You are on page 1of 12

SEMESTER A221

PHILOSOPHY AND EDUCATIONAL DEVELOPMENT IN MALAYSIA

SGDF4012

TAJUK:

FALSAFAH DAN SISTEM PENDIDIKAN FINLAND (INDIVIDU)

PENSYARAH:

DR. MOHD ZAILANI BIN ISMAIL

GROUP: B

NAMA NOMBOR MATRIK

NORZAIDATUL AKMAL BINTI ABDUL BASIR 830976


1.0 PENGENALAN

Menurut United Nations (2020) Negara yang paling Bahagia diseluruh dunia adalah

Finland. Hal ini kerana terdapat empat faktor kenapa Finland negara yang paling Bahagia

didunia. Yang pertama adalah dari segi pemerintahan. Kerajaan Finland merupakan sebuah

kerajaan yang sangat dipercayai oleh rakyat kerana kurang korupsi. Hal ini disokong oleh

Index Corruptions perceptions (2019) menyatakan bahawa Finland merupakan negara ketiga

yang bersih daripada korupsi. 30% orang daripada menteri-menteri di negara ini juga

merupakan cendikiawan. Yang kedua adalah dari segi kepercayaan, rakyat Finland

mempercayai antara satu sama lain iaitu finnish dan warga asing yang datang ke negara ini

serta melahirkan hubungan yang positif sesama mereka. Yang ketiga adalah dari segi

Pendidikan, mereka sangat seimbang iaitu tiada perbezaan di antara mereka samaada kaya

atau miskin, semua rakyat akan mendapat pendidikan dan makanan percuma. Faktor yang

terakhir adalah Finland negara yang bahagia dari segi pusat kesihatan mereka. Di kesihatan

awam, semuanya adalah percuma termasuk rawatan, pemeriksaan dan sebagainya. Yang

perlu dibayar hanya ubat-ubatan di farmasi-farmasi sahaja, yang lain semuanya percuma.

Rakyat adalah aset negara yang paling penting di Finland. Mereka berhak menerima

pendidikan terbaik, yang akan membantu memaksimumkan potensi mereka menjadi siapa

dan apa yang mereka mahu. Sistem persekolahan pula hanya satu sahaja jenis sekolah di

Finland iaitu sekolah kerajaan yang mengajar semua jenis bahasa ibunda dan digunakan

sebagai pilihan bahasa pengantaraan. Tidak wujud peralihan daripada sekolah rendah ke

sekolah menengah rendah.

Objektif utama pendidikan di Finland adalah untuk menawarkan kesamarataan dalam

semua bidang pendidikan kepada warganegara dan menekankan sistem proses pendidikan

daripada peperiksaan. Guru pula mempunyai tanggungjawab untuk menilai matapelajaran


mengikut objektif pembelajaran dan kurikulum. Setiap sekolah perlu mengikuti kurikulum

teras nasional yang merangkumi objektif dan kandungan inti subjek yang berbeza. Pihak

berkuasa pendidikan tempatan dan sekolah itu sendiri yang membuat kurikulum mereka

dalam rangka kurikulum teras nasional. Sejak Finland telah muncul sebagai negara teratas

dalam ranking PISA antarabangsa, ramai penyelidik berminat dalam sistem pendidikan

Finland. Berdasarkan Kupiainen Et Al (2009), salah satu faktor yang menyumbang kepada

skor tinggi Finland dalam PISA adalah kekurangan peperiksaan atau ujian kebangsaan.

Hakikat bahawa Indeks Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

meletakkan Pendidikan Finland dalam senarai sistem pendidikan yang paling berjaya di

seluruh pelusuk dunia mengatakan tentang cara orang Finland mengambil berat tentang masa

depan mereka. Sistem pendidikan Finland menyentuh setiap aspek pergerakan ke alam

dewasa, termasuk pembelajaran yang berkesan, belajar aspek psikologi dan memberikan

sepenuh perhatian tentang kanak-kanak yang bahagia. Orang-orang seperti ini menghormati

pembelajaran dan tidak pernah letih daripadanya.

Perlembagaan Finland menyediakan rakyatnya dengan hak untuk Pendidikan dan

budaya. Setiap penduduk negara ini mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan

Pendidikan. Ia juga menyebut bahawa hak untuk peluang yang sama dalam bidang

pendidikan dikawal oleh pihak berkuasa awam, yang bermaksud bahawa kerajaan sendiri

menjaga kanak-kanak, masa depan negara mereka. Tambahan pula, persamaan di Finland

mempunyai satu lagi makna iaitu pembangunan di Negara ini tidak mempunyai persamaan

dengan status kewangan.

Setiap orang yang ingin mendapatkan pendidikan di Finland akan mempunyai peluang

untuk membuatkan impian itu menjadi kenyataan. Semua penduduk yang telah tamat sekolah

asas, negara ini akan memberikan hak kepada mereka untuk menerima pendidikan yang
sama. Umur sekolah yang wajib di Finland adalah bermula daripada umur 6 tahun sehingga

17 tahun. Bahasa pengantaraanya ialah dalam bahasa Finland dan Sweden. Namun, ada juga

keupayaan untuk belajar dalam bahasa Inggeris, tetapi dalam kes ini, ada kemungkinan

mereka perlu membayar kelas-kelas ini.

Apabila pendidikan asas telah tamat, Finland akan membuka ruang kepada pelajar

untuk belajar di peringkat sekolah menengah atas umum atau untuk melanjutkan

pembelajaran dalam institusi vokasional. Kemudian mereka juga boleh memohon untuk ke

politeknik atau Universiti. Yang terakhir di perlukan adalah lulus peperiksaan matrikulasi

yang tidak diwajibkan ke atas pelajar-pelajar untuk mengambilnya.

2.0 SISTEM DAN FALSAFAH PENDIDIKAN FINLAND

Sistem Pendidikan Finland mengandungi sembilan tahun pendidikan asas wajib,

pendidikan awal dan penjagaan, pendidikan pra-rendah, pendidikan menengah atas, pengajian

tinggi, dan akhirnya pendidikan dewasa. Penerangan semua peringkat ini telah diberikan di

bawah.

Sistem pendidikan Finland dianggap sebagai salah satu yang terbaik dalam Dunia.

Tahap pendidikan yang tinggi adalah salah satu kursus strategi kebangsaan Finland. Tujuan

utama sistem pendidikan adalah untuk mencapai objektifnya iaitu memberikan peluang yang

sama untuk mendapatkan pendidikan berkualiti bagi setiap penduduk di negara ini. Di

Finland, penekanan diberikan kepada proses Latihan dan pembelajaran, tetapi tidak pada

ujian atau peperiksaan. Tidak wujud ujian kebangsaan untuk pelajar sepanjang sesi

Pendidikan asas. Satu-satunya Pendidikan kebangsaan diadakan adalah pada akhir

Pendidikan menengah atas. Berdasarkan Lembaga Pendidikan Kebangsaan Finland (2004),

tujuan utama penilaian dalam kursus adalah untuk menekankan belajar di kalangan pelajar
serta memberi pelajar gambaran keseluruhan sama ada dia telah mencapai objektif

pembelajaran.

Ciri-ciri pendidikan di Finland adalah tidak mempunyai yuran pengajian. Pendidikan

dan Asuhan Awal Kanak-Kanak telah disediakan kepada pelajar sebelum permulaan

pendidikan wajib. Terpulang kepada ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka ataupun

tidak kerana ianya dianggap sebagai hak untuk mendapatkan nurseri. Akan tetapi, kanak-

kanak perlu didaftarkan untuk mengikuti sistem Pendidikan wajib di sekolah bermula

daripada umur tujuh tahun. Terdapat dua tahap persekolahan di Finland iaitu sekolah rendah

selama enam tahun dan sekolah menengah selama tiga tahun. Kemudian para penduduk boleh

melanjutkan pembelajaran di peringkat menengah atas dan seterusnya ke universiti mahupun

politeknik kerana kedua-duanya dipandang tinggi oleh penduduk sekitar Finland.

Pembelajaran sebenar bermula dari tujuh tahun apabila pelajar-pelajar pergi ke sekolah

rendah. Yang mana Finland membenarkan pelajar-pelajar mereka merasai dan menghargai

zaman kanak-kanak untuk seketika dan memulakan sekolah apabila mereka benar-benar

bersedia untuk belajar dan memberi tumpuan sepenuhnya. Pendidikan asas disediakan oleh

sekolah yang komprehensif dan mengambil umur dari tujuh sehingga enam belas tahun.

Kelas bermula daripada satu sehingga sembilan. Pada umur tujuh sehingga ke sebelas tahun,

mereka hanya belajar tentang kemahiran sosial. Selepas umur sebelas tahun ke atas, mereka

akan belajar di dalam kelas dan maksimum untuk sebuah kelas hanya dua puluh orang sahaja.

Seterusnya, setelah tamat sekolah rendah, terdapat pilihan untuk pelajar sama ada ke

sekolah aliran vokasional atau aliran akademik iaitu yang umum dengan jangka masa tiga

tahun yang mempunyai peperiksaan akhir dan latihan vokasional, dengan jangka masa tiga

tahun yang memberikan akses untuk mempraktikkan profesion. Terdapat 14 universiti dan 24

politeknik yang terdapat di Finland. Pada fasa ini, yuran pengajian masih lagi dibiayai oleh
pihak kerajaan akan tetapi buku teks dan makanan tidak lagi percuma. Sekolah menengah

atas menggalakkan pelajar menjadi individu yang baik dan masyarakat juga menyediakan

pengetahuan dan kemahiran yang perlu untuk kehidupan dalam pekerjaan dan kepentingan

peribadi di masa hadapan mereka. Institusi vokasional dengan program tiga tahun melatih

pelajar dalam pelbagai kerjaya dan pada masa yang sama, mereka mengambil peluang untuk

mengikuti peperiksaan matrikulasi dan menyambungkan pengajian ke Universiti. Program

tiga tahun sekolah menengah atas menyediakan pelajar untuk menghadapi ujian yang di

kenali sebagai National Matriculation Exam. Peperiksaan ini menentukan samaada pelajar-

pelajar layak untuk menyambungkan pengajian di peringkat universiti.

Pengajian tinggi di Finland menggunakan bahasa Finland dan Sweden sebagai Bahasa

pengantaraan dalam pengajian, pendidikan tinggi juga adalah percuma. Pada masa yang

sama, pendidikan tidak percuma untuk pelajar asing yang belajar menggunakan bahasa

Inggeris. Pendidikan tinggi terdiri daripada dua sektor iaitu sektor universiti dan politeknik

atau lebih dikenali sebagai university sains gunaan. Tumpuan universiti adalah dalam

penyelidikan saintifik, manakala politeknik terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan

serta memanfaatkan hubungan rapat dengan pekerjaan. Walaupun autonomi mereka dan entiti

undang-undang, 66% daripada universiti dan 85% pembiayaan politeknik diarahkan dari

belanjawan negeri. Universiti kebanyakannya berorientasikan kepada kerja-kerja saintifik dan

penyelidikan. Ijazah Sarjana Muda biasanya boleh dihabiskan dalam tempoh tiga tahun

dengan 180 kredit dan Ijazah Sarjana dalam tempoh dua tahun tambahan dengan 120 kredit.

Saintifik ijazah pascasiswazah (Licenciate) terdiri dengan penambahan selama dua tahun dan

langkah yang terakhir iaitu ijazah kedoktoran selama dua tahun.

Manakala untuk peringkat vokasional, selepas tamat pendidikan asas pelajar-pelajar

boleh menyambungkan pembelajaran dalam sektor vokasional atau lebih dikenali sebagai

sains gunaan untuk menengah atas. Pembelajaran adalah percuma kerana yuran pengajian
pelajar-pelajar dibiayai oleh percukaian Finland. Semasa mereka masih lagi bergelar seorang

pelajar, mereka boleh mengusahakan kebolehan professional dan memohon pekerjaan yang

bergaji tinggi serta mempunyai beribu-ribu peluang pekerjaan yang tersedia untuk para

pelajar sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian.

3.0 FAKTOR KECEMERLANGAN

Terdapat beberapa faktor utama kecemerlangan Finland dari segi sistem pendidikan

diiktiraf terbaik didunia. Antaranya adalah penyediaan pendidikan percuma bermula daripada

sekolah rendah sehingga ke peringkat menengah kepada Warganegara Finland dan mereka

yang datang dari negara kesatuan Eropah (EU) dan juga Kawasan Ekonomi Eropah (EEA)

kerana semua orang mempunyai hak yang sama dalam Pendidikan. Pelajar sekolah juga

diberi makanan bertaraf restoran secara percuma untuk mengelakkan ibu bapa mereka pulang

ke rumah pada waktu tengah hari untuk memasak. Di bahagian pedalaman Finland,

pengangkutan ke sekolah juga adalah percuma. Jika kekurangan peralatan dan kelengkapan

untuk persekolahan, pihak kerajaan juga memberikannya secara percuma. Pendidikan di

Finland tidak berteraskan terhadap pelajaran, Sebaliknya, ianya sangat praktikal dan secara

langsung dikaitkan dengan keadaan hidup mereka. Sebagai contoh, mereka mempunyai

kemahiran dalam membuat resume dan mampu membuat pengiraan cukai dengan baik.

Selain itu, mereka mengutamakan dan fokus perkara asas dalam program pendidikan

seperti pendidikan merupakan tunjang dalam menyeimbangkan ketidaksamaan sosial

dikalangan rakyat Finland. Tahun akademik di sana bermula pada bulan Ogos dan berakhir

pada bulan Mei. Kanak-kanak di Finland juga bangun lewat pada waktu pagi kerana

pembelajaran di sana bermula pada 9.45 pagi dan akan berakhir pada jam 2.45 petang.

Biasanya, pelajar mempunyai 3 hingga 4 kelas sehari dengan panjang 45 minit setiap satu.

Setiap kali kelas berakhir, terdapat tempoh untuk rehat 15 minit di mana pelajar boleh
melakukan apa yang mereka mahu. Guru-guru sangat jarang memberikan kerja rumah kepada

pelajar-pelajar. Mereka menganggap cuti sekolah adalah waktu untuk bercuti dan boleh

meluangkan masa di rumah dengan keluarga. Guru-guru di Finland tidak akan bertukar dan

mengajar sepanjang enam tahun sesi persekolahan bagi peringkat sekolah rendah. Ini

membolehkan guru untuk mengetahui perkembangan pelajar-pelajar dan gaya pembelajaran

yang diperlukan oleh setiap pelajar. Pembelajaran di Finland adalah dalam bahasa Finnish

dan Sweden. Mereka akan belajar bahasa Inggeris bermula pada kelas ketiga dan

berkemungkinan mereka boleh memilih untuk kelas fakultatif dengan mempelajari bahasa

asing kedua. Kecintaan dan komitmen kepada bahasa ibunda tidak menghalang kanak-kanak

Finnish daripada mempelajari bahasa Inggeris, dan ia diajar dengan pedagogi yang betul

tanpa membunuh motivasi intrinsik pelajar untuk belajar.

Seterusnya, Kurikulum Pendidikan di Finland adalah konsisten dan fleksibel kepada

pelajar-pelajar. Pelaksanaan persekitaran pengajaran dan pembelajaran holistik yang

bertujuan untuk menekankan ekuiti berbanding kecemerlangan. Kasanen et al (2003)

mengatakan bahawa guru di Finland kadang-kadang menggunakan ujian untuk penilaian

formatif dan pelajar menganggap ujian sebagai salah satu pembelajaran pengalaman tetapi

bukan sebagai penilaian. Pentaksiran formatif yang dijalankan oleh guru juga tidak

menggunakan sistem berangka atau penggredan, mereka biasanya menandakan dan memberi

skala seperti “tahniah” dan "perlu diperbaiki". Di Finland tiada ranking antara sekolah. Ia

bertentangan dengan nilai equality dan equity yang sangat dominon dalam masyarakat

Finland. Kemajuan dan perkembangan keseluruhan pelajar-pelajar di Finland telah

diperincikan oleh Kementerian Pendidikan Finland dengan membuat sampel kumpulan

daripada pelbagai jenis sekolah.

Selain itu, kanak-kanak Finland memulakan langkah dalam akademik mereka pada usia

yang lebih tua daripada usia di Malaysia, iaitu apabila mereka mencapai umur tujuh tahun
mereka memulakan persekolahan mereka dan sebelum pembelajaran itu dibuat secara bebas.

Penekanan terhadap perkara asas adalah sebab penting mengapa Finland mempunyai sistem

pendidikan terbaik di dunia. Hal ini kerana pelajar dibekalkan dengan masa dan skop untuk

membina asas dan asas terbaik mengikut kadar pelajar itu sendiri. Pendidikan wajib hanya

sembilan tahun sahaja yang terdapat di dalam sistem pendidikan Finland dan untuk enam

tahun yang pertama, mereka dididik oleh guru yang sama. Selepas itu pelajar-pelajar

digalakkan untuk mengetahui apa yang terbaik bagi diri mereka samaada dari segi akademik

mahupun kerjaya. Universiti dan politeknik merupakan dua pilihan bagi mereka. Kedua-

duanya dipandang tinggi secara profesional dan layak bersaing dalam kerjaya. Sebagai

contoh, enam 66% pelajar di Finland telah menyambungkan pembelajaran di peringkat

universiti yang terkemuka dan 93% pelajar telah bergraduasi daripada sekolah menengah

akademik mahupun vokasional.

Guru-guru di Finland sangat dihormati, kerana untuk memohon kerjaya guru di Finland

perlu ada sarjana. Mereka sangat dihormati seperti peguam mahu pun doktor. Oleh sebab itu,

ibubapa tidak risau untuk hantar anak mereka ke sekolah kerana kepercayaan yang sangat

tinggi. Mereka amat berdedikasi dan dipercayai, maka tiada nazir diperlukan untuk

memantau guru di Finland. Di semua peringkat sekolah, guru-guru sangat berkelayakan dan

sangat komited dengan kerjaya mereka. Profesion pengajaran sangat popular di Finland, dan

pihak universiti boleh memilih mereka yang paling bermotivasi dan berbakat di antara semua

pemohon yang memohon kerjaya ini. Guru juga bekerja secara bebas dan mempunyai

autonomi yang kuat ke arah kerja mereka.

4.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN

Kesimpulannya adalah Pendidikan di Finland mementingkan kesaksamaan dan

kesamarataan terutamanya dalam pendidikan untuk setiap rakyat di negara tersebut.


Walaupun mempunyai latar belakang, kaum, agama yang berbeza, kerajaan tetap akan

memberikan pendidikan secara percuma kepada semua rakyatnya. Semua sekolah adalah

sama dan tiada penilaian yang diambil untuk menilai tahap penguasaan pelajar sepanjang

belajar di peringkat pendidikan asas. Penduduk Finland juga mempunyai tahap kepercayaan

yang tinggi antara satu sama lain yang mana ini menunjukkan nilai murni dan mempunyai

akhlak yang berada di tahap memberansangkan.

Selain itu, pelajar-pelajar di Finland dijaga privasi dan identiti mereka, menjadikan

sekolah tempat yang selamat untuk kanak-kanak belajar. Tiada pendedahan pelajar-pelajar di

media sosial personal guru, kecuali yang rasmi dengan surat kebenaran dan persetujuan ibu

bapa. Para pelajar tidak sewenang-wenangnya tidak di ambil gambar atau pun video mereka.

Apa-apa yang belaku di sekolah, Jika hendak di post di media sosial, ianya hanya dipost

dengan kebenaran ibubapa di media sosial sekolah yang rasmi sahaja. Tidak pernah berlaku

guru-guru di Finland post gambar pelajar masing-masing. Perkara ini sangat penting kerana

bukan sahaja menjaga dan melindungi hak privasi pelajar, tetapi juga menyumbang kepada

mewujudkan sekolah sebagai suatu persekitaran yang selamat untuk pelajar.

Di Finland juga, warga pendidiknya melihat bidang pendidikan dan mengajar pelajar-

pelajar adalah sebagai satu sumbangan besar kepada negara mereka. Kerana apa yang mereka

lakukan bukan semata-mata dari segi kerjaya iaitu datang ke sekolah mengajar dan hujung

bulan akan dapat gaji, tetapi mereka sedang menyumbang kepada satu proses yang akan

membentuk masa hadapan negara dan hal ini telah termaktub di dalam sumpah guru-guru

apabila mereka mula berkhidmat sebagai seorang guru dan ianya disemai secara langsung dan

tidak langsung dalam proses mengajar dan belajar di sekolah masing-masing.

Tuntasnya, dapat kita lihat untuk menjadi sebuah negara yang maju khususnya dalam

sektor pendidikan, pihak kerajaan memainkan peranan yang signifikan dalam membentuk
dan merangka setiap kurikulum yang akan digunakan oleh pakar-pakar pendidikan terutama

guru-guru sebagai landasan untuk mengembangkan proses pendidikan yang lebih inovatif dan

dapat mencapai tujuan pendidikan yang diingini. Mempunyai pelbagai kemahiran juga dapat

melahirkan anak-anak yang seimbang bukan sahaja dalam pendidikan, akan tetapi dalam

kemahiran yang akan menyediakan anak-anak untuk lebih berjaya dalam kehidupan di

rumah, komuniti, serta di tempat kerja. Ilmu dan pengetahuan yang berguna juga dapat

memberikan nilai tambah kepada seseorang di samping membantu menambah baik corak

pemikiran. Seiring dengan arus permodenan, landskap pendidikan berubah dengan pantas dan

semua pihak di negara kita perlu cakna dengan keadaan ini.

5.0 RUJUKAN

Atomiyme. (2018). Pendidikan Di Finland: Sekolah Dan Universiti. Latihan Untuk Federation.
Retrieved from Atomiyme: https://ms.atomiyme.com/pendidikan-di-finland-sekolah-dan-
universiti-latihan-untuk-federation/

Culture, M. o. (27 May, 2019). Education in Finland. Retrieved from Scribd:


https://www.scribd.com/document/411550363/Education-in-Finland

Education, F. N. (2004). National Core Curriculum for Basic Education 2004. Vammala: Vammalan
Kirjapaino Oy.

Hailmi, C. (29 Ogos, 2017). 13 Rahsia Kejayaan Sistem Pendidikan Finland. Retrieved from
https://www.cikguhailmi.com/2017/08/13-rahsia-kejayaan-sistem-pendidikan-finland.html

Idayu, M. (19 November, 2019). 10 Sebab Utama Sistem Pendidikan Finland Terbaik Di Dunia.
Retrieved from DIVA: https://diva.my/2019/196326/10-sebab-utama-sistem-pendidikan-
finland-terbaik-di-dunia/

International, T. (2019). Corruption Perceptions Index. Germany: Transparency International.


Retrieved from International, Transparency.

Kati Kasanen, H. R. (2003). Learning the class test. European Journal of Pscyhology of Education, 43-
58.

Kebangsaan, I. P. (2007). Guru sebagai asas sistem pendidikan yang baik. penerangan mengenai
latihan dan kerjaya guru di Finland.

Neve, J.-E. D. (2020). Cities and Happiness: A Global Ranking and Analysis. University of Oxford:
World Happiness report.

Robert, P. (2007). Pendidikan di Finland. Rahsia kejayaan yang menakjubkan.


Sirkku Kupiainen, J. H. (2009). The Finnish Education system and PISA. Finland: Ministry of Education
Publications.

Tonelete, R. (11 September, 2019). Education in Finland. Retrieved from Scribd:


https://www.scribd.com/document/425384123/Education-in-Finland?

You might also like