You are on page 1of 2

Definisi : Kaizen berasal dari bahasa Jepun yang bermaksud "perubahan kepada yang

lebih baik " , tetapi apakah maksud sebenarnya ? adakah ia sekadar satu falsafah?

Kaizen mula dikenali atau digunakan tidak lama selepas perang dunia kedua apabila
AS menghantar beberapa penasihat untuk membantu negara Jepun membina semula ekonomi
mereka, salah seorang penasihat ialah Dr Deming yang sering dikreditkan dengan
idea-idea bagaimana Kaizen itu tercipta kerana beliau ada menyatakan ; "cara untuk
sentiasa meningkatkan sistem pengeluaran dan perkhidmatan secara berterusan ialah
dengan meningkatkan kualiti dan produktiviti, seterusnya dapat membantu kepada
penjimatan kos”.

 Kualiti tinggi, Produktiviti rendah = Kos tinggi


Kualiti rendah, Produktiviti tinggi = Kos tinggi
Kualiti rendah, Produktiviti rendah = Kos lebih tinggi
Kualiti tinggi, Produktiviti tinggi = Kos lebih rendah  √√

Kaizen adalah kesinambungan kepada budaya ‘Penambahbaikan Berterusan / Continuous


Improvement’.

Antara prinsip Kaizen adalah :-

Proses yang baik menghasilkan produk yang baik


Meneliti dan mengurus data/fakta
Menilai sendiri situasi
Mengambil tindakan membetulkan kesilapan
Bekerja secara berpasukan
Ialah budaya
Meningkatkan Produktiviti
Meningkatkan Kualiti Produk@Servis
Keselamatan tempat kerja bertambah baik
Pesanan/order pelanggan dapat disiapkan/dihantar tepat pada masa

Meningkatkan kepuasan pelanggan

Kerja menjadi lebih mudah dan tekanan/stres pekerja berkurangan


Secara ringkas, Kaizen ialah budaya kerja harian yang memfokus kepada usaha
menambahbaik secara berterusan di dalam sesuatu proses atau cara kerja di setiap
keseluruhan bahagian dan ia melibatkan semua pekerja. Sasaran penting ialah
menyingkirkan ‘Waste’(pembaziran)  yang seterusnya dapat meningkatkan kualiti dan
produktiviti.

Antara kebaikan Kaizen adalah :

Meningkatkan Produktiviti
Meningkatkan Kualiti Produk@Servis
Keselamatan tempat kerja bertambah baik
Pesanan/order pelanggan dapat disiapkan/dihantar tepat pada masa
Meningkatkan kepuasan pelanggan
Kerja menjadi lebih mudah dan tekanan/stres pekerja berkurangan 

 Kaizen dan keperluannya :

Pelanggan/pengguna kebiasannya mahukan sesuatu produk atau perkhidmatan yang


berkualiti "terbaik" , pada harga “terendah” dan mudah serta boleh didapati apabila
mereka mahukan ia. Sekiranya kita sebagai peniaga/pemimpin pasaran gagal untuk
terus melakukan penambahbaikan keatas produk dan perkhidmatan kita, akibatnya
pelanggan/pengguna sedia ada akan beralih kepada pesaing kita yang mampu membuat
atau memberikan produk atau perkhidmatan tersebut dengan lebih cepat, lebih baik
atau lebih murah.

Kita akan kehilangan pasaran yang seterusnya yang akhirnya boleh menjejaskan
prestasi syarikat. Jangan tunggu sehingga ia terjadi, bertindak segera

You might also like