You are on page 1of 2

BMKK(pg 21-40)

1. Gigi mempunyai dua jenis,iaitu gigi susu bagi kanak-kanak dan gigi kekal bagi
orang dewasa.(MS20)
2.Ketika umur manusia dalam lingkungan enam tahun hingga 12 tahun,berlaku
pertukaran gigi susu dan gigi kekal yang dikenali sebagai kegigian campuran.
(MS20)
3. Penemuan mayat dalam suatu kes forensik menjadi sukar jika identiti mayat tidak
dapat diketahui.(MS20)
4. Walaupun autopsi atau bedah siasat tidak dijalankan bagi sesetengah kes,semua
percubaan untuk menubuhkan identifikasi positif mesti dibuat.(MS20)
5. Dalam kebanyakan bidang kuasa,terdapat empat kaedah yang boleh diterima secara
sah yang digunakan untuk mengenal pasti mayat manusia,iaitu identifikasi
visual,cap jari,identifikasi pergigian,dan bukti asid deoksiribonukleik(DNA).
(MS21)
6. Maklumat AM juga bergantung pada radiograf pergigian yang diperoleh daripada
doktor gigi dan klinik pergigian(MS21)
7. Semua AM pergigian dalam pembentukan yang dikumpulkan mesti direkodkan
dalam odontogram standard.(ms21)
8. Petunjuk rangka seperti diafisis gabungan epifisis,pemeriksaan pergelangan
tangan,penilaian vertebra serviks,peraseman asid amino,tulang
sternoklavikular,perubahan dalam simfisis,gabungan sutur tengkorak atau
perubahan dalam ciri seks sekunder diperlukan dalam kaedah ini yang mempunyai
kelebihan dan kekurangan tersendiri..(ms22)
9. Kaedah anggaran umur berdasarkan pertumbuhan molar ketiga dimodelkan dan
diperhatikan secara radiologi.(ms23)
10. Pengubahsuaian epigenetik memainkan peranan yang sama penting dalam
pembangunan pertumbuhan dan proses ini sangat terdedah kepada perubahan alam
sekitar.(ms23)
11. Keracak ini akan menyebabkan kesan daya seret yang besar hingga pemain golf
perlu memberikan daya yang lebih tinggi untuk melawan daya seret ini,sekiranya
ingin menerbangkan bola golf dengan jarak yang lebih jauh.(ms24)
12. Keadaan ini disebabkan oleh bahan yang digunakan untuk galah diperbuat
daripada plastik bertetulang gentian(FRP)yang sangat sesuai untuk memberikan
output yang terbaik dalam sukan ini.(ms24)
13. Hal ini dapat dilihat melalui perbezaan bentuk basikal untuk perlumbaanyang
lebih ringkas dan aerodinamik supaya dapat memberikan manfaat yang maksimum
kepada pengayuh basikal berbanding dengan basikal untuk kegunaan harian.(ms25-
26)
14. Namun begitu,pakaian ini menimbulkan kontroversi kerana pada Sukan Olimpik
2008 di China,sebanyak 23 rekod telah dipecahkan oleh perenang yang memakai
pakaian ini.(ms26)
15. Daya turun dihasilkan oleh sayap depan dan sayap belakang.(ms26)
16. Pada hakikatnya,disebabkan oleh perlanggaran tersebut berlaku pada halaju yang
tinggi,momentum akan menyebabkan kepala pemandu dipaksa bergerak ke
hadapan dengan cepat dan sekali gus memungkinkan berlakunya kecederaan pada
tulang di leher yang boleh menyebabkan maut.(ms26)
17. Beberapa sumbangan besar kejuruteraan dalam bidang sukan atau sukan lumba
kereta khususnya ialah pakaian kalis api dan pengadang.(ms27)
18. Kayu balak daripada spesies Maesopsis eminii,durian,jelutong,dan tembusu yang
telah mengalami kerosakan akibat panahan petir dan serangan agen perosak telah
dirawat dengan menggunakan kaedah rawatan pengeringan air-force circulation dan
greenhouse-type solar.(ms30)
19. Hal ini telah mengakibatkan penternakan spesies moluska terjejas.(ms35)
20. Bagi mencapai kelestarian kesalingan yang holistik selari dengan SDG,banyak
penyelidik dari UTM telah mengambil inisiatif untuk memperkembang sayap
eksplorasi penyelidikan mereka melalui adaptasi dapatan kajian di makmal dalam
menyelesaikan masalah masyarakat setempat dan ekosistem alam sekitar.(ms35)
21. Selain itu,piawaian tempatan dan antarabangsa bagi makanan laut adalah
ketat,terutamanya dalam kategori kandungan logam berat seperti
merkuri,plumbum,kadmium,arsenik,dan nikel.(ms35)
22. Selain cahaya dan haba yang memberikan banyak kebaikan kepada
kehidupan,matahari juga menghasilkan gelombang radio,ultraungu,sinar-X,dan
inframerah.(ms39)
23. Sebagai contohnya,gelombang ultraungu boleh menyebabkan kanser kulit dan
mengurangkan imun tubuh dalam melawan penyakit.(ms39)
24. Cuaca angkasa merupakan perubahan pada ruang angkasa lepas dari permukaan
matahari hingga atmosfera bumi.(ms39)
25. Cuaca angkasa turut memberikan impak terhadap sistem dan teknologi yang
berada dalam orbit bumi seperti satelit.(ms39)
26. Aktiviti matahari ialah fenomena yang berlaku di matahari yang terdiri daripada
suar,ejeksi jisim korona dan tompok matahari.(ms39)
27. Tahap maksimum aktiviti tersebut dinamakan sebagai suria maksimum dan tahap
minimum dinamakan sebagai suria minimum.(ms39)
28. Tempoh ini dinamakan sebagai kitaran suria.(ms39)
29. Kumpulan ini mempunyai medan magnet yang terdiri daripada kutub utara dan
kutub selatan..(ms39)
30. Tompok matahari ialah kawasan yang relatif lebih dingin berbanding dengan
kawasan di sekitarnya.(ms39)
31. Suhunya pula adalah 4000 darjah Kelvin berbanding dengan suhu di
sekitarnya,iaitu 5760 darjah Kelvin.(ms39)
32. Tompok matahari berlaku di fotosfera,iaitu permukaan matahari yang
mengeluarkan cahaya nampak..(ms39)
33. Tompok matahari juga mempunyai saiz dan tempoh hayat yang berbeza.(ms39)
34. Ejeksi ini ialah ejeksi plasma dan medan magnet dari korona ke angkasa.(ms39)
35. Korona merupakan bahagian paling luar atmosfera matahari.(ms39)
36. Ejeksi ini dikaitkan dengan letusan semarak dari bahagian kromosfera.(ms39)
37. Ejeksi ini akan menghala ke bumi dan menyebabkan peningkatan zarah bercas di
lingkaran Van Allen atmosfera bumi dan arus elektrik di lapisan magnetosfera dan
ionosfera bumi.(ms39)
38. Angin suria pula bergerak dengan kelajuan antara 400 kilometer per saat hingga
800 kilometer per saat.(ms40)
39. Peta bintang ini menunjukkan bintang, planet, buruj, dan galaksi Bimasakti.
(ms40)

You might also like