You are on page 1of 14

lOMoARcPSD|6489179

Assignment CBCT2203 - Penggunaan Teknologi Maklumat


semasa Pandemik COVID-19
Basic Concepts of IT (Open University Malaysia)

StuDocu is not sponsored or endorsed by any college or university


Downloaded by applelind wee (avelindwee@gmail.com)
lOMoARcPSD|6489179

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

SEMESTER JANUARI 2021

CBCT2203

KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGENALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :

Downloaded by applelind wee (avelindwee@gmail.com)


lOMoARcPSD|6489179

CBCT2203
KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT

ISI KANDUNGAN

1.0 Penggunaan Teknologi Maklumat di Malaysia……………………………………..3


2.0 KepentinganTeknologi Digital dan Maklumat di Malaysia Semasa Pandemik
COVID-19…………………………………………………………………………4 – 5
3.0 Penggunaan Teknologi Di Kalangan Masyarakat Malaysia………………...……5 – 6
4.0 Aplikasi Atau Sistem Yang Digunakan Semasa Pandemik COVID – 19….......6 – 11
5.0 Penutup…………………………………………………………………………11 – 12
6.0 Rujukan…………………………………………………………………………….13

Downloaded by applelind wee (avelindwee@gmail.com)


lOMoARcPSD|6489179

CBCT2203
KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT

1.0 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DI MALAYSIA

Dunia kini berada dalam era kemajuan yang pesat denganglobalisasi penggunaan
teknologi maklumat.Teknologi maklumat boleh ditarifkan sebagai teknologi yang membantu
untuk menghasilkan, memanipulasi, menyimpan, berkomunikasi dan menyebarkan
maklumat. Hasil daripada penggunaan teknologi ini masyarakat Malaysia telah dapat
mencapai maklumat di serata dunia dengan pantas dan mudah.Teknologi disifatkan sebagai
satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas.
Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi
melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram dan sistem satelit dalam
menyampaikan maklumat kepada penerima.Teknologi maklumat di Malaysia digunakan dari
pelbagai aktiviti seperti perindustrian, pertanian, pengajaran dan pembelajaran di peringkat
pendidikan dan sebagainya.Perkembangan terkini teknologi maklumat menjadi topik utama
dalam perbincangan semasa terutamanya dalam menuju era globalisasi.Malaysia seperti
negara-negara lain tidak terlepas daripada turut bersaing demi untuk meningkatkan taraf
hidup masyarakat dan negara.Peranan teknologi maklumat menjadi begitu penting
terutamanya dalam bidang pendidikan sebagai asas penyaluran ilmu.Teknologi maklumat
terhasil daripada gabungan teknologi elektronik mikro, telekomunikasi dan komputer yang
berkaitan dengan penerimaan dan penyampaian maklumat seperti perkataan, gambar, bunyi
dan nombor kepada pengguna secara elektronik.Media massa juga memainkan peranan
penting dalam membuka minda kita supaya kita tidak lagi jahil seperti katak di bawah
tempurung. Melalui televisyen, kita dibawa ke sistem video yang begitu canggih.Sistem ini
berupaya merakamkan peristiwa-peristiwa yang menarik serta dapat dimainkan semula ke
televisyen dalam bentuk video kaset ataupun cakera padat.Satu pencapaian besar dalam
teknologi komunikasi mungkin adalah dengan terciptanya telefon bimbit dan dapat
menghubungkan dua nadi suria yang dapat dicapai walaupun berkilometer jauhnya.Manusia
telah memanfaatkan kaedah ini untuk saling berhubungan sesama sendiri dengan keselesaan
membawanya ke mana sahaja mereka berada.Teknologi maklumat memainkan peranan yang
penting dalam menjamin kehidupan yang lebih selesa.Namun begitu, kita harus
memanfaatkan pengetahuan kita untuk tujuan yang positif.Ini adalah untuk memastikan
bahawa masyarakat Malaysia dapat membangun dengan fikiran yang inovatif, kreatif dan
berhati mulia.

Downloaded by applelind wee (avelindwee@gmail.com)


lOMoARcPSD|6489179

CBCT2203
KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT

2.0 KEPENTINGAN TEKNOLOGI DIGITAL DAN MAKLUMAT DI MALAYSIA


SEMASA PANDEMIK COVID-19

Semenjak dalam pertempuran pandemik COVID-19 di Malaysia yang


membingungkan dan musuh yang tidak dapat dilihat ini, sains dan teknologi memainkan
peranan yang amat penting di dalam menyebarkan maklumat mengenai penularan wabak
penyakit ini kepada masyarakat di Malaysia. Pandemik COVID-19 membawa impak amat
besar terhadap perkembangan teknologi digital dan maklumat.Situasi malapetaka COVID-19
telah memberi kesan ke seluruh dunia termasuklah Malaysia.Sektor seperti perkilangan,
elektronik, automotif, farmaseutikal, logam, produk komersial dan perindustrian antara teruk
terkesan.Walau bagaimanapun aktiviti rakyat boleh ditingkatkan menerusi penjanaan aktiviti
di dalam rumah sewaktu krisis dengan menggunakan perkakasan mudah alih mereka dan juga
kemudahan jalinan rangkaian tanpa wayar.Tambahan pula, hampir setiap orang rakyat
Malaysia mempunyai telefon pintar mereka sendiri tanpa memerlukan pembelian perkakasan
tambahan.Untuk pembelajaran secara formal, rakyat dapat mengambil peluang menggunakan
platform media sosial menggunakan perkakasan mudah alih mereka seperti menggunakan
telefon pintar mahupun tablet untuk mengetahui maklumat semasa mengenai pandemik
COVID-19 sekarang.Selain itu, kebanyakan negara termasuk Malaysia telah mengarahkan
penutupan sementara institusi pendidikan sebagai sebahagian daripada langkah untuk
membendung penyebaran pandemik Covid-19.Ketika ini, ia menjadi cabaran kepada kerajaan
di seluruh dunia bagi memastikan pembelajaran pelajar boleh diteruskan walaupun tidak
hadir ke sekolah. Oleh sebab pelajar berada di tempat yang berlainan dan hanya boleh belajar
di rumah, kebanyakan negara telah beralih kepada pembelajaran dalam talian sebagai
alternatif kepada kaedah pembelajaran secara konvensional iaitu belajar bersemuka dalam
bilik darjat atau bilik kuliah supaya pembelajaran boleh diteruskan.Pembelajaran dalam talian
yang melibatkan penggunaan teknologi digital dan maklumat termasuk alatan mudah alih
seperti komputer riba dan telefon bimbit serta rangkaian internet boleh dikatakan selaras
dengan agenda membentuk ruang pembelajaran yang berteraskan teknologi kepada generasi
pelajar sekarang.

Selain daripada pendidikan dan perhubungan, dengan menggunakan teknologi digital


dan maklumat, kita juga boleh membuat duit dengan internet dengan pelbagai cara. Internet
telah digunakan secara meluas dalam pelbagai jenis industri. Kita boleh mengerakkan mesin-
mesin dengan menggunakan internet dan sekali gus akan lebih memudahkan kita. Semenjak

Downloaded by applelind wee (avelindwee@gmail.com)


lOMoARcPSD|6489179

CBCT2203
KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT

pandemik COVID-19, internet adalah salah satu platform untuk para peniaga menjual
barangan menerusi online. Bisnes secara kecil-kecilan mahupun besar juga boleh dilakukan
secara online dan lebih berbaloi kerana menjimatkan masa dan kos serta bisnes lebih meluas.
Apabila hasil jualan dapat dilihat oleh seluruh dunia menerusi laman sosial seperti Facebook,
Instagram mahupun Youtube, lebih mudah untuk peniaga mempromosikanya serta lebih
mendapat sambutan.Ramai jutawan sekarang menjual barangan secara online daripada
bersemuka dengan pembeli.Pendapatan boleh juga dihasilkan dengan membuat blog atau
memuat naik video dan apabila blog atau video tersebut menjadi tumpuan ramai maka
peniaga juga mendapat keutungan daripadanya.

3.0 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DI KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA

Pada masa kini, kebanyakan negara dunia menjadikan teknologi digital dan maklumat
sebagai elemen utama dalam membangunkan ekonomi masyarakat setempat.Perkembangan
teknologi tersebut mula diperluaskan tidak hanya terhad di kawasan bandar, malah
ianyamenjadi tumpuan di kawasan luar bandar.Kemajuan teknologi semasa tidak dapat
dipisahkan dari kehidupan masyarakat.Pelbagai maklumat yang terdapat di seluruh dunia kini
telah diperoleh melalui kemajuan teknologi pada masa kini.Kecanggihan teknologi maklumat
pada hari ini sepatutnya digunakan ke arah kebaikan terutama bagi menyampaikan maklumat
yang boleh menyemai perpaduan antara kaum di Malaysia agar rakyat di negara ini dapat
hidup harmoni.Menurut Abu Hassan (2008), antara hasil kajian yang diberi penekanan adalah
kesan positif penggunaan komputer dalam kalangan penduduk luar bandar, dan peningkatan
pengetahuan serta kemahiran penggunaan komputer dalam kalangan mereka yang telah
mengikuti program latihan yang dianjurkan oleh pusat ICT di tempat mereka. Aktiviti
pembelajaran pada masa kini dilaksanakan sejajar dengan perkembangan pesat teknologi dan
gaya hidup. Celik ICT dikategorikan mereka yang boleh mengendalikan komputer dan
Internet.Pelbagai jenis maklumat hanya diperolehi melalui hujung jari dan alat teknologi
komunikasi sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi abad ke-21.
Guru akan menggunakan komputer untuk menjalani pengajaran dan pembelajaran agar lebih
menarik minat murid-murid. Internet juga menjadi sumber rujukan murid-murid ketika
mempelajari topik tertentu.Pelajar-pelajar yang mempunyai literasi maklumat akan lebih aktif
dalam aktiviti pembelajaran berbantukan teknologi maklumat. Selain itu, para siswazah yang
telah melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi menggunakan komputer untuk
menjalani pembelajaran sekali gus mereka tidak perlu menghadiri kuliah secara lumrah.

Downloaded by applelind wee (avelindwee@gmail.com)


lOMoARcPSD|6489179

CBCT2203
KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT

Proses interaksi pembelajaran juga berlaku dengan cara-cara baru seperti mengakses,
meneroka, dan mewujudkan maklumat kepada pembelajaran (Abdul Manaf et.al, 2015).

Hampir setiap saat masyarakat akan menggunakan teknologi maklumat dengan


mengawal setiap perkara di hujung jari mereka. Keadaan ini menjadi amat mustahak kepada
masyarakat kerana merupakan agenda baharu yang mendapat tempat dalam sanubari
masyarakat.Hal ini demikian kerana teknologi maklumat diwujudkan untuk menyenangkan
kehidupan kita yang sibuk. Kerajaan negara kita yang menyedari teknologi maklumat mampu
menjadikan negara kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju
telah pun bertindak pantas dengan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mencapai wawasan
tersebut. Rakyat hanya perlu membuka rangkaian Internet atau menekan butang alat kawalan
jauh untuk mengetahui segala-galanya yang ingin diketahui mereka.Dengan teknologi,
maklumat mampu disalurkan dengan pantas dan efisyen. Sebagai contoh, dua orang yang
berada di tempat yang berbeza dapat berhubung antara satu sama lain dengan adanya
rangkaian Internet. Menurut Fatin (2016), dengan adanya rangkaian teknologi maklumat
juga membolehkan aktiviti perbankan dan pasaran dijalankan. Ini akan memberi pengaruh
yang besar ke atas guna tanah kawasan perdagangan pusat. Aktiviti tersebut sentiasa berkait
dengan kesesakan di lokasi perletakan bank atau bursa saham. Namun dengan adanya
rangkaian maklumat yang membolehkan aktiviti tersebut dijalankan dengan selamat maka
penduduk bandar dengan sukarela akan memilih rangkaian tersebut berbanding dengan cara
konvensional yang tidak berkesan serta membazirkan masa dan tenaga.Hasilnya adalah
semua maklumat sama ada dari segi yang positif atau negatif boleh diakses dengan mudah
oleh masyarakat dan mula mengubah gaya hidup dan corak pemikiran segelintir masyarakat.

4.0 APLIKASI ATAU SISTEM YANG DIGUNAKAN SEMASA PANDEMIK


COVID-19

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan pada
Mac Tahun 2020 yang lepas, sektor pekerjaan kini memilih untuk mengubah ‘mode’ kepada
alam maya bagi melancarkan operasi pekerjaan seharian. Pandemik COVID-19 turut
mendesak para majikan memberi peluang kepada pekerjanya bekerja dari rumah. Situasi itu
mungkin dilihat efektif dan berkesan, namun secara tidak langsung perubahan drastik ini
akan memberi kesan kepada syarikat yang tidak mempunyai pengalaman dalam
melaksanakan polisi itu secara drastik. Secara jelas, penggunaan teknologi 100 peratus ini

Downloaded by applelind wee (avelindwee@gmail.com)


lOMoARcPSD|6489179

CBCT2203
KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT

pasti memberikan satu cabaran baharu kepada proses komunikasi antara majikan dan pekerja.
Sebagai permulaan, komunikasi di antara pasukan pekerja mestilah dijadikan keutamaan.
Bekerja secara bersendirian di rumah boleh menyukarkan proses komunikasi antara rakan-
rakan pejabat namun dengan bantuan aplikasi-aplikasi yang sedia ada di internet, ia dapat
membantu para pekerja kekal cekap dan peka.Antara aplikasi yang boleh digunapakai oleh
syarikat-syarikat termasuklah Zoom. Pada yang wajib mengadakan mesyuarat mingguan
mahupun harian bagi mengenalpasti prestasi dalam organisasi tersendiri, aplikasi ini
berfungsi sebagai platform panggilan yang seringkali digunakan oleh syarikat dan organisasi
kecil di Malaysia. Gambarajah 1.0 di bawah menunjukkan aplikasi Zoom.

Gambarajah 1.0 AplikasiZoom

Zoomsangat sesuai bagi mengadakan mesyuarat kerana aplikasi ini membenarkan lebih
daripada 50 orang pengguna membuat panggilan pada satu masa. Aplikasi Zoom begitu
popular hari ini sebagai salah satu media komunikasi dan boleh digunakan di mana
sahaja.Zoom ini juga memudahkan interaksi dua hala tanpa sebarang halangan.Kelebihan
aplikasi ini adalah mudah digunakan dan difahami serta sangat sesuai untuk perhubungan
komunikasi yang pantas. Antara kelebihan lain adalah aplikasi Zoom juga memberikan
kualiti tontonan yang jelas dan definisi tinggi (HD) sehingga memudahkan penggunaan

Downloaded by applelind wee (avelindwee@gmail.com)


lOMoARcPSD|6489179

CBCT2203
KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT

kejelasan. Akses berkualiti tinggi, dalam hal ini yang dimaksudkan adalah suara dan gambar
yang tersedia.Dalam forum perbincangan atau siaran langsung, tentunya peserta
perbincangan memerlukan sumber maklumat yang sebenar dan jelas.Zoom memberikan akses
berkualiti tinggi kepada penggunanya. Ini jelas merupakan sisi positif bagi pengguna Zoom
secara umum.Zoom memberikan penyelesaian untuk setiap masalah ruang bagi pengguna.
Akses ke kapasiti ruang yang disediakan oleh teknologi ini agak besar.Malah, Zoom
menyediakan 1,000 akses untuk ahli dalam satu forum perbincangan dan juga 10,000 ahli
dalam satu forum siaran langsung.Ini cukup mudah bagi pengguna terutamanya dalam sektor
pendidikan untuk melakukan perbincangan jarak jauh. Walau bagaimanapun, jika dilihat dari
akses ke kapasiti ruang yang cukup besar, pasti akan memberikan penilaian khas dari
pengguna untuk pengasas teknologi Zoom. Tambahan lagi, aplikasi ini pasti akan terus
berinovasi dan mengembangkan teknologinya yang boleh diperbaharui. Untuk menggunakan
Zoom, pengguna hanya perlu mendaftar secara percuma, baik melalui aplikasi di telefon
bimbit atau pun laman web dengan adanya sambungan Internet.

Di samping itu, Google Drive juga merupakan alternatif yang menarik bagi
penyimpanan fail dan dokumen. Bagi mendapat akses kepada aplikasi ini, pengguna hanya
perlu menggunakan alamat gmail yang sedia ada. Fail dan dokumen ini boleh diakses secara
atas talian pada bila-bila masa. Platform ini sangat praktikal dan mudah untuk digunakan
oleh pekerja malah para pelajar juga.Google Drive boleh diakses secara percuma dengan
muatan fail sebanyak 15Gigabyte(GB). Tambahan lagi, aplikasi ini juga boleh diakses
melalui telefon pintar.Gambarajah 2.0 di bawah menunjukkan aplikasi Google Drive.

Downloaded by applelind wee (avelindwee@gmail.com)


lOMoARcPSD|6489179

CBCT2203
KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT

Gambarajah 2.0 Aplikasi Google Drive

Google Drive wujud sebagai media penyimpanan dalam talian yang menyimpan data
sehingga data disimpan dengan selamat dan dapat digunakan pada bila-bila masa mahupun di
mana saja pengguna berada.Google Drive adalah media penyimpanan data dalam talian
berasaskan awan atau Internet yang dibangunkan dan diperkenalkan oleh Google pada 24
April 2012. Pada asasnya, perkhidmatan Google Drive ini sama dengan storan awan lain
seperti Dropbox atau OneDrive. Aplikasi ini boleh didapati dalam bentuk desktop atau
telefon pintar.Pada beberapa jenis telefon, Google Drive atau GDrive adalah aplikasi lalai
yang dipasang secara automatik pada sistem.Sementara itu, pengguna dapat menyimpan,
mengedit dan mengambil fail dari Google Drive dengan syarat bahawa komputer atau peranti
telefon pintar mesti disambungkan ke internet.Google drive mempunyai beberapa fungsi
utama untuk para penggunanya. Fungsi utama Google Drive adalah sebagai media
penyimpanan data dan menyimpan data dalam bentuk dokumen gambar atau apa saja di
media penyimpanan dalam talian tanpa harus menyediakan media penyimpanan atau media
penyimpanan luar talian seperti ram atau cakera keras. Dengan menggunakan Google Drive
pengguna dapat berkongsi fail secara langsung tanpa memerlukan konfigurasi yang rumit,
pengguna dapat berkongsi fail secara langsung dengan mnjemput pengguna lain melalui
pautan yang disediakan atau di jemput melalui alamat e-mel. Aplikasi Google Drive ini juga
berfungsi bagi memberi kelebihan kepada pengguna membuat capaian dan kemaskini
dokumen dan data pada bila-bila masa dan pelbagai peranti. Beberapa aplikasi yang boleh
digunakan di dalam Google Driveiaitu Google Docs, Google Sheets, Google Slides, Google
Forms, Google Drawing, Google Maps dan Google Sites. Semua aplikasi ini boleh di
gunakan bagi melicinkan tugas-tugas pengendalian data terutama kepada pengendali data
yang menguruskan data organisasi besar seperti Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pengumpulan data lebih berstruktur, maklumat cepat dikongsi dan penyampaian serta capaian
yang fleksibel dari segi masa dan tempat.

Sejak pandemik COVID-19 menyebar ke seluruh dunia, para pekerja dipaksa untuk
tetap bekerja dari rumah dan tetap mengadakan meeting secara talian.Hal seperti ini
menjadikan banyak aplikasi talian video conference atau meeting online seperti Google Meet
menjadi pilihan ramai pengguna agar tetap terhubung dengan pekerjaannya. Sehubungan
dengan itu,tentu saja, penggunaan Internet akan bertambah kerana setiap orang harus
melakukan kerja mereka dalam talian agar ketangkasan persidangan dalam talian dapat
terganggu.Oleh itu, aplikasi persidangan video secara dalam talian banyak digunakan agar

Downloaded by applelind wee (avelindwee@gmail.com)


lOMoARcPSD|6489179

CBCT2203
KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT

komunikasi berjalan dengan lancar.Google Meet adalah produk yang dihasilkan oleh Google
yang merupakan perkhidmatan komunikasi video yang dikembangkan oleh Google.Aplikasi
Google Meet adalah salah satu dari dua aplikasi dengan versi terbaru di mana versi
sebelumnya adalah Google Chat dan Google Hangouts.Aplikasi ini juga seperti aplikasi
persidangan video atau juga boleh dipanggil mesyuarat dalam talian.Gambarajah 3.0
menunjukkan aplikasi Google Meet.

Gambarajah 3.0 AplikasiGoogle Meet

Manfaat terbesar dari Google Meet, aplikasi ini membantu dan memudahkan orang
terutamanya bagi pekerja yang terlibat dalam perjumpaan perniagaan atau perjumpaan dalam
talian.Di samping itu, kelebihan Google Meet dapat dilihat dari banyak ciri yang
disediakan.Paparan yang disediakan adalah HD (High Definition) dan juga dapat memberikan
resolusi yang terdapat pada telefon pintar pengguna supaya paparan menjadi lebih jelas dan
mengikut kehendak pengguna.Di sebalik paparan HD, Google Meet juga menyediakan antara
muka yang baik, jelas dan mudah digunakan.Sehingga digabungkan dengan resolusi yang
baik, menambah ciri khas aplikasi ini, perlu memasang aplikasi ini.Aplikasi ini juga memiliki
ukuran yang ringan, jadi penggunaannya yang lebih cepat dan efisien.Aplikasi Google Meet
juga sangat mudah digunakan atau disebut juga mesra pengguna, jadi bagi siapa saja yang
baru atau baru menggunakan aplikasi Google Meet, pengguna tidak akan menghadapi

10

Downloaded by applelind wee (avelindwee@gmail.com)


lOMoARcPSD|6489179

CBCT2203
KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT

masalah.Kini Google Meet memberi penggunanya kebebasan untuk menggunakan aplikasi ini
kerana sudah tersedia secara percuma dan boleh memuat turunnya di Playstore atau app store
untuk pengguna iOS.Google Meet ingin membuktikan bahawa perkhidmatannya lebih baik
daripada persidangan video yang lain serta aplikasi ini terbukti berkesan dan boleh
dilaksanakan jika aplikasi ini percuma diGoogle. Perkhidmatan yang percuma
akanmemudahkan penggunaan aplikasi ini tanpa rasa bimbang akan kos pembayaran yang
harus ditanggung. Walau bagaimanpun, Google menemui aplikasi yang merupakan aplikasi
persidangan video yang dapat membantu masyarakat terutama bagi pekerja.Selain itu, jika
seseorang berada dalam dunia perniagaan, aplikasi ini tentunya dapat
mempermudahkanpengurusan perniagaan mereka.Apabila pengguna melakukan perbualan
dalam talian, aplikasi Google Meets dapat merakam teks perbualan di skrin semasa
berkomunikasi.Seperti namanya, Google Meet jelas merupakan produk Google, aplikasi ini
juga disatukan dengan produk Googlelain, Kalendar Google. Oleh itu pengguna dapat
mengetahui agenda dengan cepat dan terperinci, dan pengguna dapat membuat panggilan
mesyuarat hanya dengan satu klik.

5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan pada masa kini


telah menjadi suatu yang penting dan sangat memerlukan.Teknologi maklumat juga dapat
membantu manusia memudahkan melakukan sesuatu perkara.Meletusnya pandemik COVID-
19 di Malaysia pada awal Februari 2020 bukan sahaja merubah gaya hidup masyarakat
namun membawa perubahan ketara kepada corak kehidupan yang mengoptimumkan
penggunaan teknologi.Jika sebelumnya kita lebih selesa dengan proses sosial dan kebudayaan
tempatan, secara sekelip mata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1
bermula 18 Mac 2020 adalah titik tolak menjadikan konsep kehidupan rakyat Malaysia
terutamanya yang bekerja secara sepenuh masa atau tidak meneruskan urusan kerja harian
secara maya. Norma baharu yang berbeza daripada kebiasaan yang ada telah berubah dan
perkara ini tidak pernah terlintas di fikiran masyarakat.Bekerja dari rumah secara tidak
langsung sebenarnya telah memungkinkan perkara di luar kebiasaaan berlaku.Kerajaan
Malaysia mempertimbangkan penggunaan teknologi ini selepas tamatnya COVID-19 supaya
boleh menjimatkan lagi peruntukan membina ruang pejabat yang baharu dan tidak
memerlukan kos peralatan yang tinggi oleh kerana memerlukan sedikit pegawai untuk hadir
ke pejabat. Di dalam dunia yang bertambah maju ini, teknologi maklumat telah menjadi

11

Downloaded by applelind wee (avelindwee@gmail.com)


lOMoARcPSD|6489179

CBCT2203
KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT

sebahagian daripada kehidupan kita.Ia juga memainkan peranan yang penting di dalam kerja-
kerja seharian kita.

(2,702 patah perkataan)

12

Downloaded by applelind wee (avelindwee@gmail.com)


lOMoARcPSD|6489179

CBCT2203
KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT

APPENDIK

6.0 Rujukan

Abu Hassan, Musa (2008) Memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk
semua.

S. Z. Abdul Manaf, R. Dinb , A. Hamdanc , N. S. Mat Sallehd , I. F. Kamsind and J. Abdul


Azize (2015) Penggunaan Komputer dan Internet Web 2.0 dalam Kalangan Generasi
Y Pelajar Universiti (The Usage of Computers and Internet Web 2.0 in Generation Y
among University Students)

Fatin (2016, November 30). Fungsi-fungsi Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Retrieved
March 25, 2021, from https://mdmfatin.wordpress.com/2016/05/13/fungsi-fungsi-
teknologi-maklumat-dan-komunikasi/

13

Downloaded by applelind wee (avelindwee@gmail.com)

You might also like