You are on page 1of 4

PRAKTIS STPM 5 (BAHAGIAN B) SOALAN ESEI

JAWAB SEMUA SOALAN


1(a) Takrifkan lebihan permintaan buruh dan lebihan penawaran buruh.
= Lebihan permintaan buruh merujukkan kepada kuantiti diminta buruh
melebihi kuantiti ditawar buruh pada tingkat upah tertentu. Lebihan penawaran
buruh merujukkan kepada kuantiti ditawar buruh melebihi kuantiti diminta
buruh pada tingkat upah tertentu.
1(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana lebihan
permintaan buruh dan lebihan penawaran buruh boleh mewujudkan
keseimbangan tingkat upah dan kuantiti buruh dalam pasaran persaingan
sempuna.
= Pada tingkat harga W1 , berlaku lebihan permintaan buruh sebanyak L1 L2.
Lebihan permintaan buruh menyebabkan upah cenderung naik sehingga
mencapai keseimbangan pada tingkat upah W0 dan kuantiti barang butuh L0.
Pada tingkat upah W2 , berlaku lebihan penawaran buruh sebanyak L1L2.
Lebihan pemawaran buruh menyebabkan upah cenderung turun sehingga
mencapai keseimbangan pada tingkat upah W0 dan kuantiti buruh L0.
Keseimbangan pasaran buruh tercapai apabila keluk permintaan buruh (DL)
bersilang dengan keluk pemawaran buruh (SL) di titik E0 pada upah W0 dan
kuantiti buruh L0.
2. Dengan menggunakan gamabar rajah , bincangkan kesan setiap perkara yang
berikut terhadap keseimbangan pasaran buruh.
(a) Kerajaan menyediakan lebih banyak pusat latihan kemahiran buruh.
= Keseimbangan berlaku apabila keleuk permintaan buruh sama dengan keluk
pemawaran buruh (DL0=SL) di titik E0 pada upah W0 dan kuantiti buruh L0.
Apabila kerajaan menyediakan lebih banyak pusat latihan kemahiran buruh,
lebih banyak buruh berkemahiran di pasaran. Daya pengeluaran sut buruh
meningkat. Keluk permintaan buruh beralih ke kanan ke DL1. Keseimbangan
baharu apabila DL1=SL pada titik E1. Upah dan kuantiti buruh meningkat
masing-masing ke W1 dan L1.
(b) Kos pendidikan ke pusat pengajian tinggi meningkat
= Keseimbangan berlaku apabila keluk permintaan buruh sama dengan keluk
penawaran buruh (DL=SL0) di titik E0 pada upah W0 dan kuantiti buruh L0.
Apabila kos pendidikan ke pusat pengajian tinggi meningkat, lebih ramai
pelajar lepasan SPM dan STPM tidak meneruskan pengajian dan mencaru
pekerjaan. Penawaran buruh meningkat di pasaran dan keluk penawaran buruh
beralih ke kanan ke SL1. Keseimbangan baharu berlaku apabila DL=SL1 di titik
E1. Upah turun dari W0 ke W1 dan kuantiti buruh meningkat dari L0 ke L1.
(c) Kerajaan melanjutkan umur bersara wajib daripada 55 tahun kepada 60
tahun ntuk semua penjawat awam.
= Keseimbanhan berlaku apabila keluk permintaan buruh sama dengan keluk
penawaran buruh (DL=SL0) di titik E0 pada upah W0 dan kuantiti buruh L0.
Apabila kerajaan melanjutkan umur bersari wajib daripada umur 55 tahun
kepada 60 tahun untuk semua penjawat awam, penawaran buruh akan
menningkat di pasaran. Keluk penawaran buruh beralih ke kanan ke SL1.
Keseimbanagan baharu apabila DL=SL1 di titik E1. Upah turun dari W0 ke W1
dan kuantiti buruh meningkat dari L0 ke L1.
3(a) Huraikan tiga tujuan kesatuan sekerja ditubuhkan.
= Untuk memperjuangkan kadar upah yang lebih tinggi dan faedah
sampingancyang lebih baik bagi semua ahlinya. Feadah sampingan seperti elaun
perumahan, kemudahan kesihatan dan elaun makan yang dapat meningkatakan
kebajikan ahli turut diperjuangkan.
= Memastikan majikan menyediakan suasana tempat kerja yang lebih baik
untuk menjamin keselesaan dan keselamatan pekerja. Di samping itu,
memastikan majikan memberikan cuti rehat yang mencukupi dan melindungi
ahli daripada dieksploitasi oleh majikan.
= Membantu kerajaan dan majikan dalam menggubal polisi ekonomi yang
berkaitan. Kesatuan sekerja juga memperjuangkan isu- isu semasa yang
menyentuh kepentingan dan kebajikan pekerja.
3(b) Terangkan dua faktor yang mempengaruhi kejayaan kesatuan sekerja
dalam tuntutannya.
Faktor pertama yang memepengaruhi kejayaaan kesatuan sekerja dalam
tuntutannya ialah peratusan kos upah yang kecil. Upah merupakan sebahagian
daripada jumlah kos pengeluaran yang perlu ditanggung oleh firma. Sekirannya
peratusan kos pengeluran, maka biasannya majikan akan memenuhi tuntutan
kenaikan upah oleh kesatuan sekerja. Majikan berbuat demikian bagi
mengelakkan tindakan mogok daripada kesatuan sekerja yang hanya akan
membawa keugian yang lebih besar kepada majikan. Selain itu , faktir yang
mempengaruhi kejayaan kesatuan sekerja dalam tuntutannya ialah keadaan guna
tenaga dalam ekonomi. Dalam keadaan guna tenaga penuh dan ekonomi berada
dalam keadaan melambung, majikan dapat memenuhi tuntutan kenaikan upah
dengan lebih mudah. Majikan sukar mencari pekerja baharu sekirannya mogok
dilancarkan.
4) Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan hubungan antara keanjalan
penawaran faktor pengeluran dengan sewa ekonomi.
= Keanjalan penawaran faktor akan mempengaruhi sewa ekonomi. Apabila
keanjalan penawaran faktor tak anjal sempurna, semua jumlah hasil merupakan
sewa ekonomi seperti yang ditunjukkan pada gambar rajah (a). Keseimbangan
dicapai pada titik E apabila keluk permintaan faktor ( DD ) bersilang dengan
keluk penawaran faktor ( SS ) pada harga P dan kuantiti Q. Oleh itu, jumlah
hasil OPEQ merupakan sewa ekonomi.
Apabila, kenajalan penawaran faktor adalah anjal, sewa ekonomi semakin
berkurang seperti yang ditunjukkan pada gambar rajah (b). Keseimbangan
dicapai pada titik E apabila APE. Ini menunjukkan semakin anjal penawaran
faktor, semakin semakin kecil sewa ekonomi.
Kesimpulannya, apabila penawaran faktor tak anjal sempurna, semua jualan
hasil ialah sewa ekonomi, iaitu sewa ekonomi adalah besar. Semakin anjal
penawaran faktor, semakin kecil ekonomi dan apabila penawaran anjal
sempurna, sewa ekonomi terhapus, iaitu sama dengan sifar.

Bahagian c ( soalan kuantitatif)


JAWAB SEMUA SOALAN
1.Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan tingkat
keluaran bagi sebuah firma pasaran persaingan sempurna.

KUANTITI BURUH ( unit ) JUMLAH KELUARAN ( unit )


1 10
2 22
3 33
4 40
5 45
6 48

(a)Sekirannya harga keluaran ialah RM5 seunit di pasaran :


i) Hitung keluaran hasil purata dan keluaran hasil sut pada setiap tingkat
buruh.
KUANTITI BURUH KELUARAN HASIL KELUARAN HASIL
( unit ) PURATA SUT ( RM )
( unit )
1 (10*RM5) / = 50 -
2 (22*RM5) / = 55 (110-50) / (2-1) = 60
3 55 55
4 50 35
5 45 25
6 40 15

(bi)Jika upah buruh di pasaran ialah RM25 seunit, berapakah kuantiti buruh
yang akan digunakan?
= Oleh sebab upah seunit buruh sama dengan keluaran hasil sut buruh sebanyak
RM25 pada kuantiti buruh 5 unit, kuantiti buruh yang akan digunakan ialah 5
unit.
(bii)Jika upah meningkat kepada RM35 seunit, berapakah kuantiti buruh yang
akan digunakan ?
= Oleh sebab upah seunit buruh sama dengan keluaran hasil sut buruh sebanyak
RM35 pada kuantiti buruh 4 unti, kuantiti buruh yang akan digunakan ialah 4
unit.
(biii)Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan jawapan pada (b)(i) dan
(b) (ii)?
= Semakin tinggi upah, semakin kurang kuantiti buruh yang akan digunkan dan
sebaliknya, semakin rendah upah, semakin banyak kuantiti buruh yang akan
digunakan. Oleh itu, apabiala upah buruh naik dari RM25 ke RM35 seunit,
kuantiti buruh digunakan berkurangan daripada 5 unit kepada 4 unit.

You might also like