You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Curahan hujan seringkali digunakan sebagai indeks iklim bagi menentukan


perubahan dalam kajian perubahan iklim global. Maklumat tentang taburan hujan
penting kepada manusia kerana boleh mempengaruhi pelbagai aktiviti manusia
seperti pertanian, perikanan dan pelancongan seperti di kawasan Negeri Sembilan.
Berdasarkan kajian lepas yang dijalankan oleh Shaharuddin Ahmad dan Noorazuan
Md. Hashim (2006), variabiliti taburan hujan di seluruh Negeri Sembilan adalah jelas
biarpun dalam tempoh masa yang singkat. Variabiliti hujan ini menampakkan ada
dua ciri yang ketara iaitu kawasan di sebelah barat tanah tinggi sehingga ke
kawasan pantai menunjukkan terdapat peningkatan curahan hujan tahunan,
manakala kawasan di sebelah timur tanah tinggi yang merangkumi kawasan dari
Jelebu-Pasoh hingga ke Kuala Pilah-Gemas menunjukkan kadar curahan hujan
yang semakin berkurangan. Penemuan ini dibuktikan oleh pembentukan garisan
isoyet dan juga tren perubahan dengan menggunakan kaedah ujian Mann-Kendall.
Perkara ini boleh dikaitkan dengan kerpasan ektrem yang mempengaruhi sesuatu
kawasan tersebut. Menurut maklumat GlobalChange (2016), kerpasan ekstrem
merupakan satu proses perubahan iklim di mana atmosfera yang lebih panas dapat
menahan lebih banyak wap air dan menghasilkan lebih banyak hujan sehingga
menyebabkan berlaku kejadian hujan lebat. Oleh itu, dalam kajian ini meneliti
perubahan kerpasan ekstrem yang terdapat di Negeri Sembilan dengan
menekankan dua objektif kajian iaitu menganalisis perubahan kerpasan ekstrem di
kawasan Negeri Sembilan serta mengenal pasti faktor yang mempengaruhi
perubahan tersebut dengan mengaitkan perubahan kerpasan ekstreme dengan
aktiviti manusia, perubahan iklim serta bencana alam.
1. 102.358,2.943 (Bandar Seri Jempol)

TAHUN 2001-2010 TAHUN 2011-2020

TAHUN R50mm TAHUN R50mm


2001 2 2011 5
2002 3 2012 6
2003 3 2013 3
2004 4 2014 8
2005 5 2015 4
2006 6 2016 4
2007 8 2017 4
2008 8 2018 5
2009 6 2019 3
2010 3 2020 3
PURATA 5.3 (5) PURATA 4.5 (5)

Berdasarkan Jadual di atas, bilangan hari hujan yang melebihi R50mm yang paling tinggi bagi tempoh
pertama (2001-2010) iaitu sebanyak 8 hari pada tahun 2007 dan juga tahun 2008 manakala bilangan
hari hujan yang melebihi R50mm yang paling tinggi bagi tempoh dari tahun 2011 hingga tahun 2020
iaitu 8 hari pada tahun 2014. Sementara itu, bilangan hari hujan yang melebihi R50mm yang paling
rendah bagi tempoh 2001 hingga tahun 2010 iaitu sebanyak 2 hari pada tahun 2001 manakala
bilangan hari hujan yang melebihi R50mm yang paling rendah bagi tempoh dari tahun 2011 hingga
tahun 2020 iaitu sebanyak 3 hari pada tahun 2013, tahun 2019 dan tahun 2020.
2. 102.353,2.847 (BATU KIKIR, N9)
TAHUN 2001-2010 TAHUN 2011-2020

TAHUN R50mm TAHUN R50mm


2001 4 2011 11
2002 3 2012 7
2003 6 2013 6
2004 4 2014 6
2005 6 2015 2
2006 7 2016 3
2007 7 2017 4
2008 12 2018 6
2009 6 2019 5
2010 4 2020 3
PURATA 5.9 (6) PURATA 5.3 (5)

Berdasarkan Jadual di atas, bilangan hari hujan yang melebihi R50mm yang paling tinggi bagi tempoh
dari tahun 2001 hingga tahun 2010 iaitu sebanyak 12 hari pada tahun 2008 manakala bilangan hari
hujan yang melebihi R50mm yang paling tinggi bagi tempoh dari tahun 2011 hingga tahun 2020 iaitu
11 hari pada tahun 2011. Sementara itu, bilangan hari hujan yang melebihi R50mm yang paling
rendah bagi tempoh 2001 hingga tahun 2010 iaitu sebanyak 3 hari pada tahun 2002 manakala
bilangan hari hujan yang melebihi R50mm yang paling rendah bagi tempoh dari tahun 2011 hingga
tahun 2020 iaitu sebanyak 2 hari pada tahun 2015.
3. 102.350,2.741 (JUASSEH, JOHOL, N9)

TAHUN 2001-2010 TAHUN 2011-2020

TAHUN R50mm TAHUN R50mm


2001 5 2011 10
2002 6 2012 3
2003 6 2013 6
2004 3 2014 3
2005 3 2015 3
2006 6 2016 1
2007 6 2017 5
2008 6 2018 3
2009 2 2019 5
2010 3 2020 1
PURATA 4.6 (5) PURATA 4

Berdasarkan Jadual di atas, bilangan hari hujan yang melebihi R50mm yang paling tinggi bagi tempoh
dari tahun 2001 hingga tahun 2010 iaitu sebanyak 6 hari pada tahun 2002, tahun 2003, tahun 2006,
tahun 2007 dan tahun 2008 manakala bilangan hari hujan yang melebihi R50mm yang paling tinggi
bagi tempoh dari tahun 2011 hingga tahun 2020 iaitu 10 hari pada tahun 2011. Sementara itu,
bilangan hari hujan yang melebihi R50mm yang paling rendah bagi tempoh 2001 hingga tahun 2010
iaitu sebanyak 2 hari pada tahun 2009 manakala bilangan hari hujan yang melebihi R50mm yang
paling rendah bagi tempoh dari tahun 2011 hingga tahun 2020 iaitu sebanyak 1 hari pada tahun
2020.
4. 102.348,2.643 (TEBONG, N9)

TAHUN 2001-2010 TAHUN 2011-2020

TAHUN R50mm TAHUN R50mm


2001 5 2011 7
2002 5 2012 6
2003 6 2013 5
2004 3 2014 4
2005 3 2015 4
2006 6 2016 4
2007 7 2017 4
2008 6 2018 3
2009 4 2019 4
2010 3 2020 1
PURATA 4.8 (5) PURATA 4.2 (4)

Berdasarkan Jadual di atas, bilangan hari hujan yang melebihi R50mm yang paling tinggi bagi tempoh
dari tahun 2001 hingga tahun 2010 iaitu sebanyak 7 hari pada tahun 2007 manakala bilangan hari
hujan yang melebihi R50mm yang paling tinggi bagi tempoh dari tahun 2011 hingga tahun 2020 iaitu
7 hari pada tahun 2011. Sementara itu, bilangan hari hujan yang melebihi R50mm yang paling
rendah bagi tempoh 2001 hingga tahun 2010 iaitu sebanyak 3 hari pada tahun 2004, tahun 2005 dan
tahun 2010 manakala bilangan hari hujan yang melebihi R50mm yang paling rendah bagi tempoh
dari tahun 2011 hingga tahun 2020 iaitu sebanyak 1 hari pada tahun 2020.
5. 102.351,2.552 (GEMENCHEH)

TAHUN 2001-2010 TAHUN 2011-2020

TAHUN R50mm TAHUN R50mm


2001 0 2011 5
2002 2 2012 4
2003 4 2013 3
2004 3 2014 4
2005 4 2015 2
2006 6 2016 3
2007 7 2017 5
2008 4 2018 2
2009 4 2019 5
2010 3 2020 3
PURATA 3.7 (4) PURATA 3.6 (4)

Berdasarkan Jadual di atas, bilangan hari hujan yang melebihi R50mm yang paling tinggi bagi tempoh
dari tahun 2001 hingga tahun 2010 iaitu sebanyak 7 hari pada tahun 2007 dan juga tahun 2008
manakala bilangan hari hujan yang melebihi R50mm yang paling tinggi bagi tempoh dari tahun 2011
hingga tahun 2020 iaitu 5 hari pada tahun 2011, tahun 2017 dan tahun 2019. Sementara itu,
bilangan hari hujan yang melebihi R50mm yang paling rendah bagi tempoh 2001 hingga tahun 2010
iaitu sebanyak 0 hari pada tahun 2001 manakala bilangan hari hujan yang melebihi R50mm yang
paling rendah bagi tempoh dari tahun 2011 hingga tahun 2020 iaitu sebanyak 2 hari pada tahun
2015 dan tahun 2018.
LA NINA
Selain itu, faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan kerpasan ektrem
di Negeri Sembilan ialah faktor La Nina. Menurut Pakar Klimatologi dan Oseanografi
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Prof Dr Fredolin Tangang, fenomena La
Nina kerap melanda rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia namun dikategorikan
dalam tahap sederhana. Perkara ini berlaku disebabkan sebahagian fenomena
maritim yang berkait dengan penurunan suhu permukaan air laut di bahagian tengah
dan timur Lautan Pasifik. Jadi dengan penurunan suhu itu, angin yang bertiup
daripada kawasan Lautan Pasifik ke arah kita (Asia Tenggara), semakin kuat dan itu
akan meningkatkan kadar kelembapan serta meningkatkan jumlah curahan hujan
sehingga menyebabkan berlakunya kejadian banjir. Perkara ini dapat dilihat ketika
pada tahun 2007 di mana kawasan Negeri Sembilan mengalami banjir yang sangat
teruk disebabkan oleh faktor La Nina yang berlaku ketika itu sehingga terpaksa
memindahkan ramai penduduk ke kawasan yang lebih selamat. Hal ini dapat
dibuktikan dengan melihat koordinat 102.358E,2.943N (Jempol), koordinat
102.350E,2.741N (Johol), koordinat 102.348,2.643 (Tebong) dan koordinat
102.351,2.552 (Gemencheh) pada tahun 2007 mengalami bilangan hari hujan yang
melebihi R50mm yang paling tinggi sebanyak 6 hingga ke 8 hari. Selain itu, menurut
kajian yang dijalankan oleh Shuhaina Ibrahin et. Cl (2016) terhadap taburan
kerpasan di Malaysia ketika fenomena ENSO, fenomena La Nina sederhana berlaku
pada tahun 2008 di mana suhu pada MAM adalah berkadar songsang dengan
kerpasan bagi kebanyakan lokasi. Hal ini dapat dibuktikan daripada koordinat
102.353,2.847 iaitu kawasan Batu Kikir, Negeri Sembilan yang mengalami bilangan
hari hujan yang melebihi R50mm yang paling tinggi bagi tempoh pertama (2001-
2010) sebanyak 12 hari pada tahun 2008. Tegasnya, tidak dapat dinafikan bahawa
kerpasan ektrem yang berlaku di Negeri Sembilan disebabkan oleh faktor La Nina.

RUJUKAN
http://www.ukm.my/geografia/images/upload/8.2006-Shaharuddin-melayu-1.pdf - PENGENALAN

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/cuaca-buruk-hujan-lebat-turut-disebabkan-
fenomena-la-nina-pakar-262262

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/la-nina-tingkatkan-risiko-
jangkitan-denggi-kp-kesihatankuala-lumpur-29-mei-berna/10153482146441237/

https://www.projekmm.com/news/berita/2016/05/12/habis-panas-la-nina-pula-bawa-hujan-
tingkat-risiko-banjir/1118505

https://info.water.gov.my/index.php/databank/view_attachment/6178

You might also like