You are on page 1of 4

CONTOH PERANCANGAN KURIKULUM

SEKOLAH
1. Mengadakan Mesyuarat : 

1.1 Jawatankuasa Kurikulum akan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun. 

1.2 Setiap panitia mesti mengadakan mesyuarat panitia tiga kali setahun dan minit mesyuarat mesti
disediakan.

2. Mengemaskini Fail :

2.1 Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh setiausaha. 

2.2 Semua fail panitia mesti disimpan di Bilik Penolong Kanan Pentadbiran atau tempat yang telah
disediakan.

3. Pemantapan Panitia :

3.1 Sistem KSSR : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Dunia Sains, Pendidikan Agama Islam,
PJPK, Pendidikan Kesenian, Sejarah, Bahasa Arab, Reka Bentuk Teknologi dan TMK. 

3.2 Sukatan Pelajaran terkini yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah disimpan
dalam fail panitia oleh setiap guru.

3.3 Rancangan Tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar.

3.4 Rancangan Pelajaran Harian hendaklah mengandungi enam perkara asas iaitu:

i. Tajuk / Isi Pelajaran

ii Standard Pembelajaran

iii Objektif Pembelajaran


iv Aktiviti PdP

v KBKK

vi Refleksi

3.5 Buku Rekod Persediaan Mengajar perlu dihantar setiap hari Khamis pada minggu persekolahan
minggu berkenaan untuk disemak oleh Guru Besar / Guru Penolong Kanan.

3.6 Semua guru mesti membawa Buku Rekod Persediaan Mengajar setiap kali masuk ke kelas bagi
tujuan PdPc.

3.7 ‘Postmortem’ secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia setiap kali selepas Latihan
Kecemerlangan (LK).

3.8 Pengurusan panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Ketua Panitia mata pelajaran.

3.9 Program Mantik Bertema setiap panitia iaitu Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia
Matematik, Panitia Sains dan Panitia Agama Islam diadakan dari bulan Februari hingga Jun.

4. Jadual Waktu :

4.1 Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan.

4.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan
mesyuarat kurikulum.

5. Latihan Kecemerlangan :

5.1 Latihan Kecemerlangan diadakan empat kali latihan yang diselaraskan kertas soalan dan jadualnya
oleh Majlis Guru Besar.

5.2 Format latihan mengikut soalan kertas peperiksaan awam.

5.3 Semua pengendalian mengikut standard peperiksaan sebenar.

5.4 Masa mengikut kertas sebenar peperiksaan awam.

5.5 Setiap guru perlu menyiapkan semakan kertas soalan tiga hari selepas Latihan Kecemerlangan
diadakan.
6. Pengisian Pentaksiran Berasaskan Darjah :
6.1 Semua Ketua Panitia perlu memastikan pelaksanaan PBD mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu
dua kali setahun.

7. Pencerapan PdPc :

7.1 Pengajaran dan pembelajaran guru / murid di dalam bilik darjah akan dicerap sebanyak dua kali
setahun secara rasmi.

7.2 Guru - guru akan dicerap oleh Guru Besar / Guru Penolong Kanan.

7.3 Jadual Induk Pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun.

8. Menyemak Buku Latihan Murid :


8.1 Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan dua kali setahun bagi memastikan penyemakan
dilakukan secara konstruktif.

8.2 Semua guru akan menyerahkan secara rawak 10 buah buku dari setiap kelas yang diajar untuk
semakan Guru Besar / Guru Penolong Kanan.

9. Program Kecemerlangan UPSR :


9.1 Kelas Cakna Ilmu akan diadakan pada bulan Februari hingga September melibatkan semua kelas
tahun 6 dan peruntukan masa selama satu jam iaitu dari jam 1.15 tengah hari hingga 2.15 petang.

9.2 Kelas Malam akan diadakan pada bulan Mac hingga September melibatkan murid-murid kelas 6
Teratai, 6 Seroja dan 6 Mawar dengan peruntukan masa selama satu jam setengah iaitu dari jam 8.15
malam hingga 9.45 malam.

9.3 Program PPAKAT WAK KIRO terdiri daripada tiga program utama iaitu Diamond Win, Kelas
Rancangan Khas (KRK) dan Ppakat Lulus yang diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu selama satu jam
setengah.

9.4 Kelas Projek 6A terdiri daripada murid-murid target 6A yang akan diadakan pada hujung bulan Ogos
sehingga UPSR.

9.5 Majlis Restu Ilmu akan diadakan seminggu sebelum UPSR.


10. Program NILAM :

10.1 Diadakan pada setiap bulan waktu persekolahan dan dibawah seliaan Penyelaras Pusat Sumber
Sekolah.

11. Mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan :

11.1 Program yang akan diadakan selepas Latihan Kecemerlangan terakhir iaitu pada bulan November.

You might also like