You are on page 1of 13

SGDJ 3033 SEJARAH DUNIA

SEMESTER KEDUA SESI 2021/2022


KUMPULAN A

TUGASAN INDIVIDU:
TOKOH DUNIA

TEMA:
MAHATMA GANDHI

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. YUS’AIMAN BIN JUSOH@YUSOFF

TARIKH:

23 JUN 2022 (MINGGU 13)

NAMA PELAJAR:

NO NAMA MATRIK
1 MUHAMMAD HAEKAL BIN NOORDIN 272476
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ................................................................................................................... 1

1.1 MENGENALI INDIA ...................................................................................................... 1

1.2 LATAR BELAKANG TOKOH....................................................................................... 2

2.0 KETOKOHAN .................................................................................................................... 3

2.1 NASIONALISME ............................................................................................................ 3

2.2 GAGASAN MAHATMA GANDHI ............................................................................... 5

A) SARVODAYA ................................................................................................................. 5

B) KHADI ............................................................................................................................. 5

C) RAMRAJYA DAN GRAM SWARAJ ............................................................................ 5

2.3 ORIENTASI PEMIKIRAN MAHATMA GANDHI ....................................................... 6

2.3.1 KESETARAAN JANTINA ...................................................................................... 6

2.4.2 PENDIDIKAN .......................................................................................................... 9

3.0 PENUTUP.......................................................................................................................... 10

RUJUKAN .................................................................................................................................... 11
1.0 PENGENALAN

1.1 MENGENALI INDIA

Merujuk sebuah artikel yang ditulis oleh Agnes Sri Poerbasari dalam artikelnya bertajuk
Nasionalime Humanistis Mahatma Gandhi menceritakan akan asal usul India. Pada awalnya,
terdapat banyak nama yang digunakan untuk merujuk masyarakat India. Sebagai contoh,
Bharathiya. Kemudian juga disebut sebagai Sidhu, Hindu dan Indos oleh orang luar. Masyarakat
Muslim pula menggelar masyarakat India sebagai Hindustani. Pada akhirnya, orang Eropah telah
menyebut mereka sebagai India.

Masyarakat India atau bangsa India ini dibentuk bukanlah daripada politik akan tetapi
melalui budaya. Lanjutan lagi, dikatakan budaya mereka terbentuk hasil daripada guru spiritual,
atau golongan suci yang menuliskan karya mereka dalam kitab suci dan sasterawan. Lagi,
masyarakat Islam yang datang ke India telah membentuk sistesis. Kehadiran budaya Hindu, Islam
dan lain-lainnya telah memperkayakan budaya negara India. Kesemuanya telah memberi
sumbangan dalam peradaban masyarakat.

Sambungan daripada itu, artikel sama menulis bahawa Gandhi berpandangan India sebagai
beragama Hindu. Hal tersebut kerana kesedarannya akan India terdiri daripada pelbagai latar
belakang. Kepelbagaian itulah yang melahirkan “keindiaan” iaitu rasa sebagai satu bangsa dan
berkongsi budaya. Dalam pada itu, Gandhi sama sekali tidak menyokong pendapat Mohamad Ali
Jinnah yang menggambarkan India sebagai dua iaitu Hindu dan Islam.

Lanjutan itu, Gandhi sekali lagi berpandangan bahawa semangat kenegaraan tidak perlu
mencampur adukkan agama seseorang. Setiap individu bebas mempunyai pegangan agama
masing-masing. Secara keseluruhannya, di mana-mana negara sekali pun tidak ada orang yang
berpegang kepada satu agama sahaja. Begitu juga India. Walaupun begitu, kesetiaan penuh
haruslah diberikan kepada negara India. Menurut Guha (1986: 165-166) dalam Poerbasari (2007)
mengatakan bahawa Hindustan merupakan milik semua merangkumi Kristian, Muslim, Hindu dan
orang Parsi. Dalam pemerintahan pula tiada istilah pemimpin Hindu tetapi pemimpin India.

1
1.2 LATAR BELAKANG TOKOH
Mohandas Karamchand Gandhi merupakan tokoh terkenal negara India. Beliau membawa
aliran pemikiran dan perjuangan dalam pelbagai aspek. Lebih lanjut, sosok yang sinonim dengan
nama Gandhi itu dilahirkan di Porbandar, Gujarat pada tahun 1869. Ayahnya merupakan seorang
diwan. Manakala ibunya pula seorang suri rumah. Gandhi berlatar belakangkan kasta bania dan
menganut agama Hindu.

Beliau mendapatkan Pendidikan rendah dan menengah di Kota Rajkot. Lanjutan daripada
itu, Gandhi telah dinikahkan dengan Kasturbai sewaktu masih menuntut Pendidikan menengah
kira-kira masih berusia 13 tahun sewaktu itu. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata hasil
daripada perkahwinan tersebut. Menurut artikel dirujuk menyatakan bahawa pernikahan bawah
umur merupakan suatu tradisi dan amalan biasa.

Pada tahun 1887, Gandhi melanjutkan Pendidikan ke peringkat lebih tinggi iaitu di
Universiti Ahmedabad dan kemudian meneruskan pengajian di Samaldas College. Walaupun
begitu, akibat faktor kesukaran telah menyebabkan beliau berhenti dan meneruskan pula pengajian
di Inggeris dalam bidang undang-undang. Beliau telah lulus ujian sebagai peguam pada 10 Jun
1891 dan terus pulang ke India pada 12 Jun 1891. Kisahnya, Gandhi menyedari setelah tiba di
Rajkot bahawa tidak mudah menjalankan pekerjaannya di situ memandangkan beliau langsung
tidak menguasai undang-undang India, Hindu dan Islam.

Perjalanannya sebagai peguam dikatakan sukar kerana mainan politik kotor dan
ketidakadilan terhadap golongan minoriti di situ yang merupakan kliennya juga. Lagi, Gandhi
turut pernah dihalau dari pejabat kerana mereka tidak berkenan dengan usahanya dalam membela
kakaknya. Gandhi telah memutuskan untuk membantu Dada Abdullah & Co di Afrika Selatan.
Kontrak kerja selama setahun dengan bayaran $150. Pada 1893, beliau telah berlayar ke Durban
di Afrika Selatan.

Situasi di Afrika Selatan telah melahirkan Gandhi sebagai tokoh nasionalis yang humanis
sekali gus pemimpin moral bagi bangsanya dengan membela kaum dipinggirkan. Ketika itu, Natal
telah menerima penambahan kedatangan pedagang India menyebabkan Orang kulit Putih berasa
terancam dalam aspek ekonomi hingga membuat undang-undang diskriminatif (Poerbasari, 2007).

2
2.0 KETOKOHAN

2.1 NASIONALISME

Gokhale juga merupakan mentor kepada Gandhi dalam bidang politik telah memberi
saranan agar Gandhi mengelilingi tanah India sebelum terjun ke bidang politik. Tujuannya adalah
untuk mendapatkan pengalaman. Usahanya memakan masa selama lima tahun untuk mengelilingi
India. Hasilnya, beliau telah mendapati keadaan kesulitan masyarakat dari pelbagai aspek.
Antaranya, masalah pengangkutan awam, kekotoran, kebodohan, kemiskinan dan pajak tinggi
serta kesihatan.

Awalnya, Gandhi melibatkan diri secara tidak formal dalam bidang politik. Penglibatan
Gandhi dalam bidang politik secara tidak formal boleh dilihat dalam usahanya mendidik rakyat
akan keperluan menghapus buruh kontrak. Di samping itu, Gandhi turut terlibat dalam reformasi
sosial penghapusan sistem yang dikenali sebagai Tinkathia. Kewajipan petani menanam nila tiga
daripada 20 petak tanah miliknya. Dalam pada itu, Gandhi telah melakukan reformasi di Kheda
bagi menghapuskan juga sistem pajak yang mencekik rakyat. Lagi, Gandhi menjadi orang tengah
dalam konflik perburuhan di Ahmedabad.

Sambungan lagi, Gandhi telah menentang gagasan Mohamad Ali Jinnah yang menyatakan
bahawa India terdiri daripada dua bangsa yakni India dan Muslim. Bagi Gandhi, kedua-duanya
adalah satu bangsa sama memandangkan terikat dalam peradaban sama. Oleh itu, Gandhi tidak
setuju kepada konsep India-Pakistan. Semangat nasiolisme tokoh berkenan jelas dapat dilihat lagi
apabila beliau mengusahakan untuk mengangkat Bahasa Hindi dan Urdu sebagai Bahasa Lingua
Franka. Bukan itu sahaja, Gandhi dikatakan lagi memperjuangkan kemerdekaan dan berusaha
menangkis kemiskinan. Akhirnya muncul konsep ekonomi dikenali sebagai swaraj dan khadi.

Nasionalisme Gandhi terlihat menonjol dalam kemampuannya menggerakkan India untuk


melakukan Hartal. Beliau telah memimpin rakyat untuk menentang undang-undang Rowlatt
sebuah RUU kewarganegaraan. Mereka menentang tanpa kekerasan sebaliknya hanya dengan
melakukan pembersihan diri dan puasa. Menjelang tahun 1920, Gandhi dipilih sebagai pucuk
pimpinan Congress. Di bawah Gandhi, parti politik yang sebelumnya berorientasikan parti politik
elit kini berubah berorientasikan rakyat. Kemudian, Satyagraha ditetapkan sebagai prinsip
Gerakan Congress demi mencapai kemerdekaan India.

3
Melalui Satyagraha, Gandhi mengambil Langkah menolak gerakan tentera dan polisi yang
boleh mendekatkan dengan kekerasan. Walaupun begitu, gerakannya itu gagal kerana pihak
Inggeris bertahan dengan perjanjian The-Montagu-Chelmford. Keraguan terhadap Satyagraha
turut muncul. Terdapat pihak-pihak yang menentang Gandhi dengan mendirikan parti-parti politik
baharu. Antaranya, parti sosial dan parti swaraj. Lebih lagi, Gandhi sendiri turut ditahan sekitar
tahun 1922 hingga 1924 kerana telah keluar untuk reformasi.

Kemudian, pada tahun 1930, Gandhi kembali mengobarkan Satyagraha untuk menentang
undang-undang garam yang dimonopoli pemerintah. Hasilnya, beliau berhasil mengajak rakyat
pergi ke laut membuat garam sendiri. Tindakan itu akan menekan pihak Inggeris untuk membuat
rundingan dalam Konferensi Meja Bulat di London. Rundingan tersebut membawa kepada Irwin-
Gandhi Agreement iaitu setuju menarik undang-undang berkaitan garam namun tidak setuju
melepaskan India untuk merdeka lagi. Dalam rundingan sama, pihak Inggeris berjaya
memasukkan skim penyertaan India-Pakistan yang dituntut oleh Liga Muslim. Menurut
Poerbasari (2007) dalam (Power 1961: 22-24 dan Guha 1986: 54) menunjukkan Satyagraha gagal
sebagai cara perjuangan.

Kegagalan tersebut menyebabkan Gandhi telah menarik diri sebagai anggota formal
Congress selepas menarik gerakan Satyagraha akibat kritikan-kritikan diterimanya. Menjelang
tahun 1942, perang dunia ke-2 meletus dan telah menjalar ke Asia. Dalam situasi genting ini
Gandhi telah meminta agar Inggeris meninggalkan India. Hal ini kerana India tidak mahu
bermusuh dengan mana-mana negara lain. Gandhi menegaskan sekiranya Jepun menyerang India
mereka akan menghadapi dengan jalan bukan kekerasan. Lagi, beliau turut menyatakan bahawa
kedatangan tentera asing hanya menganggu kemerdekaan negara India.

Pada 8 Ogos 1942, Gandhi berubah sikap dengan tidak lagi berbicara tentang Satyagraha
dan prinsip tanpa kekerasan serta sarana damai lainnya. Ini membawa kepada penahanan Gandhi.
Akibatnya, muncul pemimpin revolusi India iaitu Subhas Chandra Bose dengan menubuhkan
Indian Nasional Army dan Azad Hind Fauj. Gerakkan ini menggerakkan kekuatan secara
keseluruhannya dengan melibatkan sama Hindu, Islam, tentera, polis dan seluruh lapisan
masyarakat. Gandhi tidak langsung memberi sebarang komen terhadap revolusioner ini.
Akhirnya, secara rasmi Inggeris mengumumkan penyerahan India selewatnya pada jun 1948
(Poerbasari, 2007).

4
2.2 GAGASAN MAHATMA GANDHI

A) SARVODAYA

Gandhi telah membina gagasan dikenali sebagai Sarvodaya dan Khadi. Gagasan
Sarvodaya dikatakan dipetik daripada sebuah buku “Unto This Last” karya Ruskin. Misi
Sarvodaya adalah pengabdian kepada Tuhan Daridra Narayan. Dikatakan Daridra Narayan
merupakan tuhan bagi orang miskin. Tuhan hadir dalam hati orang miskin. Lagi, tujuan gagasan
ini adalah untuk menuju kesejahteraan dan kesetaraan sosial. Selain daripada itu, gagasan ini juga
ditujukan kepada sistem kasta. Harapan Gandhi terhadap kelompok Harijan dalam sistem kasta
juga mendapat tempat dan kekuatan dalam kemerdekaan India.

B) KHADI

Lanjutan lagi, Gandhi juga mengharapkan tiada lagi golongan terpinggir selepas
kemerdekaan India lagi. Sehubungan itu, untuk mendukung gagasan Sarvodaya, Gandhi sekali
lagi memperkenalkan Khadi. Sebenarnya Khadi merupakan kain tenun. Beliau telah
menghidupkan Charka atau lebih mudah faham pemintal benang. Gandhi terlibat dalam mengajar
masyarakat desa untuk bertenun sebagai sumber pendapatan. Oleh demikian, desa secara tidak
langsung telah membangunkan industri tersebut sebagai pembuat dan pengedar. Pekerjaan
tersebut telah menyumbang kepada ekonomi.

C) RAMRAJYA DAN GRAM SWARAJ

Kedua-dua gagasan ini merupakan tentang kedaulatan negara dan rakyat. Gagasan
Ramrajya atau lebih mudah faham adalah negara demokratis. Gagasan Gram Swaraj pula adalah
pemerintahan berkonsepkan desa. Ertinya, setiap negara yang demokrasi haruslah memberikan
ruang kepada pemikiran semua orang dalam bentuk aliran mahupun pemikiran. Demokrasi sejati
pada pandangan Gandhi adalah berproses dari rakyat bawah bukanlah sekadar mengandalkan 20
orang yang duduk di pusat. Terdapat tiga fungsi panchayat iaitu eksekutif, judisiari dan legistatif.
Rakyat telah dewasa diberikan peluang dalam memilih. Melalui ketiga-tiga kuasa ini diharapkan
rakyat dapat kehidupan berkonsepkan swaraj.

5
2.3 ORIENTASI PEMIKIRAN MAHATMA GANDHI

2.3.1 KESETARAAN JANTINA

A) FAKTOR GANDHI MENGGERAKKAN WANITA

Pada waktunya itu, dikatakan kedudukan wanita lebih rendah berbanding lelaki. Bukan
setakat itu sahaja, masyarakat Hindu juga mempercayai bahawa tidak akan masuk ke syurga tanpa
anak lelaki. Maka diperbolehkan lelaki untuk kahwin 2, 3 dan 4 isteri. Mereka juga sudah terbiasa
dengan amalan seperti pernikahan bawah umur, ajaran sati, mengurung wanita dalam bilik
tersembunyi. Wanita telah menjadi golongan tertindas. Secara langsung, wanita menjadi
masyarakat kelas kedua. Justeru itu, Gandhi telah tergerak untuk membuat perubahan tersebut.

Sebagaimana telah jelas bahawa Gandhi merupakan seorang tokoh yang mempedulikan
masyarakatnya. Beliau berusaha berjuang menentang ketidakadilan dalam apa bentuk apa sekali
pun. Terdapat beberapa usaha yang dilaksanakan oleh Gandhi. Antaranya adalah ceramah.
Dikatakan Gandhi seorang yang tidak segan untuk menentang dan memperbetulkan semula
kekeliruan yang dilakukan terhadap kaum wanita kononnya bersandarkan tradisi dan agama.

Merujuk lagi di dalam sebuah artikel kajian menerangkan tentang kedudukan sebenar
wanita dalam kitab suci. Sebagai tambahan, agama Hindu merupakan agama tertua di anuti di
India. Agama tersebut sering kali disebut sebagai Sanata Dharma yang membawa maksud agama
berdasarkan kitab suci Weda. Pada zaman Weda ada memberikan penghargaan baik untuk kaum
wanita walaupun masih dalam sistem patriarki. Perempuan diberikan pujian cantik pada zaman
Weda.

Seorang isteri dan ibu turut dimuliakan ketika ini. Suami memiliki peranan dominan
manakala isteri sebagai individu yang membantu sahaja. Sebagai contoh, sekiranya lelaki tidak
ada di rumah maka perempuan lah yang akan menggalas tanggungjawab menggantikan suami di
rumah seperti melayani tetamu, penjaga api di rumah dan sebagainya. Meskipun begitu, wanita
diletakkan pada tahap rendah dalam sebahagian besar naskhah Hindu lainnya. Antaranya seperti
“The Law of Manu”, Smriti, Yajnavalkyis, Atri dan Vahista. Wanita diletakkan bawah dalam
aspek umum, ritual dan keluarga. Lazimnya juga wanita akan berada di bawah pengawasan lelaki
memandangkan mereka berpendapat bahawa wanita akan terkena bahaya.

6
B) USAHA PERJUANGAN GANDHI
i) Pembelaan Terhadap Perkahwinan Bawah Umur

Perkahwinan bawah umur ini bukan sahaja diamalkan oleh golongan tertentu sahaja di
India tetapi sudah menjadi budaya universal India. Perkahwinan bawah umur telah bermula sejak
zaman Ramayana. Menurut pandangan Gandhi, amalan perkahwinan ini adalah jahat daripada
aspek moral dan fizikal. Lagi, pejuang kemerdekaan bukan sahaja membangkitkan kesedaran
politik malah membangkitkan kesedaran moral, sosial, Pendidikan, ekonomi dan politik. Gandhi
mengatakan amalan sebegini telah menjauhkan kita daripada Tuhan dan gagasan Swaraj iaitu
untuk mencapai kedaulatan dan kemerdekaan bangsa.

Muncul seorang aktivis wanita pada tahun 1925 yang menyerahkan surat edaran bagi
pembentukan RUU di hadapan Majlis Dewan Perwakilan. Tujuannya adalah untuk menaikkan
standar akil baligh paling rendah berusia 14 tahun. Namun, menurut Gandhi bukan 14 tahun
bahkan 16 tahun. Beliau ingin menyelamatkan kanak-kanak perempuan yang tidak bersalah
daripada nafsu lelaki.

Petikan ayat Gandhi:

“Saya telah melihat rosaknya kesihatan ibu-ibu muda yang masih kecil, dan pernikahan awal
dilihat seram denga pertambahan janda muda. Suatu perundangan yang bijaksana bertujuan
untuk menaikkan usia baligh pasti saya sokong” (Hasiholan, 2009)

Gandhi akhirnya kecewa kerana tidak disokong oleh masyarakat. Sehinggalah terjadi satu
kes keganasan rumah tangga melibatkan seorang perempuan yang berusia 13 tahun manakala
suaminya itu berumur 26 tahun. Pasangan tersebut hanya tinggal bersama hanya 13 hari namun
perempuan tersebut telah mati akibat bunuh diri. Hal ini memperlihatkan tekanan apabila terjadi
perkahwinan di usia muda. Hakim dalam kes berkenaan mengesahkan bahawa si suami telah
membakar baju isterinya. Gandhi meluahkan pandangan tentang peristiwa yang terjadi di Madras
itu tidak mungkin terjadi sekiranya seluruh masyarakat menentang perkahwinan bawah umur.

Oleh itu, Gandhi berusaha menggerakkan wanita dalam Konferensi Perempuan seluruh
India untuk turun ke desa bagi memberi sentuhan pemikiran bagi membuka minda (Hasiholan,
2009).

7
ii) Perkahwinan Kembali Para Janda

Gambaran India pada waktu itu sungguh hiba. Akibat nasib orang perempuan tidak
menyebelahi mereka maka Gandhi telah berusaha memperjuangkan agar hak adil diberikan. Hal
ini kerana nasib perempuan akibat perkahwinan bawah umur memberikan penderitaan. Sebagai
contoh, anak perempuan yan masih kecil berusia 5 tahun dikahwinkan dengan lelaki dewasa. Anak
kecil tersebut akan dikecam apabila suami meninggal. Masyarakat percaya bahawa kematian
tersebut berpunca daripada dosa isterinya. Di tambah lagi, anak perempuan tersebut tidak akan
boleh berkahwin lagi.

Lebih malang, nasib anak perempuan tadi akan dicukur rambut, di rampas perhiasan-
perhiasannya dan pakaian diberikan hanya yang kasar serta kusam. Seumur hidup anak perempuan
tadi diabdikan kepada keluarga suami selepas kematian suami. Mereka mungkin memperaku
dengan kejam bahkan dianiaya. Wanita dianggap rendah berabad-abad dahulu di India. Mereka
tidak boleh berharap yang baik sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Gandhi menyokong pernikahan semula para janda muda. Nasib mereka kurang baik kerana
tidak mengetahui makna cinta. Gandhi yakin bahawa janda Hindu merupakan sosok berharga.
Pemikiran Gandhi dipengaruhi oleh orang Islam dan Kristian. Sebagaimana jelas pada umum
bahawa Islam dan Kristian tidak menghalang pernikahan semula para janda. Walaupun begitu,
Gandhi tidak memaksa janda untuk bernikah semula.

Dalam ajaran Hindu mengajarkan bahawa seorang janda mampu membersihkan diri dari
karma buruk yang menyebabkan kematian suami dengan bersatu semula di kehidupan mendatang.
Seorang janda perlu mempraktikkan bertapa dalam tenggang waktu antara kematian mereka iaitu
kematian suami dan kematian sendiri. Melalui amalan bertapa tersebut akan menyumbang kepada
menjaga perkataan, pemikiran dan tingkah laku. Lagi, agama Hindu sebenarnya tidak
menghendaki janda untuk berkahwin lagi seperti seruan Mahatma Gandhi. Hal ini kerana dalam
ajarannya janda akan mendapat perlindungan daripada anggota keluarga suami selama sisa
hidupnya.

8
2.4.2 PENDIDIKAN

Mahatma Gandhi ada menyebutkan tentang Pendidikan pada pendiriannya. Katanya,


Pendidikan merupakan jalan untuk menampilkan sifat-sifat terbaik meliputi akal, jiwa dan tubuh
dalam keperibadian manusia. Kebolehan membaca dan menulis bukan permulaan atau
pengakhiran dalam dunia Pendidikan tetapi sebagai peluang untuk individu baik lelaki dan
perempuan menempuhi Pendidikan.

Lagi, tokoh hebat Gandhi itu menerangkan lagi pendapatnya dalam Pendidikan bahawa
kanak-kanak haruslah diajarkan latihan wajar berkenaan anggota tubuh manusia seperti kaki,
tangan, mata, telinga dan hidung. Pengimbangan perlu berlaku dalam pembinaan akal dan tubuh.
Gandhi mengakui Pendidikan yang pernah ditempuh oleh beliau sebelum ini hampir tiada makna
kerana tidak pernah mendapatkan keputusan baik. Lulus ujian pun sudah cukup bersyukur baginya
tulis dalam artikel dirujuk.

Gandhi membuat kesimpulan terhadap Pendidikan terdapat beberapa perkara. Iaitu:

1. Gandhi tidak menentang Pendidikan yang bermutu

2. Pihak negara harus membiayai Pendidikan

3. Penggunaan Bahasa asing dalam negara mengakibatkan kerugian moral dan intelektual.

Tambah lagi, Gandhi berkongsi pendapatnya bahawa pegembangan akal dan jiwa yang
sempurna dapat direalisasikan dengan membenarkan kanak-kanak belajar daripada kesilapan
sendiri. Jadi, ibu bapa tidak seharusnya selalu menghalangi anak daripada berbuat salah. Ruang
juga harus diberikan kepada kanak-kanak agar mereka dapat mengekspreskan pengetahuan dan
kekeliruan mereka itu. Didikan perlulah secara ilmiah bukan hanya sekadar mekanis. Mereka
turut perlu diberitahukan alasan dan tujuan setiap proses pekerjaannya. Gandhi dikatakan
memgatakan hal ini dengan yakin kerana beliau juga mempelajarinya daripada pengalaman diri
sendiri juga (Rohma, 2021).

9
3.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, tokoh yang telah dipilih untuk tugasan ini adalah Mohandas
Karamchand Gandhi atau lebih dikenali sebagai Mahatma Gandhi. Beliau merupakan tokoh
terkenal India dengan perjuangan-perjuangannya menegakkan keadilan untuk rakyat. Pada zaman
Mahatma Gandhi suasana India boleh dikatakan mempunyai masalah daripada orang asing dan
masyarakat sendiri.

Langkah beliau bermula setelah menjejajkan kaki ke Afrika Selatan. Di situ, semangat
nasionalisme lahir dalam diri Mahatma Gandhi apabila melihat perbezaan layanan terhadap kaum
berwarna. Labih-lebih lagi, jelas terlihat apabilah Orang Kulit Putih membuat undang-undang
diskrimanatif kerana berasa terancam akan pertambahan kedatangan masyarakat India di Natal,
Afrika Selatan. Kemudian, setelah Mahatma Gandhi pulang ke negara beliau telah mengelilingi
India untuk mendapatkan pengalaman sebelum terjun ke bidang politik. Apa yang telah beliau
pelajari berkenaan masyarakatnya adalah kebodohan orang tempatan, kotor, kurang kemudahan
awam dan sebagainya. Lagi, kemuncaknya terjun secara rasmi ke dalam bidang politik adalah
sewaktu perang dunia pertama dengan gagasan Satyagraha iaitu berpuasa sebagai bantahan tanpa
kekerasan.

Di tambah sulit lagi apabila perang dunia kedua pula meletus. Kali ini Mahatma Gandhi
di tahan akibat sikapnya yang tidak lagi bercakap perihal kedamaian tanpa perang. Tindakan
penahanan beliau telah melahirkan pejuang yang menubuhkan tentera. Mahatma dikatakan tidak
memberi sebarang bantahan terhadap ini memandangkan sebelum ini beliau sendiri telah meminta
pihak Inggeris untuk keluar daripada India dengan baik kerana tidak mahu berperang dengan
mana-mana negara lain. Akhirnya, pihak Inggeris telah bersetuju menyerahkan India semula
untuk memberi kemerdekaan ekoran desakan yang meruncing waktu itu.

Selain daripada memperjuangkan kemerdekaan, Mahatma Gandhi turut terlibat dalam


memperjuangkan hak kaum wanita yang dikatakan di tindas apabila kanak-kanak perempuan di
tetapkan untuk berkahwin dengan lelaki dewasa. Mereka akan dipersalahkan pula apabila suami
meninggal meskipun masih kecil. Sebagai penutup, Mahatma Gandhi turut mengaharapkan
Pendidikan yang berkualiti untuk rakyat India.

10
RUJUKAN

Hasiholan. (2009). Perempuan Hindu Dalam Pemikiran Mahatma Gandhi. 1-82.

Poerbasari, A. S. (2007). Nasionalisme Humanistis Mahatma Gandhi. 173-193.

Rohma, F. N. (2021). Pemikiran Mahatma Gandhi Tentang Pendidikan Dan Relevansinya


Terhadap Pendidikan Karater Anak Usia Dini. 1-101.

11

You might also like