You are on page 1of 6

GURINDAM

Definisi Gurindam

- Gurindam merupakan sejenis bentuk puisi Melayu lama


yang terdiri daripada dua baris serangkap (bebas atau tidak
terikat).

- puisi ini digubahkan dalam bahasa yang indah untuk


dinyanyikan bagi tujuan hiburan, didikan & gambaran
masyarakat Melayu lama.
Norma-norma Yang Baik Dalam Perhubungan Suami
Isteri.
Maksud Setiap Rangkap :

Rangkap 1 : Isteri yang budiman adalah lebih sempurna kerana mampu menjadi suri
rumah yang baik. Kedudukan isteri budiman berada di tempat yang tinggi sebagaimana
kedudukan mahkota.

Rangkap 2 : Perempuan yang bagus menjadi sanjungan orang tetapi perempuan yang
beriman dipandang mulia.

Rangkap 3 : Hidup berumahtangga perlulah sependapat iaitu mempunyai cita dan


pandangan yang sama untuk mengelakkan salah faham.
Rangkap 4 : Suami adalah tempat bergantung harap sebagai pelindung dan memberi
nafkah. Apabila sudah berumahtangga, isteri bergantung penuh terhadap suaminya.

Rangkap 5 : Kejujuran itu sangat penting dalam hidup berumahtangga. Suami mesti
jujur supaya isteri tidak menanggung siksa kerana memendam perasaan.

Rangkap 6 : Suami mempunyai kuasa dan tanggungjawab besar terhadap keluarga


meliputi kuasa terhadap isteri, anak-anak, harta dan kuasa menceraikan isteri.

Rangkap 7 : Suami dan isteri perlu berpakat dan mencapai persetujuan dalam segala
tindakan. Contohnya mengurus rumah tangga, menjaga anak-anak yang telah mereka
lahirkan sehigga anak-anak itu dewasa.
Ciri-ciri
• Dua baris yang bersajak.
• Baris pertama “soal” manakala baris kedua “jawab”
• Semua baris adalah maksud.
• Mempunyai 7 rangkap
a) 1 rangkap terdiri daripada 2 baris
b) 1 baris terdiri daripada 4 hingga 5 patah perkataan
Contoh : 4 patah perkataan (rangkap 1 baris 1 )
Isteri cantik permainan mata
Contoh : 5 patah perkataan (rangkap 4 baris 2 )
Kepadanya serahkan nasib dan untung
• 1 baris mempunyai 10 hingga 12 suku kata.
SEKIAN TERIMA
KASIH

You might also like