You are on page 1of 3

PEPERIKSAAN AKHIR

PEPERIKSAAN TAKE HOME


SEMESTER APRIL 2022

KURSUS : PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI


DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
KOD KURSUS : EED2133/ECD3163
TARIKH MULA : 28.7.2022, 9.00 a.m.
TARIKH SERAHAN : 28.7.2022, 5.00 p.m.
FAKULTI : PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL
PROGRAM : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK/
DIPLOMA PENDIDIKAN (PENGAJIAN
PRASEKOLAH)
PENSYARAH & : DR ABU BAKAR BIN MOHD SHEIKH (0172023798)
NOMBOR TEL

ARAHAN KEPADA CALON.

Kertas soalan ini terdiri daripada DUA bahagian.

Baca DENGAN TELITI arahan untuk setiap bahagian.

Pelajar mesti memastikan bahawa mereka mempunyai sambungan Internet yang stabil semasa
memuat turun kertas soalan dan memuat naik jawapannya.

Pelajar mesti memastikan bahawa mereka mencatat nama penuh mereka dan nombor
pengenalan pelajar di bahagian atas halaman pertama dokumen jawapan.

Pelajar perlu sentiasa save dokumen jawapan dalam bentuk pdf. file untuk mengelakkan
kehilangan kerja yang tidak disengajakan.

Pelajar perlu mengemukakan jawapan melalui aktiviti tugasan yang diperuntukkan kepada
peperiksaan take home, sebelum tarikh akhir penyerahan yang ditetapkan untuk peperiksaan.

Setiap pelajar hanya dibenarkan satu penyerahan jawapan. Oleh itu, semua jawapan mesti
dikemukakan sekali gus.

PENGAKUAN:
Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa semua jawapan yang saya serahkan ialah sepenuhnya
kerja saya sendiri dan saya faham bahawa terdapat hukuman tatatertib untuk menipu,
plagiarisme, dan tingkah laku yang tidak sesuai.

Kertas Soalan ini terdiri daripada 3 MUKA SURAT.

SULIT
FPSS/EED2133/APRIL22

BAHAGIAN A: SOALAN BERSTRUKTUR (60 MARKAH)


JAWAB SEMUA SOALAN

1. Menurut Baumrind (1967), terdapat empat jenis gaya keibubapaan, iaitu autoritatif,
autoritarian, permisif, dan pengabaian.

(a) Sediakan unsur-unsur asas jenis gaya keibubapaan autoritatif.

(7 markah)

(b) Tunjukkan contoh gaya keibubapaan autoritarian.

(8 markah)

2. Epstein (1995) menyatakan bahawa salah satu daripada enam jenis penglibatan ibu
ialah penglibatan pembelajaran di rumah, iaitu membantu kanak-kanak di rumah
dengan kerja rumah dan aktiviti, membuat keputusan, dan perancangan lain
yang berkaitan dengan kurikulum Tadika.

(a) Kenal pasti contoh yang khusus penglibatan ibu bapa membantu murid di rumah
dalam kerja rumah dan aktiviti.
(7 markah)

(b) Buat kesimpulan daripada segi idea-idea penglibatan ibu bapa membantu murid di
rumah dalam membuat keputusan.
(8 markah)

3. Antara tujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) ialah untuk memberi peluang
kepada ibu bapa dan guru Tadika berunding antara satu sama lain untuk membaiki
taraf pendidikan anak-anak mereka (Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru,
1998).

(a) Rangkakan aktiviti-aktiviti yang memberi peluang kepada ibu bapa dan guru
Tadika membaiki taraf pendidikan kanak-kanak.
(7 markah)

(b) Cadangkan program-program untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru
Tadika berunding antara satu sama lain.
(8 markah)

SULIT/2
FPSS/EED2133/APRIL22

4. Epstein dan Sheldon (2004) menyatakan bahawa ibu bapa sering lebih menerima apabila
guru menggunakan kemahiran komunikasi dua hala untuk menggalakkan penglibatan
ibu bapa di Tadika, seperti melalui panggilan telefon dan mesyuarat jawatankuasa.

(a) Tafsirkan tindakan yang perlu dilakukan dalam komunikasi dua hala.
(7 markah)

(b) Terangkan garis panduan komunikasi dua hala melalui panggilan telefon.
(8 markah)

BAHAGIAN B: SOALAN ESEI (40 MARKAH)


JAWAB SEMUA SOALAN

1. Komuniti berperanan menyediakan persekitaran hubungan yang penting dengan


menggalakkan rasa kekitaan, rasa identiti, pembelajaran, dan penyertaan aktif
kanak-kanak dan keluarga dengan hubungan sokongan serta rangkaian sumber
(Livingstone, 2018).

Hasilkan dengan pengetahuan sendiri tentang peranan komuniti dalam menggalakkan


rasa kekitaan, rasa identiti, dan pembelajaran kanak-kanak Tadika.

(20 markah)

2. Menurut Sheridan (2018), bagi kebanyakan kanak-kanak, orang dewasa paling


penting dalam kehidupan kanak-kanak dan paling banyak menghabiskan masa bersama
kanak-kanak pada setiap hari ialah ibu bapa, penjaga, ahli keluarga terdekat, komuniti,
dan guru-guru.

Rancangkan bagaimana untuk melakukan kerjasama antara guru, ibu bapa, dan
komuniti.

(20 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

SULIT/3

You might also like