You are on page 1of 3

Tema: Kasih sayang antara anak dan ibu bapanya.

Maksud sajak:
Rangkap 1: Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman rumah sambil
melihat bintang-bintang di langit. Penyajak ingin terbang ke langit untuk
membawa pulang bintang-bintang itu dan memberikannya kepada ibu dan
ayahnya agar cahaya bintang itu dapat menggembirakan ibu dan
membahagiakan ayah.

Rangkap 2: Namun, ibu penyajak mengatakan bahawa dia tidak perlu


berbuat sedemikian kerana ibu dan ayah penyajak telah mempunyai
bintang yang menyinari hidup mereka. Ibu penyajak mengatakan bahawa
bintang yang dimaksudkannya itu ialah penyajak, iaitu bintang hati ayah
dan ibu.

Persoalan:
• Kekaguman akan keindahan ciptaan Tuhan.
• Kebahagiaan sesebuah keluarga bergantung kepada cara didikan ayah
dan ibu.
• Tanggungjawab seorang anak untuk membahagiakan orang tuanya.
• Kehadiran anak-anak menyinari hidup ayah dan ibu.

Bentuk:
• Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat.
• Mempunyai 2 rangkap.
• Setiap rangkap mempunyai baris yang tidak sama, iaitu antara 8–10 baris.

• Dalam setiap baris mempunyai antara 3-5 patah kata.


• Terdapat antara 6-10 suku kata dalam setiap baris.
• Rima akhir setiap rangkap sajak tidak sama. Contohnya, Rangkap 1
abccdcdded dan Rangkap aabaccaa.
Gaya Bahasa:
-Unsur Bahasa
• Kata ganda : bintang-bintang (R1:B3,B6)
• Sinkope : kulihat cantiknya bintang-bintang (R1:B3)
• Inversi : tentu ibu gembira (R1:B7)
• Anafora : tentu ibu gembira tentu ayah bahagia (R1:B7-B8)
• Epifora : kulihat cantiknya bintang-bintang membawa pulang bintang-
bintang (R1:B3;B6)
• Personifikasi : menghias langit yang terbentang (R1:B4)
• Metafora: bintang hati ayah dan ibu. (R2:B8)

-Unsur bunyi
• Asonansi : Pengulangan huruf vokal. Contoh Suatu malam aku duduk
(Pengulangan vokal 'u’)
• Aliterasi : Pengulangan huruf konsonan. Contoh : penuh dengan cahaya
(Pengulangan konsonan 'n')

Nilai:
• Kasih sayang - Ayah Dan ibu amat menyanyai anak-anak.
• Tanggungjawab - Anak-anak bertanggungjawab untuk membahagikan
ayah dan ibu.
• Kejujuran - Ayah dan ibu jujur mengatakan bahasa penyajak ialah bintang
hati mereka.
• Mengenang jasa - Penyajak ingin menghadiahkan bintang di langit kepada
ayah dan ibunya.
• Ketaatan - Penyajak merupakan seorang anak yang taat kepada orang
tuanya sehingga dia menjadi bintang hati mereka.

Pengajaran:
• Ibu bapa hendaklah menjaga anak-anak dengan baik kerana anak-anak
ialah amanah Allah.
• Kita mestilah mentaati kedua-dua ibu bapa dengan menurut segala
perintah mereka dan menjauhi apa-apa yang tidak disukai mereka segala
tidah bercanggah dengan akidah dan syariat Islam.
• Kita mestilah membalas jasa orang tua kita yang telah bersusah payah
membesarkan kita.
• Kita perlulah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dengan
membahagiakan orang tua kita pada setiap masa.

You might also like