You are on page 1of 13

SGDJ 3033 SEJARAH DUNIA

SEMESTER KEDUA SESI 2021/2022

KUMPULAN A

TUGASAN KUMPULAN:

NEGARA INDIA

TEMA:

FAKTOR-FAKTOR TERCETUSNYA DAHAGI INDIA 1857

DISEDIAKAN UNTUK:

DR. YUS’AIMAN BIN JUSOH@YUSOFF

NAMA PELAJAR:

NO NAMA MATRIK
1 NUR SYAZANA BINTI MOHAMED ZURI 269876
2 NURUL SHAMILA BINTI NORDIN 271371
3 MUHAMMAD HAEKAL BIN NOORDIN 272476
4 NURUL NADIAH BINTI YUNUS 273653
5 KHATRUN NADA BINTI MOHAMAD KHADAFI 273670
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ................................................................................................................... 1

2.0 FAKTOR-FAKTOR TERCETUSNYA DAHAGI DI INDIA (1857) ................................ 2

2.1 Pengharaman Sutte ........................................................................................................... 2

2.2 Penghapusan Thuggee ...................................................................................................... 3

2.3 Pelaksanaan Pendidikan Barat ......................................................................................... 6

2.4 Kebenaran Janda Kahwin Semula .................................................................................... 8

3.0 PENUTUP.......................................................................................................................... 10
3.0 PENGENALAN

Pada tahun 1857, berlakunya penentangan terhadap pemerintahan British yang dikenali
sebagai Dahagi India. Dahagi India merupakan pemberontakan yang dilancarkan oleh sepoi-sepoi
yang menentang pemerintahan British di India. Orang India menganggap Dahagi sebagai
perjuangan untuk membebaskan negara daripada pemerintahan British. Selain sepoi, golongan
Putera Nawab dan pembesar yang kehilangan gelaran, tanah dan kuasa turut menyertai
pemberontakan tersebut. Dahagi berlaku secara setempat dan hanya melibatkan beberapa buah
kawasan tertentu sahaja. Dahagi berlaku secara setempat dan hanya melibatkan beberapa buah
kawasan tertentu sahaja. Sebahagian besar penduduk tidak terlibat dalam pemberontakam tersebut.

Dalam pada itu, bukan semua askar bangkit menentang British. Askar-askar Sikh dan
rejimen tempatan yang lain bertindak menyebelahi British. Peristiwa Dahagi India yang tercetus
pada tahun 1857 ini jelas menunjukkan kegagalan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)
memerintah dan mentadbir benua kecil India. Mengikut Akta Kerajaan India yang dikuatkuasakan
pada tahun 1858, SHTI telah dibubarkan. Pentadbiran India diletakkan di bawah pentadbiran
Mahkota British pada 2 Ogos 1858. Hal ini telah mendorong Benua Kecil India menjadi tanah
jajahan Mahkota British. Semua dasar dan hal ehwal pentadbiran India diletakkan di bawah
setiausaha Negara India yang dibantu oleh Majlis yang terdiri daripada 15 orang ahli. Pentadbiran
dijalankan oleh Gabenor Jeneral yang diberikan gelaran Wizurai. Oleh itu terdapat beberapa
faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya Dahagi di India pada tahun 1857 ini. Faktor-faktor
tersebut terdiri daripada penghapusan amalan Sutee oleh British iaitu amalan ini merupakan
amalan tradisi yang diamalkan oleh penduduk beragama Hindu sejak turun temurun lagi.

Kemudian, faktor seterusnya adalah British bertindak menghapuskan amalan Thugee iaitu
amalan merompak dan membunuh yang dilakukan oleh golongan agama. Seterusnya adalah
British memperkenalkan sistem kt aini k Barat dimana sistem ini telah menimbulkan rasa tidak
puas hati dalam kalangan masyarakat terhadap penjajah serta Lord Dalhousie telah meluluskan
akta kahwin semula bagi balu-balu Hindu . Tindakan yang dinyatakan di atas merupakan faktor-
faktor yang mendorong tercetusnya Dahagi di India pada tahun 1857 berikutan masyarakat India
menganggap British telah menghina amalan tradisi mereka.

1
2.0 FAKTOR-FAKTOR TERCETUSNYA DAHAGI DI INDIA (1857)

2.1 Pengharaman Sutte

Dalam budaya India, cita-cita tertinggi seseorang wanita adalah kebajikan, kesucian dan
kesetiaan yang ditunjukkan kepada suaminya. Cita-cita ini telah mewujudkan satu tradisi yang
tidak masuk akal di mana seorang isteri akan membakar dirinya di atas jenazah suaminya yang
telah meninggal dunia sebagai bukti kesetiaan seorang isteri kepada seorang suami. Sati
didefinisikan sebagai wanita adalah benar atau cita-citanya. Pengorbanan diri seperti amalan sati
menjadi contoh pengabdian isteri di mana perbuatan sati membuktikan kepercayaan bahawa jika
seorang janda menyerahkan nyawanya untuk suami, janda tersebut akan dihormati. Pengorbanan
diri ini dianggap sebagai ukuran terbaik dalam menilai kemuliaan wanita serta kesetiaannya
kepada suaminya. Perkara berikut terjadi kepada isteri yang ideal di mana jika suaminya gembira
isteri juga perlu gembira, jika suami sedang bersedih, isteri juga turut sedih dan jika suaminya mati
isteri juga akan turut mati.

Namun begitu, setelah kedatangan pihak British ke India, pihak tersebut telah melakukan
pembaharuan sosial di India dan salah satu pembaharuan sosial adalah amalan suttee atau sati.
Melihat amalan yang tidak berperikemanusiaan ini terjadi, William Bentinck telah mengambil
tindakan dengan melakukan pengharaman sati melalui penguatkuasaan undang-undang ‘Peraturan
Sati, XVII 1827’. Oleh itu, undang-undang ini telah dikuatkuasakan pada tahun 1829 di Bengal
dan tahun 1830 diperluaskan ke tempat lain seperti Madras dan Bombay. Apabila undang-undang
ini dijalankan, ia telah meningkatkan kadar balu dalam masyarakat India.

Akta Suruhanjaya Sati (Pencegahan) 1987, menggantikan pelbagai perundangan yang telah
berkuat kuasa di bahagian yang berlainan di negara ini dengan undang-undang pusat yang
bertujuan bukan sahaja untuk menghalang dan menghukum perlakuan akta itu sendiri, tetapi juga
untuk membuat apa-apa pengagungan terhadap perbuatan sati sebagai satu kesalahan. Terdapat
peruntukan dalam Akta untuk mengambil tindakan terhadap eksploitasi kejadian jenayah tersebut
sama ada untuk tujuan kewangan atau politik. Selain itu, orang yang melakukan sati dengan dirinya
sendiri boleh didakwa kerana cubaan membunuh diri dan hukumannya ialah penjara setahun
dengan bayaran denda.

2
Walau bagaimanapun, amalan sati sememangnya telah mendapat banyak tentangan
daripada masyarakat India sendiri termasuklah dalam kalangan golongan pemerintah juga. Perkara
ini dapat dilihat apabila empayar Akbar berupaya untuk menghalang upacara sati dan maratha
dalam kekuasaan pemerintahan mereka. Undang-undang Mughal juga cuba untuk melarang
pengamalan sati. Selain itu, dalam rencana Ram Mohun Roy 1818 telah membuktikan bahawa
amalan sati tidak diterima dalam agama Hindu dengan kt ain ayat daripada Veda dan Kanun
Manu. Tambahan lagi, beliau juga telah melanggar upacara sati ini dengan menyelamatkan kakak
iparnya daripada upacara tersebut. Oleh yang demikian, pembaharuan sosial yang dilakukan oleh
pihak British bukannya datang dari satu pihak namun masyarakat India dan pemerintah terdahulu
juga menentang amalan sati ini.

2.2 Penghapusan Thuggee

Faktor seterusnya yang menyebabkan tercetusnya peristiwa Dahagi India 1857 ialah
tindakan British menghapuskan amalan Thuggee. Dalam kt ai Urdu dan kt ai Sanskrit, Thuggee
bermaksud penipu dan licik. Perkataan ‘thug’ yang merujuk kepada kumpulan Thuggee kemudian
dipinjamkan ke dalam kt ai Inggeris sewaktu penjajahan British di India. Selain itu, kumpulan
Thuggee merupakan kumpulan perompak di Utara India sejak zaman pemerintahan empayar
Mughal. Dalam lembaran sejarah pula, Thuggee merupakan panggilan bagi sebuah kumpulan
pembunuh profesional yang bergiat aktif di India pada kurun ke-13 hingga ke-19 Masihi.
Kumpulan tersebut kadangkala disifatkan sebagai mafia pertama di dunia.

Amalan Thuggee merupakan aktiviti merompak dan pembunuhan yang dilakukan oleh
kumpulan-kumpulan agama yang bersenjata terhadap saudagar dan pengembara. Kumpulan ini
menjalankan kegiatan mereka iaitu menyamar dan melakukan pembunuhan atas nama Dewi Kali.
Amalan ini telah menimbulkan ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan penduduk tetapi
amalan ini mendapat sokongan daripada golongan agama. Lord William Bentick bertindak
mengharamkan amalan ini dan menyebabkan timbulnya kemarahan golongan agama yang
menyokongnya sehingga membawa kepada tercetusnya peristiwa Dahagi India 1857.

3
Thuggee merupakan kumpulan pembunuh berabad-abad lamanya yang dipercayai berasal
daripada puak “Mohammaden” dan mereka juga tidak diterima oleh aliran Islam. Kumpulan ini
banyak bergiat aktif di India, Bengal dan beberapa bahagian di Tibet bagi mengganggu
pengembara dan pedagang yang mereka anggap tidak bertaubat, menjerut mangsa dengan kain
atau tali dan mengambil barang berharga mereka. Mereka juga akan mencacatkan mayat mangsa
yang telah dibunuh sebagai penghormatan kepada Dewi Kali.

Modus operandi utama Thuggee kebiasaannya adalah berteman dengan mana-mana


musafir untuk tempoh yang lama sehingga berjaya memperoleh kepercayaan mereka. Kemudian
pada waktu malam, mereka akan menjerut mangsa dengan sapu tangan atau tali kerana ia
merupakan satu kaedah pembunuhan yang pantas, senyap dan tidak meninggalkan sebarang kesan.
Setelah mangsa dibunuh, hartanya akan dirompak dan jasadnya pula dikuburkan dengan berhati-
hati.
Umumnya, jenayah pembunuhan mereka melibatkan kt aini yang efisien, baik dan
terkawal sewaktu menghampiri mahupun menyerang mangsa. Setiap pembunuhan tidak
dijalankan secara sendirian, sebaliknya dilakukan secara berkumpulan. Ada yang ditugaskan untuk
mengambil hati mangsa dengan kata-kata manis, ada yang berperanan memantau keadaan
sekeliling, dan tentunya, ada yang bertindak selaku pembunuh. Menurut Guinness Book of
Records, kumpulan-kumpulan Thuggee bertanggungjawab atas pembunuhan kira-kira 2 juta
individu. Bagaimanapun, anggaran bilangan tersebut lazimnya berbeza-beza memandangkan tiada
sumber yang dapat memastikan sejak bilakah kumpulan tersebut bergiat aktif.

Catatan pertama yang menyifatkan Thuggee sebagai sebuah kumpulan pembunuh tersusun
yang sama sekali berbeza dengan kumpulan penyamun biasa adalah daripada karya Ziauddin
Barani berjudul Sejarah Firuz Shah yang dikarang sekitar tahun 1356 Masihi. Walaupun ahli-ahli
Thuggee sering dikaitkan dengan tujuh suku India Muslim yang identitinya sudah pun luput
daripada sejarah, kumpulan tersebut hakikatnya lebih sinonim dengan agama Hindu. Lebih-lebih
lagi, ahli-ahli Thuggee yang beragama Hindu berkongsi satu persamaan utama, iaitu menyembah
Dewi Kali, dewi kehancuran dan pembaharuan. Bagi mereka, pembunuhan yang dilakukan adalah
bertujuan membantu dewi tersebut mengekalkan keseimbangan di dunia (antara baik dan jahat,
hitam dan putih).

4
Walau apa pun perbezaan yang dimiliki oleh setiap anggota Thuggee, mereka disatukan
oleh satu ritual yang sama iaitu ritual yang membuatkan kumpulan tersebut dilabel sebagai sebuah
kultus atau aliran keagamaan. Mereka juga mempunyai satu slogan yang tersendiri, di samping
beberapa tanda isyarat yang hanya diketahui oleh mereka. Ahli-ahli Thuggee juga diikat oleh
beberapa peraturan, seperti larangan mencuri harta orang lain tanpa membunuh mereka terlebih
dahulu. Mereka juga dilarang daripada membunuh golongan Brahman kerana kedudukan mereka
yang suci. Memandangkan setiap pembunuhan dianggap sebagai suatu persembahan buat Dewi
Kali, maka membunuh orang yang sakit sama sekali tidak digalakkan. Kaum wanita juga tidak
dibenarkan untuk dibunuh kerana mereka dihormati sebagai jelmaan Kali.

Keahlian Thuggee biasanya diwarisi daripada seorang ayah kepada anak. Ada juga ahli
Thuggee yang dilatih oleh seorang guru (umpama mentor dan protégé). Dalam sesetengah
keadaan, anak kepada mangsa Thuggee diambil dan dididik menjadi pembunuh, lebih-lebih lagi
kehadiran anak tersebut di sisi mereka akan menggugurkan sebarang syak wasangka pihak
berkuasa sekaligus melepaskan mereka dari sebarang tuduhan jenayah. Kegiatan Thuggee
akhirnya dibanteras oleh pihak penjajah British pada 1830-an, selepas penggubalan Akta
Pembanterasan Thuggee dan Dacoity. Dalam akta berkenaan dinyatakan, “Dengan ini, diwartakan
bahawa sesiapa sahaja yang terbukti menganggotai, sama ada sebelum atau sesudah akta ini
dikeluarkan, mana-mana kumpulan Thug, sama ada di dalam atau di luar wilayah kekuasaan
Syarikat Hindia Timur, akan dihukum penjara seumur hidup”. Bagi menambahkan lagi kadar
keberhasilan akta tersebut, beberapa dasar turut dilaksanakan. Antaranya termasuk pemberian
insentif kepada ahli Thuggee yang mendedahkan nama rakan-rakan subahat mereka, di samping
kempen kesedaran tentang modus operandi kumpulan pembunuh berkenaan.

Setelah menebarkan kekacauan dan ketakutan di seluruh India setidak-tidaknya selama


enam kurun, kegiatan Thuggee akhirnya berjaya dibanteras secara tuntas. Bagaimanapun, reputasi
mereka masih hidup sehingga hari ini dan nama mereka digunakan secara meluas (dalam kt ai
Inggeris) sebagai label kepada mana-mana penjenayah ganas.

5
2.3 Pelaksanaan Pendidikan Barat

Pengenalan Pendidikan Barat telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan
masyarakat India terhadap penjajah. Hal ini kerana, British menjadikan kt ai Inggeris sebagai
kata pengantar bagi sekolah dan kolej. Bahasa Inggeris juga dijadikan kt ai rasmi dalam bidang
pentadbiran dan kehakiman. Hal ini demikiam kerana, tujuan pihak Barat membawa kt aini k
kepada masyarakat India adalah untuk membolehkan masyarakat India bertutur dalam kt ai
Inggeris serta untuk meningkatkan peluang pekerjaan kepada masyarakat India. Oleh itu, jawatan
– jawatan penting dalam sistem pentadbiran di India hanya diberikan kepada golongan yang
berpendidikan Inggeris. Namun, perubahan tersebut tidak disenangi kerana jawatan penting tidak
diberikan kepada penduduk tempatan yang tidak berpendidikan Inggeris. Hal ini kerana, pihak
British berpendapat bahawa sekiranya masyarakat India ini diberikan pengenalan dalam menuntut
ilmu dan menerima kt aini k maka mereka akan mempunyai semangat kesetiaan rakyat
terhadap pemerintahan British.

Pada waktu tersebut, ramai masyarakat India yang menggunakan kt ai Inggeris sebagai
medium pertuturan dan antara golongan yang menggunakan kt ai Inggeris pada waktu tersebut
adalah golongan cendekiawan dan golongan terpelajar. Seperti yang diketahui, kt ai Inggeris
telah dijadikan kt ai perpaduan untuk masyarakat India yang telah lama berpecah belah akibat
daripada perbezaan agama, kasta dan wilayah. Hasil kt aini k Barat juga telah menyebabkan
kebangkitan satu golongan elit yang berpendidikan iaitu golongan yang terdiri daripada pemimpin
gerakan politik di India. Hanya 3 peratus golongan elit Brahmin manakala selebihnya adalah
golongan elit yang baru. Golongan Mahasastra dan Parsi menjadi penyokong utama dalam sistem
kt aini k yang baru diperkenalkan oleh Barat. Oleh itu, golongan – golongan elit yang
menyokong British akan diberi peluang pekerjaan dalam pentadbiran Inggeris.

Golongan yang mendapat kt aini k dari Barat banyak terpengaruh dengan pelbagai
ideologi yang diterima semasa menuntut di luar negara. Antara ideologi yang paling popular
adalah demokrasi, sosialisme dan liberalism yang mana ianya diperjuangkan oleh tokoh seperti
John Locke, Voltaire, serta Rousseau Walau bagaimanapun, mereka telah diatasi oleh “Anglicista”
orang-orang yang menyokong pengenalan institusi pembelajaran Barat berdasarkan kurikulum
British dengan Bahasa Inggeris sebagai kt ai pengantar Pendidikan Inggeris dapat memberi satu

6
perkembangan ilmu Jika sebelum ini, ramai masyarakat India yang buta huruf namun dengan
pengenalan kt aini k Inggeris im dapat membantu taraf buta huruf di India.

Selain itu, selepas ada kt aini k yang diberikan oleh pihak British, masyarakat India
dapat mempraktikkannya dan menunjukkan kemajuan dalam kehidupan. Sebagai contoh, dalam
ekonomi pertanian tradisional, ramai petani celik atau lebih cepat untuk menerima pakai input
yang unggul, melibatkan diri dalam perkongsian maklumat yang lebih besar sehingga dapat
meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Oleh itu, dengan kehadiran Barat sedikit sebanyak
telah memperluaskan pengetahuan kt aini k di India. Sebagai contoh, pihak British telah
memperkenalkan sistem perubatan kurikulum, botani dan juga sekolah perubatan seperti di
Calcutta dan Potsdam.

Sistem kt aini k yang diperkenalkan oleh imperialis Barat di Asia Selatan (India)
dikatakan bercorak kt aini k kt ain iaitu kt aini k yang tidak mengandungi ilmu keagamaan
dan hanya tertumpu kebendaan dan keduniawian semata – mata. Namun, kt aini k yang dibawa
oleh pihak Barat dianggap sebagai percubaan mengkristian India. Hal ini kerana, kuasa – kuasa
Barat ini sama ada secara langsung atau tidak langsung akan turut membawa bersama – sama
agama Kristian. Usaha penyebaran itu dilakukan oleh mubaligh dan seiring dengan dasar yang
dilakukan di India iaitu pengenalan kt ai Inggeris. Pihak Barat berusaha untuk menarik minat
masyarakat tempatan untuk agama Kristian dan menganggap tindakan mereka sebagai satu misi
“mentamadunkan” masyarakat India. Oleh hal yang demikian, pihak barat telah memburukkan
agama yang menjadi anutan masyarakat India khususnya agama Hindu yang mempercayai banyak
tuhan (politeisme) dan amalan sistem kasta yang dianggap sebagai amalan yang tidak bertamadun.
Justeru itu, usaha yang dilakukan pihak Barat untuk mengembangkan agama Kristian adalah
dengan mendirikan sekolah Inggeris iaitu golongan mubaligh menjadi penganjur utama dalam
tahap awal perkembangan sekolah Inggeris di India.

Dari sudut pandangan lain juga, dapat dilihat pelaksanaan kt aini k barat merupakan
faktor utama yang melahirkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India. Hal ini kerana,
antara matlamat utama kerajaan British memperkenalkan kt aini k barat adalah untuk
melahirkan tenaga kerja yang murah dalam kalangan penduduk tempatan.

7
2.4 Kebenaran Janda Kahwin Semula

Sebelum merdeka, negara India pernah berhadapan masalah perkahwinan bawah umur.
Lebih teruk perempuan kebiasaannya tidak akan memihak kepada mereka. Jadi, kaum wanita
sentiasa tertindas. Menurut Hasiholan (2009) mengatakan bahawa amalan perkahwinan bawah
umur ini bukan amalan golongan tertentu malahan tradisi universal masyarakat Hindu. Wanita
dianggap sebagai golongan rendah berbanding lelaki. Perempuan tidak akan masuk syurga tanpa
lelaki. Jadi, suami diperbolehkan berkahwin 2,3 dan 4 untuk mendapatkan zuriat lelaki. Lanjutan
daripada itu, masyarakat Hindu mempercayai bahawa kematian suami berpunca daripada dosa si
isteri. Jadi, isteri tidak lagi diperlukan untuk berkahwin lain kerana kepercayaan mereka adalah
untuk mempersatukan semula di kehidupan akan datang. Oleh itu, isteri dapat menebus dosanya.

Seorang tokoh India yang terkenal iaitu Mahatma Gandhi pernah merasa hiba akan nasib
wanita di negara India ketika itu. Menurut pandangannya, kemerdekaan bukan sahaja dalam aspek
politik akan tetapi perlu merdeka membangkitkan moral, sosial, Pendidikan, ekonomi dan semua
secara menyeluruh. Dalam pada itu, beliau tidak disokong oleh masyarakat Hindu sendiri. Lagi,
seorang aktivis turut pernah menuntut agar umur akil baligh di naik kepada 14 tahun dan di sambut
oleh Mahatma Gandhi dengan cadangan perlu 16 tahun. Keadaan anak perempuan di India
sewaktu itu boleh dikatakan diberi pelayanan yang kurang baik. Sebagai contoh, anak perempuan
berusia 5 tahun berkahwin dengan lelaki dewasa kematian suaminya. Masyarakat akan
menuduhnya punca kematian suami walaupun masih kecil belum mempunyai apa-apa dosa.
Bukan setakat itu, pengakhirannya juga menyedihkan kerana terpaksa bekerja untuk keluarga
mentua sebagai orang suruhan.

Lebih malang, perempuan tadi akan dicukur rambut, dirampas perhiasan-perhiasannya dan
pakaian diberikan hanya yang kasar serta kusam. Seumur hidup anak perempuan tadi diabdikan
kepada keluarga suami selepas kematian suami. Mereka mungkin memperaku dengan kejam
bahkan dianiaya. Wanita dianggap rendah berabad-abad dahulu di India. Mereka tidak boleh
berharap yang baik sama ada di dunia mahupun di akhirat.

8
Gandhi menyokong pernikahan semula para janda muda. Nasib mereka kurang baik kerana
tidak mengetahui makna cinta. Gandhi yakin bahawa janda Hindu merupakan sosok berharga.
Pemikiran Gandhi dipengaruhi oleh orang Islam dan Kristian. Sebagaimana jelas pada umum
bahawa Islam dan Kristian tidak menghalang pernikahan semula para janda. Walaupun begitu,
Gandhi tidak memaksa janda untuk bernikah semula.

Tambahan lagi, pernah terjadi kes bunuh diri. Seorang anak perempuan berusia 13 tahun
yang berkahwin dengan lelaki berusia 26 tahun membunuh diri meskipun baru hanya hidup selama
beberapa hari sahaja. Gandhi turut menyuarakan pendapatnya berhubung kes ini. Menurut beliau
perkara sebegini tidak akan terjadi sekiranya seluruh masyarakat bersatu menentang perkahwinan
bawah umur. Bermula lah siri perjuangan menuntut keadilan bagi wanita. Dikatakan Gandhi
sendiri membuat cubaan menggerakkan para wanita ke desa-desa untuk memberikan kesedaran
minda agar tidak bersetuju perkahwinan sedemikian rupa.

Rentetan itu, Akta Kahwin Semula Janda Hindu 1856 telah digubal di bawah peraturan
Syarikat Hindia Timur. Ianya telah disusun oleh Lord Dalhousie. Lagi, penggubalan undang-
undang ini merupakan undang-undang reformasi sosial pertama selepas penghapusan Sati yang
dibuat oleh Tuan William Bentick. Ianya turut bermanfaat memberikan perlindungan undang-
undang terhadap kehilangan harta pusaka kerana berkahwin dengan janda Hindu. Tuan Dalhousie
dikatakan secara peribadi telah menyelesaikan rang undang-undang tersebut meskipun
bertentangan dengan adat masyarakat Hindu. Sebelum itu hanya terlihat tokoh Ishwar Chandra
Vidyasagar yang menuntut undang-undang tetapi ditolak oleh Dharma Sabha dan Radhakanta Deb
sebanyak empat kali.

Kesimpulannya, perkahwinan semula janda bagi masyarakat Hindu telah digubal rang
undang-undang oleh orang Barat. Hal ini kerana masyarakat Barat sering kali terlihat lebih
menuntut hak asasi, hak individu dan sebagainya. Masyarakat Hindu sangat berpegang kepada
adat dengan kuat apabila mengamalkan perkahwinan bawah umur. Wanita atau anak perempuan
yang berkahwin semula tidak dibenarkan untuk berkahwin semula. Ini telah memberikan kesan
kepada janda muda yang telah diperhambakan oleh keluarga mentua. Terdapat tokoh-tokoh pada
zaman itu yang sedar akan keadaan masyarakat dan menuntut pembebassan namun ditentang oleh
masyarakat sendiri.

9
3.0 PENUTUP

Kesimpulannya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tercetusnya Dahagi di India.


Secara majoritinya, faktor-faktor berlakunya Dahagi India tersebut mempunyai kaitan dengan
amalan tradisi masyarakat India iaitu pihak British berusaha menghapuskan amalan tradisi yang
dilakukan oleh masyarakat India sejak turun temurun ini. Hal ini telah menimbulkan rasa tidak
puas hati dalam kalangan rakyat India dan sebahagian besar daripada mereka telah bangkit utnuk
menentang British.

Walaubagaimanapun, tidak semua rakyat dan askar sikh bangkit untuk menentang British.
Ada setengah rakyat serta askar sikh serta rejimen tempatan yang bertindak menyebelahi
British.Oleh itu, tindakan ini telah membantu British untuk menghapuskan amalan tradisi ini.
Maka, kerana munculnya rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat India setelah menumpaskan
Dahagi, British telah melakukan rombakan dalam sistem pentadbiran di India.

British telah membubarkan SHTI dan meletakkan pentadbiran India dibawah mahkota
British. Peristiwa ini juga menyebabkan pemerintahan Mughal di India berakhir apabila Maharaja
Bahadur Shah II ditangkap dan dibuang negeri ke Myanmar serta memenjarakan sepoi-sepoi yang
enggan menggunakan peluru senapang Rifle. Menjelang tahun 1858, pihak British berjaya
mengawal Dahagi daripada tersebar ke seluruh benua kecil India.

10
RUJUKAN

Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd. Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor.
(2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan Dan Asia Timur 1800-1963 Selangor Penerbit Fajar
Bakti Sdn Bhd Hlm 331-332

April Holloway. (2 Oktober 2014). Thuggees – the Cult Assassins of India. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/myths-legends-asia/thuggees-cult-assassins-india-002145

British Education in India. http://India resource.tripod.com/Britishedu htm diperoleh pada Oktober


13, 2012.

Hasiholan. (2009). Perempuan Hindu Dalam Pemikiran Mahatma Gandhi. 1-82.

11

You might also like