung-
untuk mendapatkan 3. Terdapat di kaki bukit ganang.
kemudahan awam, atau luar bandar. 3. Kurang kemudahan
infrastruktur dan 4. Kawasan rancangan pengangkutan dan
perkhidmatan. kemajuan tanah. perkhidmatan .
4. Tertumpu di kawasan 5. Bandar-bandar kecil.
bandar-bandar maju.

Bab 7-Taburan Penduduk


 Merujuk kepada bilangan penduduk
yang terdapat dalam satu kilometer
persegi.
 Ia menentukan sama ada sesuatu tempat Kepadatan penduduk = Jumlah penduduk
itu padat, sederhana atau jarang.
keluasan
Contoh Negeri Selangor (2010):
Kepadatan penduduk = 5 462 141 orang
7 960 km²
= 686.20 orang
sekilometer persegi

Bab 7-Taburan Penduduk


Negeri yang mencatatkan peratusan
penduduk tertinggi pada 2016 ialah
Selangor (19.9%) diikuti oleh Sabah
(12.0%) dan Johor (11.5%).

Manakala negeri yang mencatatkan


peratusan penduduk terkecil ialah
W.P Labuan dan W.P. Putrajaya iaitu
masing-masing sebanyak 0.3
peratus.

Bab 7-Taburan Penduduk


 Pada 2016, jumlah penduduk
Malaysia dianggarkan 31.7 juta
orang iaitu peningkatan sebanyak
0.5 juta berbanding 31.2 juta orang
pada 2015 dengan kadar
pertumbuhan penduduk tahunan
1.5 peratus bagi tempoh yang sama.

Bab 7-Taburan Penduduk


TAHUKAH ANDA?
Penduduk Malaysia
adalah bersamaan dengan
0.41% daripada jumlah
penduduk dunia. Malaysia
berada di kedudukan
nombor 44 dalam senarai
negara-negara dunia (dan
kebergantungan)
mengikut penduduk.

Bab 7-Taburan Penduduk


Bentuk muka
bumi dan tanih
Dasar kerajaan/ Sumber
governan
mineral
Faktor-faktor
yang
mempengaruhi
taburan
penduduk
Pengangkutan Perkhidmatan
dan perhubungan dan Pendidikan

Sosioekonomi
Bab 7-Taburan Penduduk
Bentuk muka bumi dan tanih
 Kebanyakan kawasan penduduk padat merupakan tempat tumpuan penduduk.
 Di Semenanjung Malaysia, banyak penduduk tertumpu di kawasan jaluran tanah pamah seperti:
a) Utara Perlis ke Taiping, Lembah Kinta hingga ke Teluk Intan, jaluran tanah pamah dari Kuala
Kubu ke Lembah Klang sehingga Seremban dan lain-lain lagi/
b) Di sekitar Kuching, Sarikei dan Sibu Sarawak dan Kota Kinabalu di Sabah
 Tanah pamah yang subu sesuai untuk aktiviti pertanian dan perkembangan pelbagai kegiatan
ekonomi.
 Di kawasan yang bersaliran baik turut menjadi tumpuan penduduk.
 Kawasan pedalaman yang bergunung-ganang dan berhutan tebal mempunyao taburan
penduduk jarang. Hal ini kerana ianya sukar dibina petempatan dan pembinaan pengangkutan.
 Walaubagaimanapun, kawasan tanah tinggi seperti Kundasang, Cameron, Genting mempunyai
kepadatan penduduk yang tinggi.
 Kawasan ini juga menjadi pusat pelancongan yang terkenal dan telah dilengkapi oleh kerajaan
pelbagai kemudahan seperti jalan raya.

Bab 7-Taburan Penduduk


Memudahkan pembinaan Memudahkan pembinaan
petempatan jaringan pengangkutan

Sebab-sebab tumpuan
penduduk di kawasan
tanah pamah

Bentuk muka bumi yang


Jaringan perhubungan
rata

Bab 7-Taburan Penduduk


Bab 7-Taburan Penduduk
Sumber Mineral
 Pada masa dahulu, Lembah Kinta dan Lembah Klang berkembang pesat kesan daripada
aktiviti perlombongan bijih timah.
 Kegiatan ini telah menyebabkan kedua-dua kawasan ini menjadi tumpuan kerana terdapat
banyak peluang pekerjaan.
 Bijih timah adalah hasil dagangan yang penting di Malaysia pada masa dahulu.
 Terdapat 3 bandar yang wujud hasil daripada perlombongan bijih timah dan menjadi
tumpuan penduduk padat pada masa kini : Kuala Lumpur, Ipoh dan Taiping.
 Perlombongan petroleum dan gas asli yang dimajukan di luar pantai Terengganu, Sarawak
dan Sabah telah mewujudkan pelbagai jenis industri di kawasan sekitarnya.
 Contohynya, industri penapisan petroleum di Kertih, Lutong, Port Dickson dan Tangga
Batu.
 Terdapat beberapa bandar yang wujud menjadi tumpuan disebabkan aktiviti sumber
mineral ini : Miri, Paka dan Kertih
 Kesannya bandar-bandar ini mempunyai taburan penduduk sederhana.

Bab 7-Taburan Penduduk


Bab 7-Taburan Penduduk
Sosioekonomi
 Perkembangan sektor ekonomi serta pelbagai kemudahan yang terdapat di sesuatu
kawasan merupakan daya penarik yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia.
 Penduduk akan bertumpu ke kawasan yang menyediakan peluang pekerjaan seperti
kawasan giat pertanian, perikanan, perniagaan dan perindustrian.
 Contoh kawasan berpenduduk padat dan sederhana disebabkan aktiviti sosioekonomi:
a) Kawasan penanaman padi, di kawasan dataran dan delta sungai seperti di Kedah &
Perlis
b) Kawasan getah di Seremban dan kelapa sawit di Teluk Intan dan banyak lagi.
c) Kawasan perniagaan, perdagangan dan perindustrian seperti Kuala Lumpur, Shah Alam,
Bayan Lepas, Pasir Gudang, Bintulu dan banyak lagi.
 Di bandar tersebut terdapat kemudahan asas yang lengkap. Bandar Baru Bangu dan
Skudai berpenduduk padat kerana menjadi tumpuan pusat pendidikan.
 Contohnya seperti bank, kompleks membeli-belah, syarikat kewangan, hospital dan pusat
rekreasi dan macam-macam lagi.

Bab 7-Taburan Penduduk


Bab 7-Taburan Penduduk
Pengangkutan dan Perhubungan
 Kawasan yang jaringan pengangkutannya padat (darjah ketersampaian tinggi)
mempunyai taburan penduduk yang padat.
 Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan Bayan
Lepas telah menyebabkan penduduk bertumpu di kawasan sekitarnya.
 Peluang pekerjaan juga banyak ditawarkan di kawasan yang mempunyai jaringan ini
dan menggalakkan tumpuan penduduk seperti Pelabuhan Klang, Pelabuhan Kuantan,
Pelabuhan Pasir Gudang dan lain-lain lagi.
 Pengangkutan melalui Lebuh Raya Utara-Selatan telah menggalakkan perkembangan
beberapa kawasan di sepanjang laluannya seperti : Bukit Tengah di Seberang Perani
Tengah Pulau Pinang, Sungai Petani di Kedah, Senai di Johor dan Jelapang di Perak.

Bab 7-Taburan Penduduk


Bab 7-Taburan Penduduk
Perkhidmatan dan Pendidikan
 Perkhidmatan dan pendidikan mempengaruhi taburan penduduk
 Perkhidmatan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pentadbiran perniagaan,
perdagangan dan pelancongan.
 Sektor ini merupakan sektor yang paling banyak menyediakan peluang pekerjaan
kepada penduduk.
 Oleg itu bandar-bandar seperti Putrajaya (pentadbiran), Kota Kinabalu (perniagaan dan
pelancongan), dan Tanah Tinggi Cameron (pelancongan) menjadi tumpuan penduduk.
 Selain itu, bandar seperti Bandar Baru Bangi dan Skudai juga berpenduduk padat
kerana menjadi pusat pendidikan.

Bab 7-Taburan Penduduk


Bab 7-Taburan Penduduk
Dasar Kerajaan/ Governan
 Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan dan melaksanakan beberapa dasar untuk
memajukan sektor perdagangan, perindustrian dan pertanian.
 Antara dasar tersebut ialah Dasar Penindustrian Negara dan Dasar Pertanian Negara.
 Melalui Dasar Perindustrian kerajaan telah menubuhkan kawasan Zon Perindustrian
Bebas.
 Dasar ini menggalakkan pembinaan estet-estet perindustrian yang terancang seperti di
Sungei Way, Bayan Lepas dan Prai di Pulau Pinang, Pasir Gudang Johor dan lain-lain lagi.
 Kawasan ini menjadi tumpuan penduduk kerana terdapat kilang-kilang yang
menyediakan peluang pekerjaan dan kemudahan asas yang lengkap.
 Kerajaan juga memperkenalkan Dasar Pertanian Negara melalui penubuhan Lembaga
Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), FELDA, Lembaga Kemajuan
Tanah Sabah, Lembaga Simpanan dan Kemajuan Tanah Kuching.
 Dasar ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf
hidup penduduk di luar bandar.
Bab 7-Taburan Penduduk
Bab 7-Taburan Penduduk
Bab 7-Taburan Penduduk

You might also like